Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 19

Mereka melaksanakan perkara rutin setiap hari. Berhubung melalui telefon, whatsapp dan pelbagai perkhidmatan berteknologi tinggi.

Tarikh yang mereka tunggu selama ini semakin dekat. Malam bertukar siang. Siang bertukar malam. Kadangkala diberikan hujan dan kadangkala juga diberikan sinaran daripada pancaran matahari yang sangat terang. Begitulah juga dengan hubungan mereka.

Hari ini genap setahun hubungan mereka tanpa berjumpa setelah perjanjian bersama dipateri.Hari ini juga merupakan tarikh penganugerahan yang akan diterima oleh Dr. Qasif Nursofea Dato’ Dr. Darwish.

Selesai sudah upacara konvokesyen, Qasif Nursofea serta pelajar yang lain melangkah keluar daripada dewan.

“Assalamualaikum”

Qasif Nursofea menoleh ke arah belakang untuk bertemu dengan suara itu.

“Abang?!,”Qasif Nursofea melangkah ke arah tubuh tegap itu dan terus memeluk tubuh,  Muhammad Ashariff. Lantas dia tersedar akan tidakannya itu. Malu pada wajahnya mengusung tiba.

“Syukuralhamdulillah. Tahniah sayang. Semoga menjadi seorang doktor yang cemerlang dan menjadi seorang yang sangat disegani,” ucap, Muhammad Ashariff yang kini sedang menatap wajah orang yang sangat dirinduinya selama setahun tidak berjumpa.

“Terima kasih abang… dan… terima kasih jugak sebab datang. Pandai abang sorok. Tak cakap pun nak datang sini,” rengek, Qasif Nursofea.

“Perlu ke abang nak bagitahu, Sofea yang abang nak datang? Sedangkan… kita dah pun berjanji setahun yang lepas nak jumpa dekat sini kan? Abang ada benda istimewa yang nak bagi dekat Fea”.

“Apa dia abang?,” Qasif Nursofea tidak sabar menunggu apakah yang sangat istimewa seperti yang diperkatakan oleh, Muhammad Ashariff tadi.

 

Qasif Nursofea selesai bergambar dengan rakan-rakan yang lain dan dia juga turut mengambil gambar kenangan bersama, Muhammad Ashariff di hari konvokesyen.

Seperti yang dijanjikan, Qasif Nursofea menunggu kedatangan, Muhammad Ashariff di luar rumahnya.

Muhammad Ashariff langsung tidak memberikan apa-apa hadiah untuk kejayaan, QasifNursofea di majlis tadi.

Kini tibanya, Muhammad Ashariff di luar rumah banglo mewah itu. Dibukakan pintu kereta untuk, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff kini memandu laju menuju kesebuah hotel mewah di Putrajaya.

“Abang nak kita celebrate dekat sini?,” tanya,Qasif Nursofea kepada, Muhammad Ashariff. Mereka keluar daripada perut kereta.Soalan yang ditanya tidak dijawab oleh lelaki itu. Hanya senyuman di wajah kacaknya.

Lantas,mereka masuk ke dalam ruangan makan hotel. Qasif Nursofea duduk pada meja yang ditempah khas oleh, Muhammad Ashariff. Tanpa memesan makanan, Qasif Nursofea mengamati ada beberapa pekerja hotel tersebut datang ke arah meja mereka.

“Terima kasih,” ucap, Muhammad Ashariff kepada pekerja hotel yang meletakkan sesuatu diatas meja makan.

Wow…! Abang tahu ke makanan kegemaran,Fea?”.

“Mestilah!”Qasif Nursofea membuka penutup pada pinggan makan yang dihantar sebentar tadi.sedikit hairan yang terpancar di wajah cantik itu. “Abang, ini cincin?,” tanya,Qasif Nursofea kehairanan apabila dibukanya penutup makanan tersebut. Bukannya makanan pada pinggan tetapi kotak kecil yang sudah pastinya cincin.

“Abang masih ingat perjanjian kita… hari ni genap tempoh masa perjanjian kita. Abang tak akan berubah hati dengan keputusan abang. Abang tunaikan janji abang. Janjiabang… abang bawak di depan Fea sekarang”.

“Abang”.

Muhammad Ashariff lantas memintas percakapan, Qasif Nursofea. “Abang taknak dengar alasan dari Fea. Abang Cuma nak dengar jawapan. Hari ni… abang nak segala rumpulan akan terlerai pada yang satu. Please…jangan bohong pada diri sendiri. Kelak merana!,” Muhammad Ashariff kini menanti jawapan daripada, Qasif Nursofea dengan penuh sabar.

“Fea nak abang tahu. Cinta Fea bukan mudah nak dibeli dan dijual. Fea” Muhammad Ashariff mengangkat kening supaya, Qasif Nursofea meneruskan bicaranya.

Qasif Nursofea mengagahkan dirinya untuk memberitahu segala rasa di sudut hatinya selama tempoh masa dijanjikan.

“Bagi Fea… dulu dan kini perasaan, Fea makin berbeza. Fea dapat jawapan dimana,Ashariff adalah kehidupan, Fea! Dan… nafas yang bernyawa di dalam tubuh ini adalah kasih sayang, Ashariff! Jantung yang masih berdegup sekarang adalah cinta, Ashariff! Ashariff adalah… sumpah setia cinta, Fea kepada dia. Abang juga mampu memberikan, Fea SYURGA CINTA QASIF”.

Muhammad Ashariff bagaikan tidak percaya dengan kata-kata yang hadir dari ucapan, Qasif Nursofea dan dia tidak boleh menidakkan perasaan gadis itu lagi.

“Terima kasih sayang,” Muhammad Ashariff lantas mengambil kotak tersebut dan membuka untuk mengambil isian di dalamnya. Kini cincin emas putih yang bertakhtakan berlian disarungkan di jari manis, Qasif Nursofea.

“Jadi…Fea ikut abang balik Kampung? Senanglah nanti kita uruskan upacara pertunangan kita. Okay?,” ajak, Muhammad Ashariff.

“Tak tergesa sangat ke? Nanti apa pulak kata family abang,” soal, Qasif Nursofea yang merasakan sangat bahagia ketika itu.

Muhammad Ashariff ketawa perlahan sebelum berbicara. “Apalah yang dia orang semua nak cakap? Herm? Fea tahu tak…? Selama kita tak jumpa ni, abang dah tak boleh nak duduk rumah tu. Mana tidaknya, ayah dengan kak long asyik suruh abang masuk meminang, Sofea. Itu tak termasuk lagi kawan-kawan tempat kerja tanya abang,”Muhammad Ashariff mengenyit mata kirinya kepada, Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff meneruskan bicaranya. “Abang rasa… manusia yang paling gembira dengan pertunangan kita ni adalah, mak. Fea tahu tak? Setiap kali kawan abang yang lain kahwin, ha… mulalah bicara mak tu. Kadang naik semak dah kepala Abang ni,”cerita, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea mendengar bicara, Muhammad Ashariff sambil ketawa kecil.

“Abang,”Qasif Nursofea kini meneruskan bicara apabila melihat Muhammad Ashariff yang kini sedang menyedut minuman.

“Ye?,”jawab, Muhammad Ashariff ringkas.

“Fea nak tanya… apakah ciri-ciri isteri yang abang syaratkan dalam diri abang?”.

Muhammad Ashariff kini hanya menjawab dengan memberi senyuman kelat. “Abang… yelah… abang memang tak pernah nak letakkan sesuatu syarat kepada seseorang. Bagi abang bila dia dah suka, abang suka… itu je. Itu dah cukup bagi abang”.

“Abang jangan tipu, Fea lah! Mana ada manusia di dunia ni tak letak garis panduan dalam hidup mereka. Maaf kalau Fea katakan. Orang yang tidak mempunyai panduan hidup adalah orang yang gagal. Sama  jugak dengan keadaan kita sekarang”.

Kata-kata,Qasif Nursofea membuatkan, Muhammad Ashariff terdiam. “Sofea, panduan hidup abang adalah agama. Bukan syarat atau apa. Apa maksud, Fea sebenarnya?,”Muhammad Ashariff seolah mahu menegakkan apa yang dibicaranya sebentar tadiadalah betul.

“Maksud,Fea… abang mesti! Dan mesti! Dan abang harus semestinya ambil tahu tentang apakah syarat sebenarnya untuk seseorang jadi isteri, abang,” tegas, Qasif Nursofea.

“Ya Allah… apa lagi kata-kata atau ayat yang boleh abang yakinkan, Fea ha? Abang memang tak pernah meletakkan sebarang syarat kepada seseorang. Siapa abang,Sofea? Abang jugak manusia. Bagi, abang semua insan dalam dunia ni ada arah tuju masing-masing. Dan begitu jugak, abang yang cuma ada arah tuju dalam kehidupan. Tapi bukan syarat. Fea boleh faham?”.

Mendengar kata-kata daripada, Muhammad Ashariff, Qasif Nursofea bangun dari tempat duduknya dan berjalan laju keluar dari ruang restoran hotel mewah itu. Tingkahlaku,Qasif Nursofea hanya dilihat oleh, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff lantasmenyelesaikan bayaran dan menjejaki insan itu.

“Sofea?Fea?,” Muhammad Ashariff berlari laju untuk menghalang langkah gadis itu. Tangan,Qasif Nursofea direntapnya. “Sofea nak ke mana ni?!”.

Qasif Nursofea menoleh ke arah Muhammad Ashariff . “Abang hantar, Fea balik!,” pinta, Qasif Nursofea.

“Fea?! Kenapa tiba-tiba je ni? Abang ada buat salah ke??,” tanya, Muhammad Ashariff yang bingung akan perubahan sikap, Qasif Nursofea.

“Tak! Abang tak buat salah!,” tegas, Qasif Nursofea.

Please… kalau sebab perkara tadi, takkanlah,Fea boleh bertindak macam ni?? Jadi orang matang boleh?,” marah, Muhammad Ashariff.

Okay! Sebab, Fea matanglah, Fea nakabang tahu syarat yang sepatutnya!”.

Muhammad  Ashariff kian bingung. “Maksud Fea tentang tadi lah?? Ya Allah… apa yang abang nak cakap kalau bukan dari abang…?! Fea kena faham!,” tegas, Muhammad Ashariff.

“Cukup! Cukup! Sekarang, Fea nak abang bawak, Fea balik!,” pinta, Qasif Nursofea lagi.“Fea cuma nak abang hantar Fea balik!”. Muhammad Ashariff tidak mampu melakukan apa lagi. Dia hanya menurut sahaja kehendak, Qasif Nursofea.

Kereta yang dipandu, Muhammad Ashariff meluncur tiba di ruangan depan banglo mewah milik, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff hanya membatukan diri di dalam kereta.

“Fea hanya suruh abang hantar balik. Tapi bukan suruh abang balik!,” Qasif Nursofea lantas keluar daripada kereta milik, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff turut keluar daripada kereta dan mendapatkan bangku di ruangan tempat rehat di halaman luar rumah. Qasif Nursofea kembali keluar mendapatkan,Muhammad Ashariff dan diikuti oleh, Riyanti untuk menghidangkan minuman kepada mereka berdua.

“Abang baca ni!,” Qasif Nursofea menghulurkan sebuah buku kepada, Muhammad Ashariff dan dilihatnya tajuk “panduan memilih isteri yang akan dinikahi”.

“Abang dah baca? Abang faham tak? Itulah yang Fea maksudkan. Semua orang akan mengikut panduan tu!,” Qasif Nursofea bersuara kini apabila dilihatnya, Muhammad Ashariff membaca sebaris dua.

Muhammad Ashariff menutupi buku tersebut. “Abang nak Fea faham. Kenapa ada hamba Allah di muka bumi ni… bernikah dengan orang kafir? Orang yang berasal dari agama lain. Seperti babah, Fea menikahi mama, Fea dan mengajaknya memeluk islam lantas dikahwinnya. Dan…”.

“Dan membiarkan isterinya mengikut cara agama lama, tanpa mengajar tentang islam?Malah anak-anaknya jugak tak tahu tentang selok belok agama islam?! Itukan yang sepatutnya?,” luah akan, Qasif Nursofea kini.

Muhammad Ashariff terkejut mendengar kata-kata, Qasif Nursofea dan tidak mampu membuat kesimpulan melalui percakapan gadis itu.

“Apa yang, Fea maksudkan?,” tanya, Muhamad Ashariff.

“Fea nak bagitahu Abang dan, Fea tak kisah kalau abang nak tarik balik kata-kata abang tadi”  Muhammad Ashariff semakin bingung.

“Fea yang abang kenal ni… adalah seorang yang tidak tahu tentang agama! Fea jahil! Featak tahu sembahyang! Fea tak tahu apa itu hukum hakam agama islam! Yang, Featahu hanyalah dalam butiran peribadi, Fea adalah seorang muslim! Nama, Fea juga melambangkan islam. Tapi seumur hidup Fea… Fea tak tahu sembahyang, abang!! Featak tahu! Fea letih mengelak apabila kawan-kawan ajak sembahyang,” luah, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea menangis sepuasnya di hadapan, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff hanya membisu dan terus mendengar keterangan daripada, Qasif Nursofea.

“Sampai satu saat,” Qasif Nursofea menunjukkan arah jari telunjuknya berhenti. Sebuah rumah banglo mewah di hadapan kediamannya ditunjukkan kepada, Muhammad Ashariff. “Fea curi-curi pandang sewaktu mereka sembahyang. Fea sangat rapat dengan anaknya. Fea pernah tanya budak lelaki tu. Apakah itu sembahyang. Diaketawa dan mengatakan, Fea bergurau. Semenjak itulah, Fea tak pernah tanya pada sesiapa apa itu sembahyang?”.

 “Astaghfirullahhal’azim…! Jangan diungkit perkara lama. Kesian pada arwah mama dengan babah Fea,” pinta, MuhammadAshariff.

Muhammad Ashariff mengesat air mata, Qasif Nursofea yang terus mengalir deras. Disentuh dagu,Qasif Nursofea dan diamatinya. Muhammad Ashariff mendengus panjang. “Takde satujalan pun yang sesat di atas muka bumi Allah ni, sayang”.

Qasif Nursofea merasakan lebih yakin ketika ini kerana, Muhammad Ashariff masih lagisudi memanggilnya dengan gelaran “sayang” dan lantas, Muhammad Ashariff masihlagi mahu meneruskan niatnya.

“Jalan yang sesat bukan dari Allah. Jalan yang sesat adalah jalan yang dibina oleh hambanya sendiri. Sesat bermakna tak tahu jalan pulang. Dengan kata lain… sesa tdengan tidak nampak arah kebaikan. Sofea tahu tak? Kesedaran yang ada pada, Fea sekarang ni pun… adalah kembali jalan yang benar. Iaitu, Hidayah Allah s.w.t.Fea harus bersyukur, Allah hadiahkah, HidayahNya kepada sayang. Sekarang ni Fea  tahu, jalan yang, Fea lalui sekarang adalah jalan yang sesat kan? Dan Fea kena tahu… Allah itu maha pengampun. Abang sudi dan bersedia untuk menjadi anak panah kepada jalan, Fea. Anak panah menunjukkan arah. Abang nak kita hidup dalam kehidupan yang diredhai. Abang bantu Fea,” Muhammad Ashariff kini mula menakungkan air mata. Tetapi ianya tetap ditahan supaya tidak mengalir.

Jari jemari, Muhammad Ashariff dipegang, Qasif Nursofea. “Terima kasih. Fea tak tahu apa lagi yang, Fea perlu ucap. Sampai ke saat ni pun, abang tetap dengan keputusan abang”.

“Dah,cukup. Abang taknak lagi sayang ulang cakap benda yang sama. Kita sama-sama berubah,” Muhammad Ashariff bermalam di rumah mewah milik, Qasif Nursofea. Buatkali kedua, keesokannya mereka akan memulakan perjalan jauh menuju ke kampung halaman, Muhammad Ashariff. Tiada apa yang boleh menghalangi perjalanan cinta mereka kini.

Qasif Nursofea merebahkan tubuhnya di atas tilam empuk di dalam bilik. Mungkin orang lain sudah merasa lega apabila mereka sudah menjelaskan perkara sebenar. Tetapi tidak bagi, Qasif Nursofea kerana ada perkara yang masih disembunyikan oleh dirinya. Rahsia yang begitu besar pada kehidupannya. Rahsia yang juga telah meragut kegadisannya.

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia