Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 72

Qasif Nursofea bersiap, mengenakan blaus putih bersama skirt labuh bercorak, berwarna merah. Menyediakan makanan yang telah siap dimasukkan ke dalam mangkuk tingkat.

Makanan tengahari disediakan olehnya. Siap sedia untuk dihantar kepada suami. Qasif Nursofea telah memaklumkan kepada Muhammad Ashariff terlebih dahulu.

Qasif Nursofea memulakan perjalanan meredah panas terik. Panas terik tidak dirasakan olehnya kerana kesan sejuk dari penghawa dingin kereta yang dipandu.

“Abang,Fea dah sampai,” beritahunya melalui perbualan telefon. “Okey, kejap lagi abang keluar. Tunggu dekat kafe” “Fikri, jom makan,” ajak, Muhammad Ashariff yang menutup kembali helain akhbar yang dibacanya pada waktu rehat. “Nak makan dekat mana?,”tanya, Fikri kepada, Muhammad Ashariff.

“Inihari special punya. Jom!,” jawab, MuhammadAshariff dalam dialek seperti mamak. Hakimi yang berada di situ seolah dapat menghidu kata-kata, Muhammad Ashariff. Hakimi mengekori langkah, Fikri dan Muhammad Ashariff tanpa disedari oleh mereka berdua. Hakimi dapat melihat kelibat, Qasif Nursofea bersama suaminya berserta, Fikri yang duduk bersama di sebuah meja makan yang terdapat di kafeteria. Hakimi merasakan degupan jantung cemburu. Cemburu dirinya membatasi segalanya buat masa ini. Hakimi terus melangkah kaki ketempat duduk di kafeteria tersebut.

“Fuh, nampak sedap ni!,” puji, Fikri setelah melihat hidangan yang dibawa, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea mencedok nasi kepada dua orang lelaki di hadapannya.

“Makan dulu… baru boleh cakap sedap ke tak,” jawab, Qasif Nursofea kepada pujian, Fikri. Muhammad Ashariff dan Fikri mula menyuap makanan ke dalam mulut dan diperhatikan sahaja oleh, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea mengalihkan pandangan matanya kepada seseorang. Qasif Nursofea merasakan ada seseorang yang sedang melihatnya. Renungan, Qasif Nursofea seolah mati dan sejuk dirasakan pada jari-jemarinya kini. Renungan, Qasif Nursofea kini bertemu dengan renungan mata, Hakimi.

Hakimimemandang, Qasif Nursofea dengan senyuman. Qasif Nursofea semakin tidak keruan.Terasa jantungnya mahu gugur, jatuh dan berkecai.

Qasif Nursofea pantas menyusun kembali mangkuk tingkat ke tempat asalnya. Perbuatan,Qasif Nursofea itu dipandang pelik oleh, Muhammad Ashariff dan Fikri. Dua orang lelaki dihadapan, Qasif Nursofea memandang antara satu sama lain dengan pandangan yang pelik.

“Sofea,”Muhammad Ashariff cuba menegur akan tindakan pelik isterinya. Fikri merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Fea nak balik,” Qasif Nursofea melangkah laju menuju ke kenderaan. Muhammad Ashariff tidak membiarkan sahaja sikap pelik isterinya itu. Muhammad Ashariff mengikuti jejak langkah, Qasif Nursofea.

“Fea?!Fea?!,” Muhammad Ashariff dapat memegang bahu isterinya dan lagkah mereka terhenti di situ. “Kenapa ni? Abang dengan Abang Fikri tengah makan kan? Kenapa,Fea tiba-tiba macam ni? Gelabah semacam je!,” Muhammad Ashariff melihat wajah,Qasif Nursofea yang mengalir peluh di dahi.

Fikri hanya memandang dari jauh kelibat tubuh, Muhammad Ashariff bersama Qasif Nursofea. Fikri mengerut dahi. Fikri seolah hairan melihat reaksi, Qasif Nursofea sebentar tadi. Fikri cuba menoleh ke arah belakang dan telihatnya akan, Hakimi yang berada di situ.

Hakimi berpura-pura seolah tidak menyedari apa yang telah berlaku diantara mereka.Hakimi  kini leka menikmati makanan yang dibelinya sambil menekan telefon bimbit. Fikri berfikir tidak mungkin perkaraini berkaitan dengan, Hakimi.

“Fea nak balik. Tiba-tiba perut, Fea sakit,” Qasif Nursofea menekan butang remote di tangan dan pintu keretanya dibuka.

“Kalau,Fea sakit perut… jom abang tunjukkan tandas,” ajak, Muhammad Ashariff. Pelawaan,Muhammad Ashariff ditolak. “Tak… tak… takpe. Fea balik rumah je,” Qasif Nursofea berkata dengan suara sedikit ketar.

Qasif Nursofea terus memasuki ke dalam perut kereta dan memandu laju meninggalkan, MuhammadAshariff yang masih berdiri di situ. Sifat pelik, Qasif Nursofea meninggalkan persoalan di fikiran, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff semakin hairan. Muhammad Ashariff duduk kembali di meja yang menempatkan dia dan Fikri. “Kenapa dengan, Fea tu?,” tanya, Fikri yang masih memandang hairan.

Muhammad Ashariff menggeleng kepala perlahan. “Sakit perut katanya” “Oh… sakit perut orang perempuan kot,” kata, Fiki lagi supaya sifat pelik, Qasif Nursofea dapat berlalu pergi.

“Mungkinlah kot. Eh, kau nak makan apa? Aku belikan je dekat kafe ni,” tanya, Muhammad Ashariff kepada Fikri, memandangkan perut mereka belum cukup diisi.

 

Didalam pemanduan kereta, Qasif Nursofea dihadiri tangisan. Tersedu dia keseorangan yang masih lagi memandu. Qasif Nursofea memberhentikan kereta di isyarat lampu merah.

Air matanya mengalir laju. Terasa lagi getar yang melanda pada hatinya kini. Qasif Nursofea mendengar deringan telefon bimbit di dalam tas tangannya tetapi tidak pula dia endahkan.

Qasif Nursofea mahu meneruskan pemanduannya kembali pulang ke rumah milik, Muhammad Ashariff.Kini tiba dirinya di hadapan rumah. Keluar dirinya dari perut kereta dan mengambil kunci serta membuka pitu dengan getaran di tangan.

Qasif Nursofea menutup pintu utama rumah dan berjalan lemah ke sofa. Duduk tubuhnya yang longlai. Menangis akan dirinya dengan sekuat hati. “Ya Allah! Kenapa diamuncul disaat ini? Aku tak mahu mahligai yang aku bina sekarang hancur denganmasa lalu aku, Ya Allah! Bantulah aku supaya aku dapat keluar dari masalah ini,” Qasif Nursofea menangis lagi.

Qasif Nursofea terdengar bunyian enjin kereta dari luar rumah. Qasif Nursofea mengesat air matanya dan terlihat, Muhammad Ashariff berada di luar. Qasif Nursofea melangkah kaki menuju ke dapur melakukan kerja. Mencuci mangkuk tingkat yang dibawanya sebentar tadi.

“Fea,”Muhammad Ashariff mendapatkan, Qasif Nursofea dan melihat wajah isterinya itu.“Kenapa ni?,” Muhammad Ashariff terlihat sisa air mata di wajah isterinya.

Qasif Nursofea berpaling laju dan meninggalkan suaminya di ruang dapur. Alat kawalanj auh televisyen dicapai olehnya dan menekan siaran televisyen satu persatu.

“Kenapa?Fea sakit ke?,” tanya, Muhammad Ashariff bimbang. “Tak! Fea okey,” jawab, Qasif Nursofea yang masih tidak melihat wajah suaminya. “Kalau okey… kenapa, Fea tinggal abang dengan Fikri macam tu je tadi? abang risau tahu tak?!,” dahi,Qasif Nursofea disentuh, Muhammad Ashariff untuk memastikan isterinya demam ataupun tidak.

Qasif Nursofea menepis lembut akan tangan, Muhammad Ashariff menghalang dari perbuatan baik, Muhammad Ashariff. Muhammad shariff semakin bingung. “Tadi, Fea rasa macam nak termuntah… sakit perut. Itu yang, Fea lari,” Qasif Nursofea mula mencari helah. “Alasan, Fea ni tak masuk akal tahu tak?,” nafi suaminya.

Qasif Nursofea menutup mata dan menghembus nafas perlahan. Tangan suaminya dipegang.“Fea tak sihat… Fea tak tipu abang. Takde sebab lain!,” jelas, Qasif Nursofea.

So?,” pertanyaan, Muhammad Ashariffbelum dijawab lagi oleh, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea memilih untuk baring dengan meletakkan kepala di paha, Muhammad Ashariff.    Muhammad Ashariff memilih untuk tidak meneruskan kata. Muhammad Ashariff membelai rambut isterinya. Tanpa disedari, Muhammad Ashariff air mata isterinya mengalir lagi.

 

Mak Zainab keluar dan melihat sebuah kereta perodua myvi berada di luar rumah. Mak Zainab memberikan senyum lebar apabila melihat kedatangan, Fiza. Fiza bersalam dengan, Mak Zainab dan pipi wanita tua itu dicium mesra olehnya. “Mari masuk,Fiza. Ingatkan siapa pulak yang datang,” ajak, Mak Zainab.

“Kita duduk dekat luar jelah mak cik. Boleh ambik angin,” cadang, Fiza. “Yelah,”cadangan, Fiza disambut baik oleh, Mak Zainab.

“Tadi,Fiza lalu dekat kawasan ni teringat pulak, Fiza dekat mak cik. Ini ada kuih sikit. Fiza beli dekat simpang depan sana,” Fiza menghulurkan kepada, Mak Zainab beg plastik yang diisi dengan kuih yang dibeli olehnya.

“Terima kasih, buat susah-susah je, Fiza ni. Mak cik ada masak kuih seri muka,” beritahu,Mak Zainab pula.

“Wah! Sedapnya!,” kata, Fiza. “Nak tahu sedap ke tidak… jom kita masuk dalam rumah lepastu, Fiza rasa,” Mak Zainab bersama, Fiza melangkah masuk ke dalam rumah.

Mak Zainab memotong kuih seri muka yang dibuat olehnya dan diletakkan ke dalam pinggan untuk dihingkan kepada, Fiza. Mak Zainab menyediakan teh panas untuk,Fiza.

“Erm,sedap. Pandai mak cik buat. Kalau, Fiza tak pandai nak buat kuih ni. Beli, Fiza pandailah!” Mak Zainab tersenyum mendengar, Fiza memuji masakannya. “Alah,biasa je. Kuih orang lama! Kuih orang muda… mak cik tak berapa pandai sangat nak buat. Mak cik anak beranak suka makan kuih ni, itu yang mak cik buat”.

Fiza tersenyum mendengar kata-kata, Mak Zainab. “Ashariff nak balik lah ye?,” Fiza cuba meneka. “Takkot! Rasa mak cik dia kerja kan walaupun hari minggu?,” tanya,Mak Zainab kepada Fiza.

“Kalau dalam jadual, Ashariff dia cuti esok dengan lusa,” beritahu, Fiza. Mak Zainab mengiyakan sahaja apa yang telah diberitahu oleh, Fiza.

“Tambah lagi, Fiza,” suruh, Mak Zainab. “Takpe mak cik. Fiza dah kenyang. Dah banyak dah Fiza makan” Mak Zainab tersenyum dan asyik memandang wajah, Fiza.

“Cantik,Fiza ni. Bila nak kahwin? Dah sesuai sangat dah kalau nak jadi isteri orang mak cik tengok,” kata-kata, Mak Zainab itu membuatkan senyuman, Fiza kian lebar.

“Tak ada siapa yang nakkan, Fiza mak cik. Dulu ada lah. Tapi… nak buat macam mana orang lain yang sambar dulu!,” jawab, Fiza dengan penuh helah.

“Siapa? Boleh mak cik tahu?,” tanya, Mak Zainab ingin tahu. “Takde siapa pun mak cik,”Fiza cuba bermain tarik tali dengan, Mak Zainab.

“Kalau mak cik ada seorang lagi anak lelaki… nak aje mak cik jadikan, Fiza ni menantu” Mahu sahaja air yang diminum oleh, Fiza tersembur keluar. Fiza tersenyum manis.Senyuman yang penuh dengan helah.

“Ada-adaje mak cik. Siapalah yang nakkan, Fiza? Bukannya cantik pun! Lainlah kalau,Sofea menantu mak cik tu! Cantik, gaji besar, kaya” puji, Fiza.

Fiza memandang, Mak Zainab yang mula mencebik bibir. “Herm, itu yang dah, Ashariff suka. Apa lagi yang boleh mak cik cakap! Kalau ikutkan pilihan mak cik… bukan yang macam itu mak cik pilih,” kata-kata, Mak Zainab membuatkan, Fiza gembira.

“Yeke?Tapi… dia cakap mak cik yang berkenan sangat dengan, Sofea. Sebab tu dia tinggalkan,Fiza!,” Fiza cuba membuat helah.

Wajah, Mak Zainab semakin berubah. Berubah mengikut gerak hatinya. “Ashariff cakap macam tu ke??,” soal, Mak Zainab yang tidak berpuas hati.

“Tak! Menantu mak cik lah yang bagitau, Fiza sendiri,” Fiza dapat melihat perubahan sikap, Mak Zainab yang penuh dengan amarah.

“Perasan betul ye! Jadi… hubungan, Fiza dengan Ashariff putus sebabkan dia lah ye??” Fiza mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh, Mak Zainab.

 

Previous: Bab 71
Next: Bab 73

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia