Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 13

Muhammad Ashariff memasuki ke arah pusat membeli belah yang menjual pelbagai jenis barangan termasuk barangan dapur basah. Cukup membuatkan rasa hairan pada wajah gadis cantik ini.

“Abang…kita nak buat apa pulak dekat sini? Takkanlah majlis doa selamat ke, kenduri kahwin ke dalam supermarket ni?,”rungut, Qasif Nursofea yang semakin kehairanan. Langkahnya hanya mengikut gerak langkah, Muhammad Ashariff. Kadangkala ada mata yang memandang ke arah Qasif Nursofea. Mereka memandang kerana kejelitaan wanita itu di samping pasangannya.

Troli pasaraya disorong oleh, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea melihat, Muhammad Ashariff membeli barangan dapur seperti ikan segar, udang, sayur dan juga sotong. Muhammad Ashariff menolak lembut dengan hujung jarinya di susuk tubuh,Qasif Nursofea yang menghalangi pandangan matanya untuk melihat barang lain yang harus dibeli.

“Sayang,ambilkan cili merah tu?” Qasif Nursofea turutkan sahaja arahan, Muhammad Ashariff dengan menarik plastik dan memasukkan cili merah. Ukiran kening, QasifNursofea tidak henti dikerutkannya kerana bingung atas perkelakuan, Muhammad Ashariff ketika ini.

“Ni…cukup?,” tunjuk akan, Qasif Nursofea plastik yang telah diisi dengan cili merah.Muhammad Ashariff menggangguk megiyakan.

Okay… dah takde apa dah kot yang nak kena beli. Jom pergi kaunter,” ajak Muhammad Ashariff kepada, Qasif Nursofea.

“Kitanak ke mana ni Abang? Boleh tak bagitahu Fea?,” Qasif Nursofea seolah memujuk, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff membisikkan sesuatu ditelinga gadis itu. Wajah, Qasif Nursofea kini mulai mencuka. “Rahsia! Fea ikut je abang okay?”Qasif Nursofea masih tidak berpuas hati.

Selesai membayar lantas, Qasif Nursofea melangkah pergi bersama teman lelakinya,Muhammad Ashariff. Berjalan seiring mendapatkan kembali kereta dan bergerak kedestinasi yang dirahsiakan oleh, Muhammad Ashariff.

 

“Ibu, pak su dah sampai ke belum?,” tanya, Akir kepada ibunya malah, Mak Zainab turut mendengar pertanyaan cucunya, Akir.

“Belum,Ini yang ibu pelik ni. Dari tadi nak pergi ambil err… siapa namanya ye? Lupa pulak,” tanya kak long kepada anaknya, Akir.

“Sofea nama dia, ibu… apalah ibu ni,” Akir terus menyebut nama seorang gadis yang mereka tunggu apabila gagal diingati oleh ibunya.

“Paksu kamu tu… jadi ke tidak nak bawak temannya tu?,” kini, Mak Zainab pula mula mencelah untuk bertanya. “Dari pagi tadi sampailah sekarang ni… tak muncul-muncul! Entah jadi ke tidak nak bawak datang ke mari. Kalau jadi, apa pulak yang nak dihidangkannya nanti? Tak tahu pulak yang dia nak balik lambat macam ni. Tidaknya, nenek suruh je tok aki (panggilan atuk) kamu pergi ke pasar beli lauk. Boleh nenek masak terus. Kalau tak jadi datang boleh masukkan dalam peti sejuk tu ha! Hai… takfahamlah nenek dengan pak su kamu tu!,” rungut, Mak Zainab.

Membebel panjang, Mak Zainab yang sedang duduk di kerusi dapurnya. Jarak antara rumah, Mak Zainab dengan rumah kak long sangat dekat. Sehingga bumbung dapur mereka bercantum antara satu sama lain bagi memudahkan berjalan ketika hujan.

“Eh,nenek ni. Tunggulah kejap. Biasalah orang perempuan. Bila nak bersiap lama.Tambah-tambah lagi nak jumpa bakal mak mertua. Kejap, Akir cuba call pak su,” pujuk, Akir pada Mak Zainab.

Belum sempat, Akir mendail nombor pak sunya, mereka terdengar bunyi kereta milik,Muhammad Ashariff. Kini kereta, Muhammad Ashariff berhenti dihadapan kediaman rumah, Pak Muliia dan Mak Zainab.

“Inilah rumah abang. Jom kita turun jumpa mak dengan kak long dekat situ,” Muhammad Ashariff turun daripada pintu kereta dan membuka kembali pintu belakang untuk mengambil barang yang dibeli sebentar tadi.

Mulut, Qasif Nursofea seakan tebuka sedikit luas. Matanya pula tidak berkedip melihat dihadapan matanya sekarang adalah rumah orang tua lelaki yang dikenalinya semenjak setahun yang lepas. Lidahnya kelu membisu dan hatinya mula berdebar.

“Eh, sayang? Cepatlah turun” Qasif Nursofea terkejut dengan teguran, Muhammad Ashariff dari luar perut kereta.

QasifNursofea lantas membuka pintu kereta. Qasif Nursofea hanya menghadiahkan senyuman kepada susuk tubuh yang kini sedang berjalan menuju kearahnya.

Qasif Nursofea lantas memusingkan kepala melihat kepada, Muhammad Ashariff kerana merasa tidak keruan. Muhammad Ashariff hanya membalas jawapan kekiluruan kekasihnya dengan menganggukkan kepala seolah menyatakan ini bukan mimpi.

Qasif Nursofea terus menyambut tangan seorang wanita. Tangan wanita itu diciumnya.“Mak cik,” Qasif Nursofea menghadiahkan senyuman manis.

Kaklong mencelah kini. “Ini mak, Ashariff dan ini pula kak long,” kak long menunjukkan dirinya sendiri dan membuatkan, Qasif Nursofea ketawa kecil.

Mak Zainab bersuara. “Dahlah tu, jom kita masuk ke dalam. Panas dekat luar ni”Muhammad Ashariff yang sebentar tadi diam terpaku kini turut melangkah memasuki ke dalam rumah yang senibinanya direka berupa bentuk senibina rumah kampung.

Cantik dipandang dengan lamannya yang luas. Pinggang, Qasif Nursofea dirangkul kemas oleh kak long.

Kedengaran motosikal milik, Pak Mullia memasuki laman. Dari jauh dia tersenyum melihat mereka semua dan dia terpandang kepada gadis yang memakai baju kebaya merah jambu.

“Riff,bawaklah, Sofea duduk dekat ruang tamu depan sana,” kak long mengarahkan,Muhammad Ashariff membawa kekasihnya duduk di ruang tamu di bahagian depan rumah.

Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff berlalu pergi. Kak long membawa dulang yang diisi dengan cawan minuman. Minuman panas dituangkan ke dalam cawan yang dihiasi cantik dengan lukisan bunga berwarna merah.

Kak long menghulurkan cawan yang diisi air kepada dua pasang yang duduk bersama,Muhammad Ashariff dan Qasif Nursofea.

“Jemputlah minum,” pelawa, kak long.

Muhammad Ashariff kemudian kembali bersuara. “Mak dengan kak long hari ni kena masak makanan tengah hari yang sedap-sedap. Kita bagi orang bandar ni makan. Manalah…dia pernah makan masakan orang kampung. Duduk dekat bandar tu entah apa yang dimakannya,” usik kini akan Muhammad Ashariff kepada kekasihnya.

Qasif Nursofea kini laju sahaja mencelah. Saya tak tahu pun yang, Ashariff nak bawak saya datang ke sini. Bila saya tanya… dia diam je. Rupanya,” Qasif Nursofea berkata serta disengat pula menggunakan jari jemarinya kepada lengan, MuhammadAshariff.

“Aduh!,”Muhammad Ashariff seolah malu apabila, Qasif Nursofea melakukan sedemikian dihadapan keluarganya.

Kak long kini telah meminta izin untuk ke dapur. Hanya tinggal Qasif Nursofea bersama ibubapa kekasihnya.

“Pakcik dengar Sofea di Kuala Lumpur duduk sorang diri dekat rumah. Betul ke?,” tanya,Pak Mullia kepada gadis yang berada di sebelah anaknya, Muhammad Ashriff.

“Ye,pak cik. Tapi taklah sorang je. Pembantu rumah kami masih duduk dengan saya”Pak Mullia hanya menganggukkan kepala.

“Mak dan ayah, Sofea bila meninggal? Sakit apa ye?,” tanya, Pak Mullia lagi. Qasif Nursofea turut perasan akan sikap, Mak Zainab yang acuh tak acuh menyambut kedatangannya.

Qasif Nursofea seolah kelu untuk memberitahu perihal kematian ibubapanya. Pantas sahaja Muhammad Ashariff mencelah kini. “Tak payahlah kita nak ungkitkanperkara lama ayah”.

“Betul tu. Kita lupakan je perkara lama. Kita buka buku baru. Tak gitu, Sofea?” QasifNursofea hanya tersenyum mendengar, Pak Mullia seolah memujuk hatinya. MakZainab kini turut tersenyum paksa dan muncul tanda tanya di sudut hatinya.

“Makcik… saya pergi dapur dulu ye? Boleh tolong kak long apa  yang patut,” Minta izin akan diri, Qasif Nursofea.

“Ha…jomlah kita turun sama,” Mak Zainab menyambut cadangan baik, Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff seakan merasa senang melihat kekasihnya itu boleh menyesuaikan diri dengan keluarganya.

“Kak long,” tegur, Qasif Nursofea.

“Eh, Sofea, buat apa datang dapur ni…? Duduk je rehat,” tegur kak long kepada, Qasif Nursofea yang kini turut berada di meja dapur.

“Eh,takpelah… boleh Fea tolong apa yang patut,” ujar, Qasif Nursofea sungguh-sungguh.

“Isyh…orang yang cantik-cantik macam, Sofea ni takut pulak, kak long nak suruh la,” kata kak long kepada, Qasif Nursofea.

“Kak long cantik boleh je masuk dapur masak,” puji, Qasif Nursofea pula.

Belumsempat, kak long menjawab kata-kata, Qasif Nursofea, Muhammad Ashariff kinibersama mereka di dapur. “Kak long suruh je Sofea ni buat sambal belacan. Dia memang pandai buat sambal belacan. Sedap!”.

“Eh,apa pulak? Sofea tak retilah!,” jawab, Qasif Nursofea kepada, Muhammad Ashariff. Lantas dia pergi ke arah, Muhammad Ashariff dan memijak kaki,Muhammad Ashariff.

“Ha…kalau macam tu… Riff ambilkan lesung batu tu dekat, Sofea,” arah, kak long kepada adik iparnya, Muhammad Ashariff.

Perbuatan,Qasif Nursofea itu tidak dilihat akan, kak long dan Mak Zainab yang sibuk membelah buah kelapa di luar rumah. Qasif Nursofea membulatkan mata kepada,Muhammad Ashariff.

“Kak long, mana cili hijau dengan belacan?,” tanya, Muhammad Ashariff. “Cuba tengok dalam peti sejuk tu,” sahut, kak long menjawab pertanyaan, Muhammad Ashariff.

 

“Mak kenapa senyap je?,” Kak long menyoal kepada ibu mertuanya, Mak Zainab setelah perasan akan perubahan sikap, Mak Zainab itu.

“Tak ada apa. Cuma mak,” Mak Zainab tidak menghabiskan percakapannya.

Kaklong mulai sangsi akan perubahan sikap ibu mertuanya itu. “Mak suka tak dengan pilihan Riff?,” Kak long cuba untuk mendapatkan jawapan. Tetapi, Mak Zainab hanya meninggalkan, kak long di situ.

Qasif Nursofea dengan muka mencuka mengambil lesung batu. “Oh ye! Kak long, Fea nak pergi bilik air kejap,” Qasif Nursofea bijak mencari helah setibanya, kak long masuk semula ke dalam ruang dapur.

Kak long hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan. Qasif Nursofea pergi ke ruangtamu rumah kampung itu untuk mengambil I-pad miliknya.

Dilihat kiri dan kanan mengharapkan tidak ada mata yang memandang kelibatnya di situ.Dia membuka dan melayari google internet untuk mencari resepi sambal belacan.

Setelah diamatinya, kini dia bersedia untuk menuju semula ke dapur. Diambilnya satu persatu bahan membuat sambal belacan mengikut kaedah resepi yang dilihatnya sebentar tadi. Memasukkan cili api, belacan, sedikit garam dan ditumbuknya ramuan itu sekuat hati.

“Ya Allah! Mak cik!!,” panggil akan, Muhammad Ashariff yang melihat cara kekasih hatinya itu menumbuk bahan-bahan di dalam lesung batu. “Orang… Takdelah tumbuk sampai tinggi macam tu sekali tangannya! Dah tu bunyi sebatu pula dengar! Subhanallah…! Sayang tak pernah buat ke sebelum ni??,” tanya, Muhammad Ashariff kini.

Teguran,Muhammad Ashariff itu membuatkan, Qasif Nursofea menoleh ke arahnya. Qasif Nursofea meneruskan niat menumbuk semula bahan-bahan di dalam lesung batu itu.

Muhammad Ashariff ingin mengambil lesung batu daripada, Qasif Nursofea. Tetapi, Qasif Nursofea tetap berkeras dan mahu meneruskan kerjanya. “Ha tengok! Dah siap punkan?” Akhir sekali, Qasif Nursofea memotong limau untuk diperah airnya dan dimasukkan ke dalam bahan yang ditumbuk sebentar tadi.

“Ha…Mr. Ashariff! Amacam??,” tanya Qasif Nursofea setelah melihat tiada siapa diantara dia bersama, Muhammad Ashariff di situ. Qasif Nursofea meletakkan pinggan kecil yang telah diisi dengan sambal belacan di atas meja. Muhammad Asharriff tersenyum melihat akan gelagat, Qasif Nursofea.

“Sayang tahu tak? Kalau sayang tumbuk sambal belacan ni dengan cara macam tu hari-hari…nampaknya abang kena ganti cabinet dapur mak yang baru tau…! Tapi, baguslah… inilah buat abang tambah sayang dekat,Sofea ni” Qasif Nursofea hanya menjeling mendengar pujian, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff menggelengkan kepala dan ketawa kecil melihat aksi kekasihnya tadi. 

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia