Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 20

“Riyanti? Riyanti?” Qasif Nursofea mencari kelibat pembantu rumahnya.

“Non,saya di sini” Qasif Nursofea melihat Riyanti yang sedang mencuci lantai di kawasan berhampiran kolam renang di banglo mewah itu.

“Lah…dekat sini rupanya! Ni, hari ni… saya nak ke, Terengganu. So awak duduk sini hati-hati. Duit belanja saya dah letakkan diatas katil bilik awak,” beritahu, Qasif Nursofea sambil memandang ke arah pembantu rumahnya, Riyanti.

“Non,non,” Riyanti berlari pula mendapatkan majikannya.

“Awa kni… kang jatuh siapa yang susah? Ha… kenapa?,” soal, Qasif Nursofea kepada pembantu rumahnya.
“Non jangan lupa jemput saya bila kahwin nanti ya?” Qasif Nursofea tersenyum mendengar pesanan yang disampaikan, Riyanti.

“Awak takkanlah saya nak kena jemput lagi? Rumah ni pun rumah awak jugak,” seloroh,Qasif Nursofea pula.

 

Mereka memulakan perjalan di awal pagi. Mereka menaiki kereta milik, Muhammad Ashariff. “Agak-agak abang… kita akan buat majlis tu dalam masa terdekat ni ker?,”tanya, Qasif Nursofea kepada, Muhammad Ashariff yang sedang memandu.

“Abang tak boleh nak bagi keputusan apa-apa sekarang ni. Nanti kita bincang dulu dengan family” Qasif Nursofea hanya menurutkan sahaja cadangan, Muhammad Ashariff.

 

Perjalanan yang hampir 5 jam sudah tamat apabila mereka sudah tiba di perkarangan luar rumah kampung milik ibubapa, Muhammad Ashariff.

“Macam sunyi je, abang rumah ni. Takde orang ke?,” tanya, Qasif Nursofea.

“Ada…mak dengan ayah bukan nak pergi mana pun. Kalau takde dekat rumah tengah hari macam ni, mesti ada dekat rumah, kak long” Mereka berdua keluar daripada kereta.

“Mak tahu ke yang, Fea nak datang?,” tanya, Qasif Nursofea lagi kepada, Muhammad Ashariff yang sedang mengambil barang di dalam kereta. Muhammad Ashariff hanya menggeleng.

Qasif Nursofea memulakan langkah bersama, Muhammad Ashariff. Mereka melihat, Mak Zainab dan Pak Mullia sedang menjamu selera makan tengah hari di rumah, kaklong.

“Assalamualaikum,”Muhammad Ashariff memberikan salam. Tiga anak mata memandang ke arah mereka.

“Ya Allah! Kenapa tak bagitahu yang nak bawak, Sofea datang? Ha dah, mari masuk,” kak long terkejut melihat gadis yang bersama adik iparnya di situ. Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff kini turut sama menjamah makanan yang telah di masak oleh,kak long.

Selesai sudah menjamu selera. Mereka semua berborak di ruang tamu rumah, kak long.“Sofea pergilah naik berehat dekat bilik hari tu,” pelawa, Mak Zainab apabila melihat anak mata, Qasif Nursofea seakan kemerahan akibat keletihan. Qasif Nursofea menyambut baik pelawaan, Mak Zainab dan terus melangkah ke bilik yangpernah dia tinggal sebelum ini.

“Yang kamu ni! Tiba-tiba bawak, si Sofea tu tak bagitahu!,” marah, Mak Zainab kepada anak lelaki bongsunya.

“Ntah-ntah,nak bagitahu berita penting kot mak!,” kata, kak long kepada ibu mertuanya yang turut didengari oleh, Pak Mullia dan Muhammad Ashariff.

“Tak elok orang kampung tengok yang kamu usung ke sana ke mari anak dara orang, Riff,”kini, Pak Mullia pula bersuara.

“Bukannya,Riff bawak, Fea tempat takde orang. Dekat rumah kita ni kan ada mak, ada ayah,sebab tu lah, Riff bawak. Lagipun…,”.

“Riff nak kahwin ye??,” kak long cuba menyambung percakapan, Muhammad Ashariff.Muhammad Asahariff hanya mengangguk. Mak Zainab terus tersenyum.

“Alhamdulillah! Akhirnya, Allah makbulkan juga doa mak ni. Bila??” Pak Mullia juga yang juga berada di situ seolah tidak sabar menantikan jawapan, Muhammad Ashariff.

“Eh mak ni. Ingat, Riff ni tak laku ke?,” Muhammad Ashariff cuba membuat jenak.

“Kamu ni jangan nak main-main dengan kahwin-kahwin ni. Kalau betul bagitahu bila tarikhnya?Bukan mudah urusannya,” Pak Mullia berkata pula kepada, Muhammad Ashariff.

“Iye…sebab itulah, Riff bawak Fea, datang sini. Sebab nak bincang tentang perkara ini lah” Kak long yang tadi sibuk mencuci pinggan kini duduk bersama mereka.

“Kenapa pulak kita yang nak kena bincang? Sepatutnya… kalau mengikut adat, Sofea kenalah bincang dengan keluarga dia. Lepastu, barulah kita semua pergi meminang dekat rumah dia. Bukan bawak balik dia sini. Salah caranya tu, Riff,”  beritahu, kak long.

“Kak long, dia dah takde sesiapa,” jawab, Muhammad Ashariff pada kata-kata kak long.

“Diatakde saudara lain ke?,” tanya, kak long.

Muhammad Ashariff  tahu yang, Qasif Nursofea mempunyai masalah dengan kakak dan abangnya. Muhammad Ashariff memilih supaya tidak memberitahu keluarganya. “Tak pasti,” jawab, Muhammad Ashariff.

Pak Mullia bersuara lagi. “Sudahlah. Kita bincang dengan, Sofea nanti. Adat tak usah diikut. Syariat agama yang kita kena patuh” Mereka hanya membisu setelah,Pak Mullia bersuara.

 

“Abang dah bagitau mak, ayah?,” Qasif Nursofea bertanya kepada, Muhammad Ashariff sewaktu mereka berada di pangkin luar.

“Dah,”Muhammad Ashariff menoleh kepada, Qasif Nursofea dan tersenyum.

“jadi…apa kata dia orang?,” tanya, Qasif Nursofea seakan bimbang akan penerimaan orang tua, Muhammad Ashariff terhadap dirinya.

“Macam abang pernah cakaplah. Dia oranglah yang paling gembira bila abang bagitahu tentang perkara ni,” beritahu, Muhammad Ashariff.

“Tapi,selalunya keluarga abang yang akan datang ke rumah, Fea untuk upacara menyarung cincin, kan?”.

Muhammad Ashariff mamandang wajah, Qasif  Nursofea dan mengangguk. “Ye… tapi itu adat,” Muhammad Ashariff meyakinkan bakal isterinya.

Qasif Nursofea hanya menggeleng. “Adat pun kita kena ikut. Barulah ada kenangan manis antara kita. Abang jangan risau, Fea akan bagitahu keluarga, Fea yang lain”.

KeluargaFea? Fea masih ada keluarga lain ker?” Qasif Nursofea memandang, Muhammad Ashariff. “Hanya tinggal adik beradik, Fea tu jelah. Abang tahu, kan?,” jawab,Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff mengangguk. “Kalau perlu, abang boleh ikut, Fea jumpa abang dan kakak,Fea,” pelawa, Muhammad Ashariff.

“Tak, tak perlu. Fea kenal adik beradik, Fea. Marah dia orang tak akan lama” MuhammadAshariff merenung wajah, Qasif Nursofea. “Sayang…? Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Yang penting uasaha!” Qasif Nursofea hanya tersenyum.

“Hai! Apa yang dibincangkan tu?,” kak long menyapa mereka sambil membawa minuman petang.

“Kak long, rajin betul bab masak ni erk?,” Qasif Nursofea membalas sapaan kakak ipar,Muhammad  Ashariff.

“Nanti kalau dah ada, Sofea dekat rumah ni, kak Long nak bersara lah dari masak” Mereka bertiga ketawa.

“Ha, macam mana? Dah dapat tarikhnya? Pendapat, kak long janganlah bertunang tu lama sangat. Macam-macam boleh berlaku nanti,” nasihat, kak long kepada mereka.

“Kak long rasa bila tarikh yang sesuai?,” tanya, Muhammad Ashariff yang mahukan pendapat daripada, kakak iparnya.

“Herm, tak lama lagi dah cuti sekolah. Apa kata kita buat majlis merisik dan bertunang tu sama tarikh je? Sebab kita ni jauh, kalau dua tiga kali nak pergi bertandang dekat rumah, Fea tu masalah sikitlah pada kita,” cadang, kak long.

Cadangan,kak long tadi disambut baik oleh mereka berdua. “Riff kerja ke esok?,” tanya,kak long lagi.

“Kerja, pagi esok dah nak kena gerak dah,” jawab, Muhammad Ashariff pada pertanyaan itu.

“Kalau macam tu, Fea tinggal jelah dekat rumah, kak long,” pelawa, kak long kepada,Qasif Nursofea.

“Riffi ngat nak bawak, Fea pergi ke Kuantan nak cari barang. Pernah dengar barang hiasan untuk hantaran cantik dan murah dekat sana,” maklum, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea hanya mendiamkan diri dan hanya menurutkan sahaja perancangan,Muhammad Ashariff.

“Riff, long, Fea, tak elok duduk luar senja-senja ni. Masuk dalam rumah ni haa!,” sahut,Mak Zainab dari dalam rumah memanggil mereka bertiga masuk.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia