Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 61

“Letak minyak ni dekat kaki kamu tu. Masa letak minyak ni selawat 3 kali,” beritahu,Pak Mullia kepada anaknya, Muhammad Ashariff. Anaknya itu hanya menurut perintah.

“Kalau kamu teringatkan isteri kamu tu… telefonlah dia. Suruh dia datang sini. Bukan jauh mana pun kalau dia nak ulang alik dari rumah ni ke hospital tempat kerja dia tu,” cadang, Pak Mullia kepada renungan, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff terkesima mendengar cadangan ayahnya, Pak Mullia. “Apa pulak rindunya,ayah… tak sampai sehari pun duduk dekat sini. Takkanlah dah rindu. Kenapa? Ayah kalau tak tengok muka mak sekejap pun, ayah dah rindu ke?,” usik, Muhammad Ashariffkepada, Pak Mullia yang duduk di kerusi di ruang tamu tingkat bawah.

“Ayah bukan rindu mak kamu. Tapi kalau tak jumpa mak kamu sehari telinga ni kena galilah.Tersumbat sebab takde sound yang nakmemekik,” mereka dua beranak ketawa mengenangkan sikap, Mak Zainab yang selalu membebel.

“Riff,ajak ayah kamu tu datang makan,” panggil, Mak Zainab yang telah siap menghidangkan makanan di hadapan bilik, Muhammad Ashariff. “Ha, jom lekas. Nanti bertambah bunyinya lagi mak kamu tu,” ajak, Pak Mullia kepada anak lelaki bongsunya itu.

Muhammad Ashariff yang mahu mengikuti langkah, Pak Mullia terhenti apabila terdengar bunyi deringan whatsapp miliknya.Lalu dicapai telefon bimbitnya dan melihat nama, Qasif Nursofea terpapar diskrin telefon bimbit tersebut.

Ada garisan senyuman terukir di bibir, Muhammad Ashariff. Lalu, membacanya akan kiriman pesanan ringkas yang dihantar oleh isterinya.

QasifNursofea : “Kaki abang macam mana? Sakit tak? Dah makan?”

“Riff,Mari makan nasi ni cepat… nanti sejuk pulak lauk-lauk ni. Lepas makan boleh makan ubat,” panggil lagi, Mak Zainab. “Ye… ye. Nak pergilah ni. Argh! Kejap lagilah aku reply,” ngomel, Muhammad Ashariff seorang diri selepas menyahut panggilan, Mak Zainab.

Qasif Nursofea masih menunggu suaminya membalas kiriman pesanan ringkas whatsapp. Tetapi tidak juga muncul.Qasif Nursofea merasakan sedikit hampa. Qasif Nursofea meneruskan lagi ucapan melaui sistem perkhidmatan ringkas itu.

Sofea: Fea tidur dulu. Good night, sayang”.

Selesai sahaja makan malam, Muhammad Ashariff menuju masuk ke dalam bilik untuk menjawab pesanan ringkas yang dihantar oleh isterinya. Sebaik sahaja mahu membalas, Muhammad Ashariff membaca pesanan ringkas terakhir yang telah dihantar oleh, Qasif Nursofea.Dia membatalkan hasratnya.

 

Berbaring lesu tubuh, Qasif Nursofea. Entah kenapa masih lagi dia tidak dapat melelapkan mata walaupun pelbagai cara baringan dilakukan. Daripada tidur di dalam gelap sehinggalah didalam cerah, tetapi sama sahaja tidak dapat melelapkan matanya.

Qasif Nursofea bangun dari katil. Dia melangkah keluar dan menuju ke bilik sebelah.Bilik yang menjadi tempat tidur, Muhammad Ashariff.

Membuka lampu bilik itu, lantas berjalan ke arah katil yang menjadi tempat pembaringan suaminya, Muhammad Ashariff. Dia mengambil bantal empuk milik, Muhammad Ashariff lalu diciumnya.Masih lagi meniggalkan bau wangi badan suaminya.

Terasa amat syahdu pada benak rindu yang tidak dibalas. Terasa hangat air mata yang mengalir di pipi, Qasif Nursofea. Tidak mahu terus melayan perasaan rindu yang melampau,dia memilih untuk beradu di dalam kamar itu.

 

Seperti kebiasaan, Pak Mullia bersama, Mak Zainab akan pergi ke pasar untuk membeli lauk-lauk segar untuk dimasak. “Nab, nak pergi mana tu?,” tanya, Pak Mullia. “Awak pergilah beli santan dekat sana dulu. Saya nak pergi beli sayur dekat sana kejap,”Mak zainab menyusun langkah setelah memberitahu, Pak Mullia. Tetapi bukanlah untuknya membeli sayur seperti yang diperkatakan.

“Fiza,”tegur, Mak Zainab kepada susuk tubuh yang berdiri di sebuah gerai. “Eh, mak cik,datang sorang je ke?,” tegur pula, Fiza.

“Taklah.Mak cik datang dengan pak cik. Rajin ye, Fiza datang pasar ni?,” tegur, Mak Zainab mesra sambil melihat, Fiza yang tampak ayu memakai baju kurung biruserta dipadankan pula dengan tudung berwarna biru muda.

“Oh,Fiza memang selalu datang pasar kalau cuti. Fiza, masak dekat rumah,” jawab,Fiza. Pergi, Fiza ke pasar adalah bersebab. Fiza mahu pastikan bahawa rancangannya bersama, Hakimi akan berjaya.

Fiza juga tahu bahawa, Mak Zainab akan selalu datang ke pasar. Maka, kerjanya semakin mudah mudah untuk terus menghasut, Mak Zainab.

“Saya dengar, Ashariff patah kaki ye, mak cik?” tanya, Fiza. “Ye. Kakinya patah sebab jatuh pokok,” jawab, Mak Zainab dengan mesra.

“Ya Allah! Teruk ke? Sebab dah lama saya tak jumpa dia. Lagipun… sejak dia kahwin saya langsung tak sempat lagi nak borak dengan dia, mak cik,” beritahu, Fiza yang hendak memulakan langkah jahatnya.

“Kalau dah macam tu jomlah pergi ke rumah, mak cik. Lagipun sekarang ni, mak cik yang jaga dia,” pelawa, Mak Zainab dengan nada yang lembut. “Kalau macam tu… ye lah. Bolehlah saya pergi ke rumah, mak cik,” Fiza bersetuju dengan pelawaan, Mak Zainab.

Mak Zainab kini melangkah pergi ke arah, Pak Mullia yang sedang memilih ikan segar.“Banyaknya awak beli barang hari ni, Nab? Padahal kita  tiga beranak je yang nak makannya,”  tegur, Pak Mullia yang melihat akan barang yang telah dibeli oleh isterinya, Mak Zainab.

“Hari ni ada tetamu yang nak datang. Sebab tu saya nak masak lebih sikit” “Siapa pulak yang nak datang? Menantu kita ke?” tanya pula, Pak Mullia.

“Eh…awak ni! Dah takde orang lain lagi ke yang boleh datang dekat rumah kita selain menantu doktor awak tu?” Pak Mullia tidak mengendahkan pertanyaan, Mak Zainab.Kini, Pak Mullia hanya tekun pada pemanduan kereta yang dipandunya.

Setelah sampai di halaman luar rumah, Pak Mullia dan Mak Zainab membawa masuk barang-barang ke dalam dapur. Tiba-tiba kedengaran sebuah kereta memasuki halaman rumah, Mak Zainab dan Pak Mullia.

Mak Zainab mengesyaki bahawa, Fiza sudah tiba. Tanpa disangkal lagi memang tepat.Fiza tiba tepat pada waktunya. “Ha,, inilah tetamu kita,” Mak Zainab memperkenalkan, Fiza kepada suaminya, Pak Mullia.

Pak Mullia mulai hairan dengan tetamunya itu. Fiza yang diperkenalkan oleh isterinya, Mak Zainab tidak pernah pula dia kenali sebelum ini.

“Saya ni kawan sekerja, Ashariff pak cik,” Fiza memulakan bicara dengan, Pak Mullia.“Oh. Datang sorang je lah ni ye?,” mesra sahaja, Pak Mullia menegur, Fiza. “Ye.Belum kahwin lagi… jadi datang soranglah dulu,” jawab, Fiza dengan sopan.

“Fiza,mari mak cik tunjukkan bilik, Ashariff,” tanpa memberitahu, Muhammad Ashariff terlebih dahulu, Mak Zainab kini membuka pintu bilik anaknya. Mak Zainab meninggalkan Fiza dengan Muhammad Ashariff berdua di situ. 

Previous: Bab 60
Next: Bab 62

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia