Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 90

“Kenapa mak call, Riff suruh balik ni?,” tanya,Muhammad Ashariff yang kelihatan cemas setelah tiba di rumah ibubapanya.

“Fiza tak balik rumah,” beritahu, Mak Zainab. Muhammad Ashariff memicit belakang leher yang dirasakan lenguh. “Dia pergi mana pulak?,” sebelum, Muhammad Ashariff mendapat jawapan pada pertanyaannya, Fiza kini telah melangkah masuk ke dalam rumah.

“Kau ke mana?!,” tanya, Muhammad Ashariff dengan geram. “Aku pergi rumah kawan aku!,”jawab, Fiza. “Kalau pergi rumah kawan ke… apa ke… tak boleh bagitahu dulu ke? Orang dalam rumah ni semua risaukan kau! Takut apa-apa jadi dekat luar sana!,”marah, Muhammad Ashariff.

Fiza merasa malu apabila dimarahi di hadapan keluarga suaminya. “Jangan tengking-tengking boleh tak? Kau yang tinggal aku dulu! Kau yang layan aku macam tak wujud! Baru sekarang kau nak ambik kisah pasal aku?! Pergi mampuslah dengan semua orang!!,”tengking, Fiza.

Muhammad Asharifff merasa geram setelah mendengar apa yang diungkapkan oleh, Fiza. Muhammad Ashariff menarik bahu, Fiza dan mahu mengangkat tangan untuk menampar pipi,Fiza.

“Ashariff!!,”panggilan, Pak Mullia menjadi penghalang pada perbuatan, Muhammad Ashariff.Fiza berlari masuk ke dalam bilik. “Bukan kekerasan yang kau perlu tunjukkan kuasa kau sebagai suami! Ayah tak pernah ajar! Ayah makin serabut duduk dirumah ni!,” Pak Mullia bangun dan menaiki motosikal. Muhammad Ashariff duduk disofa. Bahunya dipegang, Mak Zainab. Muhammad Ashariff mengelak menghalang, Mak Zainab memperlakukan sebegitu.

“Paksu?! Pak su?! Nenek?! Nenek?!,” pekik, Akir memanggil akan nama-nama itu dari arah luar. Muhammad Ashariff bangun kerana terdengar panggilan kuat anak saudaranya, Akir.

“Kenapa terjerit-jerit ni, Akir?,” Muhammad Ashariff bertanya setelah melihat keadaan,Akir yang termengah-mengah. “Kenapa ni, Akir?!,” kak long pula menanyakan hal yang sama setelah melihat keadaan anak lelaki sulungnya itu.

“Paksu! Tok aki, pak su!!,” Muhammad Ashariff mendengar ungkapan, Akir dan merasakan seluruh tubuhnya menggigil.

“Kenapa dengan tok aki?,” tanya, Muhammad Ashariff. Mak Zainab hanya melihat dengan degupan jantung kian laju berdegup. “Kenapa dengan tok aki, Akir??!,” tengking, Muhammad Ashariff sambil menggoyang deras bahu, Akir. “Tok aki accident pak su!,” Muhammad Ashariff menitiskan air mata. Tanpa terus berkata, Muhammad Ashariff menuju masuk ke dalam kereta serta diiukuti oleh Akir, Mak Zainab serta kak long bersama anak kecilnya, Husna.

“Kau marahkan aku? Kau nak tampar aku di depan keluarga kau?! Hebat betul permainankau, Ashariff!,” bercakap, Fiza seorang diri sambil memegang ikatan kain kuningdi genggaman. “Apahal bising-bising dekat bawah tu?! Tak habis-habis lagi ke?,”berkata lagi, Fiza. Fiza turun ke bawah apabila mendengar keempat pintu kereta,Muhammad Ashariff ditutup. “Kemana pulak diorang tu?,” Fiza melihat dan timbul rasa hairan apabila kak long tidak menutup pintu rumahnya apabila ikut sama keluar.

Muhammad Ashariff melihat orang ramai mulai mengelilingi seperti membuat satu bulatan.Terlihat akan lori dan motosikal, Pak Mullia tersorok di bawah perut lori.

“Ya Allah! Ayah?!,” pekik, Muhammad Ashariff. Mak Zainab serta kak long bersama,Akir berlari ke arah, Pak Mullia yang mula mengeluarkan darah melalui mulut.

“Ayah! Ayah! Tok aki!,” terdengar suara mereka memanggil-manggil akan nama, Pak mullia. Ambulans kini tiba untuk membawa, Pak Mullia pergi ke hospital.

Muhammad Ashariff bersama keluarga ikut sama pergi ke hospital. Mereka menunggu di luarbilik pembedahan. Air mata Muhammad Ashariff tidak henti menitis. Muhammad Ashariff ditenangkan oleh anak saudaranya, Akir.

“Keluarga,Haji Mullia,” terdengar doktor memanggil akan nama itu. Muhammad Ashariff serta ahli keluarga bangun mendapatkan doktor tersebut.

“Macammana keadaan ayah saya doktor?,” tanya, Muhammad Ashariff yang masih berharap agar, Pak Mullia akan selamat. Bahu, Muhammad Ashariff disentuh oleh seorang doktor lelaki melayu yang merawat, Pak Mullia. “Banyakkan Bersabar,” hanya itu ungkapan doktor tersebut.

Mereka melangkah masuk pergi ke arah baringan, Pak Mullia. Muhammad Ashariff melihat,Pak Mullia yang mulai sesak untuk bernafas. “Ayah, mengucap ayah,” Muhammad Ashariff mengajar, Pak Mullia mengungkapkan dua kalimah syahadah.

“So…So… Fea,” Tersekat-sekat suara, Pak Mullia menyebut nama itu. Muhammad Ashariff memahami apa yang disebutkan oleh, Pak Mullia. “Kenapa dengan, Sofea ayah?,” tanya,Muhammad Ashariff dengan linangan air mata. “So… Fea, tak bersalah!,”tersekata-sekat dengan apa yang disebutkan oleh, Pak Mullia.

Pak Mullia melafaskan kalimah syahadah dengan sendirinya tanpa dibantu oleh yang lain. Kelihatan wajah, Pak Mullia sangat tenang. Maka kembalilah, Pak Mullia keRahmatullah”.

Seluruh keluarga, Pak Mullia menangis melihat nafas akhir yang dihembusnya. Muhammad Ashariff menangis teresak-esak. Mak Zainab memeluk kaki, Pak Mullia memohon ampun.

Qasif Nursofea mengalihkan cerita yang ditonton. Sesekali melihat jam di dinding. Sesekali pula melihat telefon bimbitnya. Qasif Nursofea merasa tidak sedap hati. Qasif Nursofea mahu memujuk hati dengan solat. Maka, dia  melakukan solat isyak dan solat sunat.

Qasif Nursofea membaca Al-Quran setelah selesai menunaikan solat. Dikucup kitab suci Al-quran itu pada kulit hadapannya tertera tulisan “SYURGA CINTA QASIF”.  Diusapnya lembut akan tulisan itu menggunakan ibu jari kanan.

Deringan telefon bimbit mematikan lamunannya. Bangun akan dirinya dan melihat akan nama,Muhammad Ashariff menghubunginya kini. “Isyh, kenapa dia call aku pulak ni?!,” Qasif Nursofea tidak menjawab panggilan tersebut.

Selang beberapa saat kemudian, tertera pula nama Akir, kak long dan selang beberapa minit lagi terlihat di skrin akan nama “Abang Fikri” di telefon bimbit, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea merasakan ada sesuatu yang tidak kena lantas dijawabnya juga panggilan tersebut. “Hello,” jawab, Qasif Nursofea.“Fea,” Fikri akhirnya dapat menghubungi, Qasif Nursofea. “Ada apa abang call, Fea? Fea busy ni,” sengaja, Qasif Nursofea memberikan alasan kepada, Fikri.

“Fea,Fea! Nanti dulu! Jangan letak telefon dulu. Abang nak bagitahu yang… Pak Mullia… ayah mertua, Fea dah takde. Pak Mullia baru je meninggal, Fea,” beritahu,Fikri. Qasif Nursofea terkejut dengan perkhabaran itu. Dia mula membayangkan berita yang sama dikhabarkan oleh abang kandungnya, Aish Irfan. Air mata Qasif Nursofea berlenangan kini.

 

Pagi ini, Qasif Nursofea sampai di lapangan terbang, Kuala Terengganu. Qasif Nursofea datang seorang diri. Dia menggagahkan diri juga untuk pergi melawat, Pak Mullia apabila terkenang akan sifat baik, Pak Mullia kepadanya.

Qasif Nursofea kini sampai di kampung halaman, Muhammad Ashariff dengan menaiki  sebuah teksi. Qasif Nursofea melihat kereta serta motosikal yang telah membanjiri halaman rumah senibina kampung itu.

Qasif Nursofea merasakan ada sahaja mata yang memandang melihatnya. Melihat dengan penuh kebencian kerana dianggap membunuh bayinya sendiri. Dia melangkah masuk mengikuti dua orang wanita sebaya, Mak Zainab di hadapan. Kak long ternampak akan susuk tubuh, Qasif Nursofea. Tetapi tidak dapat dilihat dengan jelas.

Qasif Nursofea bersimpuh disamping jenazah yang terbujur kaku dan diselimutkan dengankain putih. Qasif Nursofea merasa sangat sedih lantas mengesat air mata dan mencium wajah yang sudah pun kaku ketika itu. Qasif Nursofea mengucup, Pak Mullia di kanan dan kiri pipi serta di dahi buat kali yang terakhir.

Muhammad Ashariff melihat akan, Qasif Nursofea yang berada disamping jenazah, Pak Mullia. Muhammad Ashariff melihat wanita cantik itu memakai baju kurung berwarna putih membaca surah Yassin yang dikeluarkan daripada beg tangan yang dibawa bersamanya.

Kak long bangun dan mendapatkan, Qasif Nursofea. Mereka saling berpelukan. Qasif Nursofea tidak sedikit pun menoleh ke arah, Muhammad Ashariff yang turut berada di samping jenazah.

Muhammad Ashariff merasa rindu yang teramat sangat apabila melihat wajah bekas isterinya itu. Mak Zainab memandang wajah, Qasif Nursofea dan merasa amat kesal kerana menghukum wanita tidak berdosa itu.

Qasif Nursofea mahu turut serta menghantar, Pak Mullia untuk disemadikan di tanah perkuburan.

“Bukan main lagi laki aku tengok janda dia! Menyampah pulak aku!,” Fiza bangun dari tempat duduknya. Perbuatannya itu tidak dipedulikan oleh yang lain.

“Amin”Qasif Nursofea serta hadirin yang lain mengaminkan talkin serta doa yang dibaca oleh imam. Qasif Nursofea bangun untuk menuju ke teksi yang telah lama menunggunya.“Fea,” panggil, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff kini berada di hadapan, Qasif Nursofea lalu menatap wajah yang dirinduinya selama ini.

“Takziah saya ucapkan. Dan tahniah saya ucapkan kepada awak dan isteri atas perkahwinan awak berdua,” ucap, Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff dapat melihat air mata yang mula bertakung pada kelopak mata bekas isterinya. Air mata sedih atas pemergian, Pak Mullia. “Maafkan abang. Abang,” Muhammad Ashariff berhenti dari terus untuk mengungkapkan kata.

“Saya dah lama maafkan awak. Janganlah awak risau. Setiap kali awak buat salah kepada saya… saya akan segera memaafkan awak, Riff! Janganlah risau! Tahniah sekali lagi ye walaupun dah terlambat untuk saya wish.Jaga isteri awak baik-baik dan hargailah dia. Assalamualaikum”.

Muhammad Ashariff seperti mahu menghalang, Qasif Nursofea dari terus melangkah pergi. Muhammad Ashariff seakan mahu menjerit memberitahu satu dunia bahawa dia menyesal dengan apa yang pernah dia lakukan. “Maafkan abang, Sofea,” bercakapnya seorang diri. Air mata, Muhammad Ashariff tumpah lagi kini. 

Previous: Bab 89
Next: Bab 91

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia