Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 60

“Abang, mari minum?,” air yang dihulurkan, Qasif Nursofea disambut baik oleh, Muhammad Ashariff.Hubungan mereka kini tidaklah setegang dahulu. Tetapi mereka masih lagi tinggal di bilik berasingan.

“Bila,Fea nak mula masuk kerja?,” tanya kak long yang datang berkunjung ke kediaman mereka bersama, Pak Mullia dan Mak Zainab.

“Lusa, kak. Itulah yang, Fea risaukan abang ni,” jawab, Qasif Nursofea. Selepas cuti kecemasan yang diambil, Qasif Nursofea menyambung lagi cutinya dengan cuti tanpa gaji. “Tak payah risaulah. Dah besar. Dah boleh fikir mana elok mana tidak,” jawab, Muhammad Ashariff pada kata-kata, Qasif Nursofea.

“Kalau macam tu, Riff… kamu ikut jelah mak balik. Lepastu… boleh jugak berubat cara kampung,”cadang, Mak Zainab.

“Iye.Betul jugak kata mak kamu tu, Riff. Rawatan kampung pun bagus. Tak salah kalau kita cuba,” Pak Mullia turut bersetuju dengan cadangan isterinya, Mak Zainab.

Qasif Nursofea tidak membantah akan ajakan mertuanya yang hendak membantu pulihkan kaki, Muhammad Ashariff. Kini, Qasif Nursofea memasukkan baju ke dalam beg untuk suaminya tinggal beberapa hari di kampung. Qasif Nursofea melihat padaarah bunyi ketukan di muka pintu. Diamatinya adalah, Riyanti berdiri di daun pintu.

“Masuklah.Buat apa tercegat dekat situ” Riyanti menyusun langkah menuju ke arah majikannya. “Non nak saya bantu?,” pelawa, Riyanti. “Tak payah. Dah nak siappun. Takdelah banyak sangat baju ni. Lagipun nanti boleh saya pergi hantar lagikalau tak cukup. Dekat je kan?,” majikannya memberikan jawapan.

Riyanti hanya memerhati penyusunan baju yang dimasukkan ke dalam beg oleh majikannya.“Non tak ikut tuan duduk di kampung?,” tanya, Riyanti dalam dialek, Indonesia.

“Tak.Lagipun saya dah nak masuk kerja lusa. Biarlah. Biar dia spent time dengan family dia.Bagi dia ruang,” Qasif Nursofea tersenyum dan menutup beg yang telah siap sedia untuk dibawa turun ke tingkat bawah.

Mata sekumpulan manusia melihat, Riyanti membawa turun beg yang mendahului, Qasif Nursofea.

“Begpakaian suami pun suruh orang gaji buat ke?? Patutlah jaga suami lambat nak  sembuh!,” sindir, Mak Zainab kepada menantunya, Qasif Nursofea.

“Enggak lah,”Riyanti tidak sempat menceritakan perihal yang sebenar apabila melihat isyarat,Qasif Nursofea menyuruhnya memberhentikan percakapan.

“Kalau dah siap semua bolehlah kita gerak balik. Lagipun ayah nak berhenti dekat rumah tukang urut tu,” ajak, Pak Mullia.

Qasif Nursofea bersalaman dengan kedua mentuanya serta, kak long. Dihulurkan pula kepada tangan suaminya dan mencium jari lelaki kacak itu yang berbaju biru.

Disambut salam itu, merasakan berat untuk meninggalkan isterinya bersama pembantu rumah.Tetapi ucapan itu dirasakan sangat susah untuk diluahkan. Muhammad Ashariff berjalan keluar menuju ke kereta yang hendak dipandu oleh, Pak Mullia. Hanya renungan mata, Qasif Nursofea menghantar kereta itu meninggalkan kediaman.

“Riff,baju pakai kamu selama ni pembantu rumah kamu ke yang buat??,” tanya, Mak Zainab kepada, Muhammad Ashariff yang duduk di barisan kerusi belakang kereta bersama kak long.

Kak long mencubit paha, Muhammad Ashariff kerana tidak sedar akan pertanyaan, Mak Zainab. Kak Long menunjukkan isyarat, Mak Zainab menanyakan sesuatu kepadanya.

“Apa mak?,” tanya, Muhammad Ashariff pula. “Mak tanya… makan dan pakai kamu selama ni pembantu rumah kamu tu ke yang buat??,” ulang Mak Zainab lagi.

“Dah dibayar upah, Riyanti tulah kena buat. Tidak apa namanya upah,” Pak Mullia pula yang menjawab pertanyaan, Mak Zainab. “Eh! Walaupun dia tu pembantu rumah… takkan hal laki bini pun dia nak kena masuk campur jugak? Nanti tak pasal-pasal anak awak ni bagi menantu perempuan sorang lagi,” kata, Mak Zainab.

“Ya Allah. Awak sebagai ibu, Nab… sebagai ibu mendoakan yang baik-baik pada anak menantu! Bukan doa benda yang tak elok!,” marah, Pak Mullia kepada isterinya yang menemani pemandunannya di hadapan.

“Dah lah tu mak, ayah. Riff balik ni nak berubat. Mak, Sofea tak macam tu. Makan nimum, Riff selama ni dia jaga,” Muhammad Ashariff menyebelahi isterinya walaupun mereka masih tidak semesra seperti dahulu.

“Alah! Nak sebelahkan sangat isteri dia tu!,” Mak Zainab mula mencebek. “Zainab!!,” marah,Pak Mullia. Mereka semua diam membisu.

“Ini minumannya, non,” Riyanti menghulurkan segelas minuman panas kepada majikannya.“Thanks,” ucap, Qasif Nursofearingkas. “Non rindu ya pada tuan?,” tanya, Riyanti kepada majikannnya yang turut sama menonton televisyen dengannya.

Qasif Nursofea ketawa perlahan. “Rindu lah jugak. Tapi dia tak rindu dekat saya pun.Cuba awak tengok… dia tak call saya pun sampai malam ni,” Qasif Nursofea menunjukkan telefon bimbit miliknya kepada,Riyanti.

“Barangkali…tuan sedang diurut. Sebab itulah dia tak hubungi non,” pujuk, Riyanti. “Harap begitulah,” jawab, Qasif Nursofea pada pujukan, Riyanti.

“Riyanti,saya sebenarnya malu pada awak” Riyanti melihat wajah majikannya yang hanya masih lagi menonton berita di kaca televisyen.

“Kenapa nak dimalukan?,” tanya, Riyanti. “Yelah. Awak pembantu rumah ni. Awak kemas rumah ni, awak jaga rumah ni dan awak tahu yang saya juga tak tidur sebilik dengan suami saya kan,?” Qasif Nursofea memandang wajah pembantu rumahnya.

“Memang saya tahu, non tapi… saya sudah anggap keluarga ini seperti keluarga saya. Non jangan risau… saya tak akan sesekali ceritakan pada orang lain,” beritahu,Riyanti kepada Qasif Nursofea yang kini sedang memerhati wajah pembantu rumahnya.

 

Previous: Bab 59
Next: Bab 61

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia