Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 18

Kini, Muhammad Ashariff mengatur langkah masuk ke dalam balai pelepasan. Qasif Nursofea turut melangkah dan langkahnya terhenti apabila sampai di hadapan pintu tersebut. Muhammad Ashariff mendekatkan dirinya semula pada kedudukan gadis itu.

“Abang taknak, Fea cakap apa-apa. Dengar apa yang abang nak cakapkan ni. Okey?” Qasif Nursofea mengangguk tanda setuju dan jantungnya bagai didengari oleh, Muhammad Ashariff pada degupan kencangnya.

“Abang tetap cintakan, Fea walau apa pun halangannya! Walau berapa lama masa yang abang kena tunggu dan walau berapa jauhnya jarak untuk abang perlu menunggu,Fea… abang akan tetap tunggu bersama cinta, Fea. Fea kena ingat! Abang tetap cinta, Fea sampai bila-bila pun. Abang berani cakap yang abang tagih cinta,Fea!”.

Selepas, Muhammad Ashariff memberitahu isi hatinya, dia terus melangkah masuk ke dalam ruang pelepasan.

Qasif Nursofea hanya memandang langkah Muhammad Ashariff dan ditemani dengan air mata yang seakan mahu membasahi pipi gebunya.

Kini,Qasif Nursofea melangkah kembali kepada keretanya. Entah bagaimana dia merasakan dirinya seakan sunyi, seakan kosong tanpa kehadiran lelaki tadi. Dia bingung apakah ini rindu? Apakah ini pula dinamakan cinta? Atau hanya mengisi kekosongan hatinya? Atau kehadiran, Muhammad Ashariff hanyalah pengubat kesedihannya? Qasif Nursofea tetap bingung. Dia merasakan mahu sahaja meraung akan pemergian, Muhammad Ashariff. Tetapi dia tetap tidak mahu mengendahkan rasa pada hatinya kini. Tetapi hatinya tidak dapat berbohong. Air mata kini mengalir laju.

“Akut ak boleh ada perasaan cintakan dia! Kau tak boleh, Sofea!,” rintih hatinya seorang diri di dalam kereta yang dipandunya.

Setibanya,Qasif Nursofea di rumah, dia mencari kunci di dalam beg tangan berwarna merah.Lalu dibukanya pintu utama rumah banglo mewah miliknya kini. Dilihat kuntuman bunga tulip berwarna merah dan ungu di atas meja.

“Riyanti,Riyanti,” panggil, Qasif Nursofea.

Berlari,Riyanti setelah mendengar panggilan majikannya. “Ya, non. Ada apa?”

Qasif Nursofea melihat jambangan bunga tulip di atas meja yang terdapat di ruangtamu. “Bunga tu untuk siapa?,” soalnya kepada riyanti.

“Mestilah bukan untuk saya, non. Bunga itu dihantar oleh seorang budak lelaki. Rasanya dari penjual bunga,” beritahu, Riyanti.

“Yeke? Okeylah, pergi sambung kerja. Dicapainya plasik balutan bunga berwarna merah  jambu yang dihiasi isian kuntuman cantik bunga tulip.

“Abang tahu, Sofea sukakan bunga tulip. Abang ada tengok gambar, Fea bersama bunga tulip. Jadikan, abang sebagai tangkainya supaya boleh menampung kehidupan, Qasif Nursofea. Yang menyintai mu, Muhammad Ashariff Mullia” Tubuhnya tersandar disofa empuk rumahnya. Dia merasakan sangat merindui lelaki itu.

Lamunannya terhenti kini. Mendengar deringan telefon bimbit dan tertera nama lelaki yang dirindui.

“Hello, sayang?”.

“Hai, abang… sampai pukul berapa tadi?,” Qasif Nursofea menerima panggilan telefon daripada,Muhammad Ashariff yang telah selamat sampai di, negerinya.    

 

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia