Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 73

Muhammad Ashariff dan Qasif Nursofea memandu kereta berasingan, supaya memudahkan untuk,Muhammad Ashariff pulang semula ke Kerteh. Muhammad Ashariff mengekori kereta isterinya dari arah belakang. Qasif Nursofea menuju ke kampung halaman, Mak Zainab dan Pak Mullia.

Qasif Nursofea pada mulanya enggan ikut pulang ke rumah mertuanya, tetapi berjaya dipujuk oleh, Muhammad Ashariff. Maka, Qasif Nursofea hanya akur dan turutkan sahaja kemahuan, Muhammad Ashariff sebagai suami.

Dalam pemanduan yang kian gelap akhirnya mereka berdua sampai di kediaman senibina kampung milik, Pak Mullia dan isterinya, Mak Zainab.

Mak Zainab membuka pintu utama dan melihat dua buah kereta di luar rumah yang barutiba. Tidak perlu, Mak Zainab menunggu siapa tetamunya lagi kerana, Mak Zainab sangat mengenali pemilik kenderaan tersebut.

Muhammad Ashariff bersama, Qasif Nursofea bersalam dengan kedua orang tua mereka. Pak Mullia menyambut mesra anak dan menantu. Sebaliknya pula layanan oleh, MakZainab menyambut kedatangan anak dan menantunya itu.

“Mak dengan ayah sihat?,” tanya, Qasif Nursofea yang kini duduk bersama di ruang tamu atas. “Mak dengan ayah sihat. Kamu berdua dari Kerteh ke?,” tanya, Pak Mullia.

“Ye,ayah,” pertanyaan itu dijawab oleh, Muhammad Ashariff. “Ha, Nab? Tadi bukan ke awak buat kuih seri muka? Hidanglah dekat anak menantu awak ni. Saya pun nak makan jugak. Tak sempat nak makan tadi,” suruh, Pak Mullia. Mak Zainab berlalu dari situ dan menuju ke dapur serta diikuti oleh menantunya, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea cuba membantu, Mak Zainab dengan mengambil pinggan yang berada di dapur. “Pandai kau reka cerita yang aku ni… pilih kau jadi menantu!,” kata-kata,Mak Zainab menjadi seribu persoalan pada hatinya kini.

“Kenapa mak?,” tanya, Qasif Nursofea dengan merasa sangat hairan akan kata-kata yang disampaikan oleh ibu mertuanya, Mak Zainab. “Kenapa kau tanya aku? Yang kau canang cerita sana sini… bagitahu orang sana sini… bagitahu aku yang nak sangat bermenantukan kau tu apa??!” Qasif Nursofea tidak memahami apa yang diperkatakan oleh ibu mertuanya, Mak Zainab. Qasif Nursofea cuba bersuara.

“Bukan ke mak jugak dengan ayah dan kak long… yang setuju, Ashariff nak jadikan, Fea sebagai isteri? Kenapa baru sekarang mak nak persoalkan?,” Qasif Nursofea memandang,Mak Zainab mengharapkan hadirnya jawapan.

“Kalau aku tahu yang kau fikir macam tu dulu… tak hendak aku jadikan kau menantu! Entah dari mana asal usul kau! Apa?! Kau ingat aku tak tahu… yang, si Fikrikawan kepada anak aku yang menyamar jadi keluarga kau!! Aku belum buta lagi,Sofea! Aku belum nyanyuk lagi!,” ungkit, Mak Zainab yang berharap anak serta suaminya tidak mendengar perbualannya bersama, Qasif Nursofea di dapur.

“Kau ingat aku tak tahu yang kau masih ada abang dengan kakak? Haih… pandai kau menyamar ye??,” sambung, Mak Zainab lagi kini. “Aku lebih rela kahwinkan anakaku dengan mak janda! Senang! Tak ada siapa yang nak persoalkan samada masihsuci ataupun tidak!,” kata-kata, Mak Zainab itu tidak pula didengari oleh menantu yang berada di sebelahnya, kerana bicara itu seolah nada berbisik.

Qasi fNursofea tidak tahu apa lagi yang harus dia katakan kini. “Kenapa dulu mak tak tanyakan saja pada, Ashariff anak mak? Kenapa bila kami dah sah… baru mak nakpersoalkan?,” suara, Qasif Nursofea mulai getar menahan sebak.

“Aku dulu tak tahu yang ada perempuan lebih baik dari kau! Patutlah… aku tengok, si Ashariff anak aku tu… tak senang duduk kalau, si Fiza tu datang sini! Rupanya…kau penyebabnya!!,” tengking, Mak Zainab.

Fiza bukan lagi asing di, telinga Qasif Nursofea. “Siapa Fiza di hati abang?,” bisik,Qasif Nursofea pada hati. Qasif Nursofea sedar akan kedatangan, Pak Mullia serta suaminya di dapur. Qasif Nursofea mengabaikan apa yang menjadi persoalannya tadi.

Selesai makan bersam,a Pak Mullia dan suami, Qasif Nursofea meminta izin untuk pergi ke rumah kak long. Qasif Nursofea menyarung selipar biru dan melangkah kaki menuju ke rumah kak long sekeluarga.

Kini,Qasif Nursofea duduk bersama kak long yang sedang mengukur baju yang ditempah pelanggannya untuk dijahit.

“Banyak ke kak long dapat tempahan?,” tanya, Qasif Nursofea yang sedang asyik memandang kak long menyiapkan kerjanya. “Banyaklah jugak. Lagipun… dekat kawasan sini banyak orang yang kerja pejabat. Itu yang dapat banyak tempahan,” jawab, kak long.

“Nanti…bolehlah Fea beli kain… mintak kak long tolong jahitkan” Kak long hanya menjawab dengan senyuman. Kak long, Fea nak tanya sikit boleh?,” Qasif Nursofea meminta izin terlebih dahulu sebelum memulakan bicara.

Ka klong meletakkan gunting dan kain di dalam almari berhampiran, lalu menghentikan kerja dari mengunting kain. “Tanyalah,” jawab kak long.

“Fea tahu… yang kak long anak-beranak tahu tentang layanan mak pada, Fea sekarang,”Qasif Nursofea tidak lagi meneruskan bicaranya. Tidak tahu bagaimana lagi untuk dia meneruskan bicaranya itu.

“Fea,memang kak long duduk dekat dengan mak dan ayah. Tapi… kak long sedar yang kak long ni jugak, hanyalah menantu dia orang. Memang kak long tahu apa yang mak buat dekat, Fea. Kak long nampak layanan mak pada, Fea. Tapi… kak long tak pernah nak tanya dia lebih-lebih. Kak long tak tahu kenapa mak boleh bersikap macam tu,” terang kak long yang masih lagi memerhati wajah, Qasif Nursofea.

“Kak long beruntung sebab mak sayangkan, kak long,” ungkap, Qasif Nursofea pula yang sedikit termenung pada wajah.

Kak long tersenyum mendengar kata-kata birasnya itu. “Kak long tak tahu sejauh mana mak sayangkan kami anak-beranak. Apa yang, Fea nak tanya kak long lagi sebenarnya?,”tanya kak long.

“Mak dah tahu ke segalanya tentang, Fea? Tentang hari merisik dan hari akad nikah?Mak dah tahu ke yang, Fikri tolong semua ni?” Kak long mengiyakan dengan mengangguk kepala perlahan.

Qasif Nursofea mendengus perlahan. “Tapi bukan itu masalahnya, kak long rasa” Qasif Nursofea melihat wajah kak long dan mengharapkan ada jawapan pada persoalannya.

“Tapi,kak long tak tahu samada benda ni betul ataupun tidak. Kak long rasa, Ashariff mungkin ada sembunyikan sesuatu daripada kita semua,” beritahu kak long. “Maksud kak long?,” Qasif Nursofea tidak sabar lagi menanti jawapan daripada kak long.

“Fiza,mak sangat rapat dengan, Fiza sekarang” Qasif Nursofea semakin hairan dengan apa yang diberitahu kak long dan menjadi tanda tanya siapakah, Fiza yang sebenarnya? “Fiza, tu calon yang mak suka nak dijadikan isteri kepada, Ashariff ke kak long?”.

Entah kenapa kak long tidak boleh melihat wajah birasnya, Qasif Nursofea. Kak long tidak mampu lagi menceritakan apa yang diketahuinya. Sekarang hanyalah lahir perasaan kasihan kepada, Qasif Nursofea. Perasaan yang lahir itu menjadi halangan kepadanya untuk meneruskan cerita.

“KakLong tak tahu. Fea kena tanya, Ashariff sendiri. Dia sahaja yang boleh bagi jawapan sekarang” Qasif Nursofea tersandar longlai di dinding rumah sederhana milik kak long.

“Sayang pergi mana?,” tanya, Muhammad Ashariff yang melihat isterinya melangkah kaki masuk ke dalam rumah kini. “Rumah kak kong,” ringkas sahaja jawapan isterinya.

“Abang,Fea nak tanya sikit,” Qasif Nursofea ingin mendapatkan jawapan pada setiap persoalannya selama ini.

“Apa dia?,” soal, Muhammad Ashariff yang kini duduk bersama, Qasif Nursofea di atas katil di dalam bilik mereka. Muhammad Ashariff mengusap lembut pipi isterinya.“Siapa, Fiza dalam hidup abang?” Muhammad Ashariff mahu sahaja ketawa mendengar soalan daripada isterinya itu. “Abang, please!Jawab!,” Qasif Nursofea mahukan kepastian.

“Fiza?Ya Allah… kenapa, Fiza pulak yang sayang nak tanya ni? Takde orang lain ke yang sayang nak tanya?,” Muhammad Ashariff merasa hairan tentang nama yang disebutkan oleh isterinya ketika ini.

“Fiza tu dulu kekasih abang kan? Dan, abang tinggalkan dia sebab, Fea! Betul ke?,” tanya,Qasif Nursofea yang sangat mahukan kepastian daripada suaminya. Muhammad Ashariff memegang jari-jemari isterinya lantas dikucup. “Sayang, abang tak pernah bercinta! Apatah lagi dengan, Fiza tu! Mengarutlah semua ni! Mana, sayang dengar cerita mengarut ni?,” jawab, Muhammad Ashariff jujur.

“Tak ada siapa pun yang cakap,” Qasif Nursofea enggan menceritakan apa yang telah didengarinya sebentar tadi di rumah kak long. Qasif Nursofea menarik bantal dan selimut untuk cuba melelapkan mata.

Dalam ruang kamar yang gelap, Qasif Nursofea melihat wajah, Muhammad Ashariff yang masih nampak disuluh cahaya kecil dari luar yang masuk melalui dinding kayu.Cahaya daripada bulan yang menyinari.

“Fea nampak wajah abang terlalu tulus. Fea tahu yang abang tak akan menipu, Fea,” bercakapnya sendiri.

 

Previous: Bab 72
Next: Bab 74

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia