Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 87

Muhammad Ashariff melihat, Fikri yang masih tidak memberikan apa-apa respon. “Okeylah kalau macam tu! Layanlah emosi kau!,” Muhammad Ashariff terus bangun.

“Riff!,”panggil, Fikri. Muhammad Ashariff duduk semula. “Amacam?,” Fikri terus melemparkan soalan kepadanya. Hanya air muka, Muhammad Ashariff memberikan jawapan.

See?! Aku dah cakap! Muka kau sekarangni, Riff… nampak kusut dengan masalah yang kau tanggung! Kau tak perlu cerita pada aku… aku dah tahu! Dan… apa yang aku dengar sekarang bini kau masih lagi berjumpa sakan dengan, Hakimi! Kenapa kau tak tegur? Dosa dia… kau yang tanggung tau!,” ungkap,Fikri.

“Betul ke apa yang kau cakap ni?,” tanya, Muhammad Ashariff. “Betul! Apa? Aku pernah bohong kau ke? Satu pejabat duk bercerita pasal, Hakimi dengan Fiza. Dia orang semua diam bila kau ada! Dia orang mula mengata di belakang kau! Aku bukan nak masuk campur rumahtangga kau! Tapi… kau kawan aku Riff! Susah senang kita tetapsama-sama,” panjang lebar, Fikri memberitahu.

“Aku tak tahu apa lagi yang aku harus buat sekarang ni,” Muhammad Ashariff turut mengeluh pada bicaranya. “Kau masih cintakan, Sofea! Sebab tu kau jadi macam ni!,”kata, Fikri tegas.

“Jangan kau sebut nama tu lagilah, Fikri!,” tegas, Muhammad Ashariff pula. “Kenapa? Kau rindukan dia?,” teka, Fikri lagi. “Apa pulak rindu?! Aku benci! Aku tak boleh dengar nama dia!” Fikri hanya ketawa sinis setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh, Muhammad Ashariff.

 

Qasif Nursofea dan Lokman bersiap mahu kembali pulang ke Kuala Lumpur. Qasif Nursofea ditemani Lokman dengan menaiki kereta berasingan. Lokman kini telah berpindah ke cawangan baru di Kuala Lumpur.

“Terima kasih, Lokman sebab temankan saya sampai sini,” kini, Qasif Nursofea bersama,Lokman telah sampai di hadapan rumah peninggalan orang tua, Qasif Nursofea.

“Takpe.Lagipun… rumah saya pun dekat area sini jugak,” Lokman juga kini turut tinggaldi rumah milik ibu bapanya di Damansara. Lokman yang telah dinaikkan pangkat ditukarkan ke cawangan baru di Kuala Lumpur.

“Erm,boleh kita jumpa lagi nanti?,” tanya, Lokman yang memandang wajah cantik, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea menghadiahkan senyuman manis kepada, Lokman.“Insya Allah.  Panjang umur kita jumpa lagi”.

Lokman mula beredar meninggalkan kawasan rumah banglo milik, Qasif Nursofea. Lokman merasakan timbul bibit-bibit cinta di sudut hatinya yang masih belum dimiliki.Lokman merasakan sesuatu di dalam hatinya. Merasakan perasaan yang sama sepertipertama kali mengetahui, Qasif Nursofea adalah orang yang mahu, Ustazah Mariam jodohkan dengannya.

Qasif Nursofea kini duduk di sofa. Duduk dan tersenyum. Entah kenapa merasa tenang apabila bertemu dengan, Lokman.

 

Mak Zainab menunggu kepulangan, Fiza sambil berdiri di muka pintu. “Dah melampau! Suami dia lambat balik dari kerja… dia pun balik lambat jugak! Ke mana diapergi sebenarnya ni?!,” rungut, Mak Zainab kepada Pak Mullia.

“Itu menantu pilihan awak kan? Awak bukan main suka lagi dengan, Fiza! Menantu yang baik… menantu yang hormatkan orang tua… awak singkirkan! Menantu yang sikap macam tu… tak pedulikan apa yang orang tua cakap… itu yang awak agungkan!,” MakZainab tidak menjawab apa yang telah diperkatakan oleh suaminya, Pak Mullia.

“Awak tunggulah menantu awak! Saya nak masuk tidur!” Mak Zainab ditinggalkan seorang diri. Mak Zainab melihat jam di dinding dan menunjukkan pukul 1 pagi.

Akhirnya kini, Fiza membuka pintu utama. “Ke mana kamu pergi baru sekarang nak balik rumah?!,” tanya, Mak Zainab dengan nada sedikit tinggi.

“Yang mak tak tidur lagi ni kenapa?,” tanya, Fiza kembali. “Mak risaukan kamu! Takut apa-apa jadi dekat jalan tu! Lain kali… telefonlah dulu… bagitahu nak pergi ke manapun,” Fiza tidak memperdulikan, Mak Zainab yang sedang membebel.

 

Previous: Bab 86
Next: Bab 88

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia