PORTAL ILHAM adalah sebuah platfom penulisan yang menghubungkan pembaca, penulis dan penerbit.  Portal ini terbuka kepada umum tanpa sebarang pembayaran di kenakan. Ianya membuka peluang kepada penulis untuk menghasilkan karya yang bermutu dan menepati kehendak pembaca berpandukan dengan bilangan bacaan yang didapati untuk setiap karya dan komen serta pandangan yang diberikan oleh pembaca.

PENULIS

+ HIMPUNAN PENULIS SERUMPUN
* Penulis dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei amat dialu-alukan untuk memuat naik karya di PORTAL ILHAM.
* Tiada had umur ditetapkan.
* Karya haruslah asli dan boleh menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris.
* Terdapat 7 kategori iaitu Alternatif, Cerpen, Fans Fiction, Jenaka Santai, Novel, Novelet, Puisi dan Untold Story.
* Genre paling popular adalah seram dan cinta. Namun penulis yang kreatif dan ingin mencuba sesuatu yang baru sebagai bacaan pembaca boleh mencuba genre lain seperti Alternatif, Fantasi, Islamik, Kanak-kanak, Keluarga, Thriller, Travelog dan Umum.

+ BINA NAMA
* Menggunakan PORTAL ILHAM sebagai platform untuk membina nama dalam bidang penulisan dan mengumpul pengikut terhadap karya atau penulisan anda.

+ MEDIUM KAJIAN

* Bagi penulis yang bijak, mereka akan mengkaji terlebih dahulu citarasa dan kehendak pembaca terhadap sesebuah penulisan dan menulis mengikut kajian tersebut.

+ BAYARAN
Tiada sebarang bayaran diberikan bagi setiap karya yang dimuat naik dalam PORTAL ILHAM. Bayaran / Royalti akan diberikan bagi karya yang diterbitkan dalam bentuk cetakan/digital mengikut pada perjanjian yang ditandatangani bersama rumah penerbitan yang berminat untuk menerbitkan karya anda.

PEMBACA

+ BACAAN TANPA HAD

* Tiada sebarang bayaran dikenakan apabila anda membaca karya di PORTAL ILHAM. Malah kami amat mengalu-alukan pembaca membaca setiap karya yang terdapat di portal ini dan memberikan pandangan serta komen bagi penulis mengenal pasti
kelemahan mereka.

+ MUDAH DAN JIMAT

* Untuk membaca karya di PORTAL ILHAM tiada caj dikenakan. Malah pembaca boleh memilih pilihan gaya bacaan yang mereka gemari sama ada melayari PORTAL ILHAM menerusi desktop/laptop di www.portalilham.my, versi mobile (bagi pelayar di telefon pintar) atau muat turun APLIKASI PORTAL ILHAM di Google Play Store atau Apps Store secara PERCUMA.

+ PEMBACA TERAWAL SEBELUM KARYA TERBIT
* Pembaca yang mengikuti perkembangan karya-karya di PORTAL ILHAM. Anda adalah orang terawal yang membaca karya-karya di sini sebelum ianya diterbitkan. Setiap karya di PORTAL ILHAM adalah karya asli dari penulis yang belum diterbitkan oleh mana-mana rumah penerbitan kecuali karya yang tersenarai dalam 'KARYA TERBIT'.

+ JURI PENILAI
* PORTAL ILHAM meletakkan pembaca sebagai juri bagi sesebuah karya. Komen serta pandangan dari pembaca dapat meningkat mutu penulisan penulis untuk terus menghasilkan karya terbaik.

+ KONGSI KARYA
* Pembaca merupakan individu paling penting dalam kejayaan sesebuah karya. Pembaca yang addict dengan sesebuah karya akan menjadi pengkritik terbaik dan menjadikan karya ini viral menerusi komen dan pandangan mereka.
* Pembaca juga suka berkongsi bahan bacaan yang dilihat bermutu di laman sosial dan merupakan ejen terbesar dalam penyebaran sesebuah karya.


PENERBIT

+ PEMASARAN BUKU
Rumah penerbitan yang yang menerbitkan karya yang terdapat di PORTAL ILHAM dapat merencanakan pelan pemasaran dan promosi karya ini daripada penilaian komen dan pandangan pembaca.

+ LEBIH BANYAK KARYA TERBIT
Setiap rumah penerbitan mempunyai personaliti dan stail terhadap karya-karya yang diterbitkan serta genre yang berbeza. Oleh itu, PORTAL ILHAM merupakan medium terbaik untuk meraka mencari karya yang sesuai sebagai produk terbaharu seperti
Cinta, Seram, Islamik, Keluarga, Komedi, Travelog dan lain-lain.







painarena
kamika
Cherish Aleyya
Jung Siti
zoi mou
Amaryllis Dahlias
Hikari Hana
Naura Karina
Bab 17
kamika
Maryani Zailani