Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 80

Akir memberhentikan kereta di bahagian kecemasan. Hospital swasta menjadi pilihan mereka memandangkan jaraknya lebih dekat daripada rumah, Pak Mullia. Para petugas di bahagian wad kecemasan berlari dengan menyurung katil ke arah keretayang dipandu, Akir. Mereka menggangkat tubuh, Qasif Nursofea yang masih lagi tidak sedarkan diri.

Muhammad Ashariff kaku di tempat duduk menunggu. Baju dan seluar jeans yang dipakainya turut terkena kesan darah isterinya. “Pak su… sabar pak su,” Akir duduk menemani,Muhammad Ashariff di ruang menunggu.

Muhammad Ashariff dan Akir masih menunggu khabar berita, Qasif Nursofea. Telefon bimbit,Akir berbunyi. “Dekat ruang luar bilik kecemasan. Tingkat 1, ibu” beberapa minit kemudian, kelihatan, Mak Zainab bersama Pak Mullia serta kak long berjalan disamping anak kecilnya, Husna. Mereka mengatur langkah menuju ke tempat duduk,Muhammad Ashariff.

“Macammana, Sofea, Riff?,” tanya kak long yang juga turut risau melihat keadaan birasnya sebentar tadi. Muhammad Ashariff hanya menggeleng kepala. Bahu, Muhammad Ashariff dipegang, Pak Mullia untuk disuruh sabar.

Doktor yang merawat, Qasif Nursofea keluar dari bilik kecemasan. “Macam mana isteri saya doktor?,” tanya, Muhammad Ashariff dalam keadaan cemas ketika ini.

“Isteri awak selamat. Tapi… anak di dalam kandungannya kami tak dapat selamatkan. Ini kerana pendarahan yang dialami isteri, encik sangat teruk” tubuh, Muhammad Ashariff merasa lemah setelah mendengar berita yang disampaikan oleh doktor yang bertugas.

Muhammad Ashariff kini menangis. Bahunya jelas kelihatan bergerak kerana tangisan. Pak Mullia menyabarkan anaknya itu begitu juga dengan kak long yang tidak henti menenangkan adik iparnya, Muhammad Ashariff.

Mak Zainab merasa keliru dengan apa yang dilihatnya sekarang. Mak Zainab kasihan melihatkan keadaan anaknya, Muhammad Ashariff. Tetapi apabila mengenangkan, Qasif Nursofea dan kebenciannya terhadap, Qasif Nursofea, Mak Zainab tidak menyesali akan perbuatannya.

Muhammad Ashariff ditemani keluarganya masuk ke dalam bilik yang menempatkan, Qasif Nursofea berehat. Melihat isterinya yang masih tidak sedar selepas pembedahan yang dilakukan.

“Encik Ashariff? Doktor nak jumpa,” panggil seorang jururawat. Muhammad Ashariff yang masih memakai baju yang ada kesan darah pergi ke bilik doktor yang mahu berjumpa dengannya. “Doktor boleh tahu ke yang, Sofea makan ubat?,” ngomel, Mak Zainab yang gusar.

 

“Silakan duduk, Encik Ashariff,” Muhammad Ashariff kini duduk. “Kenapa doktor?” Doktor lelaki berketurunan singh melihat wajah sugul, Muhammad Ashariff. “Bertenang ye? Saya nak tanya encik… adakah isteri encik ada ambil apa-apa ubat selama diakandungkan bayinya?” Muhammad Ashariff hanya menggeleng.

“Tak doktor. Isteri saya memang takde ambil apa-apa ubat melainkan vitamin daripada hospital,” jawab pula, Muhammad Ashariff kini.

“Ini report darah isteri encik yang kami dapatdaripada makmal perubatan. Kami mengesyaki…  yang isteri encik ada mengambil ubat dalam satu jam yang lalu. Kami dapati… darah dia ada kesan ubat yang dia ambil. Ubat yang isteri encik ambil membahayakan kandungannya. Ini report darah yang kami telah siapkan,” doktor memberikan hasil laporan makmal perubatan kepada, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff membaca satu persatu. Entah kenapa terasa ringan tubuh, Muhammad Ashariff disaat bangun dan melangkah pergi ke bilik isterinya.

Muhammad Ashariff melihat wajah Qasif Nursofea yang masih belum sedar. “Kenapa, Riff?,”tanya, Mak Zainab setelah melihat, Muhammad Ashariff hanya berdiri memerhati isterinya. “Doktor bagitahu, Riff… Sofea ada makan ubat yang bukan dari hospital bagi. Ubat tu jelas untuk gugurkan kandungan dia,” penjelasan, Muhammad Ashariff memeranjatkan semua yang berada di situ.

Mak Zainab bangun kerana takut akan apa yang telah diberitahu, Muhammad Ashariff.Muhammad Ashariff dan kak long melihat tingkah laku, Mak Zainab. 

“Mak ke yang buat semua ni??,” ringan sahaja mulut, Muhammad Ashariff bertanya kepada,  Mak Zainab. “Riff?!,” kak long melangkah menyabarkan adik iparnya, Muhammad Ashariff.

“Kau tuduh mak kau, Riff?!! Kau tergamak tuduh aku nak bunuh anak kau?!! Apa kau lupa… syurga kau terletak di mana??!,” tengking, Mak Zainab. Mak Zainab menggunakan kuasanya  sebagai seorang ibu.

Kak long tenangkan, Muhammad Ashariff dan memeluk tubuh, Muhammad Ashariff. Mak Zainab keluar dari bilik, Qasif Nursofea lantas tersenyum. “Kalau aku tak buat benda ni pun… aku tahu, Ashariff akan tuduh aku jugak! Dia terlampau sayangkan bini dia!” cakap, Mak Zainab seorang diri ketika ini.

“Kenapa,Riff tuduh mak macam tu? Takkanlah mak sanggup buat semua ni? Dah 30 tahun mak besarkan, Riff! Seorang ibu tak akan sanggup buat perkara macam ni. Percaya cakap kak long,” pujuk kak long.

Mak Zainab serta yang lain kini beredar meninggalkan, Muhammad Ashariff yang kini  menemani isterinya, Qasif Nursofea. Bilik rawatan, Qasif Nursofea hanya menempatkan khas untuk seorang pesakit.

Muhammad Ashariff tidak duduk di samping isterinya. Muhammad Ashariff memilih untuk baring di sofa yang turut disediakan di dalam bilik itu.

Qasif Nursofea membuka mata perlahan-lahan pada jam 4 pagi. “Abang?,” Qasif Nursofea hanya mampu memanggil suaminya.

Muhammad Ashariff sedar akan panggilan, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff memilih untuk terus memejamkan matanya. Qasif Nursofea perlahan-lahan memegang perutnya.Qasif Nursofea seakan dapat mengesyaki apa yang telah berlaku kepadanya. Qasif Nursofea menangis seorang diri. Penglihatannya dialihkan kepada lelaki yang berbaring di atas sofa.

“Ya Allah… ujian apakah ini? Aku tak sanggup lagi menanggung segala ujian yang Kau berikan kepada aku. Kenapa kau tak mengambil nyawa aku saje, Ya Allah,” rintih perlahan, Qasif Nursofea didalam sendu. Dia masih lagi berbaring lesu.

“Sebagai hamba di muka bumi… kita tidak boleh mempersoalkan kepadaNya dengan apa yang telah berlaku” Qasif Nursofea teringat kembali akan nasihat yang pernah diberikan oleh, Ustazah Mariam.

Muhammad Ashariff kini bangun dari tidur yang tidak lena. “Abang?,” Qasif Nursofea memegang lengan suaminya yang kini berdiri di sisi katil. Muhammad Ashariff enggan diperlakukan sebegitu. Qasif Nursofea melihat reaksi suaminya. “Maafkan, Fea abang. Fea pun tak mintak perkara ni supaya terjadi. Maafkan, Fea”.

“Maaf??!!,”tengking, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff memberikan kertas laporan makmal dengan cara yang sangat kasar kepada, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea terkejutd engan tindakan, Muhammad Ashariff yang sanggup memperlakukannya sebegitu.

“Baca!,”suruh, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea mengesat air mata menggunakan telapak tangan sambil membaca kertas laporan makmal perubatan.

“Ujian darah menunjukkan, Fea ambil ubat herba? Ni semua tak betul abang! Fea tak makan! Fea berani bersumpah yang, Fea tak pernah ambil ubat ni! Percayalah cakap, Fea abang!,” rayuan, Qasif Nursofea tidak diendahkan, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff tidak lagi dapat menahan sebak. Sebak diatas kehilangan anak yang dikandung oleh isterinya. Air mata, Muhammad Ashariff mengalir kini . “Abang tak sangka,Fea sanggup buat benda ni semua! Abang kecewa Fea!,” kata, Muhammad Ashariff yang tidak mengendahkan tangisan daripada, Qasif Nursofea.

“Ya Allah… abang tuduh, Fea ke sekarang ni? Ha?? Fea bertarung nyawa untuk tak bagi anak kita mati, abang!! Abang sanggup tuduh, Fea?! Abang pun tahu kan… Fea tak pernah ambil apa-apa ubat selain vitamin. Abang sendiri yang tengok, Fea tumpah darah selepas, Fea makan makanan yang mak masak!,” Qasif Nursofea sedih dengan apa yang dilemparkan terhadap dirinya. Lemparan tuduhan atas kehilangan anaknya. Qasif Nursofea semakin sedih kerana tuduhan itu daripada suaminya sendiri.

“Ka utuduh mak aku buat semua ni? Ha??! Kau tuduh mak aku?? Hey! Dengar sini perempuan! Cincang lah aku! Kerat lah aku! Aku tak akan percaya itu semua kerja mak aku! Yang kau tuduh tu mak aku! Kau faham??!!,” tengking, Muhammad Ashariff.

“Abang?,”panggil, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff tidak mengendahkan panggilan isterinya malah dia melangkah keluar daripada hospital. Tinggal akan, Qasif Nursofea seorang diri untuk terus dirawat.

Muhammad Ashariff memandu kereta dan pulang ke rumah orang tuanya. Muhammad Ashariff terlihat, Pak Mullia yang hendak pergi ke masjid dan tidak pula, Muhammad Ashariff endahkan, Pak Mullia yang berada di situ.

Muhammad Ashariff duduk di atas katil di dalam biliknya. Bernafas geram akan dirinya mengenangkan apa yang telah dilakukan oleh, Qasif Nursofea.

Pintu bilik Muhammad Ashariff diketuk. “Riff?,” panggil, Pak Mullia. Muhammad Ashariff tetap duduk di katil tanpa menjawab panggilan ayahnya, Pak Mullia.

“Ashariff?Buka pintu ni. Ayah nak cakap sikit” Muhammad Ashariff melangkah pergi ke pintudan membukanya kini. Pak Mullia menggeleng kepala melihat keadaan anaknya.“Kita kalau ditimpa musibah bukan macam ni caranya”.

Air mata, Muhammad Ashariff gugur lagi di hadapan, Pak Mullia. “Apa salah, Riffayah? Sampai dugaan berat macam ni yang, Riff perlu tempuh. Ada isteri… sikap macam binatang! Ada anak… mati!”.

“AstaghfirullahHal’azim! Istighfar, Ashariff. Apa yang kamu cakap ni? Kamu sedar atau tidakapa yang kamu cakap ni?,” tanya, Pak Mullia dengan marah setelah mendengar bicara yang diungkapkan oleh anaknya, Muhammad Ashariff.

“Sebab anak kamu meninggal… kamu sanggup kata macam tu dekat isteri kamu? Mana akal fikiran kamu, Riff?! Setelah ayah didik kamu jadi manusia… takkan sebab ini kamu boleh,” Pak Mullia berhenti untuk terus berbicara.

“Cerai?Ye ayah! Riff ceraikan dia ayah! Tak guna simpan lagi isteri yang sanggup membunuh benih suaminya sendiri!” “Cukup Ashariff! Jangan kamu ungkap talak berapa! Cukup sekadar talak yang kamu beri!!,” tengking, Pak Mullia lalu meninggalkan anaknya yang masih berdiri di muka pintu.

 

Qasif Nursofea tersedu akibat menangis seharian. Talak yang diberikan, Muhammad Ashariff adalah untuknya. Suami yang dia sangat sayangi hilang begitu sahaja.Seperti hilangnya buih-buih di lautan ombak.

“Non,ya udahlah. Benda sudah berlaku. Yang pasti… kita tetap berdua non. Saya tidak akan meninggalkan non seorang diri” Qasif Nursofea mengesat air matanya yang masih lagi mengalir.  

Previous: Bab 79
Next: Bab 81

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia