Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 88

Muhammad Ashariff memandang suasana di dalam rumah yang bersih dan tersusun kemas akan aturnya. Muhammad Ashariff masuk di ruang dapur. Melihat pinggan serta periuk yang disusun kemas hasil kerja, Qasif Nursofea. Dia membuka peti sejuk dan melihat lauk pauk yang dimasak oleh, Qasif Nursofea. Ini semua hanyalah igauannya. “Nanti… bila abang balik kerja… penat… tak payahlah beli makanan dekatluar. Abang panaskan je lauk-lauk ni,” masih kedengaran suara bekas isterinya.

Muhammad Ashariff tidak mahu lagi mengingati kisah, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff meninggalkan dapur dan melangkah masuk ke dalam bilik utama untuk membersihkan diri.Selesai solat isyak, Muhammad Ashariff bangun untuk menuju ke katil.

“Abang,”panggil, Qasif Nursofea. “Ye, Fea! Fea!,” Muhammad Ashariff terbangun dari lelapnya. Muhammad Ashariff tersedar akan igauannya. “Astaghfirullah Hal’azim!Kenapa aku masih teringatkan dia? Sedangkan aku tahu apa yang dia telah lakukan!,” Muhammad Ashariff bercakap sendirian di dalam bilik.

Telefon bimbit, Muhammad Ashariff kini berdering. Diambilnya dan tertulis nama di skrin adalah, Fiza. “Kenapa call lewat-lewatmalam ni?,” Muhammad Ashariff melihat jam di dinding dan telah menunjukkanhampir pukul 2 pagi.

“Awak dekat mana? Kenapa tak balik?,” tanya, Fiza yang berada di kampung mertuanya.“Aku tak sihat! Aku tidur dekat rumah aku! Okeylah… aku tidur dulu,” belum sempat, Fiza menghabiskan bicaranya, Muhammad Ashariff telah memutuskan panggilan.

“Kurang asam betullah mamat ni! Dia ingat aku ni sampah ke yang dia boleh layan macam ni?! Entah-entah ada dengan betina lain dekat luar!,” bercakap, Fiza seorang diri.

 

Selepas subuh menjadi kebiasaan kepada, Mak Zainab untuk menyediakan sarapan pagi dan juga menyiapkan kerja rumah. Selepas selesai menyiapkan kerja rumah, Mak Zainab melihat jam yang telah menunjukkan pukul 11 pagi. Muhammad Ashariff masih juga menjalankan tugasnya pada hari minggu.

“Fiza ni tak bangun lagi ke?! Hari dah meninggi macam ni pun belum bangun!,” bebel,Mak Zainab.

“Mak,buat apa tu?,” tegur kak long yang sedang membawa kuih di pinggan. “Siang ikan,” jawab, Mak Zainab ringkas. Kak long memerhati di sekeliling kawasan rumah mertuanya. “Mana, Fiza mak? Kereta ada dekat luar tapi tak nampak dia pun,”tanya Kak long.

“Kemana lagi kalau belum bangun? Membuta lagilah kerja dia! Kamu tengok… kejap lagi… dia keluar sampai jauh malam baru balik. Bila duduk rumah… asyik terbongkang je kerjanya. Bukan tahu nak tolong kita dekat dapur ni!,” bebel,Mak Zainab.

“Herm…takpelah! Ni… long ada bawak goreng pisang. Mak makanlah ye? Long nak sambung menjahit,”kak long meminta izin untuk beredar. “Yelah,” jawab, Mak Zainab. Kini, kak long meninggalkan Mak Zainab seorang diri.

Kedengaran kerusi di dalam dapur ditarik. Mak Zainab menoleh ke arah bunyi tersebut. Apa yang dilihatnya kini adalah, Fiza sedang bersarapan dengan apa yang telah terhidang.

“Mandi tidak… apa tidak! Bangun-bangun terus makan ye?,” tanya, Mak Zainab geram. Fiza mengunyah makanan dengan kuat. “Yang mak membebel pagi-pagi ni apahal?! Orang duduk rumah bebel! Orang keluar rumah lagilah dia bebel!,” Fiza bangun dan mencampak kuih di atas meja.

Fiza berlalu dari situ dan masuk ke dalam bilik mandi. Mak Zainab hanya melihat sikap yang ditunjukkan oleh, Fiza. Mak Zainab merasa kecewa dengan sikap, Fiza.Jika dahulu, Fiza penuh dengan kelembutan sewaktu berbicara. Tetapi sekarang tidak lagi.

 

Seperti yang telah dijanjikan, Lokman kini datang menjemput, Qasif Nursofea. Kini, dia menunggu di hadapan banglo mewah milik seorang wanita cantik. Lokman akhirnya dapat melihat wanita yang kini keluar dengan menggayakan jeans dengan blaus berwarna putih serta dilengkapkan dengan tudung yang disarung kemas.

Lokman membuka pintu kereta untuk, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea melangkah  masuk ke dalam perut kereta bmw milik, Lokman.

“Cantik,”puji, Lokman. Qasif Nursofea hanya membalas dengan senyuman. Sedang mereka mengambil masa selama 1 jam perjalanan meredah sesak jalanraya Kuala Lumpur, akhirnya Lokman memberhentikan kereta di bahu jalan.

“Kejap ye?,” Lokman meminta izin. “Okay,” jawab,Qasif Nursofea yang kini melihat jejak langkah, Lokman.

“Ye encik? Nak cari bunga apa?,” tanya gadis penjual bunga. “Saya tak tahu bunga apa. Tapi… saya nak bagi dekat kawan perempuan saya,” terang Lokman. “Okey… encik nak bunga apa?,” tanya gadis itu lagi. Lokman terfikir yang bunga kesukaan,Qasif Nursofea adalah tulip. Lokman mengetahuinya sewaktu majlis persandingan,Qasif Nursofea dahulu.

“Tulip warna kuning,” gadis itu mengambil bunga yang diminta, Lokman. Lokman memerhati gadis itu mula menyusun bunga yang dipilih dan diikat dengan reben. Lokman melangkah keluar setelah membayarnya.

“Hai!,”Lokman mengejutkan, Qasif Nursofea dari asyik membaca sesuatu dari telefon bimbit. Qasif Nursofea melihat jambangan bunga tulip yang dipegang oleh, Lokman.

Qasif Nursofea tersenyum indah. Lokman memberikan jambangan bunga itu kepadanya.“Terima kasih. Awak masih ingat saya punya favorite ye?” “Well,” jawab, Lokman bersahaja”.Qasif Nursofea dan Lokman ketawa bersama.

Lokman membawa, Qasif Nursofea pergi ke Genting Highlands. Qasif Nursofea seronok dengan suasana sejuk di tanah tinggi itu. Lokman membeli dua tiket masuk untuk bermain permainan yang mencabar bersama, Qasif Nursofea. 

Previous: Bab 87
Next: Bab 89

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia