TERMA DAN SYARAT

 

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  2. Karya yang dihantar sama ada cerpen atau novel dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
  3. Pengkarya bebas memilih genre penulisan sama ada kekeluargaan, percintaan, thriller, seram, aksi, Islamik, travelog dan sebagainya.
  4. Karya yang disiarkan di PORTAL ILHAM mestilah tidak pernah di terbitkan oleh mana-mana syarikat penerbitan.
  5. Setiap karya hendaklah tidak menyentuh isu-isu sensitif tentang perkauman, keagamaan, politik, seks dan lain-lain lagi.
  6. Karya mestilah untuk bacaan umum. Karya 18SX, 18SG dan 18PL tidak akan disiarkan.
  7. Karya yang diciplak daripada mana-mana sumber tidak dibenarkan sama sekali.
  8. Cover yang diciplak daripada mana-mana sumber tidak dibenarkan sama sekali.
  9. Karya di PORTAL ILHAM yang berkualiti dan paling banyak mendapat maklum balas positif daripada pembaca akan dipertimbangkan untuk diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf dalam apa jua bentuk penerbitan. (Tertakluk pada terma dan syarat perjanjian).
  10. Keputusan menerbitkan karya di PORTAL ILHAM dalam bentuk novel bercetak adalah hak pengurusan Grup Buku Karangkraf. Karya yang tersiar di PORTAL ILHAM tidak boleh diambil dan diterbitkan ke mana-mana syarikat penerbitan lain selain Grup Buku Karangkraf. Tindakan akan diambil sekiranya perkara ini berlaku.
  11. Tiada bayaran dikenakan kepada pengkarya apabila karyanya disiarkan di PORTAL ILHAM.
  12. PORTAL ILHAM tidak bertanggungjawab jika karya yang tersiar di PORTAL ILHAM diciplak.
  13. Karya yang mendapat aduan spam akan dihentikan dan tidak akan disiarkan serta-merta.
  14. Karya yang diterbitkan dalam bentuk novel atau apa sahaja bentuk penerbitan akan mendapat bayaran royalti sebanyak dua kali setahun. Perkara ini sebagaimana yang tertakluk dalam perjanjian yang akan ditandatangani oleh penerbit dan pengkarya. (Tertakluk pada terma dan syarat perjanjian)
  15. Setiap karya yang dipaparkan dalam PORTAL ILHAM adalah atas kebenaran penulis yang telah memuat naik karya di sini.
Maryani Zailani
Maryani Zailani
Maryani Zailani
Bab 4
Andayu
zoi mou
IZZATUL NADIRA
Maryani Zailani