Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 7

Seperti biasa, Qasif Nursofea tidak pernah endahkan azan subuh. Bukan sahaja dirinya bahkan seisi keluarga mereka. Hidupnya tidak seperti ajaran keluarga islam yang lain.

Mata bundar milik, Qasif Nursofea kini terbuka. Bagaikan magnet pada tangannya dan terus dicapai telefon bimbit berwarna putih. Dengan sentuhan perlahan di skrin dia terus membaca whatsapp yang dihantar oleh, Muhammad Ashariff.

“Saya dah sampai KL. Sekarang ni saya terus nak pergi ke alamat tempat saya kursus.Saya akan jumpa awak pukul 2 petang”.

 

Mengenakan skirt paras lutut yang berwarna putih dihiasi dengan corak berwarna koko dan dipadankan pula dengan baju yang bersesuian bewarna koko serta dibiarkan rambut panjangnya digulung cantik serta kemas diparas bahu. Dia kini sudah selesai berdandan untuk menuju ke tempat yang telah dijanjikan.

Menaiki kereta mini cooper meluncur laju meredahi serata tempat di Damansara. Kini, diatelah sampai di hadapan tasik, Putrajaya.

Matanya mencari kelibat seseorang yang dijanjikan. Qasif Nursofea melangkah terus di hadapan   tasik. Melabuhkan pinggul pada kerusi yang tersedia cantik di tasik, Putrajaya.Melihat akan jam berwarna keemasan pada tangan kiri dan mendengus perlahan.

“Isyh,mana mamat ni? Dah dekat pukul 4 petang dah… tapi tak nampak batang hidung diapun!,” Qasif Nursofea memusingkan badan melihat ke arah belakang. Manalah tahu,lelaki yang diharapkan itu berkunjung tiba.

“Eh! Aku ni boleh kenal dia ke? Sedangkan aku cuma tengok dia dalam gambar je. Itupun gambar dalam FB je!Skype pun tak pernah! Entah betul ke tidak!,” perasaan risau pula kinimenerjah di sudut hati.

“Assalamualakum” Qasif Nursofea terdengar suara yang seakan dia kenali dan terus menoleh ke arah belakang.

Tanpa menjawab salam yang diberi, Qasif Nursofea seakan terpaku dengan kemunculan seorang lelaki yang tinggi serta warna kulit seperti seorang lelaki keturunan melayu biasa. Lesung pipit menjadi hiasan di pipi, Muhammad Ashariff ketika tersenyum.

Lelaki itu mengenakan jeans berwarna gelap dan dikenakan pula dengan kemeja-T berwarna putih. Ada perasaan getar di jantung mereka berdua.

Muhammad Ashariff  Mullia terasa seakan tidakpercaya wanita dihadapannya itu adalah orang yang ingin dia berjumpa. Wanita dihadapannya kini merupakan wanita yang dia sering hubungi sebelum ini.

Manakant idak, wajah yang cantik dihadapannya berdiri tidak jauh sejarak kurang sedepa dari tempat dia berdiri. Muhammad Ashariff seakan tersedar kelakuan anehnya di hadapan gadis cantik itu.

“Erm,so, so, so… sorry,” teguran suara yang tersekat-sekat, Muhammad Ashariff itu membuatkan ada garisan lebar yang manis pada bibir, Qasif Nursofea sehingga menampakkan garisan gigi yang putih dan tersusun rapi.

“Eh,it’s okay. Ashariff?,” tanya, Qasif Nursofea.

Yes… saya, Ashariff. Sorry lah, Sofea sebab saya lambat. Saya datang naik teksi tadi. Lagipun, kereta saya… saya tinggalkan dekat kawan saya di hotel. Saya minta excuse dari penceramah. Dia orang yang lain ada lagi class,”beritahu, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff mendengus kecil sambil menyapu pada dahinya dengan belakang tapak tangan sedangkan tiada apa pun yang hendak dibersihkannya.

Muhammad Ashariff memberikan senyuman kepada gadis dihadapanya sehingga menampakkan lesung pipit di sebelah kiri pipinya.

Qasif Nursofea melihat wajah, Muhammad Ashariff yang dihiasi sedikit kumis. Muhammad Ashariff kini berjalan perlahan seiring dengan, Qasif Nursofea. Kadangkala, bahu mereka terlanggar antara satu sama lain. Manakan tidak, jarak langkah perjalanan mereka begitu rapat.

“Awak lama dekat sini?,” soal, Qasif Nursofea.

“Tak.Cuma untuk 3 hari. Kenapa? Takut saya nak jumpa lagi?,” tanya, Muhammad Ashariff yang bersahaja sambil menghadiahkan senyuman kepada, Qasif Nursofea.

“Erm…agaknya?” Muhammad Ashariff hanya ketawa mendengar jawapan, Qasif Nursofea. Kini,langkah mereka terhenti di hadapan pancuran air diiringi dengan lagu seiring pancuran.

“Awak pernah bercinta, Fea?” Qasif Nursofea mengerutkan dahi. Terasa terlalu peribadi untuk bercerita dengan insan yang baru dia temui itu.

“Kenapa tanya saya soalan macam tu? Awak ada girlfriend?Takut kantoi erk?,” tanya, Qasif Nursofea yang bersahaja.

“Eh…apa pulak? Takdelah! Kang… saya berjalan ni ada batu terbang pulak! Sebab tusaya tanya. That’s all!,” jawab,Muhammad Ashariff.

“Sayatak pernah bercinta! Oleh kerana seorang lelaki saya menjadi fobia untuk bercinta. For your informationI’m singgle. Takde apalah yang nak dikhuatiri sangat. Macam mana dengan awak pulak?,” jelas, Qasif Nursofea dan kini anak mata mereka bertemu.

“Tak pernah!” Qasif Nursofea bagaikan tidak percaya lalu memeluk tubuhnya di hadapan,Muhammad Ashariff seolah mahu menunjukkan reaksi tidak percaya.

“Eh,betullah! Kenapa? Tak percaya? Betul… saya memang tak pernah bercinta. Sebab perempuan yang saya harapkan selalu bukan untuk rezeki saya”.

Qasif Nursofea terus ketawa mendengar penjelasan, Muhammad Ashariff. “Awak ni kelakarlah!Takde rezeki? Maksudnya?,” soalan tersebut diajukan kepada, Muhammad Ashariff dan lantas, Muhammad Ashariff menjawab.

“Maksud saya… takde rezeki tu ialah… yelah, saya dah berkenan… tup, tup… ada je makhluk lain yang bernyawa rampas. Ataupun dia tu dah berpunya. Ha, takde rezeki lah jawabnya, cik adik oi. Senang cakap takde jodoh,” terang, Muhammad Ashariff.

“Yelah…yelah,” Qasif Nursofea hanya mengiyakan.

“Awak pulak? Kenapa fobia?” Qasif Nursofea tidak menjawab pertanyaan, Muhammad Ashariff. Hanya memberikan senyuman. Muhammad Ashariff tidak memaksa, Qasif Nursofea untuk menjawab soalan darinya.

 

Mereka kini berada di dalam restoran dengan menaiki kereta yang dipandu oleh, QasifNursofea. Sambil menunggu makanan yang dipesan, Muhammad Ashariff ingin menanyakan sesuatu. “Dalam tempoh kita kenal ni… saya tak pernah dengar awak cerita tentang family”.

Qasif Nursofea terkedu mendengar bicara, Muhammad Ashariff dihadapannya. Qasif Nursofea hanya mampu tersenyum.

“Kenapa?Awak tak sudi nak bagitahu saya ke? It’sokay,” Muhammad Ashariff tidak mahu memaksa gadis di hadapannya.

“Bukan macam tu. Actually, I duduk sorang je dekat rumah tu. Tapi,ada seorang pembantu rumah saya, Riyanti,” Qasif Nursofea cuba menjelaskan.

“Mak,ayah? Saudara lain?,” tanya, Muhammad Asharif Mullia lagi.

Entah kenapa, tiba-tiba terasa hangat di pipi, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff seakan tersedar akan perubahan reaksi wajah wanita dihadapannya. Timbul kemerahan pada wajah, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff menjadi tidak keruan.

“Fea,sorryI tak bermaksud apa-apa. Icuma sekadar nak ambil tahu tentang diri you.I’m so sorry okay?,” pujuk, Muhammad Ashariff yang merasa serba salah.

Lantas,Qasif Nursofea mengambil tisu di atas meja makan yang mereka pilih untuk menjamu selera dan selesa untuk berborak. Seakan tidak sedar bahawa makanan yang dipesan sudah pun terhidang di meja.

Makanan seolah tidak rasa untuk dijamah oleh mereka. Muhammad Ashariff merasa keliru dengan perubahan air muka, Qasif Nursofea.

Sorry… saya emotional. Sebenarnya, mama dengan babah saya dah meninggal. Setahun dah dia orang pergi,” terang, Qasif Nursofea laju.

Terpapar reaksi terkejut pada paras wajah, Muhammad Ashariff yang dihiasi sedikit kumisdan menampakkan lesung pipitnya apabila dia bercakap dan tersenyum. Qasif Nursofea terus meneruskan bicara.

“Hari saya add awak untuk jadi friend saya tu… masa tu… baru je parents saya pergi. Pada masa yang sama…saya dibuang oleh kakak dan abang saya bersama isteri dia. Dia orang seolah mempersalahkan saya diatas kematian ibubapa kami,” kini bercucuran air mata,Qasif Nursofea.

Mungkin,kelakuan mereka tidak dapat diperhatikan oleh pelanggan lain yang turut berada di restoran itu. Kerana, mereka berada di satu sudut hujung permis restoran tersebut.

Tiba-tiba,Qasif Nursofea merasa sesuatu yang hangat di tangan kanannya.

“Sofea,saya minta maaf. Saya tak tahu sebab awak tak pernah cerita pada saya tentang semua ni. Saya… sudi menjadi teman awak. Malah sudi menjadi tempat awak lepaskan apa yang awak rasa. Maksud saya… saya sudi menjadi apa yang awak inginkan dalam kehidupan awak” Mata mereka kini bertemu.

Sambung,Muhammad Ashariff lagi. “Bahkan… saya sudi memperisterikan awak” Jari-jemariyang disentuh ditarik oleh, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea bagaikan tidak percaya apa yang telah diperkatakan oleh, MuhammadAshariff. Qasif Nursofea seolah membayangi seseorang apabila mendengar kata-kata lelaki dihadapannya kini.

“Tidak! Awak tak kenal siapa saya! Macam mana awak boleh nak kahwin dengan saya? Sedangkan baru hari ni kita jumpa. Kita kenal pun dalam masa setahun je! Itu pun sekadar dalam facebook. Macam mana awak boleh tergerak hati nak memperisterikan saya? Herm??,” tanya, Qasif Nursofea tegas.

“Ashariff,saya nak awak tahu satu perkara!,” sambung, Qasif Nursofea.

“Apadia?,” pantas sahaja, Muhammad Ashariff menyoal.

“Saya bukan insan yang menagih ehsan daripada sesiapa! Dan saya bukan mudah untuk menagih cinta seorang lelaki!,” tegas bicara, Qasif Nursofea.

Sambung,Qasif Nursofea semula kini. “Saya tak perlu kutip sedekah untuk menagih cinta awak! Atau simpati daripada awak! faham?!”.

Kata-kata amarah, Qasif Nursofea tadi meninggalkan impak yang sangat tajam buat, Muhammad Ashariff. Malah, Muhammad Ashariff tidak mengerti kenapa gadis yang dikenalinya itu sanggup berkata sedemikian diatas keikhlasan hatinya.

“Kenapa awak nak persoalkan? Sedangkan saya ikhlas, Fea!,” Muhammad Ashariff menafikan akan kata-kata yang telah diucapkan oleh, Qasif Nursofea.

“Cukup! Saya tak nak dengar semua ni lagi!!,” sahut, Qasif Nursofea kini. Qasif Nursofea bingkas bangun dari tempat duduknya.

 

Mereka kini berada di dalam kereta. Kereta itu masih dipandu oleh, Qasif Nursofea.Tiada kedengaran suara, Qasif Nursofea mahupun, Muhammad Ashariff sewaktu di dalam perut kenderaan tersebut. Hanya kedengaran penyampai radio diselang-selikan dengan pilihan lagu daripada penyampai radio.

“Sayaminta maaf, Sofea. Saya tak tahu perkara ni boleh buat awak marah pada saya”Qasif Nursofea tetap terus memandu laju dengan niat menghantar, Muhammad Ashariff pulang ke hotel. Tempat yang menempatkan, Muhammad Ashariff menginap yang terletak di Bandar, Kuala Lumpur. Kereta yang dipandu laju oleh, Qasif Nursofea kini telah sampai di perkarangan luar hotel.

Thanks hantar I,” Muhammad Ashariff menarik alat untuk membuka pintu kereta.

“Sayatak marahkan awak” Muhammad Ashariff terus mengalihkan pandangan anak matanya setelah mendengar, Qasif Nursofea berkata sesuatu kepadanya. Ada bunyi dengusan kelegaan pada diri, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea terus menyambung bicaranya. “Dalam hidup saya… tak ada niat dan tak pernah terlintas langsung dalam hati saya ni untuk berkahwin. Jangan ingat,saya layan awak sebelum ni bermaksud untuk saya mencari jodoh atau apa. Sayacuma sunyi dan hanya untuk melepaskan perasaan sedih dalam hati saya. Itu sahaja niat saya! Tak lebih dari itu,” Qasif Nursofea langsung tidak menoleh pandangannya ke arah, Muhammad Ashariff.

Entah kenapa rasa seperti panahan petir di dalam hati, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff keluar daripada perut kereta dan sempat melambai tangan kepada, Qasif Nursofea.

 

“Hoi! Kau ni! Orang balik jumpa awek happy.Ini lain pulak dengan muka kau! Apahal?,” tanya, Fikri kepada Muhammad Ashariff setelah melihat wajah sahabatnya itu tidak seperti biasa. Muhammad Ashariff Mullia merebahkan tubuhnya di atas tilam empuk hotel.

“Dia peliklah!,” hanya itu yang disampaikan kepada, Fikri.

“Pelik?Apa yang pelik? Orangnya lain ke dekat luar? Beza daripada gambar erk? Itu lah…aku dah cakap dekat kau!,” belum sempat, Fikri menghabiskan bicaranya, Muhammad Ashariff terus mencelah.

“Apa yang kau merepek ni? Betullah itu dia! Malah lebih cantik dari dalam gambar tu,” Muhammad Ashariff bersuara sebelum, Fikri terus berkata yang tidak benar tentang gadis yang dia temui sebentar tadi.

“Habistu? Maksud kau apa?,” Fikri seakan tidak sabar menunggu, Muhammad Ashariff untuk bercerita tentang wanita yang sering dipuja oleh sahabat karibnya itu.

“Argh! Takde apalah! Okeylah, aku nak mandi dulu!,” pinta, Muhammad Ashariff.

“Lah wei! Itu je ke?? Aduh!” Muhammad Ashariff enggan terus bercerita dan mencapai tuala terus menuju masuk ke dalam kamar mandi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia