Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 38

“Mana pergi semua orang ni?? Sunyi je!,” Hakimi menekan tombol loceng di luar pagar kediaman mewah milik arwah ibubapa, Qasif Nursofea. Hakimi tidak berputus asa,lalu dia menekan lagi butang loceng itu. Tetapi iaiya tetap gagal. Tiada juga sesiapa pun yang menyambut kedatangannya.

“Jahanam!,”Hakimi menumbuk pintu pagar banglo itu. “Argh…!!,” Hakimi menumbuk pula bonet hadapan keretanya kerana geram. Lantas dia membuka pintu keretanya dan mengambil bunga ros. Lalu dipijaknya kuntuman mawar merah yang dibawanya.

“Kenapa Sofea?? Kenapa kau buat aku macam ni?!! Mana janji kau dengan aku??,” Hakimi geram serta nafasnya kian laju sehinga menampakkan bahunya turun naik bergerak.

Tanpa disedari, ada mutiara kecil yang hadir pada kelopak mata Hakimi. “Aku tahu aku salah Fea. Tapi kau tak boleh buat aku macam ni! Menanti dengan janji palsukau. Mintaklah apa pun Fea, aku akan bagi! Tapi jangan buat aku macam ni!! Bertahun aku tunggu kau, Fea!!,” jerit Hakimi seorang diri di dalam keretanya. Hakimi menumbuk kuat pada stereng kereta. Lalu dia meninggalkan jua kawasan itu.

 

Disisirkan rambut panjang paras bahu ke kiri bahu. Termenungnya seorang diri di hadapan cermin. “Hakimi, di mana kau sekarang?,” Qasif Nursofea tersedar akan lamunannya kini. “Isyh! Buat apa aku nak kenangkan pulak lelaki yang telah hancurkan hidupaku?!,” bukan ingatan rindu pada hatinya tetapi hanyalah ingatan benci pada,Hakimi.

Qasif Nursofea menuruni anak tangga. “Riyanti, saya nak makan,” beritahu, Qasif Nursofea kepada pembantu rumahnya, Riyanti.

 

Kini,selesai sudah Muhammad Ashariff menunaikan solat maghrib. Menuruni anak tangga menuju ke dapur rumah kedua orang tuanya.

“Ha,eloklah kamu dah turun. Mari makan sekali. Mak ada masak bihun goreng” kata,Mak Zainab.

Mak Zainab meletakkan bihun goreng  ke dalam pinggan suami dan anak bongsunya, Muhammad Ashariff. Pak Mullia membacakan doa makan manakala,Muhammad Ashariff dan Mak Zainab mengaminkan bacaan doa tersebut.

Muhammad Ashariff tidak mula menjamah makanan tetapi memulakan bicaranya. “Mak, ayah,Riff dengan Sofea dah bincang yang kami nak nikah secepat mungkin. Kalau boleh,dalam masa terdekat ni” Mak Zainab terkejut manakala, Pak Mullia hanya tersenyum.

“Inilah yang mak tak suka! Kamu suka buat mak dengan ayah kamu ni terkejut. Bukannya senang nikah kahwin ni, Riff! Mananya dengan nak jemput lagi saudara yang lain, nakbuat persediaan itu ini,” Mak Zainab belum sempat menghabiskan kata-katanya kini.

“Mak,mak,” Muhammad Ashariff mahu menghalang percakapan ibunya tetapi, Pak Mullia terlebih dahulu mencelah. “Nab, tak payah nak serabut. Tadi, Riff dah bagitahu saya yang Sofea, dah pindah pun dekat sini. Dia pun dah dapat kerja dekat Bandar KualaTerengganu”.

“Bukan masalah, Sofea! Tapi, masalah pada kita ni! Masalah nak menjemput! Ha… lagisatu, pakatan kenduri! Macam mana? Kena bincang jugak, bukan boleh main tembak je,” rungut, Mak Zainab.

Muhammad Ashariff mulai resah dan sedikit tertekan dengan bicara, Mak Zainab. “Riff dah bincang dengan Fea, yang kami nak adakan kenduri nikah dengan sandingnya, sekali harung je,” laju sahaja, Muhammad Ashariff memberikan jawapan kepada rungutan,Mak Zainab. Padahal, Muhammad Ashariff dan Qasif Nursofea belum pernah berbincang mengenai itu.

Mak Zainab kini terdiam. “Eloklah kalau macam tu. Buat kecik-kecik, yang penting berkat,” kata Pak Mullia. “Apa? Awak kena ingat yang Riff ni, anak bongsu kita.Saya nak juga buat kenduri sambut menantu. Ni dah macam orang terdesak je naknikah!,” kata Mak Zainab. “Mak?!,” Muhammad Ashariff merasa tidak selesa apabila ibunya berkata seperti itu.

“Astagfirullah…!Apa kena dengan kamu ni, Nab?,” marah Pak Mullia. Muhammad Ashariff memicit dahinya keresahan.

“Mak,ayah, Riff cuma cakap nak kahwin. Bukan nak buat perkara tak elok. Sudahlah,Riff ikut je cara mak. Kalau payah sangat tak payah kahwin,” Muhammad Ashariff bangun dari tempat duduknya.

“Riff,mak bukan nak halang. Tapi… bagilah mak peluang. Kamu anak bongsu mak! Abang kamu dulu… mak buat kenduri sambut menantu. Mak nak juga buat kenduri sanding kamu,”pujuk, Mak Zainab kini.

Muhammad Ashariff  kembali reda pada amarahnya.Ditolehnya kepada Mak Zainab yang masih duduk di kerusi pada meja makan.

Muhammad Ashariff mengusap rambutnya. “Terpulanglah pada mak. Riff tak bantah. Riff ikutje” “Riff? Kalau macam tu bawak kami semua pergi rumah, Sofea. Kita bincang perkara ni,” cadang Pak Mullia.

Selepas berbincang dengan kedua orangtuanya, Muhammad Ashariff melangkah keluar menuju ke rumah kak long.

 

“Perkara nikah kahwin ni bukan susah, Nab. Kita yang manusia ni je suka buat yang senang tu jadi susah!,” kata Pak Mullia kepada isterinya.

“Saya tak kisahlah kalau tak sambut menantu pun, lagi mudah! Senang kerja saya. Takpayah nak serabut kepala memikir,” Mak Zainab berlalu pergi meninggalkan PakMullia. Pak Mullia hanya menggelengkan kepala melihat isterinya menuju naik ketingkat atas.

 

“Riff?,”tegur kak long melihat kelibat adik iparnya. Muhammad Ashariff hanya membalas dengan senyuman dan duduk di tempat sama dengan Akir yang leka menonton televisyen.“Hai… cerita apa ni? Sampai tak sedar orang datang. Best ke?,” tegur, Muhammad Ashariff kepada Akir. “Cerita ni adaptasi dari novel. Best!,” jawab,Akir.

Muhammad Ashariff memusingkan badan melihat kakak iparnya yang sedang melipat kain dan kadangkala tangannya menghayunkan buaian yang ditiduri oleh anak kecilnya,Husna.

“Kaklong?,” panggil, Muhammad Ashariff. “Ye, ada apa?,” lembut sahaja nada pertanyaan kak long pada panggilan adik iparnya.

“Riff,nak nikah” “Ha… baguslah! Tak elok bertunang lama-lama. Bila?,” tanya, kaklong. “Secepat mungkin” Kak long yang tadi melipat kain kini berhenti tatkala mendengar jawapan Muhammad Ashariff. “Lah… kamu suka buat macam ni,” rungut kak long. “Ala, kak long,” pintas Muhammad Ashariff bersahaja. “Kak long tak kisah. Bincanglah dengan Sofea elok-elok.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia