Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 34

“Riff” Muhammad Ashariff seakan terperanjat pada teguran kak long. “Kak long, ingat siapa tadi,” Muhammad Ashariff dan kak long turut sama tersenyum.

Kak long duduk sama di pangkin dengan adik iparnya, Muhammad Ashariff. “Apa yang kamu fikir sekarang?,” tanya, kak long kepada, Muhammad Ashariff kini. Muhammad Ashariff terfikir ada baiknya dia menanyakan kepada, kak long tentang apa yang difikirnya kini.

“Kak long, apa maksud seorang perempuan mintak Al-Quran sebagai maharnya? Apa, dia orang fikir yang pihak lelaki tak mampu ke nak sediakan duit hantaran?,” tanya, Muhammad Ashariff.

“Isyh! Kamu ni, Riff! Tak baik persoalkan benda tu! Memang… memang tak ramai pun perempuan yang minta maharnya, Al-Quran. Tapi, kak long rasa mungkin ada sebab.Kak long tak boleh nak cakap atau sesiapa pun tak boleh nak cakap. Sebab, Sofea yang kamu akan nikahi. Mungkin itu semua ada maksud dan sebab bagi diri dia,” jelas, Kak Long. “Dah! Jangan nak fikir sangat. Kamu sediakan je apa yang, Sofea mintak,” kata, kak long lagi.

Muhammad Ashariff kini merasa kian lega apabila mendengar akan kata-kata kakak iparnya.“Kadang, Riff fikir macam nak cepatkan je nikah,” beritahu, Muhammad Ashariff.“Kalau itu kata kamu… bagitahu jelah pada semua. Kita orang tak ada masalah,” kata,kak long.

 

Qasif Nursofea memberikan makanan kepada ikan dengan menaburkan dedak ikan ke dalam kolam. “Fea, aku tengok kau sekarang macam dah lain,” kata, Nisa kepada rakannya.

“Apa yang lain? Lainnya sekarang aku dah jadi tunang orang. Tu je,” jawab, Qasif Nursofea kepada percakapan, Nisa. Qasif Nursofea ketawa kecil melihat reaksi wajah sahabat baiknya, Nisa.

“Aku suka sangat dengan perubahan kau” Qasif Nursofea ketawa kecil lagi. “Ada je lah kau ni!,” Qasif Nursofea menyambung lagi perbualannya bersama, Nisa. Mereka kini berada di hadapan kolam renang milik banglo mewah itu.

“Aku sekarang ada mengikuti kelas agama,” maklum, Qasif Nursofea. “Ya Allah! Syukur sangat, Fea! Bila? Bila kau mula belajar?,” lafaz syukur akan, Nisa.

“Aku ada upah sorang ustazah. Nama dia, Ustazah Mariam. Aku upah dia datang mengajar aku dekat sini. Aku mula belajar 2 minggu dah. But now, aku stop lah kejap untuk focus majlis ni” Nisa senyum dan gembira mendengar akan perubahan sahabat karibnya.

“Aku taknak kau berhenti! Kau kena teruskan. Aku sangat berharap dan aku selalu berdoa supaya kau berubah, Fea” Kata-kata, Nisa membuatkan hati, Qasif Nursofea tersentuh. Merasakan kehadiran air yang jatuh dari kelopak matanya.

Thanks. Mungkin ini jugak dari doa kau”Nisa memeluk tubuh sahabatnya itu. Qasif Nursofea kini memandang jauh.

“Aku ada terbaca sebuah buku yang Ustazah Mariam tu bagi. Dalam buku tu ada tertulis, jalan yang mudah bagi seorang isteri untuk masuk ke syurga,” beritahu,Qasif Nursofea. Qasif Nursofea menyambung lagi bicaranya kini. “Dan… aku taknak orang yang aku sayang tanggung dosa aku dan dia tak dapat masuk syurga sebabkan aku. Aku taknak! Aku… aku nak suami aku bersama dengan aku sampai bila-bila.Aku sayang sangat dengan dia,” dia yang dimaksudkan oleh, Qasif Nursofea adalah,Muhammad Ashariff.

“Kalaukita sayang dengan seseorang berdoa lah. Hanya itu hadiah yang sangat berharga,”kata, Nisa kepada sahabatnya.

 

Setelah beberapa hari, Nisa di rumah sahabat karibnya, hari ini adalah hari kepulangan,Nisa untuk kembali ke Ipoh. Qasif Nursofea memesan sebuah teksi dan membayar tambang, Nisa untuk pulang terus ke kampung halamannya. Kini tibanya sebuah teksi yang dipesan oleh, Qasif Nursofea. Mereka berdua bersalaman dan memeluk antara satu sama lain tanda perpisahan.

“Jangan lupa! Nanti kau kena datang jugak majlis nikah aku,” pesan, Qasif Nursofea kepada, Nisa sebelum menaiki teksi. “Iyer!,” Nisa kini memasuki ke dalam perut teksi dan melambai kepada, Qasif Nursofea yang masih berdiri di luar pagar.

Kini,Qasif Nursofea ingin melangkah masuk ke dalam rumahnya kembali. Qasif Nursofea mematikan langkah dan menuju kembali ke pagar banglo mewah tersebut. Dibukanya pintu kotak surat yang terletak di dinding pagar.

“Non?ada panggilan,” jerit, Riyanti kepada majikannya yang berada di luar. Qasif Nursofea berlari masuk ke dalam rumah untuk menjawab panggilan telefon tersebut. 

Hello?,” Qasif Nursofea memulakan bicaranya. “Ini, Doktor Qasif Nursofea Binti Dato’ Dr. Darwish?,” terdenga rsuara seorang wanita menyebut nama penuhnya kini.

“Iye saya bercakap. Siapa ni ye?,” soal, Qasif Nursofea kehairanan. “Ye doktor. Saya buat panggilan daripada…”.

Qasif Nursofea menamatkan panggilan telefon dan tersenyum. Qasif Nursofea merasakan hari ini adalah hari yang sangat istimewa pada dirinya.

Tanpa menunggu masa yang lama, Qasif Nursofea terus menghubungi, Muhammad Ashariff.“Sayang I have the good news”“Ye… apa sayang?,” tanya, Muhammad Ashariff melalui panggilan telefon yang dibuat oleh tunangnya.

“Fea…Fea dah dapat posting!” “Yeke? Syukur Alhamdulillah. Tapi dekat mana sayang?”. Mereka gembira bukan kepalang setelah mengatahui tempat bertugas, Qasif Nursofea di salah sebuah hospital yangterdapat di Kuala Terengganu.

“Boleh ke ni? Bukan ke, Fea nak kena handle jugak syarikat babah?,” tanya, Muhammad Ashariff. “Ye… boleh. Lagipun dulu babah bertugas dekat hospital jugak, kan? Insya Allah, Fea boleh handle,” Qasif Nursofea meyakinkan,Muhammad Ashariff.

 

 

 

 

Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia