Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 96

Pertemuan antara, Qasif Nursofea dengan keluarga bekas suaminya tempoh hari adalah pertemuan yang terakhir. Kini, Ustazah Mariam serta ahli keluarganya yang lain mengunjungi ke rumah pilihan hati anak lelakinya, Lokman. Ustazah Mariam serta rombongan turut membawa beberapa dulang hantaran untuk menyunting, Qasif Nursofea buat Lokman.

Qasif Nursofea kini didandan anggun oleh dirinya sendiri. “Aku jealous dengan kau!” kata, Nisa kepada Qasif Nursofea yang kini cantik menyarung baju berwarna putih.

“Apahal pulak kau nak jealous dengan aku?”tanya, Qasif Nursofea yang turut ketawa kecil setelah mendengar kata-kata, Nisa.

“Yelah!Asyik kau je yang naik pelamin! Asyik-asyik kau! Asyik-asyik kau! Aku ni jugak yang tak laku-laku” Qasif Nursofea ketawa mendengar apa yang dirungutkan oleh sahabat baiknya, Nisa.

 

Lokman yang turu hadir di majlis itu melihat, Qasif Nursofea turun ke tingkat bawah dan duduk bersimpuh untuk upacara menyarung cincin. Lokman menghadiahkan senyumankepada, Qasif Nursofea.

Ustazah Mariam kini menyarungkan cincin di jari manis, Qasif Nursofea dan kini secara rasminya, Qasif Nursofea telah menjadi tunang kepada, Lokman. Qasif Nursofea bersalam dengan bakal mertuanya, Ustazah Mariam. Qasif Nursofea pula menerima kucupan kasih sayang daripada bakal mertuanya, Ustazah Mariam.

“Syukur Alhamdulillah. Akhirnya, Allah makbulkan niat ibu untuk jadikan, Sofea isteri buat anak ibu, Lokman,” ucap, Ustazah Mariam setelah melihat hanya dia bersama bakal menantunya serta, Lokman sahaja berada di situ.

“Ibu,sepatutnya, Sofea yang perlu ucapkan terima kasih kepada ibu sebab sudi terima,Sofea sebagai menantu ibu. Sedangkan ibu tahu siapa, Sofea yang sebenarnya,”ucap pula, Qasif Nursofea. Air matanya kini mula bertakung. Begitu juga buat,Lokman yang beryukur atas nikmat yang Allah berikan untuknya.

 

Masa berputar kian pantas. Perjanjian di majlis pertunangan dulu mengatakan ikatan pertunangan itu diikat selama hanya tiga bulan. Hari ini, hanya meninggalkan lagi dua minggu untuk, Qasif Nursofea dan Lokman menjadi suami isteri yang sah.

Lokman melihat, Qasif Nursofea yang termenung di hadapan pantai, Port Dickson. Sengaja Lokman membawa, Qasif Nursofea pergi ke pantai itu.

“Awak…awak kata nak bawak saya pergi ke, Nilai kan? Nak pergi beli barang untuk buat hantaran. Ini… Port Dickson pulak di bawaknya. Banyak lagi benda yang perlu saya beli tau,” rungut, Qasif Nursofea.

Lokman tersenyum melihat akan wajah, Qasif Nursofea yang seakan merajuk. “Kan, jauh Nilai dengan Port Dickson ni. Nanti kang… tak sempat pulak nak beli barang!,” rungutlagi, Qasif Nursofea.

Lokman tidak menjawab apa yang dirungutkan oleh, Qasif Nursofea. Sebaliknya, Lokman meminta cincin yang ada di jari manis, Qasif Nursofea. Lantas, Qasif Nursofea menanggalkannya dari jari manis dan menghulurkan cincin itu kepada, Lokman.Lokman mengambil cincin itu dan terus membaling ke pantai.

“Lokman! Kenapa awak buang cincin tu!,” Qasif Nurofea memarahi, Lokman dan dia terusberlari mengejar ombak untuk mencari cincin. Tetapi, pencariannya gagal untuk ditemui. Qasif Nursofea melihat wajah, Lokman dengan pandangan yang begitu tajam. Timbul rasa marah pada hati, Qasif Nursofea akan sikap tunangnya, Lokman.

Lokman kini melangkah pergi ke arah, Qasif Nursofea. Memegangnya pada kedua bahu,Qasif Nursofea lalu ditenung wajah cantik itu. “Saya nak awak buang jauh-jauh perasaan cinta awak pada, Ashariff seperti cincin tu!,” kata, Lokman tegas.

“Awak ni dah gila ke, Lokman?! Saya dah lama buang cinta, Ashariff. Tapi, kenapa awak buang cincin tu?? Itu cincin pertunangan kita!,” Qasif Nursofea mahu melangkah pergi meninggalkan, Lokman di situ kerana geram akan sikap, Lokman.

Qasif Nursofea kini meninggalkan, Lokman dan berjalan di tepi pantai. Lokman memegang tangan, Qasif Nursofea. “Saya tahu… awak tak pernah berhenti mencintai, Ashariff” Qasif Nursofea mendengar kata-kata yang diungkap oleh tunangnya, Lokman.

“Saya tahu… awak tak pernah mencintai saya. Awak mencintai, Ashariff! Mata awak awak tak pernah berbohong, Sofea!,” kata, Lokman.

“Awak silap, Lokman! Saya cintakan awak! Bukan dia! Saya sayangkan awak! Dan yang paling penting sekarang ni… saya dah jadi tunang awak. Dan tak lama lagi kita akan jadi suami isteri! Lagi 2 minggu, Lokman!!,” Qasif Nursofea menafikan akan kata-kata, Lokman.

“Awak pandang dalam mata saya dan katakan awak tak cintakan, Ashariff!,” suruh,Lokman. Qasif Nursofea mahu menurutkan sahaja apa yang disuruh, Lokman. Tetapi,Qasif Nursofea gagal untuk berbuat demikian. Malah ketika ini, Qasif Nursofeahanya memandang ke arah laut.

“Maafkansaya, Sofea. Saya taknak menikahi seseorang yang masih mencintai orang lain.Saya akur! Demi kasih sayang saya pada awak… saya rela melepaskan awak untukdia. Jangan jadikan kebencian menghalang cinta awak berdua. Saya tahu… Ashariff masih menanti awak. Ashariff sangat cintakan awak, Sofea. Dia sanggup menggadaikan nyawa dia untuk awak!,” kata, Lokman.

“Kenapa, Lokman? Kenapa awak tak cakap dari dulu?? Kenapa baru sekarang?! Kalau awak tak boleh terima saya dari awal… kenapa awak perlu buat semua ni? Apa maksud awak,Lokman?? Atau… awak dah ada orang lain?!,” air mata, Qasif Nursofea mengalir mendengar akan kata-kata, Lokman. Memang, Qasif Nursofea akui dia tidak boleh memadamkan rasa cintanya kepada, Muhammad Ashariff. Muhammad ashariff jugamengajarnya erti perasaan sakit apabila ditinggalkan pergi. Tetapi kehadiran,Lokman dapat melegakan perasaan sakit yang pernah ditanggungnya. Qasif Nursofea tidak mampu untuk mengecewakan perasaan, Lokman dan Ustazah Mariam.

“Bukan itu maksud saya, Sofea. Saya ikhlas mencintai awak. Saya sangat sayangkan awak.Tapi saya perlu adil! Adil untuk awak dan adil untuk, Ashariff. Saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Sedangkan saya tahu awak masih mencintai dia. Saya taknak awak terus menipu saya,” jelas, Lokman.

Qasif Nursofea menangis kini. Tangisannya itu jelas dilihat akan, Lokman. Lokman juga tidak dapat menghalang air matanya mengalir kini. “Saya sayangkan awak, Lokman! Saya tak sanggup hilang awak,” beritahu, Qasif Nursofea sambil menangis.

“Saya tahu awak sayangkan saya. Tapi cinta dan hati awak untuk, Ashariff. Saya perlu berkorban untuk awak, Sofea. Saya tak boleh penting diri sendiri. Saya taknak jadi batu penghalang untuk awak dan Ashariff bersatu,” beritahu, Lokman yangsangat ikhlas.

“Awak bukan batu penghalang buat saya bahagia. Saya ikhlas terima awak, Lokman. Saya sayangkan awak dan juga ibu. Awak tahukan, Lokman? Saya tak pernah lupa apa yang dia pernah buat pada saya. Diwaktu saya sakit, waktu saya susah nak bangun, mana dia pergi? Mana pergi dia? Dia pergi kepada wanita lain! Patutkah saya bagi diapeluang kedua?,” ujar, Qasif Nursofea.

“Dia tak bersalah, sayang. Dia keliru diantara isteri dan ibu. Kalau saya di tempat dia pun, saya mungkin akan lakukan cara yang sama. Sebab, ibu tak akan sesekali buat anak dia kecewa. Ibu, mahukan yang terbaik untuk anak dia. Masa tu,Ashariff harus memilih diantara ibu ataupun isteri,” ujar, Lokman pula

“Awakberkorban untuk kebahagiaan orang lain. Awak sendiri macam mana?,” tanya, Qasif Nursofea sambil memandang wajah, Lokman.

“Jangan risau pasal saya. Saya pasti ada seorang wanita yang menunggu saya. Mungkin itu adalah jodoh saya,” bicara, Lokman.

Previous: Bab 95
Next: Bab 97

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia