Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 64

Hari minggu sebegini, Muhammad Ashariff akan mengajak isterinya, Qasif Nursofea untuk pulang ke kampung halaman bagi menziarah kedua orang tuanya.

Qasif Nursofea yang sedang memetik cili ketika ini melihat sebuah kereta produa myvi yang kembali berundur apabila sudah sampai di jalan masuk utama ke kawasan rumah mertuanya. Qasif Nursofea memerhati sahaja. Barangkali kereta itu tersalah lorong. Qasif Nursofea meneruskan perhatiannya kepada memetik cili kampung yang ditanam oleh, Pak Mullia.

“Tak guna punya perempuan! Kau datang balik dekat rumah tu! Kata orang tua tu… kau macam dah tak bahagia dengan laki kau!!,” Fiza mula merasa geram. Stereng kereta yang dipandunya ditumbuk geram.

“Mati aku kalau, si Hakimi tahu tentang hal ni!,” Fiza menelan air liur mengenangkan akansikap, Hakimi.

 

“Nah,ini cilinya, mak,” hulur, Qasif Nursofea. “Erm,” itu sahaja jawapan terima kasihnya kepada menantu. “Mak nak, Fea tolong apa lagi?,” tanya, Qasif Nursofea lembut. “Takde!”  Qasif Nursofea merasa tidak selesa dengan jawapan ibu mertuanya.

Qasif Nursofea melangkah kaki mengambil pisau dan mula memotong sayur yang terdapat di atas meja dapur. Mak Zainab melihat tindakan menantunya, Qasif Nursofea. MakZainab berjalan merapati tempat duduk, Qasif Nursofea.

“Bagi pisau tu!,” pinta, Mak Zainab dengan nada suara yang keras tetapi tidak kuat. Qasif Nursofea pada mulanya enggan memberikan, tetapi dia kini mengalah. Mak Zainab terus menarik bakul sayuran yang belum habis dipotong, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea menyandar tubuhnya pada kerusi yang dia duduk. “Apa yang tak kena dengan mak ni?,” ngomelnya di dalam hati.

Qasif Nursofea melihat akan sikap, Mak Zainab yang sengaja meletakkan barang yang dipegang dengan kasar. “Mak biar, Fea siangkan ikan ni,” Qasif Nursofea bangun dari tempat duduk dan mendekati, Mak Zainab di singki dapur.

“Berapa kali aku nak cakap dengan kau?? Aku… sebelum ni buat kerja dapur ni sorang-sorang je! Tak payah nak tunjuk rajin depan laki kau!,” tengking, Mak Zainab.

Qasif Nursofea mengerutkan dahi. Tetapi tidak pula, Mak Zainab melihat riak wajah menantunya. “Fea ada buat salah dengan mak ke? Kalau ada… mak cakap. Mak bagitahu, Fea. Fea minta maaf kalau betul-betul, Fea buat salah,” Qasif Nursofea melihat mertuanya yang masih tidak memberikan apa-apa respon. Qasif Nursofea meneruskan lagi bicaranya. “Kalau isunya… mak marah, Fea sebab Fea datang ambik abang, Fea minta maaf. Tapi itu tanggung jawab, Fea. Mak boleh faham, kan?”.

“Akutak marah kau nak datang ambik, Ashariff ke… atau kau nak datang ambik sesiapapun aku tak marah!,” Mak Zainab mula menunjukkan ketidakpuasan hatinya.

“Habistu? Kalau itu bukan kesalahan… mesti mak sembunyikan sesuatu  ni. Mak terasa hati dengan, Fea ke? Mak bagitahu, Fea… biar, Fea jelaskan kalau itu jadikan sebab mak dingin dengan, Fea,” Qasif Nursofea tidak mengalah. Niatnya mahu ibu mertuanya itu jelaskan apa yang terbuku di dalam dada.

“Isyh…!! Panaslah aku duduk dekat dapur ni!!,” Mak Zainab mencapakkan ikan yang disiangnya ke dalam singki. Mak Zainab meninggalkan singki dapur dan melangkah kebahagian tempat menyimpan bawang.

Qasif Nursofea sedar yang ini bukan masa yang sesuai untuk dia mahu, Mak Zainab menyatakan hal sebenar. Qasif Nursofea melangkah mauk ke dalam rumah, kak long. Qasif Nursofea melihat kak long berborak rancak dengan, Akir serta adik iparnya,Muhammad Ashariff.

“Ha,nampaknya kita boleh makan sedaplah hari ni, ibu!,” tegur, Akir apabila melihat kedatangan, Qasif Nursofea kepada mereka.

Qasif Nursofea hanya tersenyum. Sempat sahaja, Qasif Nursofea menghayun buaian yang ditiduri, Husna anak perempuan bongsu, kak long. “Dah siap ke masak?,” tanya, Muhammad Ashariff kepada isterinya yang kini duduk di sebelahnya.

Qasif Nursofea mempamerkan senyuman lagi. “Mak tak bagi, Fea ada dekat dapur. Ganggu katanya,” jawab, Qasif Nursofea bersahaja. Ada timbul kehairanan pada wajah, Muhammad Ashariff. Kak long mendengar jawapan bicara birasnya dengan senyuman. Kak long dapat merasakan yang sikap, Mak Zainab berubah selepas berjumpa dengan rakan sekerja, Muhammad Ashariff iaitu Fiza.

“Nenek sayang mak su lah tu,” usik, Akir. “Ha’ah… mak sayang, Fea lah tu. Sebab tu dia tak bagi, Fea buat kerja,” tambah pula kak long.

“Takde lah.Mak mungkin rimas dengan, Fea. Yelah… Fea bukannya reti sangat buat kerja dapur,” jawab, Qasif Nursofea yang masih mahu menyembunyikan sikap, Mak Zainab daripada pengetahuan mereka di situ.

 

Setelah lama mereka berborak, Pak Mullia memanggil anak menantu serta cucunya datang kerumah untuk menjamu selera makan tengahari.

Selepas menjamu selera, Muhammad Ashariff berbaring di ruang tamu di tingkat atas senibina kampung sambil menonton teleisyen. Tidak pula, Mak Zainab dan Pak Mullia menemaninya. Entah ke mana orang tuanya pergi selepas makan tengah hari.Mungkin pergi ke tanah belakang untuk melihat hasil tanaman.

“Amboi…wanginya!,” tegur, Muhammaad Ashariff yang terbau wangi dari, Qasif Nursofea yang baru selesai mandi dan bersiap kemas. Qasif Nursofea ingin menanyakan sesuatu kepada suami. Oleh kerana itu, dia tidak memperdulikan kata-kata, Muhammad Ashariff sebentar tadi.

“Abang,”panggil, Qasif Nursofea yang ingin memulakan bicara. “Herm, apa dia? Abang?Abang? Kenapa?,” tanya, Muhammad Ashariff yang seakan mengejek percakapan isterinya. Abang kan tinggal lama dekat sini hari tu” Muhammad Ashariff hanya angguk mengiakan.

So?,” tanya, Muhammad Ashariff. “SoIwant ask you something” Muhammad Ashariff hanya mengangkat kening. Tanda menyuruh isterinya meneruskan bicara.

“Abang ada sembunyikan sesuatu ke daripada, Fea? Sebab layanan mak pada, Fea berbeza sekarang ni. Berbeza sangat! Fea tahu… ini mesti ada apa-apa,” rungut, Qasif Nursofea.  “Mungkin itu perasaan, Fea jekot,” jawab, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff tahu, apakah isu sebenar perubahan sikap, Mak Zainab. Muhammad Ashariff mengesyaki, Mak Zainab ada menyembunyikan sesuatu setelah sering berjumpa dengan, Fiza.

“Bukan perasaan! It’s not about my feeling,sayang. Everything is not fine! Fea tahu… ini bukan sikap mak yang sebenar. Dulu dia layan, Fea cukup baik.Sekarang tak lagi!,” Qasif Nursofea tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea merasa sangat yakin akan perubahan sikap, Mak Zainab. “Baiklah. Kalau abang taknak cerita dekat, Fea… Fea nak pergi tanya kak long!,” tegas, Qasif Nursofea yang kini bangun untuk pergi rumah, kak long.

Muhammad Ashariff berdecap bibir. Menggarukan kepala yang tidak gatal. Menarik tangan isterinya untuk duduk semula. “Tak payahlah sampai nak tanya kak long ke… siapake. Tak perlu nak panjangkan cerita”.

Qasif Nursofea mulai tidak berpuas hati. “Abang cakap, Fea nak panjangkan cerita?Abang, itu mak tau?! Yes… itu makabang! Tapi, Fea dah anggap dia orang macam mak ayah kandung, Fea sendiri. Fea sayangkan dia orang! Fea tak bolehlah… tak boleh hidup macam ni kalau mak terus-terusan mak tunjuk sifat dingin dia pada, Fea,” luah hati, Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff ingin menyabarkan isterinya. “OkayOkayFine! Abang memang tak tahu apa yang dah merasuk fikiran mak. Memang abang ada perasan yang sikap mak berubah sejak kebelakangan ni”.

“Abang nampak perubahan sikap mak? Dan… abang nak suruh, Fea duduk bertenang lagi? Oh My Goodness! Nonsence, sayang semuani,” bicara, Qasif Nursofea dengan nada kecewa.

“Okey dah. Cukup okey?,” pujuk, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff mengusap rambut,Qasif Nursofea yang terurai dari simpulan pengepit rambut cantik. Rambut isterinya yang ditiup angin diusap beberapa kali oleh, Muhammad Ashariff.

“Sekarang,Fea kena ambik hati mak balik. Buat apa je yang dia suka,” cadang, Muhammad Ashariff.“Macam mana, Fea nak buat apa yang mak suka? Kalau muka, Fea pun taknak dia pandang! Abang tengoklah tadi, Fea nak tolong cuci pinggan pun dia rampas sabun cuci pinggan tu! Fea buntulah,” rungut lagi, Qasif Nursofea.

“Kalau cara macam tu tak boleh… apa kata kalau, Fea… erm… ha! Kita bawak dia pergi shopping. Mak kalau dapat handbag baru, kasut baru memang tersengih je memanjang,” cadang, Muhammad Ashariff. “Sure,?” tanya, Qasif Nursofea inginkankan kepastian.

Kini,pelbagai helah yang telah diberikan, Muhammad Ashariff untuk mengajak, MakZainab keluar. Akhirnya, Mak Zainab akur. Mak Zainab menaiki kereta yang dipandu sendiri oleh, Qasif Nursofea. Mak Zainab yang tidak ditemani, Pak Mullia diam seribu bahasa.

Muhammad Ashariff tersenyum puas di kerusi hadapan kenderaan. “Yang kamu tu… berbalut simen pun nak ajak mak keluar lagi! Nak pergi ke mana kita ni?,” tanya, MakZainab kepada, Muhammad Ashariff. Soalan yang diajukan oleh, Mak Zainab tidakpula dijawab oleh mereka berdua. Hakikatnya, mereka berdua memilih untuk terusberdiam.

Mereka kini tiba di salah sebuah pusat membeli-belah terbesar di Kuala Terengganu. Muhammad Ashariff yang duduk di kerusi roda di tolak oleh isterinya, Qasif Nursofea. MakZainab hanya jalan berseorangan di belakang. Dia tidak mahu berjalan seiring dengan menantunya.

Previous: Bab 63
Next: Bab 65

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia