Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 9

Kring…!Kring…! Kring…!. “Tolong…! Tolong…!,” Qasif Nursofea seolah meminta pertolongan dan sedikit kedengaran rengetan seperti orang yang sedang menangis ketakutan.

Qasif Nursofea terjaga dari tidur apabila terdengar jam yang dikuncinya berbunyi.Terasa penat sehingga peluh membasahi di sekitar muka hingga leher jinjang miliknya.

“Aku mimpi?,” ada hembusan lega. Memikirkan dia bukan lagi di genggaman lelaki yang paling dia benci. Qasif Nursofea sedar itu hanyalah igauan pada perkara yang paling menjijikkan yang pernah berlaku sewaktu dahulu. Dia terus bangun mencapai tuala untuk membersihkan dirinya di dalam bilik air yang terdapat di dalam kamarnya.

“Selamat pagi, Non Sofea”. “Selamat pagi, Riyanti,” Qasif Nurofea terus mematikan langkah yang deras. Kini dia menoleh kepada, Riyanti.

“Riyanti,sorry. Saya tak sempat nak makan.Saya nak cepat. Awak makan sorang ye?,” beritahu, Qasif Nursofea kepada pembantu rumahnya yang seolah tidak memahami apa yang hendak terburu-buru itu.Sedangkan hari ini adalah hari minggu.

“Oh yer! Erm, Riyanti. Nanti tolong saya kemaskan bilik. Lepastu tolong tukarkan cadar okay? Okay lah saya pergi dulu,” beritahu, Qasif Nursofea.

“Hati-hati pandu kereta, non,” Riyanti sempat sahaja memesan kepada majikannya.

 

Qasif Nursofea kini memandu kereta milik, arwah Datin Dr. Maria iaitu sebuah kereta Mercedec sport yang hanya mempunyai 2pintu. Dia seolah tidak sabar lagi untuk menuju ke satu tempat.

“Aku kena pergi cepat minta maaf pada, Ashariff. Sedangkan dia tak bersalah langsung!,” bicaranya seorang diri yang masih lagi dalam pemanduan.

Come on! Lembablah korang ni drive!,” bicaranya lagi seorang diri.Digarunya kepala yang tidak gatal. Rambut yang diikat kemas yang disengajakan tinggi melepasi bajunya yang ketat berwarna kuning menampakkan bentuk tubuhnya.Mengenakan jeans labuh berwarna cerah memudahkan lagi pergerakan.

Qasif Nursofea mencari tempat letak kereta yang berdekatan. Dicapainya tas tangan berwarna putih dan berlari menuju masuk ke lobi hotel tempat, Muhammad Ashariffberada.

Excuse me. I nak cari, Ashariff. Dia masih lagi di sini ke?,” Qasif Nursofea yang tadi keluar daripada kereta dan sekarang telah berada dihadapan kaunter pertanyaan untuk menjejaki, Muhammad Ashariff.

Setelah ditanya kepada petugas kaunter pertanyaan di hotel tersebut, Qasif Nursofea masih menanti jawapan dengan perasaan yang bercampur baur.

Sorry miss. Dalam rekod kami memang tak ada nama yang didaftarkan atas nama, Ashariff” Qasif Nursofea mulai risau.

Difikirnya beberapakali mencari idea. Sehingga menyuruh petugas hotel tersebut supaya memeriksa kembali ejaan nama, Muhammad Ashariff.

“Oh ye… dia ada datang sini untuk attend kursus,” Qasif Nursofea meneruskan lagi bicaranya.

“Kursus daripada jabatan mana ye, miss?,” tanya petugas hotel itu lagi.

“Atas syarikat petroleum,” Qasif Nursofea menjawab.

“Oh ye… mereka masih lagi di sini. Dalam rekod kami peserta kursus ini masih mengikuti jadual. Mereka akan daftar keluar hari ini pada pukul 2 petang”.

Pekerja hotel tersebut telah menerangkan pada gadis cantik dihadapan kaunter. Qasif Nursofea melafaskan lega. Dia menuju ke kafeteria hotel tersebut.

Hampi 2 jam dia menanti kelibat, Muhammad Ashariff. Tetapi malangnya tetap tidak kelihatan. Dia mahu meninggalkan sahaja meja tadi dimana dijadikan tempatnya untuk menunggu.

Qasif Nursofea berpaling melihat kepada kumpulan yang agak ramai dan dia seolah kenali akan susuk tubuh yang mengenakan baju uniform syarikat terbabit. Qasif Nursofea lantas berlari kepada kumpulan tersebut.

“Ashariff? Ashariff?!,” dia memanggil akan nama, Muhammad Ashariff di dalam kumpulan manusia yang memakai uniform yang sama.

Muhammad Ashariff tidak menyedari akan kelibat seseroang yang sedang mengintai mencaridirinya. Malah suara memanggil nama, Muhammad Ashariff didengari olehseseorang.

“Ashariff,ada orang panggil awak lah!,” seorang daripada peserta kursus yang berada dihadapan,Muhammad Asharif memberitahunya dan dengan pantas mata, Muhammad Ashariff mencari kelibat manusia yang sedang memanggilnya. Dia ternampak akan seseorangyang amat dia harapkan.

Muhammad Ashariff menarik lengan gadis yang memakai baju berlengan panjang. “Sofea, apaawak buat dekat sini?,” Muhammad Ashariff kehairanan. Dalam kehairanannya ada sedikit perasaan gembira yang dipalit dalam keresahan.

“Ashariff,maafkan saya. Saya tak patut marahkan awak. Maksud saya… saya tak boleh buat awak macam semalam. Saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf. Saya bingung…! Sebab itulah saya datang sini cari awak!” tanpa disedari, Qasif Nursofea menggenggamjari-jemari, Muhammad Ashariff dengan kuat.

“Syh!Awak kata awak tak marahkan saya… ni kata awak marah pulak. Macam mana ni?,”Muhammad Ashariff memintas percakapan, Qasif Nursofea dengan sempat dia mengenakan Qasif Nursofea.

“Isyh! Awak ni orang cakap betul dia main-main pulak. Orang cakap betullah!,” Qasif Nursofea mencubit perut, Muhammad Ashariff.

Lantas,Muhammad Ashariff menunjukkan reaksi sakit pada perutnya. Perlakuan merekadapat dilihat oleh, Fikri. Muhamad Ashariff mengajak gadis itu mengikutnya menuju ke kefeteria untuk menjamu selera.

Muhammad Ashariff menuju ke arah meja makan yang dipilih oleh, Fikri. “Sofea, kenalkan ini, Fikri… rakan tempat kerja saya dekat, Kerteh.

“Fikri,aku kenalkan… inilah Sofea” Fikri dan Qasif Nursofea berjabat tangan tanda perkenalan. Muhammad Ashariff mengambil minuman untuk, Qasif Nursofea yang kini berada di sebelah kiri badannya.

“Riff,aku naik atas dulu. Nak ambil beg. Nak aku ambilkan sekali tak beg kau?,” tanya,Fikri kepada sahabat baiknya, Muhammad Ashariff.

“Ha…boleh jugak. Aku tunggu kau dekat sini je. Terima kasih, Fikri”.

“Awak nak balik hari ni jugak ke? Taknak jalan-jalan dulu dekat KL? Ambik angin bandar,” Qasif Nursofea memberikan pelawaan kepada lelaki disebelahnya. Dalam hatinya kini ingin sekali tidak mahu membenarkan lelaki yang berada disebelahnya itu pulang.

“Takkot.Lagipun, saya datang dengan kawan-kawan saya,” jawab, Muhammad Ashariff yang kini mula menjamah makanan.

“Awak berdua je dengan, Fikri?,” tanya Qasif Nursofea lagi.

“Eh,taklah. Kami semua bertiga. Ada jugak yang datang dengan driver company”.

Fikri yang tadi naik ke tingkat atas untuk mengambil beg kini sudah turun dan duduk kembali di tempat duduknya berhadapan dengan, Muhammad Ashariff.

 

Announcement! Diminta semua menyerahkan kunci bilik. Peserta juga boleh mula meninggalkan tempat ini. Kereta sudah punberada di luar lobi bagi yang menaiki kenderaan jabatan. Terima kasih” Qasif Nursofea serta yang lain masing-masing mendengar pengumuman daripada urusetia yang bertugas.

“Okeylah,Sofea. Nampaknya… setakat ini saja pertemuan kita. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. Eh sorry… kalau ada rezeki… ada masa kita jumpa lagi,” Muhammad Ashariff seakan serik menggunakan perkataan jodoh dihadapan, Qasif Nursofea.

Berat juga hati Muhammad Ashariff untuk meninggalkan gadis dihadapannya itu yang asyik memandang ekoran matanya. Qasif Nursofea, hanya membalas dengan senyuman.

“Nanti!”Langkah, Muhammad Ashariff dan Fikri terhenti. “Saya boleh hantar awak!,” Qasif Nursofea memperbetulkan ayat percakapannya. “Saya nak hantar awak. Tak salahkan??Dan… saya boleh hantar awak juga, Fikri?”.

“Apa?,”Muhammad Ashariff terkejut mendengar perlawaan, Qasif Nur Sofea.

It’s okay bro… aku naik kereta jabatan je. Kau baliklah dengan, Sofea. Boleh dating lama sikit. Lagipun kau cuti kan esok sampai hari apa erk?,” Fikri mencelah seakan mahu memberikan ruang kepada sahabat baiknya itu bersama seorang perempuan yang sangat dipuja oleh, Muhammad Ashariff.

“Aku cuti 3 hari. Eh… biar betul. Betul ke ni bro?,” tanya, Muhammad Ashariff inginkan kepastian.

“Alaa…bukannya aku sorang. Okeylah… aku blah dulu. Okay, Sofea kita jumpa lagi” Qasif Nursofea hanya mengangguk dan menyambut tangan, Fikri untuk salam perpisahan.

“Fikri,kenapa awak tak drive kereta,Ashariff je? Nanti takkanlah kita nak naik kereta asing-asing pulakkan, Ashariff?,” Qasif Nursofea teringat bahawa, Muhammad Ashariff membawa keretanya sendiri.

“Ha’ah lah! Kau naik kereta aku. Aku tumpang, Fea,” Muhammad Ashariff memberi cadangan kepada, Fikri. Fikri hanya menurut.

 

Sewaktu di dalam kereta, Muhammad Ashariff yang seolah bingung hanya memilih untuk mendiamkan diri.

“Kenapaawak diam je ni? Tak selesa ke balik dengan saya? Kalau awak tak sudi… awakboleh call, Fikri suruh dia tunggu dekat mana-mana. Saya boleh hantarkan,” kata, Qasif Nursofea yang seakan meneka.

MuhammadAshariff menggelengkan kepala dan ketawa kecil. Qasif Nursofea menghentikan kereta mewahnya kepada lampu isyarat merah.

“Bukan…apa pulak saya tak selesa. Selesa sangat. Tapi… macam kelakar je, dan saya”.“Dan saya pening? Itukan yang awak nak cakapkan dekat saya?” Mereka ketawa.Qasif Nursofea amat mengetahui apa yang hendak dikatakan oleh lelaki segak itu.

“Eh! Kita nak ke mana ni?,” tanya, Muhammad Ashariff apabila melihat, Qasif Nursofea membelokkan kereta mewah miliknya memasuki jalan, Damansara.

“Pergi rumah sayalah. Takkan saya nak pergi sehelai sepinggang je? Nak singgah ambil baju dulu. Boleh?,” soal Qasif Nursofea pula.

MuhammadAshariff yang menikmati panorama indah di kawasan, Damansara kembali tenang.

Banglo mewah di hadapan, Muhammad Ashariff kini. Dia seakan terkejut melihat kediaman mewah yang menempatkan seorang gadis cantik yang bernama, Qasif Nursofea.

Marilah masuk dulu. Minum dulu ke? Makan ke?,” ajak, Qasif Nursofea kepada lelakitampan itu.

“Eh, takpe lah, Fea! Nanti apa pulak kata orang? Lagipun kita berdua je kan?”.

Qasif Nursofea cuma membalas dengan senyuman apabila mendengar penolakan, Muhammad Ashariff.“Apa pulak? Kan saya dah cakap pembantu rumah saya ada dengan saya. Dia ada dekat dalam lah! Lagipun… kalau awak nak tahu… tak ada siapa pun dekat sini yang nak ambil kisah pasal kita tau! Mana ada orangnya dekat kawasan rumah saya ni.Dah jom masuk”

Muhammad Ashariff hanya menurutkan sahaja perlawaan, Qasif Nursofea.Muhammad Ashariff duduk di atas sofa empuk di ruang tamu mewah rumah, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea mengarahkan, Riyanti supaya menyediakan air dan menghidangkan makanan tengahari.

Qasif Nursofea menaiki tangga menuju ke tingkat 3 untuk ke kamarnya bagi mengambil baju untuk pergi ke, Kuala Terengganu. Dia bersama, Muhammad Ashariff akan menuju ke Kuala Terengganu sebentar lagi.

 

Muhammad Ashariff melihat gambar-gambar yang tersusun kemas di atas alamari rendah yang berada di kediaman mewah itu. Berdirinya, Muhammad Ashariff dan melihat satu persatu gambar yang telah dibingkaikan.

“Hey!Tengok apa tu?,” teguran, Qasif Nursofea sangat memeranjatkan, Muhammad Ashariff.

“Eh,Sofea. Erm takde apa-apa. Saya cuma tengok gambar dekat sini”.

Qasif Nursofea melangkah pergi ke tempat di mana lelaki itu berdiri. “Ni semua gambar family saya,” lalu dicapai, Qasif Nursofea satu bingkal gambar. Lantas ditunjukkan kepada, Muhammad Ashariff.

“Inilah mama saya… ini pulak babah” Muhammad Ashariff mengambil bingkai gambar yang dipegang oleh gadis cantik itu. “Cantik mama awak” Qasif Nursofea mengangguk kepala.

“Iye,memang itulah orang akan cakap bila berjumpa dengan dia. Malah, orang selalu menganggap dia kakak kepada anak-anak dia. Actuallymama I ni convert. Dulunya serani,” beritahu, Qasif Nursofea.

“Ohyeke? Patutlah cantik!,” puji, Muhammad Ashariff.

“Non,makanannya sudah terhidang” Mereka berdua menuju ke arah tempat hidangan.Mereka makan berdua. Disediakan ayam masak merah, sotong masak kunyit sertanasi putih.

Setelah selesai menjamu selera, kini mereka sudah bersedia untuk memulakan perjalanan kedestinasi perjalanan yang jauh.

“Nah,”Qasif Nursofea menyerahkan kunci kereta yang mereka naiki tadi kepada, Muhammad Ashariff.

“Oh,nak saya drive?,” soal, Muhammad Ashariff.

“Sudah tentulah cik abang oi! Takkanlah orang perempuan yang nak bawak kereta bilaada lelaki dekat sebelah? Tak macholah!,” jawab Qasif Nursofea bersahaja.

Mereka berdua memasuki ke dalam perut kereta mewah itu. Dihidupkan enjin serta memulakan pemanduan. Kereta mercedec sport berwarna putih itu tampak segak apabila dua orang muda menaikinya.

“Fea, nak apa-apa tak? Abang nak berhenti beli jajan,” Muhammad Ashariff menanyakan pada, Qasif Nursofea yang sibuk mencari sesuatu di dalam tas tangan di atas ribaannya.

Tiba-tiba dibesarkan kelopak matanya yang dihiasi bulu mata yang panjang serta lentik kepada, Muhammad Ashariff. Lantas, Muhammad Ashariff ketawa setelah melihat perbuatan,Qasif Nursofea.

“Apadia?,” tanya, Muhammad Ashariff sambil ketawa kecil.

“Amboi! Merenyamnya! Abang konon! Uwek,” Qasif Nursofea sengaja melakukan aksi geli dan bunyikan seolah orang yang mual.

“Eh,apa pulak? Bukan ke tadi orang tu yang jugak panggil kita abang? Tak gitu?,”Seloroh, Muhammad Ashariff lagi.

Qasif Nursofea hanya menggelengkan kepala dan ingin ketawa tetapi ditahannya. “Ei! Entah apa entah! Perasan betul!,” kata, Qasif Nursofea sambil ketawa kecil.

Muhammad Ashariff menghentikan kereta untuk menuju ke kedai serbaneka 24 jam. “Ha…tolong belikan saya asam ye. Nanti kang… nak termuntah lagi” Muhammad Asharifff hanya ketawa lalu ditutupnya pintu kereta.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia