Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
BAB 1

SINOPSIS 

Muhammad Ashariff datang  disaat Qasif Nursofea meniti arus kekosongan  hidup selepas kematian kedua orang tuanya. Mereka menyambut salam cinta mereka dengan berlandaskan satu janji.  Janji Syurga Cinta Qasif dipateri.  Janji Syurga Cinta Qasif diabdikan dalam diri mereka. Hubungan cinta mereka dibawa bersama  dalam rumahtangga yang dibina. Hubungan cinta mereka yang diabdikan dalam diri tidak selamanya bahagia  apabila  munculnya dugaan  dengan ditiup badai. Hubungan cinta mereka diuji apabila, Muhammad Ashariff  harus memilih  syurga  di telapak kaki ibu  atau syurga yang  menjadi simbolik kepada percintaan dia dengan,  Qasif Nursofea.  

Disaat perkahwinan mereka dipukul badai,  kemunculan, Fiza dan Lokman pula membatasi segalanya di ruang hati. Segalanya harus mereka tempuh  demi Syurga Cinta Qasif


BAB 1

Pelajar Malaysia yang pernah atau yang sedang belajar di bumi Russia pastinya beruntung. Bumi Russia yang berada di benua Eropah dan Asia adalah satu tempat yang sangat menarik yang ingin dilawati oleh para pelancong terutamanya bagi pelajar yang sedang menuntut ilmu di Moscow, Russia. Begitu juga dengan seorang gadis cantik tinggi lampai ini.

Hello, hi abang,” teguran mesra, Qasif Nursofea hanya seketika. Bagaikan seluruh tubuhnya berasa tidak bernyawa.

“Fea,kenapa ni? Ha, kenapa? Ya Allah… kenapa kau jadi macam ni? Jangan takutkan aku,Fea” Tubuhnya dirangkul kuat oleh, Nisa. Nisa adalah teman sebiliknya di asrama semenjak mereka melanjutkan pengajian perubatan di Universiti of Medical Moscow,Russia.

“Babah…babah aku dah takde,” runtuh hati, Qasif Nursofea sewaktu menjawab panggilan telefon daripada abangnya, Aish Irfan dari Damansara, Malaysia.

“Innalillah.Sabar, Fea,” pujuk, Nisa.

 

Kini, Qasif Nursofea berada di dalam keretapi laju di kawasan tempatnya tinggal untuk menuju ke lapangan terbang paling sibuk dalam bandar negara Moscow, Russia.Hampir 2 jam dia bersama Nisa menuju ke lapangan terbang akhirnya, Qasif Nursofea dan rakan baiknya sampai di destinasi.

“Fea,boleh ke kau balik sorang ni? Aku minta maaf sebab tak boleh temankan kau balikKL,” keluh, Nisa merasa serba salah membiarkan sahabat baiknya pulang seorang diri dalam keadaan sedih seperti itu.

It’s okay. Aku dah biasa. Takde bendayang lebih penting melainkan parentsaku,” menitis laju air matanya setelah menyebut perkataan itu mengenangkan babahnya yang telah tiada menghadap ilahi beberapa waktu tadi.  

 

Perjalanan dari Moscow, Russia mengambil masa hampir 12 jam untuk sampai ke bumi, Malaysia dimana ianya merupakan negara asal bagi gadis berusia 25 tahun ini.

Dalam perut pesawat Russia airlines terdapat pelbagai ragam manusia. Kadangkala didengari gelak tawa dan kadangkala juga terdengar perbualan yang meriah. Ianya tidak begitu buat seorang gadis bernama, Qasif Nursofea.

Didalam hatinya kini adalah terkenang akan berita perkhabaran daripada abang sulungnya, Aish Irfan.

Hatinya yang dulu penuh dengan perasaan tidak sabar apabila kembali pulang ke Malaysia.Malah hari ini amat berbeza baginya apabila mengetahui orang yang paling dia sayang pergi menghadap ilahi.

Dalam hatinya kini, hanya bayangan indah suatu ketika dahulu bersama babahnya, Datuk Dr. Darwish. Bercampur-baur perasaannya kini, merasa rindu pada babahnya yangtelah lama tidak dia berjumpa. Jarak perhubungan terpisah hanya kerana masih menuntut di negara orang bagi melengkapkan dirinya bergelar siswazah kedoktoran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia