Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 53

Kereta, Muhammad Ashariff dipandu oleh, Fikri. Bunyi deringan mesej di telefon bimbit tidak dihiraukan olehnya. Fikri tidak mahu berkata apa-apa lagi kerana tampak akan wajah, Muhammad Ashariff yang masih merah padam akibat tragedi tadi.

Kini pemanduan, Fikri berhenti di hadapan butik untuk menyerahkan kembali baju persandingan,Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff. Langkah, Muhammad Ashariff diikuti oleh,Fikri yang terus menuju masuk untuk menyerah baju tersebut.

“Cik,ini bajunya,” Muhammad Ashariff menyerahkan baju tersebut kepada lelaki yang perwatakannya agak lembut seperti seorang perempuan.

“Terima kasih ye, abang sebab pilih butuk kami” Muhammad Ashariff seakan teringat akan satu sampul yang diberikan oleh seorang pekerja hotel. “Mana aku letak sampul tu ya?,”ngomel dirinya bertanya seorang diri.

Muhammad Ashariff dan Fikri kembali ke kereta. Muhammad Ashariff seakan mencari sesuatu.Dibukanya belakang bonet kereta, mencari pula di bahagian tempat duduk belakang, akhir sekali membuka dash boarddi hadapan lutut, Fikri. Akhirnya dijumpai sampul surat tersebut. “Kau cariapa?,” tanya, Fikri.

Muhammad Ashariff tidak memperdulikan pertanyaan rakan karibnya. Muhammad Ashariff terus membuka sampul tersebut. Fikri hanya melihat, Muhammad Ashariff yang mula membuka sampul surat di tangannya.

 

“Mana abang ni? Message tak reply! Call pun tak jawab. Herm, engineer lah kata kan,” rungut, Qasif Nursofea dan kembali masuk ke dalam wad tempatnya bertugas.

Qasif Nursofea yang tadi telah menempah hotel dan tiket kapal terbang untuk pergi berbulan madu pada kurang 3 bulan bermula dari hari ini. Tempat yang dipiliholeh, Qasif Nursofea hanyalah di Lombok, Indonesia.

 

“Riff? Apa kena dengan kau sebenarnya ni?,” tanya, Fikri yang kehairanan akan perubahan sikap, Muhammad Ashariff.

Kini,Muhammad Ashariff memberhentikan kereta di parkir syarikat tempat dia bekerja.“Kau nak ke mana ni? Ni kan masa kerja, Riff!!,” Fikri mula merasa geram dengan,Muhammad Ashariff kerana tiada jawapan yang diberikan pada setiap persoalannya.“Ashariff?! Aku cakap dengan kau ni tau! Bukan dengan tunggul!,” marah, Fikri.

“Aku emergency! Kau keluar! Aku nakbalik!” Fikri turun daripada kereta yang di pandu oleh, Muhammad Ashariff sebentartadi.  Fikri melihat kereta yang dipandulaju oleh, Muhammad Ashariff tanpa menghiraukannya yang masih berdiri di situ.

Muhammad Ashariff kini sampai di kediaman mereka . Kelihatan hanya, Riyanti yang ada di kediaman dua tingkat itu. “Bapak mahu minum?” Muhammad Ashariff hanya menunjukkan jawapan melaui gerak tangannya menolak pelawaan, Riyanti.

Qasif Nursofea tiba di rumah mereka pada lewat petang itu. Ada garisan senyuman manis di bibir, Qasif Nursofea apabila melihat akan kereta suaminya yang telah berada di luar.

“Non?,”seperti biasa, Riyanti akan menyambut kepulangan, Qasif Nursofea di hadapan pintu utama rumah itu. Qasif Nursofea menghadiahkan senyuman buat pembantu rumahnya,Riyanti.

“Tuan Ashariff baru pulang ke?,” tanya, Qasif Nursofea. “Enggaklah. Dah lama diapulang. Rasanya… dia sampai tadi pukul 4 petang,” jawab, Riyanti pada pertanyaan majikannya.

Qasif Nursofea berjalan masuk ke dalam rumah dengan sedikit kehairanan. “Pukul 4? Awalnya dia balik. Dia ada cakap apa-apa tak dengan kamu?,” tanya, Qasif Nursofea lagi kepada, Riyanti. “Takde apa yang dibicarakan oleh, Bapak Ashariff non,”maklum akan, Riyanti.

Qasif Nursofea melangkah masuk ke dalam dapur dan melihat makanan yang terhidang oleh,Riyanti seakan tidak terusik. “Tuan Ashariff dah makan?,” tanya, Qasif Nursofea inginkan kepastian.

“Belum non. Bapaknya belum makan. Mungkin tunggu non,” jawab, Riyanti. “Tak perlu panggil dia bapak! Dia bukannya ayah kamu. Lagipun dia tak selesa. Panggil tuan okey?,” tegur  majikannya. “Baik non”Qasif Nursofea meninggalkan, Riyanti di dapur dan melangkah kaki menuju ke tingkat atas.

“Bapak itu panggilannya bererti hormat. Bukannya bapak kepada seorang anak! Itu salah dipanggil… ini juga salah dipanggilnya. Waduh. Pusing kepala aku,” bercakap,Riyanti seorang diri di dapur.

Pintu bilik diketuk. Tiada suara yang menyahut. Qasif Nursofea membuka pintu dan terlihat, Muhammad Ashariff sedang memetik alat kawalan jauh televisyen menukar satu siaran ke siaran yang lain.

“Abang,”tegur, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea duduk di sebelah suaminya yang duduk di atas sofa di dalam kamar mereka.

“Hey,”Qasif Nursofea kini menyentuh pula akan lengan, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea mengandaikan bahawa suaminya merajuk kerana dia pulang agak lewat.Qasif Nursofea juga berfikir bahawa suaminya sekarang sedang bergurau dengannya.Pura-pura merajuk.

Satu ciuman hinggap di pipi kiri, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff bangun menujuke balkoni bilik tersebut. Timbul perasaan hairan di hati, Qasif Nursofea.Qasif Nursofea mengekori langkah suaminya menuju ke balkoni.

Dipegang bahu suaminya dan dihalang, Muhammad Ashariff. “Kenapa ni?,” tanya, Qasif Nursofea yang memandang wajah suaminya dan merasa hairan akan perubahan sikap suaminya sekarang.

Qasif Nursofea tetap menghadiahkan senyuman manis kepada suaminya dan sedikit pun pandanganmata, Muhammad Ashariff tidak dialih untuk memandang wajahnya.

“Kenapa ni sayang? Ada masalah ke dekat tempat kerja?,” tanya, Qasif Nursofea lagi yang masih menunggu jawapan daripada suaminya.

Soalan,Qasif Nursofea tidak diendahkan oleh, Muhammad Ashariff. Muhammad Asharifft etap membatukan diri. Qasif Nursofea meninggalkan suaminya yang masih duduk dibalkoni. Qasif Nursofea keluar dari bilik mereka dan menuju turun ke tingkatbawah.

“Non,non mahu buat apa ini?,” tanya, Riyanti selepas melihat majikannya mengambil satu cawan besar seakan orang yang mahu membancuh secawan air.

“Saya nak buat minuman coklat dekat tuan. Bagi saya susu” Riyanti menghulurkan susudan coklat kepada, Qasif Nursofea. “Okaythanks. Saya naik atas dulu,” pinta,Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea masuk kembali ke dalam bilik dan melihat suaminya masih lagi berada ditempat yang sama.

“Abang, tengok ni? Fea ada buatkan abang coklat panas. Mari duduk minum,” Qasif Nursofea memegang tangan, Muhammad Ashariff untuk duduk di kerusi yang terdapat di balkoni.

Muhammad Ashariff meneguk air yang dibancuh oleh isterinya tanpa berkata apa-apa.“Coklat mampu menambah oksigen pada otak kita. So… kalau abang stress coklat ni boleh legakan stress abang,” beritahu, Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff meminum air itu sehingga habis tanpa bersuara pada isterinya. Qasif Nursofea terkejut kerana, Muhammad Ashariff bangun dan duduk kembali di sofa tadi. Meninggalkan dirinya seorang diri di situ. Timbul tanda tanya di sudut hati, Qasif Nursofea akan perubahan sikap suaminya yang sangat ketara.

“Aku ada buat salah ke?,” ngomelnya seorang diri sambil melihat suaminya yang masih duduk diam di atas sofa di bilik mereka.

Qasif Nursofea membiarkan suaminya dengan perubahan sikap. Qasif Nursofea mengambi ltuala mandi dan menuju masuk ke dalam bilik air. Qasif Nursofea mengharapkan ada suara yang akan mengusiknya, tetapi harapan itu tetap tinggal harapan.Tiada suara yang hadir pada corong telinganya kini.

“Rimas!,”kata, Muhammad Ashariff dan mencapai kunci kereta miliknya. Muhammad Ashariff keluar daripada rumah itu tanpa meninggalkan pesan kepada isterinya dan juga pembantu rumah mereka, Riyanti.

Qasif Nursofea keluar dari bilik air dengan berkemban sehingga menampakkan kulit padatubuhnya yang putih gebu.

“Mana abang? Abang? Abang?,” Qasif Nursofea keluar dan mencari kelibat suaminya dari luar bilik. “Abang?,” dibukanya seluruh pintu bilik yang masih berbaki ditingkat atas. Perasaan hairan mulai singgah pada sudut hatinya kini.

“Mana abang ni?,” Qasif Nursofea melangkah masuk semula ke dalam bilik untuk menyarung baju tidur. Qasif Nursofea keluar kembali dari bilik dan menuju ke tingkat bawah untuk mendapatkan suaminya. “Abang?,” panggilnya lagi.

Qasif Nursofea membuka pintu utama dan mendapati tiada kelihatan kereta suaminya disitu. “Riyanti? Riyanti?!,” panggil, Qasif Nursofea kepada pembantu rumahnya.

“Ya, non ada apa?,” tanya, Riyanti yang terpinga-pinga. “Mana tuan?,” soal, Qasif Nursofea kini. “Tuan, keluar,” jawab, Riyanti. “Keluar? Pergi mana??,” Riyanti menggeleng kepala memberitahu bahawa dia juga tidak mengetahui ke mana pergi suami majikannya itu.

Qasif Nursofea semakin hairan dan mengeluh kecil. Berjalan akan dirinya menuju ke sofa dan dia merebahkan pinggul di situ.

Qasif Nursofea mendapati, Riyanti masih berdiri di situ. “Awak boleh pergi” Riyanti meninggalkan majikannya dengan menuju semula ke dalam dapur.

“Mana abang ni? Takkan tak bagitahu aku langsung kalau nak pergi mana pun,” Qasif Nursofea mencapai telefon bimbit di dalam tas tangan. Nombor, Muhammad Ashariff dihubungi. Tetapi tidak pula dijawab oleh, Muhammad Ashariff.

Pesanan ringkas dihantar pula ke telefon bimbit suaminya. “Abang pergi mana? Kenapa tak bagitahu, Fea dulu?,” Qasif Nursofea menunggu hampir 15 minit tetapi langsung tidak dibalas oleh, Muhammad Ashariff.

Previous: Bab 52
Next: Bab 54

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia