Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 26

Qasif Nursofea memakai baju yang diberikan oleh, Muhammad Ashariff serta memakai selendang yang turut diberikan oleh, Muhammad Ashariff semasa kali pertama dia berjumpa dengan ahli keluarga lelaki itu. Qasif Nursofea begitu gembira apabila munculnya hari ini.

Qasif Nursofea menuruni anak tangga banglo mewah itu. Perubahan, Qasif Nursofea terutama sekali pada pakaiannya dapat dilihat oleh, Riyanti pembantu rumahnya kini.

“Wah! Cantik bangat non hari ni. Non mahu ke mana?,” tegur, Riyanti kepada majikannya itu yang tampak begitu ceria.

“Saya hari ni nak pergi jumpa kakak dan abang saya,” beritahu, Qasif Nursofea kepada Riyanti. “Benar??,” tanya Riyanti seolah terkejut dengan pengkhabaran majikannya itu. “Betul! Hari ini ada pengagihan harta yang telah diwasiatkan oleh arwah babah. So, hari ini jugaklah saya dapat jumpa dia orang. Yang paling penting saya nak bagitahu dia orang berita paling gembira,” terang, Qasif Nursofea sambil menghabisi anak tangga yang dituruninya.

“Non, mari makan sarapannya dahulu” Qasif Nursofea hanya memberikan isyarat tangan menolak pelawaan, Riyanti.

 “Abang, hari ini adalah hari paling gembira buat, Fea. Sebab, Fea akan jumpa kakak dengan, Abang Aish,” pesanan ringkas dihantar ke telefon bimbit, Muhammad Ashariff sewaktu hendak memulakan pemanduannya. Tetapi, Muhammad Ashariff tidak membalasnya kerana masih lagi bertugas di platform.

 

Qasif Nursofea menaiki anak tangga syarikat guaman yang telah dilantik oleh arwah babahnya. “Assalamualaikum,” Qasif Nursofea memberikan salam kepada seorang gadis muda yang berada di kaunter pertanyaan pejabat guaman tersebut.

“Waalaikumussalam. Iye cik, boleh saya bantu?,” tanya gadis dihadapan, Qasif Nursofea kini. “Ye, saya ada terima call daripada firma ini untuk pengangihan harta,” maklum, Qasif Nursofea.

“Boleh cik bagitahu saya siapa nama anak guaman kami?,” pinta pekerja tersebut. “Dato’Dr.  Darwish Bin Mohamad”. “Ok, sekejap ye. saya nak check dulu” Qasif Nursofea hanya mengangguk.

“Anak guaman kami yang dinyatakan di sini ialah, Dato’ Dr. Darwish Bin Mohamad bersama isteri beliau, Datin Dr. Maria Binti Abdullah. Boleh cik berikan saya kad pengenalan?,” minta pekerja itu pula.

Qasif Nursofea menghulurkan kad pengenalan yang diminta oleh gadis dihadapannya. “Okay cik. Mari ikut saya,” ajak pekerja itu.

Qasif Nursofea mengatur langkah mengikuti gadis di hadapannya kini. “Silakan masuk cik,”arah gadis itu lagi. Qasif Nursofea hanya mengatur langkah dan di hadapnnya kini adalah saudaranya yang lain. Dihulurkan tangan untuk bersalam tetapi gagal untuk dibalas.

Perbuatan mereka tidak dilihat oleh peguam yang bertugas kerana sibuk menyemak dokumen yang telah diamanahkan. Qasif Nursofea hanya membiarkan perkara itu. Mereka hanya membatukan diri sehingga peguam yang diamanahkan itu bersuara.

“Assalamualaikum semua dan terima kasih kerana datang berkumpul pada hari ini bagi memudahkan saya menyelesaikan urusan yang telah diamanahkan oleh kedua-dua arwah,” ucap peguamitu.

Peguam yang ditugaskan menyambung bicaranya lagi. “Boleh saya mengesahkan kembali di hadapan saya ini adalah anak-anak arwah yang telah diwasiatkan?” Semua yang berada di situ mempersetujui. Kini, peguam itu menjalankan amanahnya sehingga selesai.

“Saya nak tanya kepada tuan peguam,” kini, Aish Irfan bersuara. “Ye? Teruskan,” peguam itu membenarkan. “Adakah boleh kalau saya sebagai anak sulung arwah membuat pindaan pada wasiat kedua-dua arwah?,” soal, Aisy Irfan mahukan kepastian.

“Maafkan saya, Encik Aish Irfan. Segala pindaan hanya boleh dibuat pada harta yang encik miliki hari ni sahaja, tetapi bukan membuat pindaan pada harta yang telah diamanah kanoleh pemilik,” terang peguam itu.

Aish Irfan seperti tidak berpuas hati. “Tapi tuan peguam, masalah sekarang ada seorang yang tidak berhak memiliki harta arwah ibu bapa kami!,” tegas, Aish Irfan.

“Boleh saya tahu maksud, Encik Aisy Irfan? Dalam pengetahuan saya, segala amanah yang diwasiatkan adalah hanya untuk anak-anak arwah dan juga menantu. Segala aset,wang simpanan si mati hanya diamanahkan untuk anak-anak beliau dan menantu. Tak ada orang luar yang telah diwasiatkan,” jelas peguam yang diamanahkan itu.

“Maksud abang saya ni tuan peguam adalah, perempuan ni tak layak terima apa-apa bahagian sekali pun pada harta-harta mak bapak kami!,” sahut, Qasif Nur Ain dengan amarah.

“Astaghfirullahhal’azim! Apa yang dimaksudkan oleh kalian?,” soal peguam itu lagi. Kini, Aish Irfan bersuara. “Dialah yang menyebabkan mak bapak kami meninggal! Takkan tuan peguamtak pelik?! Pada masa yang sama je, kedua-dua arwah meninggal serentak!”.

“Abang! Setiap yang terjadi adalah takdir!,” tegas, Qasif Nursofea dalam bicaranya ketika ini. “Aik! Dah pandai sebut pasal takdir? Dengar sini baik-baik, Fea! Engkaulah penyebab segalanya!!,” tengking, Aish Irfan.

“Apa yang, Fea dah buat sebenarnya??! Boleh tak abang atau kakak bagitahu, Fea apayang, Fea dah buat?! Sampai sekarang, Fea tak dapat jawapan! Kenapa semua orang salahkan, Fea atas kematian mama dan babah? Tolong jawab!,” Qasif Nursofea seolah tidak dapat mengawal lagi perasaannya apabila dia sering dikaitkan dengan pemergian kedua orang tua mereka.

Aish Irfan bangun dari tempat duduknya sehingga mahu menyentuh pipi, Qasif Nursofea dengan laju. Qasif Nursofea sempat mengelak.

“Sudah! Cukup! Sila bertenang dan hormati wasiat arwah!,” kini peguam yang diamanahkan pula bersuara untuk meredakan keadaan.

“Walau apa pun alasan anda semua keputusan yang dibuat tetap tidak boleh diubah. Saya sebutkan di sini, Qasif Nursofea juga adalah pewaris yang berhak keatas harta yang telah diagihkan! Saya hanya menjalankan tugas. Saya mahu anda semua menandatangani surat yang telah disediakan!,” tegas peguam itu. Mereka hanya menurut perintah peguam tersebut.

Selesai sudah upacara pembacaan wasiat dan pengagihan harta. Qasif Nursofea memiliki rumah yang dia tinggal sekarang beserta kesemua jumlah wang simpanan beserta pemegang saham 60 % pada syarikat pembekalan ubat yang dimiliki oleh arwah babah serta mamanya. Dia dipilih sebagai pemegang saham utama kerana faktor pemilihan kepakaran dimana, Qasif Nursofea merupakan mengikut aliran ibu dan bapanya iaitu di dalam bidang perubatan. Qasif Nursofea lebih pakar dalam bidang tersebut berbanding adik-beradiknya yang lain. Tetapi, Aish Irfan juga memperolehi nilai harta yang lebih besar kerana hak dia yang merupakan seorang anak lelaki sulung keluarga itu.

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia