Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 33

“Yang kau ni, Kimi? Peluh resah semacam kenapa? Orang lain yang bertunang dia pulak yang serabut?,” tegur salah seorang rakan, Hakimi. “Macam mana ye, Ashariff jumpa tunang dia? Kau orang tahu??,” tanya pula seorang lagi kenalannya yang sama-sama mengikuti rombongan perminangan.

Hakimi memerhati mereka sambil menyedut minuman di sebuah kedai mamak di kuala Lumpur.“Memang! Memang dia kebas awek aku!”.

“Oi! Biar betul??,” tanya rakannya. “Betullah! Si Sofea tu awek aku! Yang aku pelik kenapa, Ashariff tak nak bagitahu aku yang nama tunang dia tu, Sofea! Nama,Farah konon! Aku dah faham sekarang!,” jelas, Hakimi.

“Makwe kau? Bilanya pulak kau couple dengan minah tu?? Tak pernah dengar pun awek kau tu doktor!,” soal rakan, Hakimi lagi.

“Sofea tu awek aku masa aku study dekat Russia dulu! Ada faham??,” Hakimi merupakan tahun akhir semasa dia berjumpa kembali dengan, Qasif Nursofea di sana. Hakimi merupakan anak jati Damansara serta merupakan seorang pelajar di salah sebuah universiti kejuruteraan di Russia. Hakimi juga merupakan senior, Qasif Nursofea sewaktu sama-sama di sekolah menengah berasrama penuh dahulu.

“Oh, habis tu kau nak diam je ke??,” tanya rakan, Hakimi lagi. “Aku tak kisah! Aku dah rasa dulu makanan, si Ashariff tu!” Rakannya yang berada di situ turut ketawa bersama, Hakimi.

“Maksudnya,kau dah?” Hakimi mengangguk. “Herm! Banyak kali dah! Makanan sedaplah kata kan!,”Hakimi dan rakannya yang lain ketawa terbahak-bahak.

 

“Akak dengan abang dah boleh baliklah ye,” tanya, Fikri kepada Qasif Nursofea. “Abang taknak rehat dulu ke? Makan dulu ke,” pelawa, Qasif Nursofea.

“Abang ada perkara lain jugak kena berbincang dengan, Ashariff. Banyak lagi kena bincang. Lagipun majlis tu tak lama lagi, kan?,” jelas, Fikri yang menolak pelawaan tunang rakan baiknya.

 

Fikri bersama isteri serta anaknya memulakan perjalanan pulang ke Terengganu. “Abang,nanti kita kena jadi tuan rumah jugaklah ye di sebelah pihak, Sofea hari nikah nanti?,” tanya, Kak Nur kepada suaminya. “Yelah, kalau ikutkan memang macam itulah.Kita tunggu nanti,” jawab, Fikri.

 

Muhammad Ashariff kini tiba di perkarangan rumah orang tuanya. “Riff, kamu jangan nak berjalan sangat,” nasihat, Mak Zainab kepada anak bujangnya yang masih belum keluar daripada perut kereta.

“Tak pergi mana pun mak,” jawab, Muhammad Ashariff ringkas. “Bukan apa, kamu tu darah manis sekarang. Sekarang kamu pergi kerja, balik kerja je sekarang ni.Tak boleh nak pergi sana sini,” pesan, Mak Zainab kepada Muhammad Ashariff.Anak bongsu, Mak Zainab itu tidak mengendahkan percakapan ibunya. Muhammad Ashariff kini memandu keretanya keluar dari kawasan rumah orang tuanya.

Hello sayang” “Hello abang” Muhammad Ashariff dan Qasif Nursofea kini berbual melalui panggilan telefon yang dibuat oleh, Muhammad Ashariff.

“Abang baru sampai ker?,” tanya Qasif Nursofea. “Ye, baru sampai. “Fea, abang tak tahu nak cakap apa. Abang… abang tak tahu samada kena cakap thanks or what?,” kata, Muhammad Ashariff yang masih duduk di dalam kereta menghadap pantai.

“Kenapa abang nak ucap semua tu pulak? Perlu ke?,” tanya, Qasif Nursofea dari kejauhan.“Tentang mahar,” Muhammad Ashariff menyatakan dengan jelas.  

“Sepatutnya,Fea yang kena berterima kasih dekat abang. Sebab abang sudi pinang, Fea. Abang,Jangan persoalkan lagi tentang mahar boleh? Fea taknak dengar lagi sesiapa pun yang sebut tentang ni. Tak ada pun salahnya, kan?,” tegas, Qasif Nursofea.

Mereka kini telah menamatkan panggilan. Muhammad Ashariff kini sudah kembali ke rumah orang tuanya dan melangkah masuk ke dalam rumah, Mak Zainab. Terlihatnya akan susuk tubuh anak buahnya, Akir yang turut sama menyertai majlis pertunangan antara dirinya dengan, Qasif Nursofea.

“Buat apa tu?,” tegur, Muhammad Ashariff kepada, Akir. “Akir nak masukkan gambar-gambarpak su dengan mak su,” Akir kini memanggil, Qasif Nursofea dengan gelaran baru.

“herm?”Akir hanya mengangguk. “Okay it’s done. Akir dah tag semua gambar ni dekat FB pak su” Muhammad Ashariff hanya memandang kosong.

“Paksu, pak su!,” Akir sedar akan renungan kosong akan pak sunya. “Apa yang pak su renungkan?,” tanya, Akir hairan.

“Tak ada apalah!,” Muhammad Ashariff ingin bangun dan meninggalkan, Akir di situ .“Pak su jangan tipu, Akir lah. Pak su fikir apa sekarang ni?” Soalan, Akirhanya dijawab dengan senyuman bapa saudaranya, Muhammad Ashariff.

 

“Kamu dari mana, Akir? Ibu nak suruh kamu pergi beli susus adik,” tegur kak long setelah nampak akan susuk tubuh anak lelaki sulungnya. “Akir ada dekat ruman nenek lah,” jawab, Akir bersahaja. “Patutlah,”Kak long bangun dan mengambil duit di dalam beg tangan miliknya dan menyerahkan kepada, Akir.

Akir mengambil wang tersebut dan masih duduk di kerusi rumahnya. “Ibu?,” panggil, Akir kepada kak long. “Ye,” Kak long jawab ringkas. “Ibu perasan tak, yang paksu tu lain macam je?,” tanya, Akir.

Kak long kini duduk di kerusi hadapan, Akir. “Tak! Tak perasan pun. Kenapa?” “Takdelah…Akir tengok pak su termenung” Kak long hanya membisu. Kak long cuba meneka.“Mungkin, dia dah nak kahwin kot. Sebab tulah termenung sana, termenung sini.Dah! Pergi beli susu tu dulu” Akir bangun dari tempat duduknya dan pergi menaiki motosikal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia