Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 66

“Apa yang bising sangat tu? Isyh! Nak kena masuk kejap tengok,” Pak Mullia yang sedang menjolok kelapa di tanah belakangnya mula memberhentikan kerjanya. Berjalan,Pak Mullia untuk pulang ke rumah yang tidak sampai 500 meter.

“Astaghfirullah! Nab! Riff! Apa yang bising sangat ni?! Sampai ke belakang ayah dengar suara kau orang bertekak,” marah, Pak Mullia yang sempat menyaksikan pertelingkahan antara, Mak Zainab dengan anaknya, Muhammad Ashariff.

“Awak tanya anak awak ni! Baru setahun jagung kahwin… dah mula nak tinggikan suara dengan saya! Dah belajar nak kurang ajar dengan mak dia sendiri!,” Mak Zainab mengadu kepada suaminya, Pak Mullia.

“Ayah,bukan niat, Riff nak kurang ajar! Tadi… Riff dengan Sofea bawak mak pergi beli beg dengan kasut. Mak boleh campak beg dengan kasut tu dalam unggun api! Itu semua, Sofea yang belikan,” cerita, Muhammad Ashariff dengan nada yang tegas tetapi dapat mengawal suaranya.

“Betu ke, Nab apa yang, Riff cerita ni?,” Pak Mullia memerhati ke arah diri, Mak Zainab.Betul ke tidak?! Saya tanya ni!!,” Pak Mullia, mula meninggikan suaranya.

Mak Zainab merasa takut dan sangat hormat akan suaminya. Mak Zainab kini mengaku.Pak Mullia terus pergi ke arah, Mak Zainab dan menampar lengan, Mak Zainab dengan kuat. Pak Mullia tidak pernah memukul isterinya selama hampir 45 tahun usia perkahwinan mereka.

Qasif Nursofea dan kak long melulu masuk ke dalam rumah apabila mendengar suara, Pak Mullia menenggking. Kedua menantunya itu dapat melihat, Pak Mullia merenung tajam dengan amarah di hadapan, Mak Zainab.

Qasif Nursofea berjalan pergi ke arah ayah mertuanya, Pak Mullia. “Ayah,” lengan lelaki tua itu dipegang, Qasif Nursofea. “Benda dah jadi… biarlah. Mungkin tak ada rezeki, Fea untuk mak”.

Pak Mullia menyentuh bahu, Qasif Nursofea dan melihat wajah yang tampak kemerahan akibat tangisan. “Pergi balik. Ajak, Ashariff balik,” suruh, Pak Mullia kepada menantunya.

Qasif Nursofea bersama suami melangkah keluar dari rumah kampung itu tanpa melakukan perkara yang sering dilakukan iaitu, salam.

 

 

Previous: Bab 65
Next: Bab 67

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia