Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 62

“Awak nak kopi ke?,” tanya, Mak Zainab kepada Pak Mullia yang sedang berada di dapur.“Boleh jugak,” ringkas sahaja jawapan, Pak Mulia.

Mak Zainab meletakkan secawan kopi berhampiran dengan tempat duduk, Pak Mullia. “Kalau dulu, Ashariff bagitahu kita lebih awal… itulah yang akan jadi menantu kita agaknya,” kata, Mak Zainab seolah berbisik.

“Isyh! Kenapa pulak awak ni? Anak kita tu dah selamat pun diijab kabulkan. Itu namanya jodoh! Kita jangan pertikaikan urusan Allah Taala! Berdosa tahu! Malas saya nak layan awak ni. Kalau duduk dengan awak ni… makin bertambah dosa saya ni!” Pak Mullia meninggalkan meja minum disamping, Mak Zainab dan menuju keluar.

Mak Zainab kini mulai sibuk memasak di dalam ruang dapur. Masih tidak kelihatan susuk tubuh Fiza. Mak Zainab terdengar deringan telefon bimbit yang sering berdering.

Mak Zainab berjalan ke arah deringan. “Hai lah, Riff ni! Dah tahu kaki tu tak kuat nak berjalan… letak telefon merata. Mana pulak telefon ni?,” bertanya, Mak Zainab seorang diri.  Mak Zainab mencari dan terlihat telefon itu berada di meja sofa ruang tamu bawah.

“Sofea! Isyh, buat apa yang sibuk sangat nak telefon?!!,” Mak Zainab seakan membenci apabila melihat nama yang tersiar di skrin telefon bimbit anaknya. Lantas, MakZainab menyentuh butang merah untuk membatalkan panggilan yang dibuat oleh menantunya, Doktor Qasif Nursofea.

 

“Kau tak payahlah… Sibuk-sibuk nak cari aku dekat rumah ni! Mana kau tahu yang aku duduk dekat rumah mak aku ni? Siapa bagitahu kau?,” tanya, Muhammad Ashariff yang seakan malas nak melayan kedatangan tetamu yang tidak diundang itu.

“Mak you lah bagitahu I. Kenapa? Salah ke?,” jawab, Fiza yang tersenyum gembira apabila duduk berduaan di dalam bilik lelaki idamannya itu. “Sejak bila pulak kau rapat dengan mak aku ni?,” Muhammad Ashariff tidak suka apabila, Mak Zainab semakin rapat dengan, Fiza.

“Dah lama! You je yang tak tahu. Bukan taktahu… tapi memang you taknak ambik tahu tentang I kan? Yelah… dapat binicantik, kaya, bijak, doktor pulak tu! Malangnya bijak kesemuanya!,” sindiran,Fiza itu membuatkan darah, Muhammad Ashariff kian meninggi akibat menahan perasaan marah.

“Dah lah,Fiza! Kau jangan nak buat perangai sopan santun kau tu depan mak bapak aku! Geli geleman aku!,” Muhammad Ashariff mula bangun dan meninggalkan, Fiza disitu.

 

“Ha…Riff, mana Fiza? Tak ajak dia minum ke?” Muhammad Ashariff tidak mengendahkan pertanyaan, Mak Zainab. Kaki, Muhammad Ashariff yang semakin kuat melangkah itu melangkah keluar daripada rumah.

“Saya datang mak cik,” Fiza mematikan renungan, Mak Zainab yang asyik memerhati akan sikap anak lelakinya.

“Mak cik minta maaflah, Fiza. Mak cik tak tahu pun samada dia suka ke tidak bila kamu datang sini,” beritahu, Mak Zainab yang merasa sedikit bersalah akan layanan, Muhammad Ashariff kepada, Fiza.

“Takpelah,mak cik. Mungkin dia stress tu.Tekanan,” Fiza mengatur ayat dengan lebih berhati-hati supaya, Mak Zainab tidak mengesyaki sesuatu.

“Hai! Telefon tu asyik berbunyi je dari tadi. Bukannya nak diangkat!,” bebel, Mak Zainab pada deringan telefon bimbit yang berbunyi lagi kini.

Fiza pula sangat mengenali pemilik telefon bimbit itu oleh kerana muzik yang telah ditetapkan. “Telefon, Ashariff tu kan, mak cik?,” tanya, Fiza inginkan kepastian. “Yelah. Dia punya telefonlah tu. Kalau tak nak diangkatnya matikan je lah!,” bebel lagi, Mak Zainab.

“Mungkin dia taknak diganggu tu. Mungkin kawan pejabat dia telefon,” Fiza seolah mengesyaki sesuatu akan amarah, Mak Zainab.

“Bukanlah! Si Sofea tu yang telefon dari tadi. Memanjang telefon! Agaknya… dia tak harapkan mak cik dengan pak cik jagakan suami dia tu! Suami dia datang sini untuk berubat. Bukan datang bercuti. Ganggu tak habis-habis!!,” beritahu, Mak Zainab dengan nada penuh kebencian.

Fiza mula mencari idea. “Kalau macam tu… kita boleh buat supaya dia tak boleh telefon, Ashariff lagi mak cik. Yelah… orang yang sedang sakit macam, Ashariff tu bukannya selesa bila diganggu,” jawab, Fiza dengan bicara yang lembut sekali.

Mak Zainab tanpa mengetahui apa yang dimaksudkan oleh, Fiza mengambil telefon tersebut lalu diberikan kepada, Fiza. Fiza gembira bukan kepalang. Dapat sahaja telefon bimbit di tangannya, dia terus menetapkan nombor panggilan, QasifNursofea dialihkan kepada senarai hitam. Jika tetapan senarai hitam telah dialihkan,Qasif Nursofea tidak boleh lagi menghubungi, Muhammad Ashariff termasuk juga mesej.

Fiza kini meninggalkan rumah, Mak Zainab. Muhammad Ashariff tidak mahu memberi peluang kepada, Fiza untuk mendekatkan dirinya dengan keluarga. Kerana, dia sangat mengenali akan sikap, Fiza itu.

 

Qasif Nursofea termenung seorang diri di hadapan, Pantai Batu Buruk selepas pulang dari kerja. Suasananya yang sangat dingin dan kedengaran deruan ombak, mampu mendamaikan sesiapa sahaja yang mahukan ketenangan.

Qasif Nursofea memikirkan akan perubahan sikap suaminya, Muhammad Ashariff. Telefon tidak dijawab, pesanan ringkas yang dihantar tidak pula dibalas. Qasif Nursofea memikir akan apakah kesilapan yang pernah dia lakukan selama tempoh perkahwinannya bersama, Muhammad Ashariff?

Segalanya muncul pada benak hati wanita cantik ini yang memakai dress labuh berwarna merah serta mengenakan selendang berwarna hitam yang amat bersesuaian dengan baju yang dipakainya.

“Fea,rindu mama dengan babah. Kenapa mama dengan babah pergi dulu tanpa menunggu,Fea? Mama dengan babah buat, Fea terseksa. Semua orang membenci, Fea. Semua orang tak sayang, Fea macam mana babah dengan mama sayang pada, Fea. Fea, rindu sangat saat dulu. Mama, babah, terima kasih kerana melahirkan, Fea di atas muka bumi ni. Tetapi, Fea tak kuat. Ya Allah… aku tak kuat! Janganlah kau memberikan ujian pada ku sehebat ini. Astaghfirullah,” keluh dirinya seorang diri di hadapan pantai.

Muhammad Ashariff : Abang okey. Dah mula sesi urut. Better okay dari sebelum ni. Bila abang dah mula kuat sikit, Fea datang ambik abang okey? Abang bosan duduk dekat sini”.

Muhammad Ashariff menghantar pesanan ringkas kepada Qasif Nursofea. Setelah sekian lama menunggu tidak pula dibalas oleh isterinya. Telefon pula tidak berjawab.Manakan tidak, Fiza telah menyenaraikan hitam pada nombor panggilan, Qasif Nursofea ditelefon, Muhammad Ashariff. Nak menghubungi isterinya melalui whatsapp. Internet dikawasan rumah orang tuanya pula mengalami gangguan.

 

Pagi ini, Qasif Nursofea bertugas lagi di hospital. Bermakna juga, sudah hampir tigahari dia tidak berjumpa dengan, Muhammad Ashariff dan lngsung tidak menghubunginya.Terasa rindu yang teramat sangat. Terasa malu atau perlukah lagi untuk diapergi menziarahi, Muhammad Ashariff? Terlintas di satu sudut pemikiran, Doktor Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea berjalan seorang diri pergi ke kedai bunga segar yang terdapat di dalam lobi hospital. “Saya nak beli bunga untuk orang sakit. Means tomy husband,” gadis penjual bunga itu kini memberikan lima kuntum bunga white aster yang dibalut dengan pembalut cantik.

Qasif Nursofea melihat bunga yang dibelinya sebentar tadi. Terukir senyuman di wajahnya kini. Tidak sabar untuk melihat reaksi suaminya apabila menerima jambangan bungaini.

Pada petang itu, Pak Mullia yang sedang mengait buah kelapa melihat akan sebuah kereta mercedec sport dua pintu berwarna putih. Pak Mullia sangat mengenali kereta itu dan siapa pemandunya.

“Ayah,”Qasif Nursofea menghulurkan salam pada, Pak Mullia yang turut membakar timbunan daun kering yang gugur daripada pokok di halaman rumahnya.

“Masuklah.Ashariff ada dekat dalam. Rasanya, mak pun ada dekat dalam” Qasif Nursofea meninggalkan,Pak Mullia yang masih lagi mahu menyambung kerjanya di situ.

“Assalamualaikum”“Waalaikumussalam,” Muhammad Ashariff menjawab salam itu. Kelihatan isterinya cantik berbaju kurung berwarna coklat lembut. Pastinya baru pulang dari tempat kerja apabila melihat dari pakaian yang dipakainya.

Qasif Nursofea mencium tangan, Muhammad Ashariff dan menghulur jambangan bunga yang baru dibelinya sebentar tadi.

“Terima kasih. Ingat dah taknak datang,” kata, Muhammad Ashariff sambil meletakkan jambangan bunga aster di atas meja.“Mana boleh tak datang. Suami tercinta ada dekat sini, kan?,” jawab, Qasif Nursofea dengan senyuman pada wajah.

Qasif Nursofea sedar akan perubahan air muka suaminya. “Eloklah datang. Abang rasa dah tak larat dah nak duduk dekat sini. Abang nak balik” Qasif Nursofea hanya mengangguk tanda setuju. Qasif Nursofea seakan sedar akan perubahan sikap suaminya,Muhammad Ashariff. Suaminya itu tidak lagi menunjukkan akan sikap kasarnyaserta tidak lagi menggunakan bahasa “aku dan kau” pada setiap bicaranya.

Muhammad Ashariff dan isteri kini telah berangkat pulang setelah memohon mengudurkan diri.“Sibuk je datang! Apa salahnya kalau biarkan si suami tu lega elok dulu! Ini…belum apa-apa dah datang ambik!,” marah, Mak Zainab di hadapan, Pak Mullia.

“Benci sungguh awak dengan, Sofea ye sekarang ni? Apa yang dia dah buat dekat awak?Dulu… awak jugak yang suka! Sekarang awak juga yang membenci!,” marah, Pak Mullia akan sikap, Mak Zainab.

“Dulu…saya tak tahu yang budak, Fiza tu ada. Fiza tu bagitahu saya yang, Riff anak awak tu berubah fikiran tiba-tiba. Saya pun geramlah! Entah dukun mana entah yang menantu awak tu pergi! Sedangkan, si Fiza tu jauh lebih elok dari menantu kesayangan awak tu! Baik! Lemah lembut!,” marah, Mak Zainab pada isteri,Muhammad Ashariff semakin membuak-buak.

Pak Mullia menggeleng kepala akan perihal sikap isterinya itu. Pak Mullia senangakan sikap, Qasif Nursofea dari dahulu sehingga sah menjadi isteri, Muhammad Ashariff. Bagi, Pak Mullia menantunya itu sudah cukup sempurna untuk anak bongsunya.

“Nak ke mana pulak ni? Balik jelah. Abang penatlah!,” rungut, Muhammad Ashariff apabila menyedari isterinya itu menukar arah laluan kenderaan.

“Apa yang abang penatkan? Herm? Duduk melepak je dekat rumah.  Ikut je mana, Fea nak bawak abang pergi” Muhammad Ashariff hanya akur. Muhammad Ashariff tidak mampu menunjukkan sifat dinginnya lagikerana rindu kini menjadi halangan.

“Jom,”ajak, Qasif Nursofea. Tetapi, Muhammad Ashariff tidak hanya mengikut. “Nak buatapa dekat hotel ni?” Qasif Nursofea memejamkan mata dan mengeluh. “Boleh taksekali-sekala abang turutkan je kemahuan, Fea? Please, janganlah banyak tanya,” pujuk, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea menekan butang lif dan menarik pergelangan tangan, Muhammad Ashariff lembut. Muhammad Ashariff mengerut dahi kehairanan. Qasif Nursofea tidak memperdulikan akan sikap bingung suaminya itu.

Setibanya mereka di tingkat tujuh, pintu lif kini terbuka. Menyentuh kad kunci di pintu membolehkan daun pintu itu di buka.

Muhammad Ashariff terkedu melihat persiapan bilik honeymoonsuits. Muhammad Ashariff melihat persiapan bilik dengan dihidangkan makanan dan juga dihiasi dengan lilin. Diiringi pula dengan muzik romantis.

Qasif Nursofea menarik tangan, Muhammad Ashariff duduk di kerusi yang telah disediakan pada meja makan yang telah siap dengan hidangan. Muhammad Ashariff masih terkedu dengan kejutan yang dilakukan oleh isterinya, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea menarik kerusi dan duduk di hadapan suaminya. Lilin yang dinyalakan menghiasi meja kecil empat segi. “Candle lightdinner ni, Fea yang plan. Fea nak rasa seperti isteri-isteri yang lain. Fea nak rasa manisnya perkahwinan. Feanak cari kemanisan bersama untuk malam ni je. Fea nak abang tunjukkan kasihsayang abang yang sebenar untuk malam yang syahdu ni je! Lepas ni… kalau abang tetap membenci dengan, Fea terpulanglah kepada abang macam mana abang nak layan, Fea.Cuma malam ni… Fea nak abang lupakan marah abang sekejap. Buang sekejap benci abang pada, Fea” rintih, Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff tersandar lemah di kerusi. Dia tidak menyangka yang, Qasif Nursofea akan melakukan semua ini. “Bukan untuk malam ni je tapi untuk hari-hari kita seterusnya,sayang,” ucap pula, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea terharu dengan luahan, Muhammad Ashariff. Mereka bangun dari tempat duduk dan menari perlahan dengan saling berpelukan mengikut irama muzik yang romantik.

Kucupan hangat singgah di dahi, Qasif Nursofea. “Waktu sebeginilah yang, Fea nantikan selama ni,” mengalir perlahan air mata, Qasif Nursofea. Air mata kegembiraan serta air mata kesyukuran.

I love you sayang,” Muhammad Ashariff membisikkan kata-kata itu di telinga, Qasif Nursofea. Semakin kuat rangkulan pelukan mereka. Bermulalah episod pertama perjalanan mereka sebagai suami isteri seperti pasangan bahagia di luar sana. 

Terasa berat pada tubuhnya. Menghalang tubuhnya untuk bergerak. Qasif Nursofea tersedar dan terlihat suaminya masih lagi merangkulnya dengan kemas di ataskatil hotel. Senyumannya terukir kini mengenangkan hal semalam.

“Abang,bangunlah!,” Qasif Nursofea menggoyangkan tubuh, Muhammad Ashariff yang masih lagi nyenyak tidur. “Erm. Dah pukul berapa, sayang?,” Muhammad Ashariff bangun sambil menggosokkan mata yang dirasakan masih berat.

“Pukul5.30 pagi. Bangunlah mandi. Fea kena masuk kerja hari ni,” tanpa disangkal,hinggap pula satu ciuman di pipi gebu, Qasif Nursofea.

“Ei…Werk! Busuklah! Bangun tidur gosok gigi pun belum cium orang pulak” “Ala… vitamin lah tahi gigi pagi-pagi ni” Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff ketawa di awal pagiitu.

Selesai solat subuh, mereka berdua mula meninggalkan hotel yang menjadikan sejarah manis buat mereka. Perjalanan pulang masih gelap dan kadangkala, terkena suluhan cahaya lampu kenderaan pada wajah mereka berdua.

Previous: Bab 61
Next: Bab 63

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia