Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 100

Setelah beberapa hari mereka pergi bercuti di negara orang, kini mereka kembali pulang ke tanah air. Qasif Nursofea bersama, Muhammad Ashariff memilih untuk pulang ke kampung halaman, Mak Zainab.

“Macammana, Irdina duduk sini mak? Dia meragam tak?,” tanya, Qasif Nursofea kepada mentuanya. “Takde meragam pun. Elok je perangai dia,” jawab, Mak Zainab dengan senyuman.

“Apa yang tidak meragamnya, mak cik? Bila dia tidur waktu malam… pasti cari ibunya.Meraba-raba saya” Mereka ketawa bersama apabila mendengar cerita, Riyanti sambil menunjukkan bahagian dadanya.

 

Muhammad Ashariff membawa isteri serta anaknya ke tanah perkuburan. Mereka membacakan doa dan surah yassin di makam arwah, Pak Mullia.

“Irdina…ini makam tok aki. Tok aki sayang sangat dengan mummy,” cerita, Muhammad Ashariff kepada anaknya, Irdina yang duduk di atas ribanya.

“Kalau ayah masih ada, pasti dia akan gembira tengok kita sekarang,” bicara pula,Muhammad Ashariff kepada isterinya, Qasif Nursofea.

“Sayang,walaupun ayah takde dengan kita... ayah tahu kita dah bahagia sekarang,” pujuk,Qasif Nursofea kepada suaminya.

 

Muhammad Ashariff bersama isteri dan anaknya kini berjalan meninggalkan makam, Pak Mullia. Muhammad Ashariff membawa isteri dan anaknya pergi ke Pantai, BatuBuruk. Mereka keluar berjalan seiring. Irdina pula didukung oleh, Muhammad Ashariff.

“Sayang,”panggil, Muhammad Ashariff kepada isterinya. “Abang tak salah memilih, Sofea.Malah, abang bersyukur Allah mengizinkan abang memiliki, Qasif Nursofea sebagai isteri abang” Kata-kata Muhammad Ashariff itu bagaikan tersentuh di hati, QasifNursofea.

Qasif Nursofea memegang pinggang suaminya kini, manakala Muhammad Ashariff merangkul bahu isterinya menghadap pantai. Melihat akan mereka ombak yang sedang memukul pantai.

“Fea tak pernah menyesal dengan apa yang pernah terjadi dalam hubungan kita. Dengan hadirnya, Irdina sudah cukup membuktikan, Fea sangat bahagia bersama abang.Bahagia yang kita rasa adalah harta yang sangat bernilai dalam rumahtangga kita. Fea harap, hubungan kita ini akan sampai ke, Syurga Jannah,” ucap, QasiNursofea kepada suaminya.

“Terima kasih Ya Allah, kerana Kau merestui hubungan kami. Hubungan yang dibina diatas syurga kami sendiri iaitu, Syurga Cinta Qasif di atas dunia ini. Kami berdoa semoga, Syurga Jannah Mu adalah milik kami pula apabila di sana nanti.Restuilah hubungan kami ini, Ya Allah,” bisik hati, Qasif Nursofea.

 

-TAMAT-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia