Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 43

Qasif Nursofea kini sampai di hadapan rumahnya. Terus naik ke biliknya. Berbaring lesu memikirkan apa yang telah didengari dari percakapan insan yang amat diacintai. “Ya Allah… kenapa?,” ngomelnya sendirian.

Deringan telefon bimbit mematikan lamunannya. Ditatap pada skrin adalah panggilan daripada, Muhammad Ashariff. Diselang-selikan dengan deringan whatsapp.

Muhammad Ashariff : Sayang, abang minta maaf dengan apa yang abang cakapkan tadi. Abang betul-betul tak sedar apa yang abang kata. Please sayang… jangan hukum abang macam ni. Abang berfikir tentang, Fea sebenarnya.Abang fikir untuk hari nikah kita. Please maafkan abang. Segala masalah, kita boleh bincang sama-sama. Please, jangan hancurkan segala yang kita rancang. Abang boleh terima apa saja tentang, Fea. Assalamualaikum…”.

Telefon bimbitnya dimatikan. Bangun dari baringan dan termenung lesu di atas tilam empuk katil. Disapu air mata yang masih mengalir pada wajah. “Babah, mama, kenapa tinggal, Fea? Fea, tak kuat untuk harungi semua ni seorang diri. Fea rindumama, Fea rindu babah,” menangisnya seorang diri sehingga hadir esak pada tangisan itu.

“Non?Non? Bapaknya Ashariff ada di luar, non” Qasif Nursofea terdengar akan Riyanti yang memanggilnya dari luar kamar. “Bagitahu dia… saya tak nak jumpa,” arahnya kepada,  Riyanti.

“Waduh,kenapa dengan non ya? Tadi elok saja,” bercakap, Riyanti seorang diri. Riyanti turun ke tingkat bawah untuk bertemu dengan Muhammad Ashariff yang masih lagi menunggu di luar rumah.

“Mana, non?,” tanya, Muhammad Ashariff seperti orang yang sedang cemas. “Non bagitahu,dia tak mahu jumpa dengan, bapak. Minta maaf ye pak,” beritahu, Riyanti.

Muhammad Ashariff tidak memperdulikan kata-kata, Riyanti. Muhammad Ashariff melangkah masuk ke dalam rumah yang telah dibeli oleh, Qasif Nursofea.

“Bapak?Bapak Ashariff? Tolong! Jangan buat macam ni! Nanti, Non Sofea marah sama saya”.Lengan, Muhammad Ashariff ditarik oleh, Riyanti untuk menghalang.

“Syh! Boleh tak awak diam? Saya nak pujuk dia. Dia tak akan marah awak. Awak pergi buat kerja awak,” Muhammad Ashariff tetap bertekad untuk naik ke tingkat atas untukmemujuk, Qasif Nursofea. Riyanti tidak dapat menghalang langkah, Muhammad Asharifflagi.

Muhammad Ashariff mengetuk pintu bilik, Qasif Nursofea. “Sayang? Buka pintu ni, sayang? Please… jangan buat macam ni. Abang sedar apa yang abang kata tadi salah. Tapi tolonglah! Tolong jadi orang yang matang, Fea! Please!,” suara, MuhammadAshariff seakan memujuk. “Please,sayang?” Muhammad Ashariff menyandar tubuhnya pada pintu bilik, Qasif Nursofea.

Mengeluh panjang, Muhammad Ashariff kerana, Qasif Nursofea tetap terus mendiamkan diri.“Fea? Please jangan buat abang macamni. Abang sayang sangat pada, Fea. Sayang sangat! Abang sayang, Fea tahu tak??Abang…”.

Belum sempat, Muhammad Ashariff menghabiskan bicara, Qasif Nursofea membukakan pintu bilik. Muhammad Ashariff melihat mata, Qasif Nursofea membengkak akibat menangis. Terasa bersalah amat tebal di dalam ruang hatinya.

“Sayang,”Muhammad Ashariff memegang tangan, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea melangkah kaki menuju ke ruang tamu di tingkat yang sama. Diikuti oleh, Muhammad Ashariff.

QasifNursofea mengalihkan anak matanya memandang lelaki di hadapannya. “Sayang, maafkan abang,” rayu, Muhammad Ashariff lagi.

“Fea taknak ungkit apa yang abang cakap. Apa yang abang cakap tadi memang betul. Fea,tak marah. Fea, tak akan marah. Sebab, apa yang abang cakap memang ada betulnya.Fea, tetap akan kahwin dengan abang. Jangan risau! Selagi abang masih teruskan niat untuk menikahi Fea, Fea akan teruskan. Jangan bimbang,” Qasif Nursofea memberikan senyuman pahit kepada lelaki di hadapannya.

Muhammad Ashariff bingkas bangun dan duduk di sebelah, Qasif Nursofea. Bahu Qasif Nursofea dipegang Muhammad Ashariff lantas dipusingkan menghadapnya. Mata,Qasif Nursofea enggan untuk bertentang dengannya. Kelakuan Qasif Nursofea itu hanya dibiarkan sahaja oleh, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff tahu bahawa tunangnya itu akan dengar setiap dari kata-katanya.

“Sayang,abang bernikah dengan, Fea sebab abang nak pikul tanggungjawab abang kepada, Fea.Niat abang untuk nikahi, Fea adalah kerana cinta! Bagi abang, Sofea adalah cinta abang. Syurga cinta untuk abang di dunia ni. Salah ke abang nak mencintai awak, sayang? Izinkan abang tunaikan segala janji abang. Izinkan abang memiliki syurga dunia abang ni. Abang merayu sayang!”.

Air mata, Muhammad Ashariff menitis jatuh di atas tangan, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea mulai sebak dan melihatnya akan seoarang lelaki disebelah tubuhnya mengalirkan air mata. Air mata rayuan cinta yang ikhlas, air mata cinta yang dianugerahkan oleh, Allah s.w.t.

“Abang,setiap yang dirasai oleh kita adalah anugerah daripada Allah. Sofea juga tahu…anugerah rasa cinta juga adalah anugerah dariNya,” pujuk, Qasif Nursofea pula kini.

Qasif Nursofea menyentuh wajah lelaki yang amat dicintainya menggunakan kedua-dua telapak tangannya. “Abang tak perlu merayu. Cinta abang tak akan pernah layu di hati, Fea. Fea cintakan abang sangat-sangat. Tolong jangan hancurinya. Tolong,jangan abang letakkan racun pada cinta yang sudah, Fea semai”.

Muhammad Ashariff mencium tapak tangan, Qasif Nursofea. “Terima kasih… terima kasihs ayang!”.

Qasif Nursofea merasakan lega pada perasaanya kini. Merasa lega daripada apa yang telah dirasainya sebentar tadi.

 

 

 

 

 

Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia