Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 45

“Long? Long?,” panggil, Mak Zainab. “Ye mak, long dekat sini,” jawab, kak long pada suara, Mak Zainab.

“Ni long, jom hantar mak pergi rumah mak andam. Lepastu mak nak dia buat jampi serapah sikit dekat katil pengantin tu nanti. Dia orang kahwin nanti cepatsikit dapat anaknya,” ajak, Mak Zainab yang mengajak menantunya.

“Mak,zaman sekarang ni mana ada lagi orang nak pakai jampi serapah mak andam ni. Syirik semua tu mak! Tak payahlah kita ambil mak andam,” nasihat, kak long yang tidak setuju dengan cadangan ibu mertuanya, Mak Zainab.

“Kenapa pulak? Dulu masa kau orang semua nak kahwin, semuanya mak ambil mak andam yang sama. Jampi dia tulah mudah kau orang dapat anak tau! Tak payahlah nak tunggu bertahun baru dapat anak. Lagi satu, mak nak tahu sama ada isteri adik kamu tumasih…”.

“Mak?! Isyh tak baik cara mak tu. Cara mak tu boleh mengaibkan orang tahu tak, mak?,”tegur, kak long yang sama sekali tidak setuju dengan cara ibu mertuanya itu.

“Bukan mak nak aibkan dia orang! Hey… susah betullah cakap dengan kau orang ni!,” kini,Mak Zainab meninggalkan kak long yang sedang menyiapkan jahitan baju kurung yang ditempah oleh pelanggannya.

“Susah betul budak-budak ni kalau orang tua nak mintak apa pun!,” bebel, Mak Zainab.“Apa yang kamu bebel tu, Nab?,” tegur, Pak Mullia yang sedang mengasah parang.

“Menantu awak si, long tu lah! Susah betul kalau nak diajak ke mana pun! Ada je alasan dia. Sakit betul hati saya ni!,” rungut, Mak Zainab sambil menyapu peluh dimuka dengan tuala.

“Awak nak ke mana? Saya takde buat apa pun petang ni,” tanya, Pak Mullia. “Saya nak pergi rumah, Embun tu” Pak Mullia, memandang isterinya. “Nak pergi rumah, Embun tu untuk apa?? Untuk jampi?,” teka, Pak Mullia. “Iyelah! Buat jampi sikit.Jampi dia tu mujarab! Awak tengok anak-anak kita, kahwin sekejap dah mengandung.Saya nak lah jugak, Riff pun dapat anak cepat!,” beritahu akan, Mak Zainab.

“Ooooh ,jadi… cucu-cucu kita tu hasil dari jampi, Embun lah??,” sindir, Pak Mullia.  “Ha, yelah ayahnya! Hasil dari jampi, Embunlah!,” Pak Mullia, menggelengkan kepala.

“Nab,awak ni kalau nak dimarahkan bukannya awak tu muda lagi!” Mak Zainab hairan dengan kata-kata suaminya, Pak Mullia. “Cucu dan anak-anak kita bukan, Embun yang bagi! Tapi Allah!! Syaitan apa yang hasut awak ni sebenarnya, Nab??” Mak Zainab, mencuka wajahnya.

“Tak payahlah pergi! Tak payah nak mengajar saya! Kita tunggu je lah Allah bagi rezeki tanpa usaha!,” bangun, Mak Zainab dan melangkah masuk ke dalam rumah.

“Astaghfirullah! Bukan usaha yang sebegitu!,” bercakap, Pak Mullia seorang diri. Pak Mullia,kembali mengasah parangnya.

 

“Fea,kad jemputan dah siap ke belum?,” tanya, Fikri kepada Qasif Nursofea yang sudah selesai menjamu selera. “Dah. Kejap, Fea pergi ambil dalam kereta”.

Qasif Nursofea memberikan kotak yang diisi kad jemputan kahwin kepada, Fikri. “Ini kadnya, abang” Fikri membuka penutup kotak dan membaca satu daripada kad-kad tersebut. “Terhad untuk berapa orang ni, Fea?” “500 orang,” jawab, Qasif Nursofea pada pertanyaan, Fikri.

Telefon bimbit, Qasif Nursofea berdering kini dan mencarinya di dalam tas tangan yang dibawanya. “Hello Encik Lokman? Kalau macam tu pukul berapa ye? Okay thanks, Encik Lokman,” selesai sudah perbualan, Qasif Nursofea dengan Lokman.

“Lokman?,”tanya, Fikri yang seakan merasa sedikit cemburu. “Ye, Lokman. Dia lah perunding perkahwinan kita orang,” jawab, Qasif Nursofea. “Orang hotel?,” Tanya pula, Kak Nur. “Ye, kak. Erm… kalau dah takde apa-apa lagi, Fea minta diri dulu lah ye?Fea nak pergi jumpa dengan, EncikLokman,” pinta, Qasif Nursofea yang mahu mengundur diri meninggalkan kediaman,Fikri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 44
Next: Bab 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia