Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 47

Setelah baju-baju itu diperagakan kini, Qasif Nursofea perlu mencuba memakai baju yang telah diperagakan tadi untuk dipilihnya.

Qasif Nursofea berjalan keluar di atas pentas setelah memakai beberapa baju. “Macammana?,” tanya, Qasif Nursofea kepada, Lokman yang melihat setiap dari pakaian yang telah dicuba olehnya.

“Orang cantik pakai apa pun eloklah jadinya. Kalau orang tak cantik pun kalau dihias jadi cantik” Qasif Nursofea ketawa kecil setelah mendengar kata-kata pujian daripada,Lokman. Qasif Nursofea memilih baju akad nikah berwarna perak manakala untuk persandingannya dipilih untuk mengikut tema yang sesuai dengan majlis.

 

QasifNursofea kembali pulang ke rumahnya. Duduknya dia di atas sofa di ruang tamu tingkat bawah. Riyanti datang membawa air minuman untuk diberikan kepada majikannya.

“Abang dah balik rumah?,” Qasif Nursofea menghantar pesanan ringkas whatsaap kepada, Muhammad Ashariff.“Dah. Abang nak jumpa, Fea malam ni,” Muhammad Ashariff membuat temujanji untuk bertemu dengan kekasih hatinya.

Qasif Nursofea hanya menurut kehendak, Muhammad Ashariff walaupun merasakan dirinya penat.

“Nasib baiklah, Lokman tu tak tahu apa yang aku share dengan mak dia. Kalau tak… malu aku! Tapi… betul ke, Fiyya tu aku?,” cakapnya seorang diri ketika masih duduk di sofa. .

Setelah selesai menunaikan solat maghrib, Qasif Nursofea memakai baju kemeja berwarna putih serta mengenakan bersama seluar jeans denim berwarna krim. Tudung yang disarungnya pula bercorak kekuningan. Terdengar bunyian hon kereta dari luar rumah.

Diintai melaui jendela kamar, Qasif Nursofea mendapati kereta, Muhammad Ashariff telah tiba di perkarangan luar rumah. Tiada panggilan oleh, Riyanti barangkali pembantu rumahnya itu sedang menunaikan solat fardhu maghrib.

Muhammad Ashariff melihat wajah bakal isterinya yang cantik memakai tudung. Qasif Nursofea membuka pintu kereta milik, Muhammad Ashariff dan memasuki ke dalam perut kereta itu.

“Abang tak sibuk ke ajak, Fea keluar ni?,” tanya, Qasif Nursofea yang tidak mahu menganggu, Muhammad Ashariff. “Mulai esok abang dah mula bercuti sampai hari kahwin kita” Qasif Nursofea hanya mendengar tanpa berkata apa-apa.

Muhammad Ashariff menoleh ke arah bakal isterinya yang lengkap memakai tudung. “Fea, tak suka ke, abang cuti? Yelah… nanti kerap pulak abang jumpa dengan, Fea kan?,”Muhammad Ashariff cuba meneka.

Qasif Nursofea menghadiahkan senyuman kepada lelaki kacak itu. Jari jemari, Qasif Nursofea mendapatkan jari jemari, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff senangakan tindakan, Qasif Nursofea itu. Tangan, Qasif Nursofea dicium lembut oleh tunangnya. Qasif Nursofea hanya memandang perbuatan, Muhammad Ashariff.

I love you sayang,” ucap, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea menurunkan sedikit bahunya dan kini kepalanya dilentokkan ke bahu, Muhammad Ashariff.

I love you too sayang. Fea rindu sangat dekat, abang,” terasa hangat di pipi, Qasif Nursofea apabila air matanya kini melimpah sedikit laju tanpa disedari, Muhammad Ashariff.

Kereta yang dipandu, Muhammad Ashariff kini berhenti di sebuah restoran berdekatan dengan pantai. Mereka melangkah memasuki ke dalam restoran untuk menjamu selera.

“Tak lama lagi, Fea akan jadi isteri abang,” ucap, Muhammad Ashariff semasa menunggu makanan yang dipesan.“Abang ikhlas terima, Fea?,” tanya, Qasif Nursofea. “Tak perlulah nak tanya lagi. Kalau abang tak ikhls… takkanlah abang nak kahwini, Fea?,” jelas,Muhammad Ashariff.

Selesai mereka menjamu selera, Muhammad Ashariff dan Qasif Nursofea memilih untuk duduk di atas batang kelapa yang telah tersadai di hadapan pantai. Mereka menikmati bunyian ombak serta angin kuat yang memukul lembut tubuh mereka.

“Abang minta maaf. Abang sedar… abang tak luangkan banyak masa dekat, Fea dan tak bagi peluang, Fea dekat dengan abang sejak dua menjak ni. Abang juga sedar yang abang selalu marah, Fea. I’m sorry sayang,” ucap, Muhammad Ashariff yang memandang tepat pada wajah, Qasif Nursofea yang terkena sedikit suluhan cahaya lampu yang terdapat di pantai.

“Abang, Fea tak kisah. Tak ambik hati pun. Lagipun, Fea tahu… mungkin abang banyak fikirkan tentang hari nikah kita nanti. Fea, pun salah… tak mendahului abang sebelum buat apa-apa pun keputusan,” jelas, Qasif Nursofea.

“Dah.Tak payah ungkit lagi. Cuma… jangan lah semua perkara, Fea nak share dengan orang lain. Share dengan abang” Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff kini sama- sama tersenyum.

“Macammana dengan baju nikah dan sanding? Dah settle semuanya?,” tanya, Muhammad Ashariff kepada Qasif Nursofea yang masih duduk di sebelahnya.

“Dah.Fea dah try pun. Cantik! Baju nikahdengan baju sanding, Fea dah pilih. Atau, abang nak tengok dulu apa yang dah,Fea pilih? Nak tengok design baju yang lain?,” tanya, Qasif Nursofea yang tidak mahu lagi ada kesilapan pada setiap keputusan yang telah dia lakukan.

“Taknak lah!Malas abang nak pilih-pilih baju pengantin ni. Abang tak pakar. Abang ikut je pilihan, Fea. Kalau cantik bagi sayang abang ni… cantik jugaklah bagi abang” Hidung mancung, Qasif Nursofea dicuit lembut oleh, Muhammad Ashariff.

“Abang dah edar kad kahwin?” Muhammad Ashariff hanya mengangguk. “Fea pulak macammana?” “Fea pun dah. Fea pergi lapor diri hari tu. Nasib baiklah, Fea punya hari pertama kerja lepas tarikh sanding rumah abang. Tapi sempat jugak, Fea edar kad kahwin pada ketua jabatan dengan staff bahagian, Fea kerja. Staff dekatsyarikat, Fea pun, Fea dah edar. Cuma dekat kawan-kawan je belum,” panjang lebar jawapan yang diberikannya kepada, Muhammad Ashariff yang asyik memandang wajahnya yang sedang petah berbicara.

“Janganlah lambat edar sangat dekat, Nisa dengan kawan-kawan lain. Jauh kan dia orang nak datang? Mesti dia orang kena plan jugak nak datang sini,” Muhammad Ashariff memberi cadangan dan dipersetujui oleh,Qasif Nursofea.

Previous: Bab 46
Next: Bab 48

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia