Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 27

Semua yang berada di dalam bilik pembacaan wasiat tadi mula melangkah keluar. Qasif Nursofea terus mengejar abang dan kakaknya yang turut sama berada ketika pembacaan wasiat sebentar tadi.

“Abang,kakak, kejaplah!,” Qasif Nursofea menarik baju abangnya menyebabkan langkah,Aish Irfan terhenti.

“Kenapa? Susah sangat ke abang dengan kakak nak maafkan, Fea walaupun, Fea bersalah dalam hal ni?!” Qasif Nur Ain mula menyusun kata. “Kau dengar sini, Fea! Eii!! Naik gelilah tekak aku dengar kau panggil aku kakak. Stop calling me kakak okey! Kau sepatutnya tak berhak langsung dapat pembahagian harta tu! Tapi sayang, mama dengan babah tertipu dan buta ihat sikap kau tu!”.

“Apa sebenarnya yang akak maksudkan??,” Qasif Nursofea masih menanti jawapan. Aish Irfan kembali bersuara. “Hey! Hey! Kau dengar sini baik-baik! Aku nak kau lupakan yang aku ni, abang kau! Kalau kau masih anggap aku abang kau… kau akan dapat seorang abang yang paling kejam dalam muka bumi ni!”.

“Apa salah, Fea?? Tolong bagitahu, Fea apa salah, Fea sampai abang semua buat, Fea macam ni??! Tolonglah bagitahu walaupun abang membenci, Fea!,” air mata, Qasif Nursofea mengalir. Terasa panas air yang mengalir dipipi gebunya.

“Tak guna kalau aku bagitahu kau sekalipun! Dah tak guna, Fea! Dah takde guna!! Sejahat-jahat abang, abang tak pernah buat macam tu!,” tegas, Aish Irfan. Kakak iparnya, Awatif hanya mampu melihat pertelingkahan adik-beradik kandung itu.

“Apa yang abang maksudkan?,” Qasif Nursofea masih berkeras ingin tahu. “Pergi mampus dengan hidup kau!,” tengking, Aish Irfan. “Abang!! Abang! Nanti dulu!!” AisyIrfan melangkah pergi bersama adik perempuannya, Qasif Nur Ain dan isteri. Dibiarkan, Qasif Nursofea yang teresak-esak di tangga luar firma guaman itu.

“Sofea,”terdengar satu suara yang memanggilnya dari arah belakang. Dikesat air mata supaya tidak terlihat akan kesan air mata yang melimpahi pipinya.

“Tuan? Ada apa ye?,” tanya, Qasif Nursofea sambil memandang ke arah peguam yang berdiri dihadapannya kini. “Boleh awak masuk ke bilik saya sekejap?” Qasif Nursofea hanya mengiyakan permintaan peguam tadi.

“Ada apa tuan?,” tanya, Qasif Nursofea disaat melangkah masuk di dalam pejabat peguam tadi. “Duduk dulu, Sofea,” arah peguam itu. “Saya cuma nak menyatakan dekat sini, ada ketikanya kita dihukum hebat dari keluarga kita sendiri. Saya cuma nak awak tahu yang arwah babah dan mama awak sangat sayangkan awak,” beritahu peguam lelaki itu lagi.

“Apa maksud tuan?,” tanya, Qasif Nursofea lagi. “Saya Cuma nak awak tahu, kedua-dua arwah pernah pesan kepada saya supaya awak menjalankan amanah yang diberi. Mereka percayakan awak. Sebab itulah awak berhak keatas segala harta yang telah diberi. Mereka juga pesan pada saya, jadikan keinginan awak satu realiti,” beritahu peguam itu kepada, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea mendengar pesanan daripada peguam itu dan menyambutnya dengan baik.Qasif Nursofea mula meninggalkan syarikat guaman tersebut dan kembali pulang kerumahnya yang kini telah ditukar nama pemilik kepadanya. Sebelum berangkatnya dia ke pejabat guaman tadi hatinya amat gembira, tetapi apabila pulang segalanya telah musnah. Apa yang dia harapkan hanyalah menjadi suatu mimpi.

Qasif Nursofea kini tiba di rumahnya. Dia berjalan menuju ke arah kolam renang yang disediakan di rumah mewah itu.

“Non, dah pulang?,” riyanti bergegas mendapatkan majikannya. “Waduh… kenapa begini,Non?? Mana bapaknya, Aish serta, Non Ain?” Hanya air mata yang membasahi pipi membalas pertanyaan, Riyanti.

“Mungkin kehidupan saya tak seindah orang lain, Riyanti” Riyanti seolah memahami apa yang telah dimaksudkan oleh majikan mudanya itu.

Bukannya dia tidak mendengari perbalahan 3 beradik itu selepas pemergian majikan lamanya terdahulu. Perasaan luluh dan simpati hadir kini dihati, Riyanti. Mendekatkan dirinya dengan tubuh majikan mudanya itu lantas dipeluk melalui tepi tubuh badan ramping itu.

“Non,apa saja yang telah berlaku pada hidup non, saya tetap disisi non. Non boleh ceritakan pada saya apa saja. Saya sudi mendengarnya,” pujuk, Riyanti.

Qasif Nursofea hanya membalas dengan pandangan serta senyuman kelat. “Takpe lah. TerimaKasih, Riyanti. Awak pergilah masuk ke dalam. Tinggalkan saya dekat sini. Saya taknak diganggu” Riyanti hanya menurut kehendak, Qasif Nursofea.

Telefon bimbit yang masih berada di dalam beg tangan berwarna merah milik, Qasif Nursofea kini berdering. Dicapainya telefon bimbit yang sedang berbunyi. Tertera nama “My Chinta” pada skrin telefon bimbit.

Kedengaran sahaja suara, Muhammad Ashariff, Qasif Nursofea tidak mampu lagi untuk menahan sebak hingga kedengaran suaranya yang sedikit berubah.

Eh, kenapa ni?? Ha? Kenapa ni sayang?,” risau hadir dalam diri, Muhammad Ashariff kini. “Abang, Fea dah tak boleh harungi semua ni seorang diri. Fea tak mampulagi abang. Tolonglah, Fea.” Muhammad Ashariff mendengar kata-kata, Qasif Nursofea yang sebegitu membuatkan hatinya semakin tidak keruan.

“Kenapa ni?? Tolong bagitahu abang apa yang jadi sebenarnya?” Qasif Nursofea masih membisu dan yang kedengaran ketika ini adalah tangisan kecil, Qasif Nursofea.

“Fea, tolong bagitahu! Kalau, Fea terus macam ni, abang pergi sana nanti! Bagitahu! Apa yang terjadi??,” pinta, Muhammad Ashariff.

“Segala impian, Fea dan harapan, Fea musnah. Abang dan kakak bukan lagi marahkan, Fea.Tapi terus benci dan buang, Fea. Macam mana, Fea nak teruskan hidup tanpa orang yang paling, Fea sayang?” Muhammad Ashariff hanya mampu memujuk dari jauh.

“Fea, dengar sini. Abang masih ada dengan, Fea. Kita akan kahwin. Ingat! Restu ibu bapa,Fea tak pernah luput sayang walaupun dia orang dah takde,” Muhammad Ashariff hanya mampu memujuk dari jauh.

 Qasif Nursofea hanya mendiamkan diri. Seketika kemudian, Qasif Nursofea kembali bersuara. “Tolong bagitahu, abang Fikri dengan Kak Nur, Fea mohon diorang wakilkan keluarga, Fea. Fea mohon jasa baik dia orang. Kalau perlu, Fea merayu, Fea akan merayu”.

“Jangan cakap macam tu, Fea. Okay…! Bagi masa dekat abang jap, abang nak balik rumah mak. Mak nak bincang dengan abang tentang majlis pertunangan kita. Okay sayang?” Qasif Nursofea tidak lagi menghalang tindakan yang akan dilakukan oleh, Muhammad Ashariff.

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia