Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 52

Setelah seminggu mereka berada di dalam suasana pengantin baru, hari ini, Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff sudah mula menjalankan kewajipan tugasan masing-masing di tempat kerja. Muhammad Ashariff bersetuju setelah di pujuk oleh, Qasif Nursofea untuk menetap di rumah yang baru dibeli oleh isterinya.

Muhammad Ashariff memilih untuk ulang-alik daripada Kerteh ke Bandar, Kuala Terenganu.Tidak boleh berada jauh daripada isterinya, begitu juga dengan Qasif Nursofea yang turut mempunyai perasaan yang sama.

“Doktor Sofea, tak mintak postpone tarikhmula tugas ke?,” tanya seorang doktor wanita yang turut sama bertugas dengan,Qasif Nursofea hari ini. “Mintak, tapi tak bolehlah lama sangat minta tunda,kan? Sebab saya baru nak mula tugas,” jawab, Qasif Nursofea kepada rakan sekerjanya. “Betul tu. Patients dekat bahagian Orthopaedic memang ramai”.

 

Muhammad Ashariff begitu sibuk sehingga tidak sempat untuk berehat. Manakan tidak,setelah bercuti untuk majlis kahwin, kerja-kerja yang harus dia siapkan sudah melambak di atas mejanya.

“Riff,rehatlah dulu. Jom ikut aku makan. Laparlah,” ajak, Fikri yang turut sama bertugas dengan, Muhammad Ashariff.

“Alamak…aku tak sempat ni! Kang tak sempat siap ni mampus aku kena marah. Jem habis operation ni semua!,” balas, Muhammad Ashariffyang tidak panggung kepala melihat operasi mesin.

“Mesin tu tahulah dia nak buat kerja! Kita manusia ni kena rehat, makan! Kau tu kenalah ada tenaga sikit! Taklah lemau je balik nanti!,” usik, Fikri. “Eh… kesitu pulak kau! Yelah… yelah. Jom!,” ajak pula, Muhammad Ashariff.

Mereka berjalan menuju ke kafeteria bersama, Fikri. Hakimi terlihat akan kelibat gerak-geri, Muhammad Ashariff bersama teman baiknya, Fikri. Hakimi menunjukkan isyarat kedatangan, Muhammad Ashariff kepada rakan-rakannya yang turut sama berada di meja makan bersama dengannya.

Hi, pengantin baru! Dah masuk kerja ke?Orang lain kalau kahwin tak keluar bilik oi!,” Hakimi, ketawa berdekah-dekah bersama rakan-rakannya yang lain.

“Takkot! Kau bolehlah, Kimi! Aku tahu lagi beza bini dengan kerja! Kau lainlah kot!,”jawab, Muhammad Ashariff seakan memerli dan kini duduk di sebelah meja makan,Hakimi.

“Bini cantik macam tu… kalau aku… peluk taknak lepas dah!” Ketawa rakan-rakan, Hakimi yang turut mendengar kata-kata darinya. “Lainlah kalau dah kena tebuk tupai! Betul tak korang!!!,” ketawa Hakimi yang berterusan menyindir, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff merasa geram dengan apa yang diperkatakan oleh, Hakimi. Fikri seperti kehairanan akan kata-kata, Hakimi.

“Tak sedap kot! Sebab tu kau keluar bilik! Dah masam erk kelapa tu?,” Hakimi menunjukkan reaksi seolah berbicara dengan rakan di hadapannya. Tetapi cukup jelas akan kata-kata, Hakimi itu ditujukan khas buat, Muhammad Ashariff.

Fikri terkejut dengan tindakan, Muhammad Ashariff yang menolak kerusi sehingga jatuh dan kini pergi menarik kolar baju, Hakimi lantas menumbuknya.

“Aduh! Woi! Apa kena dengan kau ni??” tanpa menghiraukan pertanyaan, Hakimi, Muhammad Ashariff mahu sahaja meneruskan tumbukannya tetapi gagal apabila merasakan ada seseorang yang menarik tubuhnya.

“Lepaskan aku!,” tempik, Muhammad Ashariff kepada, Fikri yang sedang menghalangnya.  “Sabar, Riff! Apa masalah kau ni, Kimi???!!,”jerkah, Fikri yang masih memegang tubuh, Muhammad Ashariff.

“Apa?Tak betul ke apa yang aku cakap?? Aku kenallah bini kau tu, Riff!!,” bicara, Hakimi.Kata-kata, Hakimi itu menimbulkan tanda tanya buat diri, Muhammad Ashariff.“Kau kenal Sofea??!,” Muhammad Ashariff, bertanya dengan nada amarah. “Apa tak kenalnya?? Sofea tu makwe dia dulu!,” beritahu seorang daripada rakan, Hakimiyang menjawab pertanyaan, Muhammad Ashariff.

“Kau??,”Muhammad Ashariff terus membatalkan hasratnya untuk bertanya lagi kepada Hakimi. Muhammad Ashariff melangkah kaki kembali ke tempat kerjanya. Langkah, Muhammad Ashariff dikejar oleh, Fikri.

“Riff? Riff?!,” panggilan, Fikri tidak diendahkan oleh, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff menutup kuat pintu makmal.

“Riff! Kau jangan nak tuduh melulu! Kau periksa dulu! Entah-entah, Hakimi tu saje buat cerita!,” pujuk, Fikri yang cuba membuat sahabatnya kembali tenang.

“Kau memang dah tahu kan yang, Hakimi tu buaya? Dia takkan pernah bohong tentang perkara ni!,” kata, Muhammad Ashariff dengan nada yang geram. Fikri terus mencari kata-kata yang boleh mentenangkan sahabatnya itu.

“Takde salahnya pun kalau, Fea pernah bercinta dengan, Hakimi! Lagipun takde silapnya! Mungikn jugak apa yang, Kimi cakap tu betul. Sebab, Kimi pun belajar dekat Russia dulu. Tapi itu dulu!! Kau kena berfikiran rasional, Riff!,” pujuk, Fikri lagi.

Muhammad Ashariff tidak mengendahkan kata-kata pujukan, Fikri. “Dulu?? Dia makan, Sofea dulu kau tahu tak??!,”  kata, Muhammad Ashariff kepada Fikri. Kini dia terkenangkan kembali kata-kata ibunya tentang,Mak Embun.

Fikri seakan keliru dengan kata-kata, Muhammad Ashariff. “Apa maksud kau ni?,” tanya,Fikri hairan. “Aku pasti yang, Sofea bukan seorang yang masih dara!,” beritahu,Muhammad Ashariff dengan geram dan air mata lelakinya menitis di hadapan,Fikri.

“Astaghfirullah! Mengucap, Riff! Berdosa kau cakap macam tu. Itu isteri kau! Maruah dia adalah maruah kau! Istighfar banyak-banyak! Aku taknak dengar lagi kau cakap tentang ni!,” nasihat, Fikri yang kini buntu akan kata-kata.

“Aku buntu, Fikri! Aku buntu!!,” dia merasa lemah dan terduduk di atas lantai yang dipijaknya itu. Fikri mendekatkan diri kepada, Muhammad Ashariff dan duduk memegang bahu sahabatnya itu.

“Takde satu pun ilmu perubatan dekat dunia ni boleh check samada orang tu masih dara ataupun sebaliknya. Kau jangankata yang bukan-bukan tentang isteri kau. Tentang kegadisan, Sofea hanya engkau yang tahu. Tapi aku tak percaya kalau kau kata, Hakimi pernah tidur dengan,Sofea! Aku tak akan percaya!,” kata, Fikri bersungguh-sungguh.

Muhammad Ashariff mengesat air matanya apabila terdengar bunyi deringan telefon, lantas dicapainya. “Hello, ye saya. Oh okay. Saya pergi sekarang,” Muhammad Ashariff bingkas bangun dan mencapai beg galas miliknya.

“Kau nak pergi mana?,” tanya, Fikri yang melihat akan kelakuan, Muhammad Ashariff. “Aku nak pergi hantar baju kahwin aku dekat butik hari tu,” beritahu, Muhammad Ashariffyang menjawab pertanyaan, Fikri. “Aku ikut!,” kata, Fikri yang berlari mengikut langkah, Muhammad Ashariff.

Previous: Bab 51
Next: Bab 53

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia