Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 58

Muhammad Ashariff masih lagi tidak mempamerkan senyuman di wajah. “Ini case lain. Aku pun tak tahu nak mula dari mana,” rungut, Muhammad Ashariff yang masih bersandar di katil. “Macam serius je ni? Apa masalah kau?,” soal, Fikri lagi.

“Erm,senang ceritalah kan, If possible I wantgo back to the old life”, Muhammad Ashariff mendengus kecil. “Hoi! Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?,” tempik,Fikri perlahan. “Aku sedar! Dan aku masih waras. Aku baru tahu yang aku belum bersedia hidup di alam rumahtangga,” jawab, Muhammad Ashariff.

“Ya Rabbi! Hey, yang patah kaki kau tau! Bukan otak kau yang patah!,” Qasif Nursofea mendengar perbualan diantara, Muhammad Ashariff bersama, Fikri. Terasa menggigil pada tangannya sewaktu membawa dulang minuman.

Digagahkan juga kakinya untuk melangkah pergi pada suara itu. “Maaf ganggu,” tegur, Qasif Nursofea. “Eh takde apa,” Fikri membalas teguran, Qasif Nursofea.

“Jemput minum abang Fikri. Abang nak air tak?” Muhammad Ashariff hanya menggeleng dan Fikri hanya memerhati akan sikap dingin sahabatnya itu.

“Fea turun bawah dulu,” Qasif Nursofea meminta izin untuk berlalu dari situ. Hanya ekoran mata, Fikri yang menemani, Qasif Nursofea keluar dari bilik itu.

Fikri menghulurkan air minuman kepada, Muhammad Ashariff tetapi ditolak baik. Fikri mangambil minuman dan meminumnya kini. “Aku minta diri dulu. Nanti aku datang lagi jenguk kau” Mereka berjabat tangan.

Fikri menuruni anak tangga dan melihat, Qasif Nursofea yang termenung di ruang tamu di tingkat bawah. “Fea?” Lamunan, Qasif Nursofea terhenti setelah mendengar teguran, Fikri. “Ye. Abang dah nak balik ke?,” tegur, Qasif Nursofea semula kepada susuk tubuh yang berdiri di hadapannya kini.

Fikri hanya mengangguk. Ketika ini, Fikri seolah dapat membaca apa yang tertulis pada riak wajah, Qasif Nursofea . “Kenapa ni? Ada masalah ke?,” tanya, Fikri.

Pada mulanya, Qasif Nursofea hanya menggeleng iaitu menidakkan. “Abang,” panggil,Qasif Nursofea kepada, Fikri yang hendak melangkah pergi.

“Ye,”jawab, Fikri yang kini sedang memerhati akan riak wajah sedih, Qasif Nursofea. “Boleh kita jumpa dekat luar?” Fikri tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan olehkerana status, Qasif Nursofea sekarang.

“Sekejap je. Ada perkara yang, Fea nak cakapkan,” pinta, Qasif Nursofea. Kini, Fikri turut  bersetuju dengan permintaan, QasifNursofea.

Seperti yang dijanjikan, mereka kini berjumpa di sebuah restoran yang terletak di Bandar,Kuala Terengganu. “Ada apa, Fea nak jumpa abang?,” tanya, Fikri yang sedang memerhati wajah, Qasif Nursofea yang hanya melihat air yang terhidang dihadapannya.

“Mungkin,Fea belum cukup kenal suami, Fea. Banyak benda yang, Fea tak tahu tentang,Ashariff. Tujuan utama, Fea berkahwin adalah kerana cinta. Yang kedua, Fea nak hidup bersama lelaki yang, Fea sayang,” Qasif Nursofea tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi. Tanpa disedari air mata bergenang di kelopak matanya yangbundar.

“Syh,hey… jangan menangis. Nanti apa pulak orang cakap bila tengok keadaan, Fea sekarang ni” Qasif Nursofea menyapu air matanya menggunakan tisu muka. “Abang tak tahu apa yang terjadi diantara, Sofea dengan suami. Abang tak boleh nak cakap apa. Abang cuma boleh meneka yang, Ashariff sembunyikan sesuatu” Qasif Nursofea memandang wajah, Fikri setelah mendengar apa yang telah diperkatakanoleh lelaki di hadapannya kini.

“Sembunyikan sesuatu? Apa yang dia sembunyikan? Abang tahu?,” tanya, Qasif Nursofea bersungguh-sungguh ingin tahu. “Abang tak tahu apa punca sebenarnya. Abang rasa,Fea kena tanya, Ashariff sendiri,” cadang, Fikri. Fikri dapat mengesyaki bahawa,Muhammad Ashariff berubah akan sikapnya adalah berpunca daripada, Hakimi.Tetapi, Fikri enggan memberitahu agar hubungan suami isteri itu tidak menjadi semakin keruh.

“Abang tengok kan tadi? Macam mana layanan dia pada, Fea? Macam mana, Fea nak buka mulut tanya pada dia, abang? Sedangkan… muka, Fea pun taknak dia pandang,” airmata, Qasif Nursofea tidak dapat dikawal lagi. Tumpah jua akhirnya.

 

Pertemuan diantara, Qasif Nursofea dengan Fikri masih juga tidak menemui jawapan. Qasif Nursofea merenung cincin dijari manisnya. Menangisnya di dalam kereta sendirian.

“Mana,Sofea?,” tanya Muhammad Ashariff kepada Riyanti sewaktu menghantar makanan. “Maaf ye, tuan. Saya tak tahu mana non pergi,” jawab, Riyanti. “Dia tak tinggal pesan?”Riyanti hanya menggeleng. “Melampau!,” kata, Muhammad Ashariff perlahan di kamar.

Qasif Nursofea membuka pintu hadapan ruang tamu sewaktu tibanya dia di rumah. Qasif Nursofea memandang, Muhammad Ashariff yang berdiri dengan tongkat di sisi. Muhammad Ashariff berdiri di atas tangga. Qasif Nursofea berjalan dan tidak menegur akan,Muhammad Ashariff yang sedang memandangnya. Qasif Nursofea terus melangkah kaki menaiki tangga melintasi suaminya di situ.

“Sofea?Sofea?!,” Qasif Nursofea mendengar panggilan suaminya dari luar bilik. Qasif Nursofea melangkah pergi ke pintu dan membukanya. Melihat, Muhammad  Ashariff berdiri dengan mata membulat.

“Pergi mana?,” tanya, Muhammad Ashariff serius. “Fea… Fea pergi ke kedai,” Qasif Nursofea turut menghadiahkan senyuman kelat kepada suaminya, Muhammad Ashariff.

“Kedai??,”Muhammad Ashariff menyandar tangan di dinding pintu. Muhammad Ashariff menyambung lagi bicaranya. Kali ini lebih lantang. “Tak boleh ke kalau kau cakap benar dengan aku?? Yang kau nak bohong tu apasal?? Aku ni laki kau tau!”.

Qasif Nursofea terperajat mendengar lontaran suara, Muhammad Ashariff beserta ayat yang disebutkan. “Fea tak ke mana-mana pun, abang,” jawab, Qasif Nursofea tanpa memandang ke arah suaminya.

“Kau ajak, Fikri keluar kan?” Kini, Qasif Nursofea membulatkan mata di hadapan, Muhammad Ashariff. “Ye, Fea keluar dengan dia. Fea cuma…”.

“Cuma apa? Cuma apa? Cuma ni? Ha? Kau nak lakukan ini kan??,” Muhammad Ashariff menolak, Qasif Nursofea sedikit demi sedikit dan menolak isterinya hingga jatuhdi atas katil. Muhammad Ashariff merentap baju, Qasif Nursofea sehingga butangbaju, Qasif Nursofea tertanggal sehingga ternampak susuk tubuh gebunya.

“Abang!!,”Qasif Nursofea dengan tidak sengaja menolak tubuh, Muhammad Ashariff sehingga terjatuh. Qasif Nursofea menangis. Qasif Nursofea sempat melihat suaminya rebahdan menjerit sakit pada bahagian kaki.

“Maafkan,Fea. Fea tak sengaja,” Qasif Nursofea bangun mendapatkan, Muhammad Ashariff. Suaminya menolak dirinya. Hendak sahaja, Muhammad Ashariff bangun, tetapi terhalang kerana pautan isterinya.

“Kenapa abang buat macam ni?? Mana kasih sayang abang pada, Fea? Fea tak buat macam tu.Fea bersumpah, Fea tak buat macam tu,” Qasif Nursofea merayu dengan tangisanyang esak. Tangannya kemas merangkul dan memeluk tapak kaki suaminya.

Qasif Nursofea menangis lagi sehingga tersungkur wajahnya di lantai dan merasakan lemah di bahagian kaki suaminya. Muhammad Ashariff kini sekali lagi menolak,Qasif Nursofea. Bangun dirinya dan meninggalkan Qasif Nursofea yang masih menangis di lantai bilik.

“Argh……………!!!,”Muhammad Ashariff melepaskan geram. Air mata, Muhammad Ashariff menitis. Merasakanserba salah. Hendak sahaja pergi semula mendapatkan isterinya, tetapi kerana gambaritu membuatkan, Muhammad Ashariff membatalkan hasratnya.

Muhammad Ashariff mencapai sampul dan melihat gambar-gambar itu sekali lagi. Muhammad Ashariff membaling gambar-gambar itu dan bertaburan di dalam biliknya. Gambar yang telah meragukan cintanya pada isterinya sendiri. “Aku benci Fiza! Hina, Fiza sebab kelakuan sumbang dia dengan, Hakimi! Sekarang??!! Bini aku sendiri adalah bekas,Hakimi!,” rungut, Muhammad Ashariff dengan air mata di pipi. Meramas geram gambar-gambar itu.

Qasif Nursofea berbaring lesu di dalam kamar. Riyanti mendengar perbalahan di antara dua majikannya itu. “Apa yang berlaku? Waduh,” Riyanti tidak keruan dan mundar mandir di ruang dapur.

Qasif Nursofea bangun dan keluar dari bilik. Melihat bilik, Muhammad Ashariff yang masih bercahaya. Menandakan suaminya itu belum tidur. Berjalan, Qasif Nursofea di hadapan kamar, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea tidak lagi tahu apakah yangharus dilakukannya lagi  selepas kejadian petang tadi. Qasif Nursofea berlalu pergi dari pintu bilik, Muhammad Ashariff.

Kedengaran pintu bilik, Muhammad Ashariff dibuka. Qasif Nursofea menghentikan langkah dan melihat ke arah itu.

“Sofea,”Qasif Nursofea memandang, Muhammad Ashariff dan mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku. Pengharapan seperti seorang isteri yang lain mahukan belaian dan pujukan.

Muhammad Ashariff berjalan dengan di temani tongkat dan merapatkan dirinya dengan isterinya. Lantas tubuh, Qasif Nursofea dipeluk kuat oleh, Muhammad Ashariff.

“Maafkan abang” Qasif Nursofea mendengar kata-kata yang lahir daripada, Muhammad Ashariff dan memejamkan mata tanda hilang lah resah di dalam dadanya kini.

Qasif Nursofea membalas pelukan lelaki itu. Tangisannya mengiringi pelukan suami isteri di situ. Muhammad Ashariff mencium dahi, Qasif Nursofea. “Abang jangan buat, Fea macam ni lagi” Muhammad Ashariff hanya diam membisu dan memerhatimata, Qsif Nursofea yang masih menakungkan air mata.

Pada malam itu, Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff sekali lagi menjalankan tanggungjawab sebagai  suami isteri.Muhammad Ashariff memandang wajah isterinya yang nyenyak tidur di dalam dakapannya. “Maafkan abang, sayang,” Muhammad Ashariff mencium dahi, Qasif Nursofea sekali lagi.

Qasif Nursofea membuka mata. Ucapan maaf dan pelukan itu hanyalah mimpi. Hanyalah bayangan mimpi yang sangat didambakan olehnya. Qasif Nursofea tersedar akan perang dingin antaranya dengan suami masih berlaku hingga kini. Bangun tubuhnya yang masih berada di atas tilam empuk.

 

Previous: Bab 57
Next: Bab 59

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia