Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 30

Muhammad Ashariff tiba di hadapan rumah, Fikri. “Assalamualaikum,” Muhammad Ashariff memberikan salam kepada penghuni rumah itu.

“Waalaikumussalam,Riff? Masuklah,”, jawab, Kak Nur yang kini membukakan pintu untuk, Muhammad Ashariff.

“Abang, Ashariff datang ni,” pekik, Kak Nur memanggil suaminya supaya turun dari tingkat atas. “Ha Riff!,” tegur, Fikri.

“Aku datang ni nak bagitahu kau bila sepatutnya kau gerak pergi rumah, Fea,” beritahu Muhammad Ashariff setelah, Fikri duduk bersamanya di sofa.

“Ha, eloklah tu. Bila kau orang janji ni?,” tanya, Fikri lagi. “Kita orang gerak jumaat petang. Majlis tu mula jam 10 pagi. Aku pun dah bagitahu, Fea yang kau orang akan gerak lebih awal,” terang, Muhammad Ashariff.

“Ha, yelah.Aku pun dah bincang dengan, Kak Nur kau. Kami gerak pagi jumaat. Bagi aku number phone, Fea”. Muhammad Ashariff memberikan nombor telefon bakal tunangnya kepada, Fikri bagi memudahkannya untuk pergi ke rumah, Qasif Nursofea.

“Kau ni, yang muka resah semacam je apahal??,” tanya, Fikri. Kini, Kak Nur membawa air dan kuih yang dibuatnya sebentar tadi.

“Mahu aku tak resah! Mahu je aku bunuh, si Fiza tu!,” marah, Muhammad Ashariff. “Eh! Hey,hey, hey, kau jangan nak sebut bunuh-membunuh ni, Riff! Simpang malaikat 44,Riff oi!,” tegur akan, Fikri sambil ketawa kecil.

“Mahunya tak! Kau orang bayangkan yang Fiza tu pergi hasut mak aku bagitahu yang aku dah terlanjur dengan, Sofea! Sebab itulah aku bengang!,” Muhammad Ashariff menceritakan tentang apa yang telah berlaku kepada, Kak Nur dan Fikri.  

“Biar betul? Tapi, Fiza tu kenal ke dengan mak kau? Dia kenal, Sofea ke? Macam mana dia tahu yang kau dah nak bertunang? Dia pernah jumpa dengan mak kau ke sebelum ni?,” ada reaksi terkejut dalam perbualan, Fikri.

“Itu yang aku pelik! Setahu aku mak aku memang tak pernah sebut nama, Fiza sebelum ni. Fiza…? Aku tak tahu la pulak. Fiza tak kenal pun siapa, Sofea. Kau orang jelah yang tahu tentang, Sofea. Agaknya, mak akulah yang sebut dekat dia gamaknya,” jawab, Muhammad Ashariff.

Kak Nur mencelah kini. “Riff, perempuan kalau dah sukakan seseorang, dia akan selidik tentang lelaki yang dia suka. Tak kisahlah, selidik keluarga lelaki tuke, yang paling bahaya, selidik teman wanita lelaki tu!”.

“Kalau orang tu dah suka kita, kita tak boleh nak halang perasaan dia. Bagi aku Riff,apa kata kau bercakap dengan, Fiza tu sendiri. Tanya dia elok-elok,” nasihat,Fikri.

“Memang aku nak cakap dengan dia! Nak tanya dia!,” jawab, Muhammad Ashariff. “Bagi Kak Nur, Riff… jangan terlalu berkeras. Cakap dengan dia elok-elok. Ajak keluar makan ke, minum ke. Masa itulah boleh warning dia kalau betul dia yang buat,” Kak Nur pula memberikan cadangan.

 

Seperti biasa, Muhammad Ashariff masuk kerja pada awal pagi jika shift nya bukan di sebelah petang. Pada awal pagi itu jugalah niat,Muhammad Ashariff untuk berjumpa dengan, Fiza. Muhammad Ashariff melangkah kaki naik ke tingkat atas menuju di bahagian pentadbiran tempat, Fiza bertugas.“Fiza,” panggil, Muhammad Ashariff kini. “Eh, hi Ashariff,” Fiza sangat gembira melihat, Muhammad Ashariff datang berjumpa dengannya kini.

“Saya nak apply cuti pada jumaat ni sampai isnin depan,” Muhammad Ashariff memberitahu, Fiza dengan nada yang lembut.

“Awak ada plan ke dengan, Fikri? Dia pun apply cuti pada hari yang sama jugak,”Fiza cuba meneka. “Oh yeke?? Entahlah..! Maybe kebetulan kot.,” jawab, Muhammad Ashariff seperti acuh tidak acuh. “Ooo… ingatke ada majlis yang istimewa,” kata, Fiza denga nada yang dibuat manja.

“Awak free tak time lunch nanti,?” Muhammad Ashariff seakan memaksa dirinya untuk menyebut perkataan seterusnya.

“Erm, Free! Kenapa? Awak nak ajak saya keluar makan?,” tanya, Fiza dengan reaksi yang gembira. Muhammad Ashariff hanya menganggukkan kepala seolah dipaksa rentaknya.

So, saya tunggu awak dekat bawah pukul 1.Saya turun dulu” Fiza tersenyum dan bersandar badannya di kerusi. “Dia nak ajak aku keluar makan?? Isyh… macam tak percaya! Argh! Lantaklah! Percaya ke, tak percaya ke, yang penting, dah nyata dia ajak aku keluar!,” ketawanya sendirian.

 

Seperti yang dijanjikan, Fiza turun ke bawah untuk berjumpa dengan, Muhammad Ashariff. Fiza nampak akan susuk tubuh, Muhammad Ashariff di hadapannya. “Hi!,” tegur, Fiza kepada lelaki kacak memakai baju coverall itu. Muhammad Ashariff tersenyum paksa.

“Kita nak pergi makan dekat mana ni?,” tanya, Fiza “Kita just makan dekat cafe je lah ye?” “Lah! Dekat sini je ke??,” tanya Fiza yang tidak berpuas hati.

Muhammad Ashariff memesan minuman. Begitu juga dengan, Fiza. “Erm, kenapa you tiba-tiba je ajak I lunch?,”tanya Fiza ingin tahu.

You taknak makan apa-apa ke?,” tanya, MuhammadAshariff pula. “Kejap lagilah” Seorang pekerja kafeteria menghantar minuman yang dipesan oleh mereka.

Muhammad Ashariff menyedut minuman yang telah dipesannya. Tanpa menunggu masa yang lebihlama, dia ingin menanyakan akan peristiwa yang telah berlaku diantara dia dengan ibu bapanya.

“Fiza, aku nak tanya! Kau pernah kenal dengan mak aku ke?” Fiza terkedu dengan soalan yang ditanya oleh, Muhammad Ashariff.Fiza mengawal perasaan getarnya. Dia pandai menyembunyikan perasaan dan perubahan pada air mukanya. “Tak! tak kenal. Kenapa you tanya?” Muhammad Ashariff tidak mampu mengawal perasaan amarahnya lagi. Muhammad Ashariff menampar meja dengan kuat sehingga memeranjatkan, Fiza serta ada juga mata yang memandang ke arah bunyi bising di meja mereka berdua.

“Kau jangan nak membohong aku! Setahu aku, kalau kau tak bercakap dengan mak aku, tak mungkin dia boleh sebut nama kau!,” Muhammad Ashariff mula meninggikan suaranya.

“Apa maksud you haa?,” Fiza tidak mudah untuk mengaku kalah, malah dia enggan bercakap yang benar. “Hey! Kau janganpura-pura tak tahulah! Macam mana kau boleh menghasut mak aku sedangkan kau tak pernah mengenali, Sofea?! Apa motif kau??!!,” tempik, Muhammad Ashariff kini.

Hakimi yang bersama, Fikri serta rakan-rakan yang lain mendengar perbalahan antara,Fiza dengan Muhammad Ashariff. “Sofea?,” bertanya, Hakimi di ruang hati.

“Kalau sekali pun awak tak pernah menyukai saya, jangan menuduh saya macam ni!,” Fiza terus  mempertahankan dirinya. Muhammad Ashariff tidak langsung mempercayai kata-kata, Fiza.

“Tolong bagitahu aku perkara sebenar! Macam mana kau boleh berjumpa dengan mak aku dan bagitahu dia cerita mengarut tu?!,” Muhammad Ashariff tidak boleh menahan sabar lagi. Dia bingkas bangun dan menolak kerusi yang dia duduk sebentar tadi. Fiza seakan tidak sabar lagi dengan perbuatan, Muhammad Ashariff.

“Ye! Memang I yang bagitahu mak you! nak bagitahu semua orang dekat sini yang you telah terlanjur dengan, Sofea tu kan?? Sebab tu you tolak cinta I!!,”kata-kata, Fiza itu turut didengari seluruh menusia yang berada di kafeteriaitu. 

Muhammad Ashariff bagai tidak percaya dengan kata-kata, Fiza. Ucapan, Fiza itu telah menjatuhkan maruahnya. “Kenapa youdiam? Betulkan apa yang I cakap!,” fizatersenyum puas.

“Dekat mana kau kenal dia? Dari mana kau kenal dia?? Bila masanya aku terlanjur dengan, Sofea? Boleh kau bagitahu aku?” Fiza agak lama mendiamkan diri di situ.

“Kenapa kau tak cakap??!! Kenapa kau diam??!! Kau ingat semua perempuan takde marauah macam kau ke??!, tengking, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff meninggalkan kafeteria itu. Dia tak mahu lagi menghadap manusia keji itu lagi.

“Mana letaknya maruah kau, Fiza?,” kini, Fikri pula berdiri di hadapan, Fiza. Fiza membalas renungan, Fikri. “Kanapa kau diam? Bagitahu aku mana maruah kau??,”tanya, Fikri lagi. Baru sahaja, Fiza mahu membuka mulut untuk menjawab ,Fikri pantas sahaja menghalang. “Bukan orang lain tak tahu tentang perangai kau ni! Tempat kerja sini, penuh dengan perbuatan maksiat kau je! Tempat kerja sini, penuh dengan pemuas nafsu kau je! Kau ingat orang lain tak tahu ke ke perangai kau??!! Kau balik lewat petang, tunggu jantan untuk layan nafsu kau!! Kau jangan ingat semua perempuan sama dengan kau! Aku lebih mengenali, Sofea! Aku lebih percayakan pelacur daripada perempuan jalang macam kau!!,” setelah, Fikri puas berkata,dia turut meninggalkan kafeteria itu untuk menjejaki, Muhammad Ashariff.

“Ei, perempuan, perempuan! Lebih baik takde binilah dari dapat kau, Fiza!,” ada sahaja mulut panas yang menyampaikan kata-kata kesat itu kepada, Fiza. Fiza tidak lagi mendiamkan diri di situ. Dia terus meninggalkan tempat itu.

“Tak guna kau,Ashariff! Kau dah buat aku malu!,” Fiza bercakap seorang diri sambil berjalan menuju ke pejabatnya.

“Riff, hey!,” Fikri dapat menjejaki, Muhammad Ashariff yang kini berada di dalam surau. “Ala, Riff kau jangan peduli lah cakap mulut puaka tu! Bukan orang lain tak tahu perangai dia macam mana!,” pujuk, Fikri.

“Bukan masalah aku! Tapi aku tak boleh terima kalau orang terus menghina, Sofea. Akutak kisah kalau ada orang nak bercakap tentang aku! Tapi, aku tak boleh kalau,Sofea kena tempiasnya,” luah, Muhammad Ashariff kini.

“Kau janganlah endahkan sangat. Takde siapalah yang nak cakap belakang kau.Melainkan, si Fiza tu je! Aku nak tanya kau! Siapa yang percaya cakap dia? Ha? Siapa? Melainkan, si Hakimi!,”  Fikri seakan menyabarkan amarah, Muhammad Ashariff.

“Aku tak kisahlah Hakimi ke siapa. Aku paling geram dengan, Fiza. Yang aku tak boleh tahan sampaikan dia boleh menghasut mak aku! Pedih tau aku dengar mak aku bercakap tentang, si Fea tu!,” luah hati, Muhammad Ashariff.

“Kau nak aku buat apa sekarang?,” tanya, Fikri yang ingin membantu. “Takde apa lah bro! Kau tolong, Fea pun dah memadai bagi aku. Sebenarnya aku lebih risau hari sarung cincin tu,” kata, Muhammad Ashariff.

“Lah…kenapa pulak?,” tanya, Fikri hairan. ”Entah! Aku tak habi-habis rasa risau,” beritahu, Muhammad Ashariff tentang perasaannya. “Biasalah, memang terjadi dekat semua orang ada perasaan macam tu. Makin dekat, makin banyak perasaan mengarut datang. Aku dulu pun macam tu jugak,” Fikri tidak mahu, Muhammad Ashariff terus risau tentang hari pertunangannya yang akan berlangsung pada hari sabtu ini.“Jomlah masuk lab,” ajak, Fikri.

Mereka kini meneruskan kerja mereka di makmal. “Riff, kalau aku nak ikut jugak pergi KL nanti boleh? Lagipun aku dengar kau ada ajak orang lain jugak kan?,” Hakimi bertanyakan kepada, Muhammad Ashariff tentang keinginannya untuk pergi bersama.

“Ya boleh je. Siapa yang nak pergi lagi?,” tanya, Muhammad Ashariff kepada rakan-rakan kerjanya di makmal. “Aku dengar Saiful dengan geng lain  nak pergi samakan, Kimi?,” Tanya, Fikri pula.“Ha’ah. Lagipun memang kita orang nak turun KL. Then boleh kita orang join.Hehehe,” beritahu, Hakimi. “No hal lah. Lagi ramai lagi best! Nanti hari jumaat kita berkumpul dekat etrol pam petronas, Kuala Terengganu. Pukul berapa nak bertolak, nanti aku text kau,”maklum, Muhammad Ashariff kepada, Hakimi.

Hakimi berfikir sambil melihat tugasan kerjanya di komputer. “Sofea? KL? Macam, argh!Takkan lah! Dia kan ada dekat Moscow? Tapi, bila dia habis study erk? Ngomelnya sendirian.

 

Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia