Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 81

Setelah dengan apa yang sudah berlaku, Qasif Nursofea meminta pertolongan daripada, Fikri untuk datang ke hospital. “Fea, abang tak tahu pun yang, Fea keguguran.Kalau abang tahu tadi… abang boleh bawak, Kak Nur datang sekali. Ashariff pundiam je tak bagitahu abang. Abang pergi cari, Fea dekat tempat kerja. Dia orang cakap, Fea gugur. Ya Allah… macam mana boleh jadi sampai macam ni?,” panjang lebar, Fikri bertanya setelah berada di wad, Qasif Nursofea.

“Fea nak abang tolong hantarkan, Fea balik rumah,” Qasif Nursofea meminta pertolongan,Fikri. “Kenapa, Riff tak datang ambil? Dalam jadual… dia cuti kan hari ni?,”Fikri melihat air mata, Qasif Nursofea menitis sebagai jawapan pada pertanyaan yang diajukan.

“Okey…dah… dah. Jom abang hantar balik. Riyanti dah siap kemas barang?,” pertanyaan,Fikri diajukan pula kepada, Riyanti. “Udah bapak,” mereka bertiga bergerak pulang setelah bil hospital selesai dibayar.

Qasif Nursofea yang memakai kain labuh bersama t-shirt beserta baju tebal dipimpin,Fikri. Menaiki kereta, Fikri, Qasif Nursofea hanya memilih untuk diam membisu.

Kini,mereka bertiga sampai di rumah, Qasif Nursofea yang terletak di Bandar, KualaTerengganu. “Boleh, Fea ceritakan pada abang? Jangan diam macam ni je!” Qasif Nursofea tidak henti dengan tangisan. Air matanya jatuh dengan sendiri walaupun telah memujuk hati.

“Ashariff dah ceraikan, Fea,” beritahu, Qasif Nursofea. “What??? Sebab gugur dia ceraikan, Fea?!,” Fikri amat terkejutdengan apa yang telah diberitahu oleh, Qasif Nursofea. Fikri juga tahu yang mereka sebelum ini sangat bahagia. 

Qasif Nursofea memberikan kepada, Fikri kertas laporan perubatan yang telah dikeluarkan oleh pihak makmal hospital. Setelah meniliti laporan tersebut, Fikri meletakkan kertas laporan itu di atas meja di ruang tamu rumah, Qasif Nursofea. “Betul kesemua ni? Cuba, Fea ceritakan perkara sebenar pada  abang!,” pujuk, Fikri.

“Laporan makmal memang tepat! Doktor atau pun hospital tak akan menipu dalam report perubatan,” Qasif Nursofea mulaberbicara kini. “Okaythen?,” Fikri mendengar dengan teliti apa yang akan diceritakan oleh, Qasif Nursofea. “Demi Allah! Sumpah! Fea tak makan herba untuk gugurkan janin, Fea! Fea tak tahu macam mana semua ni boleh jadi! Fea tak paksa untuk abang percaya… tapi, Fea mohon… dengar dan fikir apa yang, Fea ceritakan! Takkanlah, Fea sanggup bunuh anak, Fea sendiri?! Fea takkan sanggup bunuh anak dari hasil perkahwinan, Fea dengan orang yang paling, Feacinta!”.

Fikri menyandar tubuh pada kerusi sofa di rumah, Qasif Nursofea. “Abang… abang tak tahu nak komen apa. Yang boleh abang cakap… mungkin ada orang yang nak sabotage, Fea,” kata, Fikri.

“Mungkin mak dia!,” kata, Qasif Nursofea dan memandang, Fikri. “Yes! Abang pun terfikir ini memang kerja mak dia! Apa yang terjadi kepada, Riff dengan Sofea… abang rasa ini semua dirancang! Tak mustahil kan?,”Fikri memberikan  pendapatnya.

 

Hakimi dan Fiza bertemu di pejabat. “Yang kau kalut macam cacing kepanasan ni dah  kenapa??,” marah, Hakimi kepada Fiza yang kinimenarik lengan bajunya.

“Yang kau tersengih-sengih ni apahal?,” marah, Hakimi pada perlakuan, Fiza. “You tahu tak yang, Ashariff dengan perempuan tak guna tu dah bercerai! Cerai!,” maklum, Fiza sambil tersenyum gembira.

“Betul ke apa yang kau cakap ni?,” tanya, Hakimi inginkan kepastian. “Ye! Aku baru dapat call dari mak dia!,” Hakimi tersenyumlebar mendengar berita baik daripada, Fiza.

“Tapi…kenapa dia orang cerai?,” tanya, Hakimi hairan. Hakimi yang hanya tahu kebahagiaan dalam rumah tangga, Muhammad Ashariff.

“Sebab,Sofea gugur!,” beritahu lagi, Fiza. “Gugur?!,” tanya, Hakimi yang seakan terkejut. Fiza mengangguk dan kembali tersenyum. “Habis tu? Apa dah jadi dengan,Sofea?? Dia okey tak?! Apa yang kau dah buat dengan, Sofea??!,” Hakimi merasa risau jikalau perkara yang buruk berlaku kepada pujaan hatinya.

I tak fahamlah dengan you ni! Dia gugur sebab mak, Ashariff! Mak dia masukkan ubat yang bomoh bagi dalam makanan, Sofea! Gugurlah!,” terang,Fiza. “Itu aku taknak tahu! Yang penting bagi aku, Sofea dah bercerai. Itu dahcukup bagi aku! Kau jangan cari aku lagi!!,” kata, Hakimi.

 

“Non,ada tetamu tunggu di luar,” beritahu, Riyanti. “Suruhlah masuk,” Riyanti turun kembali ke tingkat bawah dan menyuruh tetamu itu masuk.

“Non di tingkat atas,” Riyanti memaklumkan kepada tetamu itu. “Terima kasih,” tetamu itu melangkah masuk ke dalam bilik. “Sofea?” Qasif Nursofea memandang, Hakimi dengan panadangan geram. Tetapi dia tidak berdaya untuk menghalau, Hakimi supaya keluar.

Hakimi menghulurkan bunga kepada, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea tidak mengambilnya.“Buat apa kau datang sini? Baliklah!,” Qasif Nursofea memandang geram akan wajah, Hakimi.

Hakimi ketawa. Ketawa Hakimi menimbulkan rasa marah pada, Qasif Nursofea. “Itulah… yang kau nikah dengan jantan baik tu siapa suruh? Kau… kau ni… layak dengan aku je! Kelapa dah kena tebuk tupai ada hati nak cari jantan baik? Lupakan dia jelah, Fea,”Hakimi menyindir, Qasif Nursofea yang sedang berbaring lesu.

“Riyanti?! Riyanti?!,” Riyanti naik ke tingkat atas setelah mendengar majikannnya jerit memanggilakan namanya. “Halau jantan ni keluar! Saya taknak tengok muka biawak ni!,” tengking,Qasif Nursofea memberi arahan kepada pembantu rumahnya, Riyanti.

“Tak payah nak halau akulah! Aku boleh keluar sendiri!,” Hakimi menolak, Riyanti. Bingkai gambar pernikahan, Qasif Nursofea bersama, Muhammad Ashariff dibaling ke lantai oleh, Hakimi. Perbuatan Hakimi membuatkan, Qasif Nursofea semakin geram.

Setelah,Hakimi meninggalkan rumah itu, Riyanti segera menutup pintu pagar. Terpandang pula,Riyanti pada kereta, Muhammad Ashariff yang kini tiba di luar rumah. “Tuan?,” tegur,Riyanti. “Saya datang sini bukan nak tengok majikan awak. Saya nak ambil barang-barang saya,” Muhammad Ashariff melangkah masuk ke dalam rumah dan menaikit angga menuju ke tingkat atas.

Muhammad Ashariff menuju ke dalam bilik yang menghimpunkan pakaiannya dengan pakaian bekas isterinya. Kehadiran, Muhammad Ashariff langsung tidak menyedarkan akan,Qasif Nursofea yang berada di kamar utama.

Riyanti melihat, Muhammad Ashariff menarik keluar pakaian-pakaiannya dari dalam almari.“Tuan, Non Sofea tak bersalah,” kata-kata, Riyanti mematikan kerja, Muhammad Ashariff.

“Apa yang awak tahu, Riyanti? Awak jangan nak sebelahkan majikan awak sebab diabayar gaji awak!,” Muhammad Ashariff meneruskan lagi kerja mengemas pakaian miliknya.

“Saya tidak menyokong sesiapa pun tuan! Cuma… saya tahu yang, Non Sofea tak akan tergamak membunuh bayinya sendiri. Kalau tuan mahu tahu… saya boleh tunjukkan ubat-ubat yang dibeli sendiri, Non Sofea. Semuanya untuk kesihatan bayi. Bukan racun! Percayakan saya tuan!,” suara, Riyanti seakan merayu.

“Tak perlu! Dah terlambat, Riyanti! sudah! Saya pergi dulu,” Muhammad Ashariff terus melangkah pergi meninggalkan rumah dua tingkat itu. Riyanti sangat merasa sayang kepada majikannya. Riyanti tahu bahawa, Muhammad Ashariff sangat baik.Begitu juga dengan, Qasif Nursofea.

 

Muhamaad Ashariff membawa kini pakaiannya untuk disimpan di dalam almari bilik yang terletak di kediaman orang tuanya. Muhammad Ashariff membuka pintu almari yang terdapat di dalam biliknya kini. Bilik yang telah disediakan, Pak Mullia untuknya dari kecil sehingga sekarang.

“Dah habis semua ke barang yang kamu ambil dekat rumah perempuan tu? Jangan kamu tertinggal apa-apa pulak. Tak pasal-pasal… dia bomohkan kamu lagi sekali,” tegur,Mak Zainab di dalam bilik, Muhammad Ashariff.

“Dah mak,” jawab, Muhammad Ashariff ringkas. Mak Zainab meninggalkan, Muhammad Ashariff di situ. Muhammad Ashariff melihat seluruh ruang biliknya. Biliknya yang masih lagi berbau wangi kesan dari semburan minyak wangi yang dipakai bekas isterinya.

Previous: Bab 80
Next: Bab 82

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia