Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 55

Qasif Nursofea tersedar dari tidur. Melihatkan jam di dinding telah menunjukkan pukul5 pagi. Bangun dan melihat kereta yang masih tidak kunjung tiba. Qasif Nursofeacuba berfikiran pisitif. Dia berfikir ada kemungkinan, suaminya mendapat panggilan kecemasan atas tugasan.

Qasif Nursofea cuba melangkah naik ke tingkat atas untuk menyambung tidur dan masih berharap akan mendapat jawapan daripada, Muhammad Ashariff pada keesokan harinya.

 

Pak Mullia bangun dari tidur setelah dikejutkan, oleh Mak Zainab untuk bangun solat fardhu subuh. “Ya Allah!,” Pak Mullia terkejut apabila ternampak tubuh yangberbaring di atas sofa di ruang tamu di tingkat atas.

“Ayah?,”tegur Muhammad Ashariff setelah terdengar suara, Pak Mullia . “Apa kamu buat dekat sini? Bila kamu datang?,” tanya, Pak Mullia kehairanan.

“Malam tadi ayah. Riff masuk senyap-senyap. Taknak ganggu mak dengan ayah tidur,” beritahu,Muhammad Ashariff yang sedang mengesat matanya akibat terkena cahaya lampu.

“Isteri kamu mana?,” tanya, Pak Mullia lagi yang merasakan, Qasif Nursofea tidak ikutsama dengan anaknya. Muhammad Ashariff mencari idea. “Ar… kerja. Ha… dia kerja.Ada on call katanya, ayah,” jawab, Muhammad Ashariff dengan suara tersekat-sekat.

“Erm,kalau macam tu pergi mandi. Kejap lagi kita jemaah subuh sekali. Dah pukul 6 pagi dah,” suruh, Pak Mullia kepada anaknya. Lantas, Muhammad Ashariff bangundan mencapai tuala di biliknya serta melangkah pergi ke kamar mandi.

 

Seperti biasa pada pukul 7 pagi, Qasif Nursofea akan bergegas ke hospital untuk menjalankan tugas. Kadangkala tugasnya diselang selikan dengan petang hingga awal pagi. Kadangkala pula, Qasif Nursofea akan menjalankan tugas sehingga 10 jam sehari.

“Selamat pagi, doktor?,” tegur seorang jururawat kepada, Qasif Nursofea. “Ye, selamat pagi,” Qasif Nursofea menuju masuk ke biliknya yang telah disediakan oleh pihak hospital.

Qasif Nursofea sudah beberapa kali cuba menghubungi, Muhammad Ashariff. Serta, turut jugacuba menghubungi, Muhammad Ashariff menggunakan perkhidmatan internet. Tetapi masih tidak dapat menjejaki suaminya itu.

“Mana pergi abang ni? Isyh, risaulah!,” rungut hati, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea mahu sahaja menghubungi, Fikri untuk bertanyakan tentang suaminya. Tetapi risauakan kemarahan, Muhammad Ashariff.

“Takpe lah.Mungkin dia nak realease tension ke?Manalah tahu kan?,” bercakapnya seorang diri.

Pintu biliknya di ketuk kini. “Doktor, pesakit dah balik ke wad. Doktor nak mula rawatan sekarang ke?,” tanya seorang jururawat kepada, Qasif Nursofea. “Ye…saya akan masuk wad sekarang,” Qasif Nursofea bersama dengan jururawat itu melangkah bersama menuju ke bahagian wad pesakit untuk memulakan pemeriksaan rawatan.

 

Mak Zainab hairan melihat perubahan anak bongsunya yang tidak banyak berbicara. “Riff,kamu ni dah kenapa?,” teguran, Mak Zainab memeranjatkan, Muhammad Ashariff yang termenung di hadapan kopi O yang telah siap dibancuh oleh ibunya.

“Takde apa lah mak,” jawab, Muhammad Ashariff sambil menyelak rambutnya yang sedikit terjatuh pada dahi.

“Takde apa ke? Mak tengok yang kamu termenung sana termenung sini, takde apa lagi ke kalau dah macam tu lagaknya?,” Mak Zainab membawa bekas untuk meletakkan sayuryang akan dipotongnya sebentar lagi.

Mak Zainab merebahkan pinggul di atas kerusi berhadapan dengan anaknya, Muhammad Ashariff. “Hai! Yang direnungkan saje nasi goreng tu dah kenapa?,” Mak Zainab kini membaling sehelai daun bayam pada tangan, Muhammad Ashariff.

“Eh,mak ni. Apa ni?,” Muhammad Ashariff sedikit terperanjat dan tidak senang diperlakukan sebegitu oleh, Mak Zainab.

“Ni mesti ada apa-apa yang tak kena ni kan?,” teka, Mak Zainab lagi. “ Takde apa lah mak. Takkan, Riff nak menung sikit pun dah tak boleh?,” jawab, Muhammad Ashariff. “Bukannya tak boleh. Tapi mak ni bela kamu dari kecik sampai kamu besar. Cuma hari ni yang mak perasan yang kamu ni ada masalah.” Teka, MakZainab lagi.

Muhammad Ashariff bangun dan berjalan mengambil pinggan makan. “Tengok ni… membuktikan yang, Riff takde masalah,” Muhammad Ashariff menunjukkan gelagat mencedok nasi goreng ke pinggan dan menyuapkan nasi itu ke dalam mulut sambil diperhatikan, MakZainab. Lantas anak-beranak itu ketawa bersama.

 

Tombol lif ditekan. Qasif Nursofea menuruni ke tingkat bawah menuju ke tempat letak kereta hospital bagi mendapatkan keretanya.

Kunci dicapai di dalam beg tangannya. Qasif Nursofea berhenti dari memicit butang remote untuk membuka pintu kereta. Dia hanya tersenyum riang apabila melihatsejambak bunga mawar merah diletakkan di hadapan cermin kereta.

“Ini mesti kerja abang,” Qasif Nursofea mencari sesuatu di dalam susunan bunga bagi mendapatkan kad. Tetapi malangnya tiada.

“Ini mesti kerja abang! Nak buat surpris edekat aku agaknya,” Qasif Nursofea memasuki ke dalam keretanya dan menelefon,Riyanti. “Riyanti, tuan ada dekat rumah ke?,” tanya, Qasif Nursofea. “Tak ada non.Tuan belum pulang”.

Qasif Nursofea merasa kecewa dengan jawapan yang diberikan, Riyanti. Kini, dia bertekad untuk pergi ke rumah mertuanya. Entah kenapa dia merasakan bahawa, Muhammad Ashariff pasti berada di rumah orangtuanya ketika ini.

Sangkaan,Qasif Nursofea memang tepat. Dia melihat kereta, Muhammad Ashariff di luar rumah. “Assalamualaikum?,” salam yang diberi, Qasif Nursofea tidak pula dijawab oleh sesiapa.

Qasif Nursofea melangkah kaki beralih pula ke rumah kak long. “Assalamualaikum kak long?Kak long?”. “Waalaikumussalam, Fea. Masuklah,” tangan kak long disambut mesra oleh,Qasif Nursofea untuk bersalam.

“Mana orang dekat rumah mak kak? Takde siapa pun, Fea tengok,” tanya, Qasif Nursofea.“Oh… Fea lambat sikit je. Ashariff, mak dengan ayah pergi kebun. Ambik buah,”beritahu, kak long.

“Dia orang pergi kebun dengan apa long? Fea tengok kereta, Ashariff ada dekat luar,”tanya, Qasif Nursofea lagi. “Dia orang kalau pergi ke kebun selalunya naik motor. Jalan dekat kebun tu kalau nak bawak kereta susah sikit. Sempit! Kalau bertembung dengan kereta lain kena undur balik,” terang kak long.

“Kak long tahu bawak motor?,” Qasif Nursofea mencari akal dan sedikit tersenyum.“Isyh! Mana boleh tak tahu. Mestilah tahu,” jawab kak long dengan bangga.

Qasif Nursofea bersama kak long turut menjejaki ibu bapa mertua mereka yang ada bersama, Muhammad Ashariff. Anak kecil kak long ditinggalkan bersama, Akir. Qasif Nursofea bersama kak long pergi ke kebun dengan menaiki motosikal yang ditunggang oleh kak long.

 

“Ha…sana, Riff! Itu ha… buahnya banyak dekat sebelah sana,” tunjuk, Mak Zainab pada rumpulan buah rambutan. “Mana mak? Riff tak nampak lah,” Muhammad Ashariff mencari rumpulan buah yang ditunjukkan oleh, Mak Zainab. “Itu ha… banyak dekat sebelah kiri kamu tu,” tunjuk, Mak Zainab lagi.

MuhammadAshariff bergerak ke kiri dan kanan, kadangkala memanjat lebih tinggi dan kadangkala pula sedikit rendah panjatnya pada dahan pokok rambutan.

“Hati-hati,Riff. Ada sarang kerengga dekat atas sana tu!!,” pesan, Pak Mullia. “Argh! Aduh! Sakit mak! Aduh, ayah! Sakit!,” rengek, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff terjatuh dari dahan rambutan yang agak tinggi. Dia terjatuh akibat gigitan kerengga yang banyak. Sarang kerengga terjatuh diatasnya pula kini. Mak Zainab dan Pak Mullia pergi ke arah tempat jatuhnya, Muhammad Ashariff.

“Ya Allah…! Abang, Abang,” Qasif Nursofea dengan tidak sengaja menolak, Mak Zainab.Qasif Nursofea yang baru sahaja tiba terkejut melihat keadaan, Muhammad Ashariff yang dipenuhi dengan kerengga.

Qasif Nursofea terus menanggal baju yang dipakai oleh suaminya, Muhammad Ashariff. Lantas,Qasif Nursofea mengambil air dan menyimbah pada tubuh badan, Muhammad Ashariff.Pertolongan, Qasif Nursofea itu dibantu, Pak Mullia.

“Hey! Nak aku demam ke apa yang kau simbah aku dengan air ni?! Takde akal ke apa?,” Muhammad Ashariff menengking, Qasif Nursofea diatas pertolongan yang dihulurkan. Qasif Nursofea terdiam dan terkesima apabila mendengar lontaran perkataan yangdisampaikan oleh suaminya, Muhammad Ashariff.

“Argh,sakitnya!” Qasif Nursofea terus memberi pertolongan kepada, Muhammad Ashariff apabila suaminya itu gagal untuk bangun berdiri.

“Aduh!Tepilah!,” Muhammad Ashariff enggan menerima pertolongan, Qasif Nursofea.Tetapi isterinya itu tetap berdegil. Qasif Nursofea tetap menolong memapah, Muhammad Ashariff untuk beredar dari kerengga-kerengga teresebut. Mak Zainab dapat mengesyaki bahawa, Muhammad Ashariff dan Qasif Nursofea dalam situasi yang tidak baik.

“Biar,Fea tengok kaki ni,” Qasif Nursofea menyelak kaki seluar, Muhammad Ashariff dan mendapati pergelangan kaki, Muhammad Ashariff sedikit berlainan.

“Abang,cuba gerakkan kaki,” arah, Qasif Nursofea. “Argh…! Aduh sakitnya!,” ronta,Muhammad Ashariff. “Kak long Call,Akir suruh dia bawak kereta datang sini. Kaki, Ashariff patah ni!,” suruh pula,Qasif Nursofea kepada kak long. Kak long terus melakukan apa yang diarahkan oleh birasnya itu.

“Apa?Patah?! Ya Allah, Riff!,” Mak Zainab melulu pergi bagi mendapatkan anaknya,Muhammad Ashariff. “Aduh… sakit mak! Mak, jangan buat macam tu!,” halang,Muhammad Ashariff dengan suara yang sedikit meninggi kerana kesan kesakitanyang dialaminya kini.

Pak Mullia mentenangkan, Muhammad Ashariff sambil mundar-mandir menanti ketibaan cucunya, Akir.

“Jangan,mak! Mak tak boleh buat macam tu. Nanti makin parah kaki dia,” “Aku tahulah! Aku yang bela dia dari kecik! Aku yang cuci berak kencing dia. Kau jangan ingat…dengan kerja kau yang berapa hari tu… dah boleh kau nak mengajar aku ye, Sofea!!,”teguran, Qasif Nursofea mendatangkan amarah buat, Mak Zainab. Qasif Nursofea terkejut dengan ungkapan, Mak Zainab. “Tak, mak! Fea, bukan nak mengajar mak,”kata, Qasif Nursofea.

“Akir,cepat mari tolong pak su kamu” Qasif Nursofea berhenti berbicara selepas mendengar percakapan kak long dengan Akir.

Tubuh,Muhammad Ashariff dirangkul kemas oleh, Pak mullia serta Akir untuk membawanya ke hospital. Qasif Nursofea turut serta pergi ke hospital dengan menaiki kereta yang dipandu oleh, Akir.

Previous: Bab 54
Next: Bab 56

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia