Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 89

Setelah habis permainan yang mereka main, Lokman mengajak wanita di sampingnya itu  masuk menonton tayangan 3D. Lokman memilihtayangan hidupan di dalam laut. Semasa mereka menonton, kerusi yang mereka duduk turut bergerak dan sesekali meniupkan angin mengikut pada cerita yang ditonton.

Qasif Nursofea memegang tangan, Lokman apabila seekor ular laut datang kepada penglihatan para penonton yang sedang menonton. Kadangkala terdengar juga sedikit jeritan daripada penonton lain.

Lokman melihat akan perbuatan, Qasif Nursofea. lokman hanya memerhati riak wajah,Qasif Nursofea ketika menonton tayangan tersebut. Adakalanya, Qasif Nursofea tersenyum dan adakalanya pula menjerit perlahan.

Qasif Nursofea masih lagi tersenyum. Sesekali membetulkan lipatan pada tudung. Mereka kini duduk di sebuah restoran menunggu hidangan yang telah dipesan.

“Saya suka tengok awak seyum,” puji, Lokman. Qasif Nursofea seperti malu apabila dipuji seperti itu. “Ada-ada je lah awak ni! Saya pun suka tengok awak senyum,” puji,Qasif Nursofea juga. Pujian itu membuatkan, Lokman tersenyum lebar.

Selesai menjamu selera mereka memilih untuk duduk di kerusi menghadap angin sejuk.Mereka duduk berdua pada satu bangku. “Awak pernah bercinta tak, Lokman?,” soal,Qasif Nursofea kini. Lokman menggeleng. “Isyh! Tak percaya langsung! Takkanlah orang kacak dan ada jawatan besar  takde orang yang nak?,” kata, Qasif Nursofea.

“Betul! Memang saya tak pernah bercinta. Waktu alam kampus dulu… saya join geng anti perempuan! Tapi… bukan gay lah! Memang kita orang takkan layan perempuan time tu. Kononnya waktu tukita orang ni jejaka hangatlah,” Qasif Nursofea ketawa mendengar cerita,Lokman.

“Sampai sekarang?,” tanya, Qasif Nursofea lagi. “Erm… sekarang sedang mencari dan sedang mengenali! Dan… sedang mengorat! Dan… sedang duduk bersama!,” kata-kata,Lokman itu menghadirkan tawa buat, Qasif Nursofea.

“Mengada!”Mereka ketawa bersama. “Macam mana awak kenal dengan, Ashariff dulu? Sama-sama belajardekat Russia ke?,” tanya,Lokman pula.

“Taklah! Kita orang kenal pun melalui FB je,” Lokman terkejut dan tersenyum. “Dari FB dan…terus kahwin?,” tanya, Lokman. “Dan cerai,” sambung pula, Qasif Nursofea.

“Mungkin dah takde jodoh kan?,” pujuk, Lokman. “Dahlah, Lokman! Tak payah sebut nama dia. Takde mood saya nanti,” pinta,Qasif Nursofea yang merasakan kurang selesa.

Lokman memerhati sahaja wajah, Qasif Nursofea yang sedang asyik melihat bunga-bunga segar yang ditanam di taman bunga, Genting Hinghlands. “Awak memang suka bunga ke, Fea?,” tanya, Lokman yang masih lagi memerhati akan, Qasif Nursofea. “Suka! Sangat-sangat suka! Bunga-bunga ni dah macam counselor saya. Bila ada masalah ke… tension ke… bila tengok je bunga terus rasa fresh!,” beritahu,Qasif Nursofea.

“Kalau macam tu… saya pun boleh buat awak Fresh,”Qasif Nursofea menoleh kepada, Lokman apabila mendengar apa yang dibicarakan oleh lelaki itu.

“Maksud saya… saya boleh bagi awak bunga hari-hari,” Qasif Nursofea tersenyum dan berfikir, Lokman hanya bergurau”.

 

Pak Mullia melihat Fiza yang sedang berjalan ke arah kereta miliknya. “Nak ke mana tu Fiza?,” tanya, Pak Mullia. Fiza sekadar menjawab dengan senyuman. Pak Mullia melihat, Fiza yang sedang mengundur kereta dan mula pergi meninggalkan kawasan rumah itu.

“Awak tengoklah tu! Cakap orang tua langsung taknak didengarnya! Lewat malam nanti baru dia nak balik! Peninglah saya memikirkan hal, Fiza ni!,” rungut, Mak Zainab.

“Hai…dah tahu pening ke? Bukan ke awak yang beria-ia nak buat, Fiza tu jadi menantu?Ha… sekarang dah pun jadi menantu awak! Hadap jelah sorang-sorang!,” ungkit,Pak Mullia. “Orang bagitahu dia… dia salahkan kita pulak!,” rajuk, Mak Zainab kepada suaminya, Pak Mullia.

 

Lokman memberhentikan kereta di hadapan banglo, Qasif Nursofea. “Terima kasih sebab sudi keluar dengan Saya,” ucap, Lokman.

“Saya pun nak say thanks dekat awak sebab sudi bawak saya keluar jalan-jalan. Oh ya thanks for the flowers,” Qasif Nursofea membuka pintu kereta dan melambai kepada, Lokman yang sedang memulakan perjalanan.

Sedang Qasif Nursofea berjalan masuk ke dalam rumah, Qasif Nursofea mendengar suara lelaki menegurnya dari arah belakang. “Seronok ada balak baru?,” tegur, Hakimi yang kini muncul di hadapan, Qasif Nursofea. “Macam mana kau boleh masuk sini? Apa kau buat dekat sini? Pergilah! Jangan ganggu aku!,” Qasif Nursofea melangkah laju ingin masuk ke dalam rumah.

Hakimi menghalang langkah, Qasif Nursofea. “Kau nak buat apa ni, Kimi?! Lebih baik kau pergi dari sini!,” Qasif Nursofea cuba menyuruh, Hakimi beredar dari kawasan rumahnya.

“Siapa yang hantar kau balik tadi? Siapa dia tu?!,” tanya, Hakimi tegas. “Dia kawan aku!,” jawab, Qasif Nursofea dengan getaran suara kerana takut akan perlakuan,Hakimi kepadanya. “Kawan? Kawan apa sampai bagi bunga bagai?!,” pekik, Hakimi.“Jangan kau buat bising dekat sini boleh tak? Malu kalau orang dengar!,” pinta,Qasif Nursofea. Qasif Nursofea juga tahu jika dia menjerit sekalipun, jiran tetangganya tidak akan dengar kerana jarak rumahnya agak jauh di antara rumah yang lain.

“Riyanti?!Riyanti?!,” jerit, Qasif Nursofea memanggil, Riyanti. Riyanti tidak mendengar jeritan majikannya kerana sedang sibuk mencuci kolam renang.

“Kau jangan risau… aku datang sini sebab nak ajak kau keluar makan dengan aku. Itu je!,” ajak, Hakimi. “Taknak! Aku… aku ada hal!,” Hakimi menarik tudung, Qasif Nursofea sehingga tertanggal. Qasif Nursofea menjadi semakin takut.

Hakimi melihat wajah pucat, Qasif Nursofea kerana takut. Qasif Nursofea dengan pantas mengambil minyak wangi di dalam tas tangan dan menyembur pada anak mata,Hakimi. Hakimi menahan pedih. Qasif Nursofea menolak, Hakimi keluar pagar.Dengan pantas, Qasif Nursofea menutup kembali pagar elektrik kediaman itu.

“Riyanti?!Mana awak pergi?,” Qasif Nursofea mencari, Riyanti dan terlihat pembantu rumahnya itu sedang sibuk mencuci kolam renang. Qasif Nursofea memilih untuk merahsiakan apa yang telah terjadi sebentar tadi.

 

Previous: Bab 88
Next: Bab 90

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia