Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 37

Hari ini adalah hari untuk, Qasif Nursofea berpindah ke Kuala Terengganu. Bergerak ke Kuala Terengganu yang hanya ditemani pembantu rumahnya, Riyanti. Urusan lain seperti penghantaran kereta dan penghantaran barang semuanya telah selesai terlebih dahulu.

“Ini rumah baru kita non?” Qasif Nursofea hanya senyum kepada Riyanti apabila merekakini sudah sampai di hadapan kediaman baru. Kediaman rumah 2 tingkat yang pembinaannya cukup moden. Kelihatan pemandangan baru di hadapan mereka kini. Qasif Nursofea memilih rumah sesebuah 2 tingkat. Rumah yang berwarna kelabu gelap.

Qasif Nursofea mengirimkan pesanan ringkas whatsapp kepada, Muhammad Ashariff dan juga Fikri serta Kak Nur. Qasif Nursofea memberikan alamat rumah barunya. Qasif Nursofea tahu bahawa hari ini, Muhammad Ashariff dah Fikri bercuti.

 

“Buat apa pulak nak pergi ke alamat ni?” Whatsapp dihantar kepada, Qasif Nursofea tidak pulak dibalas. Muhammad Ashariff terus keluar dari rumah Mak Zainab dan pergi ke alamat yang diterimanya sebentartadi.

Kini,Muhammad Ashariff terus keluar daripada perut keretanya. Hanya 30 minit darirumah Mak zainab ke rumah baru, Qasif Nursofea.

“Fea,buat apa dekat sini?” Muhammad Ashariff terus menyusun langkah ke arah Qasif Nursofea yang kini berdiri di hapan rumah kediaman 2 tingkat itu.

“Abang,ini… rumah baru, Fea!,” jelas, Qasif Nursofea dengan reaksi gembira. Ya Allah! Kenapa tak cakap? Habis tu?,” Muhammad Ashariff seperti hilang akan kata-kata kini.

“Dah! Jom masuk dalam,” Qasif Nursofea terus menarik tangan tunangnya untuk memasuki ke dalam rumah.

“Riyanti?,”Muhammad Ashariff menyebut nama Riyanti apabila dia terlihat kelibat, Riyanti yang turut berada di dalam rumah baru tunangnya itu.

“Kenapa abang?? Macam orang confuse je?,” TanyaQasif Nursofea sambil ketawa kecil. “Memanglah abang confuse. Ini rumah yang hospital sediakan?” Qasif Nursofea hanya mengangguk mendengar pertanyaan, Muhammad Ashariff.

“Isyh!Tak mungkin! Kuarters hospital bukan dekat sini. Fea? Cakap jujur dengan abang.Ini kawasan perumahan baru dekat, KT ni. Fea beli ke?,” tanya Muhammad Ashariff yang memikir tidak logik akal apa yang telah diberitahu oleh Qasif Nursofea.Sedangkan rumah ini sangat luas dan cukup selesa.

Kini,Qasif Nursofea ketawa. Qasif Nursofea bangun dan pergi ke arah belakang tempat duduk Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea memeluk leher Muhammad Ashariff dan membisikkan sesuatu kepada Muhammad Ashariff. “Ini… rumah baru kita sayang!!” Muhammad Ashariff bangun dan mahu mencubit tunangnya tetapi, Qasif Nursofea tangkas sahaja mengelak.

Terdengar bunyian hon dari arah luar. Qasif Nursofea menghentikan kelakuannya dan mengintai arah luar. Begitu juga dengan Muhammad Ashariff.

“Mana Kak Nur? Kenapa tak ajak Kak Nur datang sekali?,” mesra sahaja sapaan Qasif Nursofea yang melihat Fikri hanya datang seorang diri tanpa kehadiran isterinya.

“Masa Fea whatsapp abang, Kak Nur ada dekatrumah mak dia. Sebab tu abang datang seorang je. Kebetulan abang ada dekat bandar,”jelas Fikri. Fikri mendapati Muhammad Ashariff juga turut berada di situ.

Fikri berjabat tangan dengan Muhammad Ashariff. “Rumah siapa ni?,” tanya Fikri kepada Muhammad Ashariff. “Inilah rumah kuarters bakal bini aku!,” sindir Muhammad Ashariff. “Uih! Biar betul? Punyalah lawa kuarters!”. Qasif Nursofea menjeling Muhammad Ashariff dan mencubitnya. “Aduh!! Sakitlah sayang!”.

“Tahu pun sakit! Saja je nak menyakat kita!,” marah Qasif Nursofea yang kelihatan manja. Fikri senang melihat mereka berdua mesra seperti itu.

“Takde lah! Dia beli rumah ni,” beritahu Muhammad Ashariff kepada Fikri. “Lah ye ke?Fea, Ashariff dah pun beli rumah. Dia bagitahu abang, nak bawak Fea duduk dekat rumah dia nanti,” beritahu Fikri pula.

“Yeke? Alaa… bukan masa terdekat ni kan nak nikah? Jadi, Fea kenalah beli rumah nidulu. Lagipun, Fea dah nak mula bertugas hujung bulan ni.” terang Qasif Nursofea kepada Fikri

“Fea,”panggil Fikri. “Ye abang” Muhammad Ashariff juga menoleh kepada Fikri setelah mendengar panggilan itu kepada tunangnya.

“Bilanya nak nikah? Dah semuanya abang tengok makin selesa” Muhammad Ashariff dan Qasif Nursofea saling berpandangan.

“Macamni lah. Aku balik bincang dulu dengan mak ayah aku. Baru boleh buat keputusan,”Muhammad Ashariff menjawab tanpa membiarkan Qasif Nursofea sahaja mengatur perkataan menjawab pertanyaan, Fikri.

“Aku bukan apa. Fea pun dah nak mula kerja. Jangan biar lama sangat ikatan pertunangan ni. Manalah tahu kot-kot, Fea kena rembat dengan doktor hospital nanti! Lopong kau!” Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff ketawa mendengar pesanan, Fikri.

Riyanti datang mengangkat dulang minuman. Meletakkan satu jag yang berisi air berwarna hijau. Dituangnya ke dalam gelas untuk yang berada di situ. “Jemput minum semuanya,”pelawa Riyantyi. “Terima kasih,” Fikri menyambut pelawaan dari Riyanti.

“Abang tak boleh lama dekat sini. Abang nak kena pergi ambil Kak Nur pulak dengan anak”.“Okay abang. kirim salam Fea pada KakNur” Selepas minum minuman yang disediakan Riyanti, Fikri berangkat pulang.

Hanyalah tinggal Qasif Nursofea bersama tunangnya yang masih berada di sofa di ruangtamu rumah baru itu. “Fea, kita kahwin?,” ajak Muhammad Ashariff.

“Abang dah ready?,” tanya Qasif Nursofea.“Abang sentiasa ready untuk orang yang abang sayang ni,” Muhammad Ashariff menghadiahkan senyuman.

“Kalau abang dah sedia, Fea pun sedia. Fea nak rasa kasih sayang abang pada, Fea” “Dan anak-anak kita nanti,” Muhammad Ashariff melengkapkan kata-kata, Qasif Nursofea.Qasif Nursofea hanya tersenyum mendengar kata-kata itu.

“Kalau macamtu, apa kata Fea ikut abang balik rumah mak? Kita bagitahu perkara ni”Qasif Nursofea menggeleng. Tidak setuju dengan cadangan tunangnya itu. “Tak! Mana boleh macam tu. Itu semua abang yang kena plan. Takkanlah, Fea pulak nak pergi bagitahu family abang? Malu lah!” Muhammad Ashariff hanya ketawa kecil.

 

“Kenapa aku rasa bukan-bukan pulak? Dah gila apa aku ni?!!,” rungut Fikri yang sedang memandu seorang diri. “Kau dah ada anak bini Fikri!,” Fikri tidak memperdulikan apa yang telah hadir pada sudut perasaanya ketika ini.

Fikri telah sampai di depan rumah mertuanya untuk mengambil isteri dan anaknya pulang. “Abang?,” Kak Nur sedar akan suaminya yang kini termenung di luar rumah.

“Abang?!,”Kak Nur memanggil suaminya dengan nada yang sedikit kuat serta menyentuh bahu suaminya.

“Eh! Ha dah siap?,” Fikri tersedar akan teguran dari isterinya. “Siap apanya? Masuklah makan dulu. Mak dah siap masak dekat dalam tu,” ajak Kak Nur. Fikri melangkah masuk mendahului Kak Nur. Kak Nur sedikit hairan dengan sikap pelik suaminya ketikaini. Lantas  dibiarkan sahaja sikap pelik suaminya itu.

Fikrimenjamu selera di ruang dapur mertuanya. “Kamu makanlah dulu. Mak nak pergi rumah,Mak Lang Siah kamu. Lusa, dah nak kahwin anak sulung dia tu,” kata ibu mertua Fikri.

“Darwish,pergi salam dengan nenek. Kejap lagi kita dah nak balik,” suruh Kak Nur kepada anak kecilnya yang asyik bermain dengan permainannya. Lantas mereka juga turut bersalam dengan ibu, Kak Nur.

Tidak ada sesiapa lagi di ruang dapur mertua, Fikri melainkan keluarganya sahaja. “Nampaknya,kita pun kena siap sedia untuk hari nikah dan sanding, Sofea,” maklum Fikri kepada isterinya. “Oh yeke? Bila tarikhnya abang? Dah dapat ke tarikhnya?” tanyaKak Nur sambil menyuap makanan kepada Darwish. “Nanti Riff bagitahu,” jawab,Fikri ringkas.

 

Muhammad Ashariff selesai mengangkat kotak besar menuju ke bilik utama rumah, Qasif Nursofea.“Okay sayang. Thanks tau,” ucap Qasif Nursofea kepada Muhammad Ashariff yang penat mengangkat kotak besar menuju ke tingkat 2.

“Okeylah.Kalau dah takde apa-apa lagi, abang dah nak balik. Apa pulak cakap orang nampak lelaki masuk lama-lama dalam rumah ni”.

Qasif Nursofea mengikut jejak langkah Muhammad Ashariff menuju ke pintu besar. “Kirim salam, Fea dekat semua. Ajaklah mak dengan yang lain datang sini,” pelawa akan Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff memandang wajah tunangnya. “Sayang?”. “Erm,” jawab Qasif Nursofea ringkas. Muhammad Ashariff meneruskan kata. “Abang tak suka kalau Fea buat keputusan sendiri. Abang kalau boleh… abang nak kita share everything dengan orang yang kita sayang. Cukup untuk semua ni, Okay?”.

Qasi fNursofea memberikan senyuman manis lantas memegang tangan tunangnya dan mencium tangan lelaki segak dihadapannya itu. “Okay promise!,” Qasif Nursofea berjanji sambil mengangkat tangannya seperti orang yang sedang mengangkat sumpah.

Qasif Nursofea memandang kereta Muhammad Ashariff yang meluncur pergi dari hadapan rumahnya.Tersenyumnya seorang diri yang masih berdiri di muka pintu utama kediaman itu.

“Kahwin??Erm… nampaknya aku kena siap sedia dari sekarang,” ngomel Qasif Nursofea seorang diri. Rambutnya yang diikat tinggi dan kadangkala anak rambut halus didahi begerak lembut akibat ditiup angin.

Qasif Nursofea kini duduk di sofa.“Nanti… kalau anak mama nak kahwin, mama dengan babah akan buat besar-besaran. Setuju tak Dr. Darwish?,” kata, arwah Datin Maria. Kenangan bersama arwah babah serta mamanya menjelma kini.

Qasif Nursofea tidak mahu lagi mengenangkan perkara itu. Lantas dirinya bangun untuk menuju ke kamar mandi.

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia