Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 78

Muhammada Ashariff Mullia : Sayang, abang ada bagitahu mak yang sayang nak makan bingka ubi kayu. Petang nanti, Akir hantarkan bingka ubi kayu yang mak buat tu dekat rumah.

Qasi Nursofea membaca pesanan ringkas whatsapp yang dihantar oleh suaminya dan turut tersenyum. “Tak sangka pulak mak nak tolong masakkan. Mungkin sebab cucu dia dalam perut aku ni,” bercakap, Qasif Nursofea seorang diri.

 

Mak Zainab sibuk memasak di dapur. Dari jauh, Pak Mullia dapat menghidu bau harum bingka ubi kayu yang dimasak oleh, Mak Zainab. “Awak masak apa tu, Nab?,” tegur, Pak Mullia yang melihat, Mak Zainab sedang sibuk memasak. “Bingka ibu kayu. Tadi,Ashariff telefon saya suruh saya tolong masak kan bigka ni. Katanya… teringin sangat menantu awak, Sofea nak makan,” beritahu, Mak Zainab.

Pa kMullia tersenyum mendengar penjelasan isterinya, Mak Zainab. Pak Mullia merasakan bahawa kasih sayang, Mak Zainab masih wujud walaupun kebencian yanghanya dipamerkan sebelum ini. 

 

Akir membawa bingka ubi kayu yang dikirimkan kepadanya untuk diberikan kepada, Qasif Nursofea. “Terima kasih, Akir,” Qasif Nursofea mengambil bingka yang dibungkus kemas oleh, Mak Zainab.

“Argh…!!,”jerit, Qasif Nursofea dan Akir turut terkejut apabila dua ekor kucing yang sedang bergaduh datang ke arah tempat mereka berdiri. “Prang!!!” Mangkuk kaca,Mak Zainab yang dipegang, Qasif Nursofea terjatuh dan pecah berderai.

Qasif Nursofea duduk mengutip bingka yang jatuh berselerakan bersama kaca-kaca yang pecah. “Mak su, buang je bingka ni! Dah tak boleh makan,” Akir mengambil penyapu dan penyodok sampah lalu, Akir membuangnya di dalam tong sampah dihadapan rumah ibu saudaranya, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea bangun dan berdiri. “Takde rezeki mak su. Tapi, Akir tolong jangan bagitahu nenek ye? Nanti apa pulak nenek cakap,” pinta, Qasif Nursofea.

“Jangan bimbang mak su, Akir tahu. Kalau mak su tak pesan pun, Akir tak akan cerita.Kalau mak su teringin jugak nak makan bingka ni, Akir pergi cari dekat gerai kuih depan sana. Mesti ada je orang yang jual,” pelawa, Akir yang merasakan kasihan kepada ibu saudaranya yang kempunan mahu makan bingka ibu kayu.

“Tak…takpe! Tak payah susah-susah! Mak su okey. Alah… takkan mati pun kalau tak makan bingka ubi kayu kan? Dah jom masuk dulu,” ajak, Qasif Nursofea.

“Akir kena pergi dulu. Akir janji dengan kawan tadi nak jumpa,” Akir menolak pelawaan ibu saudaranya dengan baik. Qasif Nursofea hanya memerhati, Akir yang ingin memulakan perjalanan.

Mak Zainab resah duduk menunggu disamping telefon rumah. Menantikan telefon berdering.Mak Zainab merasa tidak sabar dan sesekali timbul rasa takut. Takut jikalau, Muhammad Ashariff menyalahkannya kerana makan bingka yang dimasak olehnya.

Selesai solat isyak, Mak Zainab mendengar bunyi kereta, Akir. Mak Zainab berjalan laju  mendapatkan, Akir. “Dah bagi dah bingka tudekat mak su kamu?,” tanya, Mak Zainab kepada cucunya, Akir.

“Dah! Akir masuk rumah dulu” Akir risau jikalau neneknya dapat mengetahui hal sebenar. Mak Zainab tersenyum seorang diri di situ.

 

Seperti kebiasaannya, Mak Zainab akan menyediakan sarapan pagi untuk, Pak Mullia. Tetapi pagi itu, Pak Mullia melihat meja di dapur masih kosong. Kosong tanpa hidangan makanan sarapan pagi.

“Nab,awak tak masak apa-apa ke pagi ni?,” tanya, Pak Mullia. “Nab?!,” panggil, Pak Mullia lagi dengan nada suara yang sedikit tinggi setelah tiada jawapan yang diberikan oleh, Mak Zainab.

“Tak! Awak makan jelah dekat warung kopi depan sana. Saya rasa tak sedap badan pulak.Itu yang saya tak masak,” jawab, Mak Zainab pada pertanyaan, Pak Mullia.

“Tak jadi apa pun! Entah makan ke tidak bingka yang aku buat tu? Ke… ubat bomoh,Embun ni tak mujarab?! Isyh! Takkanlah! Dia tu handal!,” bercakap, Mak Zainab seorang diri.

 

Seperti kebiasaanya, Fiza akan mengunjungi rumah, Mak Zainab. Fiza akan datang menjengah ke rumah, Mak Zainab setelah pulang dari tempat kerja. Kadangnya,Fiza sanggup pulang lebih awal dan bukannya pulang pada waktu keluar pejabat kerana semata-mata untuk mendapatkan berita mengenai, Qasif Nursofea dan juga MuhammadAshariff.

“Makcik dah bagi ke ubat tu?,” tanya, Fiza setelah berjumpa dengan, Mak Zainab.“Syh! Kamu jangan kuat sangat bercakap tu! Nanti kalau ada orang dengar macammana?,” tegur, Mak Zainab.

“Ye…yelah! Mak cik dah bagi ke belum?,” tanya, Fiza lagi seakan berbisik. MakZainab mengangguk. “Dah! Tapi tak jadi apa pun!,” beritahu, Mak Zainab perlahan.

Fiza menggaru kepala yang tidak gatal. “Macam mana pulak ni mak cik?? Mak cik cakap…handal sangat bomoh tu!,” kata, Fiza yang kini merasa tidak berpuas hati.

“Ye…memang bomoh tu handal! Kalau nak tahu handal ke tidak… apa kata kamu sendiri yang cuba makan ubat tu!” “Isyh… mak cik ni!,” Mak Zainab ketawa melihat reaksi wajah,Fiza ketika ini.

“Takpe! Nanti mak cik cuba sekali lagi,” beritahu, Mak Zainab. “Apa kata kalau mak cik jemput dia orang datang rumah makan malam!,” rancang, Fiza.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 77
Next: Bab 79

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia