Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 98

Tanpa kita sedari masa berputar dengan begitu pantas. Umur kita sudah pasti akan berganjak menemui anggka yang semakin banyak. Pertemuan kita bersama orang tersayang juga dihitung dan pasti meninggalkan baki yang sering berganjak tahun demi tahun. Kita sebagai hambanya harus akur dengan perjanjian dengan Allah Taala.

Push! Push! Doktor, tarik nafas, doktor! Push!,” kedengaran kini suara bayi menangis. Suara bayi yang baru dilahirkan. “Tahniah… bayi perempuan,” beritahu seorang doktor wanita yang menyambut kelahiran bayi itu.

Bayi itu diberikan kepada, Muhammad Ashariff untuk diazankan. Muhammad Ashariff memcium dahi, Qasif Nursofea yang masih lemah. “Bersyukur kepada Allah Taala,sayang,” ucap, Muhammad Ashariff.

Mereka berkahwin semula dan membina masjid baru yang sudah runtuh dahulunya. Bayi perempuan itu membuktikan bahawa mereka kian bahagia kini.

Kunjungan keluarga, Muhammad Ashariff termasuk, Mak Zainab memecahkan ruang sunyi di dalam wad, Qasif Nursofea. Kunjungan rakan-rakan, Qasif Nursofea juga menggembirakan,Muhammad Ashariff.

Lokman yang kini semakin rapat denga,n Nisa turut hadir melawat, Qasif Nursofea serta bayi perempuan mereka. Nisa mendukung bayi perempuan itu dan turut sama dilihatoleh, Lokman yang berdiri disampingnya.

“Cepatlah sikit orang tu masuk meminang orang tu! Nanti… bolehlah baby ada kawan untuk diajak main,” usik, Qasif Nursofea kepada,Lokman yang datang bersama, Nisa. Nisa malu apabila mendengar akan usikan daripada sahabat baiknya, Qasif Nursofea. Tetamu yang lain juga turut ketawa mendengarnya.

Fiza dilaporkan dimasukkan ke pusat rawatan sakit mental kerana kesan perbuatan syiriknya. Qasif Nursofea kini menetap bersama, Muhammad Ashariff di rumah peninggalan arwah ibubapa, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff kini ditukarkan ke cawangan, Kuala Lumpur demi tinggal bersama anak dan juga isterinya

“Assalamualaikum?”Semua yang berada di situ menjawab salam yang diberikan. Qasif Nursofea melihat abangnya, Aish Irfan bersama isterinya, Nur Awatif yang turut datang bersama,Qasif Nurain.

Aish Irfan datang ke arah, Qasif Nursofea dan memeluk adiknya setelah sekian lama tidak berjumpa. Muhammad Ashariff juga turut diperkenalkan oleh, Qasif Nursofea kepada kedatangan adik-beradiknya itu. Kedatangan saudara kandungnya dihospital swasta yang terletak di Damansara, disambut baik oleh keluarga mertua,Qasif Nursofea.

“Maafkan abang sebab melepaskan tanggungjawab abang kepada, Sofea” Dahi, Qasif Nursofea dikucup, Aish Irfan.

“Sekarang kita buka buku baru. Buang yang keruh ambil yang jernih,” kata, Muhammad Ashariff yang kini duduk di sisi, Qasif Nursofea sambil merangkul bahu isterinya.

Aish Irfan serta keluarganya mulai merasa bersalah terhadap adik bongsunya selepas kembali pulang daripada tanah suci, Mekah.

Qasif Nursofea dijaga rapi oleh, Mak Zainab sewaktu tempoh berpantang. Kini, genap seratus hari usia anak mereka. Anak mereka yang diberi nama, Qasif Irdina sudah pandai tersenyum dan membunyikan suara menjerit apabila melihat kelibat mummy dan daddy nya.

“Eh…eh…eh,anak mummy dah pandai senyum?,” tegur,Qasif Nursofea lalu didukung bayinya itu. Muhammad Ashaiff yang baru pulangdari pejabat datang dekat ke arah isterinya dan Irdina. Muhammad Ashariff mencium pipi gebu, Irdina.

Muhammad Ashariff merangkul pinggang, Qasif Nursofea dan memberikan jambangan bunga kegemaran, buat isterinya. “Abang bersyukur sangat sebab Allah memberikan kita kebahagiaan ni setelah bermacam-macam dugaan yang dia berikan untuk kita tempuh,” Muhammad Ashariff mencium dahi, Qasif Nursofea.

“Pahit akan terasa manisnya juga sayang,” ucap, Qasif Nursofea.“I love you sayang,” ucap Muhammad Ashariff buat isteri tercinta. “I love you too,” Qasif Nursofea pula membalas ucapan suaminya.

 

Kini,Irdina sudah pandai merangkak. Qasif Nursofea akan menjaga, Irdina sekiranyadia bercuti. Andai dia bekerja, Riyanti akan menjaga, Irdina di rumah. Irdina asyik bermain dengan mainannya. Qasif Nursofea hanya melihat keletah anak perempuannya.

“Non,”panggil, Riyanti. “Ye. Ada apa, Riyanti?,” tanya, Qasif Nursofea setelah melihat akan pembantu rumahnya datang berjalan ke arahnya. “Encik Lokman datang. Mahu berjumpa dengan non, katanya,” beritahu, Riyanti kepadamajikannya.

Irdina dijaga kini oleh, Riyanti. Qasif Nursofea melangkah keluar dan berjumpa kini denganLokman. Melihatkan, Lokman yang sudah masuk ke dalam perkarangan rumah, Qasif Nursofea, mengukirkan senyuman menyapa akan kedatangan, Lokman.

Lokman juga menghadiahkan senyuman setelah melihat, Qasif Nursofea melangkah datang ke arahnya. “Hai, Lokman. Marilah masuk dalam rumah dulu. Panas dekat luar ni,” pelawa,Qasif Nursofea.

“Takpe.Dekat sini cukuplah. Lagipun, Ashariff takde kan?,” pelawaan, Qasif Nursofea itu ditolak baik, Lokman. Lokman kini menghulurkan sampul surat berwarna putih kepada, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea terus membuka sampul surat itu lantas dibacanya kad yang diisi didalam sampul tersebut. Qasif Nursofea kini mengukirkan senyuman yang kianlebar.

“Ya Allah! Syukur Alhamdulillah. Akhirnya awak dan Nisa berkahwin jugak. Pandai,Nisa sorok cerita pada saya. Nak kena ni!” Lokman, hanya ketawa mendengar kata-kata,Qasif Nursofea. “Apa pun… tahniah saya ucapkan kepada awak dan Nisa. Saya harap perkahwinan kau orang akan bahagia selamanya. Nisa bertuah dapat awak sebagaisuami. Dan semenangnya, Nisa sangat layak untuk awak, Lokman,”  ucap, Qasif Nursofea kepada Lokman.

“Terima kasih, Sofea. Apa pun… jangan lupa datang. Jemput datang semua ye?,” pesan,Lokman kepada Qasif Nursofea.

 

Hari ini adalah hari perkahwinan diantara Nisa dengan Lokman. Qasif Nursofea menggayakan kurung moden berwarna hijau lumut dengan tudung berwarna krim.Manakala anaknya, Irdina dipakaikan gaun kembang berwarna hijau juga, manakalasuaminya pula memakai kemeja berwarna hijau lembut bersama jeans berwarnagelap.

Mereka melangkah pergi ke kediaman, Ustazah Mariam yang juga terletak juga di Damansara. Terlihat akan, Lokman memakai baju persandingan berwarna biru lembut duduk di atas pelamin bersama isterinya, Nisa.

Selesai menjamu selera, Qasif Nursofea bersama suami dan anaknya berjalan menuju ke arah pengantin yang kini sibuk melayan tetamu.

“Tahniah ye,” ucap, Qasif Nursofea kepada Lokman dan juga kepada Nisa. Qasif Nursofea turut merenjis kedua-dua pengantin baru yang duduk segak di atas pelaminan.

“Terima kasih jugak kepada kau, Fea. Sebab sudi datang,” Nisa pula berkata. “Mana boleh tak datang! Lagipun… kawan baik aku yang kahwin,” jawab, Qasif Nursofea. QasifNursofea kini menghulurkan sepucuk sampul kepada pasangan pengantin itu.Muhammad Ashariff juga tidak tahu apakah kejutan yang dibuat oleh isterinyaitu.

“Ya Allah! Thanks, Sofea,” ucap, Nisadisamping, Lokman setelah membuka sampul tersebut. Qasif Nursofea memberikan tiket percutian ke Lombok, Indonesia kepada Lokman dan Nisa.

Selesai mereka menjamu selera dan beramah mesra dengan pengantin, tiba masa untuk Qasif , Nursofea bersama suami dan juga anaknya pulang ke rumah. “Riyanti” panggil,Qasif Nursofea selepas tibanya mereka di dalam rumah.

“Iya, non,” jawab, Riyanti sambil berjalan melangkah ke arah tempat duduk, Qasif Nursofea. “Kamu ambil, Irdina ni dan tukar baju dia. Lepastu tidurkan dia. Dia mengantuk tu,” arah, Qasif Nursofea kepada Riyanti. Irdina kini bersama,Riyanti.

“Abang nak air?,” tanya, Qasif Nursofea kepada suaminya. “Ye, boleh jugak. Panas harini… dahaga abang,” jawab, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea bangun untuk pergi ke dapur. Kini, Qasif Nursofea membawa dua gelas air di dalam satu dulang. Menghulurkan kepada suaminya. Qasif Nursofea mencapa talat kawalan jauh televisyen lalu menekannya untuk menontot siaran di televisyen.

Setelah meminum air yang dibancuh, Qasif Nursofea, Muhammad Ashariff memandang akan wajah isteri disebelahnya. “Bila sayang bookingvacation tu?,” tanya, Muhammad Ashariff.

“Baru ni je, Fea booking. Fea pun nak kita pergi honeymoon,” beritahu, Qasif Nursofea. “Honeymoon?,” tanya,Muhammad Ashariff selepas mendengar apa yang telah diperkatakan oleh isterinya.

Yes, honeymoon!Abang tahu tak, Fea pernah booking percutian kita di Lombok tau dulu. Seingat Fea, Fea booking selepas seminggu kita kahwin. Tapi… nak buat macam mana, burn macam tu jelah,” beritahu, Qasif Nursofea seakan merajuk.

Booking percutian? Bila? Abang tak tahupun,” tanya, Muhammad Ashariff pula kepada isterinya. “Memanglah abang taktahu. Masa tu… kita tengah berperang. Dan kapal perang kita pecah! Memanglah abang tak sempat nak tahu,” Qasif Nursofea seakan mengungkit kenangan silam mereka.

“Tak perlu lagilah sayang nak ungkitkan perkara lepas. Abang tak sukalah dengar.Kalau boleh abang nak kita padamkan terus peristiwa dulu tu,” kata, MuhammadAshariff yang seakan tidak selesa mendengar kisah silam yang menjadi sejarah hitam buat dia bersama, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea mencapai beg tangannya dan mengeluarkan satu lagi sampul surat. Lalu,dihulurkan kepada suaminya yang duduk disisi.

“Apa ni?,” tanya, Muhammad Ashariiff selepas melihat sampul yang dihulurkan oleh isterinya itu. “Bukalah,” arah, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff melihat duatiket penerbangan ke Lombok, Indonesia. “Lombok?,” tanya, Muhammad Asharifflagi.

Yes, Lombok! Fea nak kita pergi sana. Honeymoon mungkin! Pergi jelah yang dekat-dekat dulu. Nak pergi jauh-jauh kena clearkan dulu kerja-kerja kita,” jawab, Qasif Nursofea sambil meminum air yang dibancuhnya tadi.

“Bab honeymoon no problem! Mudah-mudahan, Irdina dapat adik kembarlah tahun ni”Qasif Nursofea membulatkan matanya melihat ke arah suaminya. Mereka ketawa bersama.

“Abang taknak pergi jenguk bekas isteri abang, Fiza?,” tanya, Qasif Nursofea kepada suaminya. Senyuman di bibir, Muhammad Ashariff terhenti dari terus mengukirkan senyuman. “Buat apa lagi sayang nak sebut nama dia tu? Bencilah abang dengar!,”Muhammad Ashariff merasa sangat benci apabila mendengar nama itu.

“Yelah.Pergi melawat orang sakit. Tak salahkan?,” Kata, Qasif Nursofea kepada suaminya. Baginya tidak ada salahnya kalau suaminya itu mahu pergi melawat perkembangan, Fiza.

“Bagi abang menikahi,Fiza adalah sangat silap bagi abang. Kalau boleh, abang taknak lagi dengar nama,Fiza dan Hakimi dalam rumah kita. Anggap dia orang tu tak pernah wujud! Anggap je dia orang tu mimpi buruk kita,” kata, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea,bersetuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh suaminya. Dia juga bertekad,tidak mahu lagi menyebut dua nama itu lagi.

 

 

 

 

 

Previous: Bab 97
Next: Bab 99

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia