Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 77

Muhammad Ashariff bersama Qasif Nursofea berjalan seiring sambil memegang tangan. Mereka kini berada di dalam sebuah pasaraya besar di Bandar, Kuala Terengganu. Mereka mencari butik yang menjual perkakas ibu dan anak.

“Ye,boleh saya bantu? Nak cari barang apa ye?,” seorang pekerja berbangsa cina menyapa mereka berdua yang kini melangkah masuk di dalam kedai tersebut.

“Saya nak cari baju hamil,” beritahu, Qasif Nursofea. “Baju hamil ada dekat bahagian sana,” mereka berdua melangkah mengikut pekerja perempuan yang berbangsa cina tadi. Mereka melihat baju untuk para ibu hamil banyak dipamerkan di bahagian ruangan tersebut.

Qasif Nursofea melihat dan memilih satu persatu. Pekerja tersebut mengambil beberapa baju yang telah dipilih oleh, Qasif Nursofea. “Abang, cantik tak yang ni?,”tanya, Qasif Nursofea dan kini menyedari bahawa suaminya itu telah tiada disisinya. Dia mencari kelibat, Muhammad Ashariff. “Kejap ye,” beritahu, Qasif Nursofea pada wanita berbangsa cina tadi.

“Lah…abang dekat sini? Ingat pergi mana tadi,” tegur, Qasif Nursofea setelah menemui,Muhammad Ashariff yang masih lagi berada di butik yang sama.

Muhammad Ashariff menghadiahkan senyuman yang dihiasi lesung pipit di pipi. “Saje tengok-tengok barang baby ni. Macam nak beli je,” kata, Muhammad Ashariff yang sedang memegang botol susu berjenama yang turut dijual di situ.

“Botol susu?,” Qasif Nursofea ketawa perlahan. Merasakan kelakar dengan apa yang telah dipilih akan suaminya. “Yelah. Botol susu lah! Kenapa? Tak kenal botol susu ke?,”tanya, Muhammad Ashariff.

“Tak lah!Awal lagilah abang nak beli semua ni. Leceh tau nak kena simpan. Ke… abang nak beli untuk diri abang sendiri? Herm?,” usik, Qasif Nursofea kepada suaminya.

Muhammad Ashariff memandang isterinya dengan mata yang galak. Tamparan lembut singgah di pipi, Muhammad Ashariff. “Gatal!,” Qasif Nursofea meninggalkan, Muhammad Ashariff yang masih berada di bahagian keperluan bayi.

Muhammad Ashariff tetap mengambil botol susu yang telah dipilihnya sebentar tadi. Wanita berbangsa cina itu menceritakan kebaikan botol susu berjenama yang telah dipilih oleh,  Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff mengambil dompet duit miliknya lantas membayar kesemua barangan yang telahdipilih olehnya bersama isteri.

“Tak sabarnya abang nak tengok perut, Sofea sebesar macam ni,” Muhammad Ashariff menunjukkan buah tembikai yang turut dijual di bahagian pasar basah di dalam pasaraya tersebut. Qasif Nursofea hanya tersenyum menampakkan susunan gigi yang cantik.

“Kalau perut dah sebesar ini, Fea memang nak abang dukung je kalau nak gerak ke mana pun,” kata pula, Qasif Nursofea. Mereka berdua mengambil beberapa jenis buah-buahan yang dijual dalam pasaraya tersebut dan dimasukkan ke dalam troli yang ditolak oleh, Muhammad Ashariff.

“Erm…nak beli apa lagi erk?,” tanya, Qasif Nursofea sambil berjalan mengikut barisan rak yang menyusun pelbagai jenis makanan di situ. Qasif Nursofea memilih satu persatu diantara makanan yang terdapat pada rak tersebut. Jika ada yang menarik pasti dia akan mengambilnya.

Qasif Nursofea terlihat susuk tubuh sesorang yang pernah dikenalinya. Qasif Nursofea berjalan dan menegur susuk tubuh yang sedang berjalan berhampiran dengan dirinya bersama, Muhammad Ashariff.

“Encik Lokman?,” Qasif Nursofea menegur lelaki itu. Lelaki itu amat dikenalinya kerana menjadi orang penting waktu persiapan majlis perkahwinan dirinya dengan suami.Lokman adalah pengurus besar di hotel yang menjadi pilihan, Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff dahulu. 

“Hai…Sofea?! Apa khabar?,” Lokman menyapa dengan mesra. Muhammad Ashariff berjabat tangan dengan, Lokman. “Baik Alhamdulillah,” jawab, Qasif Nursofea. “Sorang je ke?,”tanya pula, Muhammad Ashariff kepada Lokman. “Yelah. Macam biasalah masihsorang lagi,” jawab, Lokman dengan ukiran senyuman.

Lokman terlihat akan susu formular ibu hamil di dalam troli yang ditolak oleh,Muhammad Ashariff. “Dah?,” Lokman menunjukkan susu formula itu dan, Qasif Nursofea bersama Muhammad Ashariff hanya memberikan senyuman menggantikan jawapan.

“Alhamdulillah…murah rezeki! Dah berapa bulan?,” tanya, Lokman. “Baru lagi… baru nak genap sebulan,” jawab, Qasif Nursofea sambil memegang perutnya yang masih kecil.

“Jaga diri baik-baik. Dah bersalin nanti jangan lupa bagitahu! Uncle Lokman nak bagi hadiah dekat junior, Dr. Sofea,” pesan, Lokman berbaur jenaka. Mereka berjabat tangan semula setelah, Lokman meminta diri.

Lokman menoleh ke arah belakang semula. Melihat, Qasif Nursofea disamping suaminya, Muhammad Ashariff. Entah kenapa, Lokman merasakan sesuatu yang asing menerjah masuk keruang hatinya yang masih lagi kosong.

Lokman tahu bahawa berdosa mempunyai perasaan kepada isteri orang. Lokman cuba membuang perasaannya itu jauh-jauh. Lokman yang memakai t-shirt merah berkolar bersama seluar panjang berwarna hitam melangkah pergi ke arah kaunter untuk membayarbarangan yang telah dibelinya. Mahu melupakan wanita yang pernah meninggalkan auranya di hati kecil, Lokman.

 

Mak Zainab asyik termenung selepas pulang dari rumah, Mak Embun. Mak Zainab tidak lagi banyak bercakap. “Saya tengok awak ni termenung je dari siang tadi. Dah kenapa? Sakit ke?,” tanya, Pak Mullia yang perasan akan perubahan sikap isterinya.

“Taklah! Sihat je. Tak sakit apa pun. Saje lah… dah takde benda nak disembangkan.Termenunglah sekejap,” jawab, Mak Zainab sambil memicit perut betis yang dirasakan lenguh. Mak Zainab ingin meneruskan bicara bersama suaminya agar, suaminya tidak terus bertanyakan akan perkara yang susah untuk dijawab olehnya.“Pisang-pisang yang dekat kebun awak tu macam mana? Dah panggil, Ah Tew datang ambil?”.

“Dah! Ah Tew dah datang ambil dah pagi tadi. Ubi kayu pun dah cukup matang dah. Itu yang saya suruh, Ah Tew bawak pekerja dia yang lagi 2 orang tu. Nak mintak tolong korek ambilkan ubi yang dah matang,” beritahu, Pak Mullia.

Sambung,Pak Mullia lagi kini. “Saya ingat… saya nak pergi rumah, Sofea. Ashariff mungkin ada dekat rumah, Sofea hari minggu macam ni,” beritahu, Pak Mullia kepada isterinya, Mak Zainab.

“Kenapa pulak awak yang nak kena pergi ke sana? Kalau awak nak pergi… pergi jelah sorang! Saya malas nak mengadap menantu doktor awak tu! Agaknya dia yang taknak ikut, Ashariff balik ke sini! Itu yang, Ashariff tak balik! Dulu… kalau hari minggu macam ni… terpacak je anak awak dekat depan pintu tu!,” kata, MakZainab.

“Saya ni teringatkan cucu yang dikandung, Sofea tu! Lagipun… Sofea ada tanya saya ubi kayu. Masa tu… ubi tak besar lagi! Petang tadi saya dah ambik ubi tu. Itu yang ingat nak pergi bagi dekat dia,” beritahu, Pak Mullia kepada isterinya.

“Kalau teringin sangat nak makan ubi kayu… datang jelah ambil! Mengada pulak nak kena pergi hantar dekat rumah dia! Berlagak macam raja! Yang anak awak tu pun satu! Ikut aje cakap bini! Dah macam lembu kena cucuk hidung!,” kata, Mak Zainab sinis.

“Kalau awak taknak pergi… saya pergi dengan, Akir. Tak payah nak cakap itu ini! Isyh…makin pelik saya tengok sikap awak ni!,” Pak Mullia bangun meninggalkan, Mak Zainab di situ.

Mak Zainab memandang luar dari jendela dan melihatkan akan, Pak Mullia menaik kereta bersama cucunya, Akir. “Ikutkan sangat kehendak menantu! Aku yang duduk sorang-sorang dekat rumah ni ada dia kisah kan?! Tinggal lagi ada lah!,” bebel,Mak Zainab kepada, Pak Mullia yang telah bertolak pergi.

 

Terpandang cahaya lampu kereta di pintu cermin. Qasif Nursofea bangun dan mengintai dari tingkap. Terlihat kereta produa kancil milik anak saudaranya, Akir. Qasif Nursofea menekan alat kawalan jauh pagar elektrik. Disambut mesra olehnya akan kedatangan,Pak Mullia bersama, Akir.

“Duduk lah dulu ayah… Akir. Mak su naik panggilkan pak su,” pinta akan diri, Qasif Nursofea untuk memanggil suaminya yang masih berada di tingkat atas.

Kini,Qasif Nursofea turun bersama, Muhammad Ashariff. Dulang minuman dibawa oleh, Riyanti untuk para tetamu yang datang.

Muhammad Ashariff bersalam dengan, Pak Mullia serta Akir. “Mak tak ikut? Ibu tak ikuts ekali Akir?,” tanya, Muhammad Ashariff kepada ayahnya, Pak Mullia serta Akir.

“Akir pun tak tahu yang tok aki nak datang. Masa tok aki ajak tadi… ibu tengah solat.Adik Husna pulak tengah tidur masa, Akir nak keluar tadi,” jawab, Akir. “Ayah datang bawakan ubi kayu. Hari tu, Sofea teringin nak makan ubi kayu kan?” Qasif Nursofea tersenyum mendengar kata-kata, Pak Mulla.

“Ayah tak payahlah susah-susah datang sebab nak bagi ubi kayu tu je. Ayah call je, Fea… Fea boleh balik ambil sendiri. Ayah dengan Akir makan malam dekat sini ye? Fea suruh, Riyanti masak,”pelawa, Qasif Nursofea.

“Eh,tak payah! Tadi ayah dengan Akir dah makan mee goreng. Mak kamu yang masak kan,”Pak Mullia menolak pelawaan menantunya dengan baik.

“Kenapa ayah tak ajak sekali mak datang sini? Kalau mak datang… bolehlah tidur sini semalam dua,” pelawa pula, Muhammad Ashariff. “Mak kamu sakit lutut katanya,”Pak Mullia memberikan alasan. Qasif Nursofea mengesyaki yang ibu mertuanya sengaja tidak mahu datang ke rumahnya.

Kini,Muhammad Ashariff bersama isterinya menemani, Pak Mullia dan Akir sehingga ke pagar luar rumah. Pak Mullia dan Akir berangkat pulang setelah lebih dua jam mereka berada di situ.

Muhammad Ashariff merangkul pinggang isterinya dan berjalan kembali masuk ke dalam rumah. “Sebenarnya, Fea teringin nak makan bingka ubi kayu. Tapi, Fea tak reti masak bingka ubi kayu. Teringat pulak, Fea pada orang gaji lama, Fea dulu.Kalau makanan macam pengat ke… bingka ke… makanan kukus ke… selalunya dia lah yang masak,” cerita, Qasif Nursofea yang merasakan mengidam pada masakan kuih bingka ubi kayu.

“Kenapa,Fea tak cakap? Mak pandai buat,” beritahu, Muhammad Ashariff. Isterinya hanya tersenyumdan duduk bersama di dalam ruang tamu rumah. “Taknak lah! Fea taknak ganggu mak.Lagipun… dia bukan sukakan, Fea pun! Lainlah kalau kak long yang mintak!,” rungut, Qasif Nursofea manja.

Muhammad Ashariff tidak memberi komen setelah mendengar rengekan isterinya, Qasif Nursofea.“Jom tidur. Esok abang kena bangun awal nak gerak balik ke Kerteh,” ajak, Muhammad Ashariff.  Qasif Nursofea hanya turutkan.

 

Seperti biasa, Muhammad Ashariff perlu bergerak pulang ke Kerteh, Terengganu setelah tamatnya cuti pada hari minggu. Begitu juga dengan, Qasif Nursofea yang juga perlu bergerak pergi ke hospital untuk menjalankan tugas.

Meeting hari ni batal!,” beritahuseorang kerani kepada mereka yang berada di dalam makmal itu.

“Fuh!Lega aku! Perkara yang paling best dalam hidup aku adalah meeting cancel,” kata,Fikri kepada, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff kini sibuk menekan papan kekunci pada komputer dan tersenyum mendengar kata-kata, Fikri.

“Fikri,kau tahu tak, Sofea ajak aku pindah!,” kata-kata, Muhammad Ashariff memeranjatkan,Fikri. “Hoi! Kau biar betul?! Takkanlah kot! Tak payahlah bro!,” pujuk, Fikri yang sangat tidak bersetuju jika sahabatnya itu memohon untuk berpindah ke cawangan lain. “Memang tak pun!,” Muhammad Ashariff berkata sambil bangun mengambil kertas yang telah siap dicetak olehnya.

“Kalau kau takde… matilah aku dekat sini! Aku tak boleh hidup dekat sini kalau kau takde! Aku tak boleh hidup tanpa kau, Riff!,” Fikri kini bangun sambil memegang bahu, Muhammad Ashariff dengan membuat aksi lelaki lembut.

“Ei! Geli-geleman aku dengan kau, Fikri! Kenapa? Aku ni scandal kau erk selama ni??,” Muhammad Ashariff ketawa setelah melihat gelagat, Fikri. Ketawanya itu menggangu sedikit akan tugasan yang harus disiapkannya.

“Boleh dikatakan macam tulah! Sana ada kau, di situlah ada aku!,” jawab, Fikri bersahaja. Muhammad Ashariff ketawa lagi apabila mendengar jawapan yang telah disebutkan oleh sahabat baiknya, Fikri.

“Tapi…kenapa pulak, Sofea ajak kau pindah KL? Ha… betul tak apa yang aku pernah cakap dekat kau dulu?! Orang bandar takkan boleh punya duduk dekat kampung!,” kata,Fikri yang mengungkit akan kata-katanya dahulu.

“Macamtu pulak yang kau fikir! Bukanlah! Bukan sebab tu!,” jawab, Muhammad Ashariff menidakkan apa yang telah diperkatakan oleh, Fikri.

“Kalau tak betul kenapa pulak tiba-tiba je dia ajak kau pindah?,” tanya lagi, Fikri.“Aku rasa… ini semua pasal mak aku,” jawab, Muhammad Ashariff kepada Fikri.

“Yeke? Ala… kau pujuklah mak kau tu! Ambil hati dia! Buat apa yang dia suka. Orang tuani senang nak dipujuk! Lainlah kalau orang muda macam aku ni!” Muhammad Ashariff tersenyum mendengar apa yang telah dinasihatkan oleh, Fikri.

“Semua yang kau cakap… semua kita orang dah buat! Mak aku tu lainlah! Aku ni serba salah tahu tak?! Sini mak aku… sana bini aku! Herm… lama-lama aku jalan dulu,”Muhammad Ashariff berkata dengan menunjukkan sebelah kiri kanan antara ibu dan isterinya.

“Eh,kesitu pulak yang kau fikir! Orang doa supaya Allah bagi umur panjang! Kau fikirlah baik-baik, Riff! Sofea tanggungjawab kau! Ibu adalah orang yang kau patut hormat sampai bila-bila. Kasih ibu sampai ke syurga tau! Syurga pun terletak dekat kaki ibu,” nasihat, Fikri kepada sahabat baiknya.

“Okeylah,aku nak naik pengurusan kejap!,” Fikri mengundur diri kini. Muhammad Ashariff memikirkan apa yang dinasihatkan oleh, Fikri sebentar tadi. Nafasnya dihembus kuat.

Muhammad Ashariff mengambil telefon bimbit dan mendail nombor telefon rumah kedua orang tuanya. “Hello assalamualaikum, mak. Buat apa? Mak sihat?,” Muhammad Ashariff menghubungi, Mak Zainab dan kini berbual mesra.

“Mak masak kan, Riff bingka ubi kayu boleh?,” tanya, Muhammad Ashariff. “Bila masa pulak yang kamu ni suka makan bingka ubi kayu? Ubi kayu pun kamu tak makan!,” tanya,Mak Zainab dari corong telefon. Muhammad Ashariff memejamkan mata dan menarik nafas perlahan-lahan. “Untuk, Sofea. Boleh kan mak?,” tanya, Muhammad Ashariff lagi. Mak Zainab memikirkan tentang ubat yang telah diberikan bomoh, Mak Embunkepadanya.

“Herm…iye lah! Bila kamu nak datang ambil?,” tanya, Mak Zainab. “Erm… mak suruh, Akir pergi hantar dekat rumah, Sofea boleh? Riff tak balik. Hari minggu nanti baru,Riff balik,” maklum akan, Muhammad Ashariff kini.

“Baiklah kalau macam tu. Nanti mak suruh, Akir hantarkan. Mak masak kan lah kejap lagi,”Mak Zainab meletak kembali ganggang telefon ke tempat asal setelah menamatkan perbualannya bersama anak lelaki bongsunya, Muhammad Ashariff.

Mak Zainab kini melangkah pantas naik ke tingkat atas mengambil beg yang menyimpan ubat yang telah disimpannya. Mak zainab mengambil ubat yang dibungkus dengan kain kuning. Lantas, mengambilnya sedikit sahaja. Mak Zainab turun semula ketingkat bawah dengan membawa ubat yang diberikan oleh, Mak Embun.

Previous: Bab 76
Next: Bab 78

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia