Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 35

“Tak guna! Tak guna!!! Patutlah kau tolak aku mentah-mentah!,” Fiza menjerit seperti orang gila apabila melihat gambar-gambar pertunangan, Muhammad Ashariff danQasif Nursofea di laman Facebook.

Fiza mengamati gambar wajah, Qasif Nursofea. Fiza mencetak gambar, Qasif Nursofea yang duduk bersama di atas pelamin dengan, Muhammad Ashariff. Penuh benci yang hadir pada hatinya kini. “Benci!!!,” jerit, Fiza lagi.

 

Fiza kini memandu laju di pagi hari menggunakan kereta Myvi miliknya. Memakir kereta pada tempat yang telah disediakan oleh pihak syarikat .

“Hey!,”Hakimi memegang kuat pada bahu, Fiza. “Aduh! !Sakitlah!,” rungut, Fiza pada perlakuan,Hakimi yang menggenggam kuat pada bahunya. “Syh! Diam lah!,” marah Hakimi. “Apakau nak?? Lepaskan aku lah! Aku taknak itu,” Fiza merayu pada, Hakimi.

“Hey!Hey! Hey! Apa masalah kau ni?!,” Hakimi menarik tangan, Fiza pergi ke belakang bangunan pejabat. “Kimi! Kimi!,” ronta, Fiza supaya dilepaskan. “Kau diam boleh?” Fizahanya menurut.

“Aku nak kau mengaku!,” kata, Hakimi sambil menunjukkan jari telunjuknya di hadapan wajah  Fiza. “Apa? Apa lagi yang kau nak?,”tanya, Fiza perlahan yang seakan takut pada lelaki di hadapannya kini. “Aku tak nak apa-apa lagi pada kau! Aku cuma nak tanya kau satu benda!,” giliran, Hakimi pula bersuara.

“Apa?,”tanya, Fiza kehairanan melihat akan perubahan sikap, Hakimi. “Kau masih nakkan,Ashariff lagi, kan?,” tanya, Hakimi. Fiza hanya berdiam. “Aku tanya kau ni!! Kau pekak ke apa sekarang ni??,” tempik, Hakimi pada, Fiza. “Eem… emm… mestilah aku nak!,” jawab, Fiza ketakutan.

Tudung yang disarung oleh, Fiza ditarik, Hakimi. “Aku nak… kau usaha untuk dapatkan, Ashariff!”Fiza seakan menahan sakit dan mengikut gerak tangan, Hakimi yang masih menarik kuat pada tudung yang disarungnya.

“Tapi kenapa? Dia kan dah bertunang!!” Hakimi melepaskan tudung, Fiza. “Sebenarnya aku nak, Ashariff putus dan tak akan berkahwin dengan, Sofea! Sofea tu awek aku! Aku punya!!,” beritahu, Hakimi dengan nada suara yang sangat kasar.

Fiza merasa gembira dengan apa yang disebut oleh, Hakimi. “Jadi” “Jadi… sekarang ni aku nak kau buat apa saja cara untuk kau dapatkan, Ashariff! Bodoh! Itu pun tak faham??!!” Fiza tersenyum dan mengangguk mempersetujui cadangan, Hakimi.

“Sekarang aku nak kau janji dengan aku yang kau boleh buat apa saja yang kau nak! Dan aku janji dengan kau aku akan pastikan, Ashariff dan tunangnya tak akan berkahwin!Tak akan!!,” kata, Hakimi di hadapan, Fiza.

“Tapi sejak bila kau kenal dengan, Sofea?,” tanya, Fiza. “Itu bukan urusan kau! Apa yang pasti aku nak kau jalankan tugas kau!!,” tempik, Hakimi.

 

“Hai pengantin! Oh, bakal pengantin!,” tegur Hakimi yang berdiri tegap di belakang,Muhammad Ashariff di dalam makmal . “Kau ni, Kimi! Bagilah salam kot ye pun!,”tegur, Muhammad Ashariff pada teguran, Hakimi. Hakimi hanya ketawa.

“Bila majlis nikah kau?,” tanya, Hakimi. “Erm, kita orang tak tetapkan tarikh lagi.Tengoklah masa sesuai,” jawab, Muhammad Ashariff bersahaja.

“Jangan lama-lama kawan! Kang ada yang kebas! Lopong kau!,” Hakimi berpura-pura menasihati.

“Takdeorang lain yang nak kebas kalau takder perangai yang macam kau,” Fikri yangbaru masuk ke dalam makmal menjawab usikan, Hakimi.

“Eh,kau cabar aku ke apa ni sekarang, Fikri? Jangan lupa… aku ni jenis yang pantang dicabar!,” kata-kata, Hakimi sebentar tadi membuatkan hati, Muhammad Ashariff menjadi panas.

“Kalau dia bukan jodoh aku, dia adalah jodoh kau! Apa aku boleh buat?! Kita bukan boleh melawan takdir Allah!,” peril, Muhammad Ashariff. “Erk? Yang kau tiba-tiba sentap ni apahal nya, Riff?,” tanya, Hakimi yang seolah memahami nada suara, Muhammad Ashariff.

“Eh! Kau orang ni! Dah! Sudah! Kimi, pergi buat kerja kau!,” tegur, Fikri yang seolah tidak mahu memajangkan lagi perkara yang sedang dibual mereka.

“Okeylah,aku naik atas dulu,” kata, Hakimi. “Belum puas lagi hati aku ni, Riff!!,” ngomel Hakimi pula. “Fiza, aku nak jumpa kau petang ni,” Hakimi menghubungi, Fiza untuk berjumpa.

“Kau ni pun! Yang angin semacam je apahal? Sentaplah pulak!!,” kata, Fikri kepada, Muhammad Ashariff yang telah menghentikan tugasan kerja yang dilakukannya sebentar tadi.

“Mahunya aku tak sentap! Mahu lempang je mulut dia tu! Bukan kau tak tahu yang aku bukannya sebulu dengan dia!!,” tegas, Muhammad Ashariff.

“Hal kecil je pun! Tak payahlah nak sentap dan nak marah bagai! Buat habis modal je! Cepat-cepatlah nikah!,” nasihat, Fikri kepada, Muhammad Ashariff yang kini menampakkan wajahnya bertukar kemerahan.

“Memang aku nak nikah cepat-cepat. Lagipun, Fea dah dapat posting dekat KT ni. Dekat, senang! Tak payah fikir-fikir lagi,” maklum,Muhammad Ashariff. “Ha, baguslah tu! nikah je terus. Lagi cepat, lagi bagus!,”  balas, Fikri.

 

“Hakimi? Kimi?!,” pekik seorang rakan, Hakimi yang pernah mengikut sama ke majlis pertunangan, Muhammad Ashariff.

“Apa? Apahal?,” Hakimi membalas pada jeritan itu. “Amacam? Dah settle?,” tanya rakannya. “Kau diam boleh?? Kau janganlah menyibuk!! Aku tahu apa aku nak buat!,” kata, Hakimi dengan bangga. Kaki mereka melangkah masuk ke dalam kafeteria. “Tapi aku tak tahu nak start dari manalah,” sambung Hakimi lagi ketika ini. Kata-kata, Hakimi merasakan kelakar pada temannya itu.

“Kau ni cakap tak serupa bikin kau tau!,” perli rakan, Hakimi sambil ketawa. “Ha,kalau kau tahu… boleh bagitahu aku?,” tanya, Hakimi kepada rakannya. “Kalau kau tak tahu cara nak buat dekat, Ashariff kau jalan je lah jerat kau dekat, Sofea!Kan senang?!” Hakimi menyandar pada kerusi yang didudukinya dan tersenyum.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia