Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 4

Hari ini genap 2 hari, Qasif Nursofea meruntun kesedihan akibat kembalinya kedua orangtuanya serta tanpa kehadiran adik-beradiknya yang lain. Mereka menyalahkan,Qasif Nursofea dalam hal yang telah berlaku ini. Bacaan surah yassin juga hanya dibacakan di hari kematian kedua orangtua mereka sahaja.

Hello, Sofea. How are you?,” panggilan jauh daripada sahabat, Qasif Nur Sofea iaitu seorang lelaki yang berketurunan singh, Edwin Jude.

I’m feelling so well. Thanks, Ed sebab sudi ambil tahu pasal I,” balas Qasif Nursofea kepada pertanyaan, Edwin Jude.

“Macammana dengan pengajian you, Fea? Bila you nak balik sini?,” soal, Edwin lagi dari kejauhan.

Actually, Ed  I dah buat keputusan yang I akan buat permohonan pertukaran pelajar. I dah buat keputusan yang I akan habiskan pengajian di universiti dekat sini je,” beritahu, Qasif Nursofea pada pertanyaan, Edwin.

“Sofea” Belum sempat, Edwin menghabiskan bicara, Qasif Nursofea terus bersuara. “Enough ED! I taknak kita cakap apa-apa buat masa sekarang,” sambung, Qasif Nursofealagi. “Berhenti berharap pada I please. I tak boleh tunaikan apa yang you mintak. I rasa antara kita memang takde keserasian. Kita tak sesuai, Ed. Cukuplah hanya sekadar kawan”.

“Mudahnya you menjawab, Sofea. I boleh jadi seperti mama you. Takde beza pun antara kita! I sama agama dengan mother you. Then, I boleh buat sama dengan apa yang dia buat. I boleh convert masuk agama islam”.

“Bukan mudah Edwin! Bukan mudah untuk you memelukislam. I tak pandai nak convince you! I tak pandai nak ajar you kenal pada islam. I tak tahu! I tak layak! I sendiri pun jahil pada agama I.I tak tahu solat! I tak sembahyang! Family I tak pernah praktik semua perkara tu!,” Qasif Nursofea menekan punat merah pada telefon bimbitnya.

Qasif Nursofea tidak mahu lagi meneruskan perbualannya dengan, Edwin. Pelbagai cara dilakukan oleh, Edwin Jude untuk memenangi cinta daripada, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea tetap seperti tidak mengerti kehendak, Edwin.

 

Makanan yang disediakan oleh, Riyanti pada pagi itu dijamahnya hanya sedikit. Kelas pertamanya di Malaysia pada hari ini perlu diikutinya setelah berjaya memohon pertukaran siswazah dari universiti asalnya di Moscow, Russia.

“Kenapa sikit benar, non menjamah makanan tu? Apa… tak enak ya makanan yang saya masak?,” soal, Riyanti yang seakan risau melihat majikan barunya itu hanya menjamah sesudu dua makanan yang disediakan.

Qasi fNursofea menghirup kopi panas. Majikan muda itu hanya menggeleng. “Saya takselera. Bukan sebab makanan yang awak masak,” jawab akan dirinya. Qasif Nursofea bingkas bangun meninggalkan pembantu rumahnya di situ.

 

Kereta Mini Cooper berwarna biru gelap dipandunya.Kini, Qasif Nursofea tiba dikawasan parkir kereta yang telah disediakan oleh pihak Universiti Malaya untuk para pelajarnya. Disaat melangkah keluar dari kereta, entah kenapa dia merasakan banyak mata yang memandang ke arahnya.

Qasif Nursofea merasa tidak senang dengan perasaanya kini dan terus kembali melangkah masuk semula ke dalam perut kereta. Dia merasakan ada yang memerhati kelibat dirinya di situ dan turut menyalahkan bahawa dia adalah penyebab kematian ibubapa kepada tiga adik-beradik. 

Qasif Nursofea teruskan pemanduan perjalanannya ke tasik, Putrajaya. Setelah tibanya dia di tasik itu, Qasif Nursofea duduk di satu tempat yang disediakan untuk para pengunjung tasik.  Terus mencapai i-pad miliknya. Dimasukkan kata kunci dilaman Facebook miliknya sendiri.

Terpandangnya ia kepada satu nama. Memang sebelum ini dia jarang aktif dengan laman sosial.Tetapi hari ini laman sosial itu sangat penting baginya.

Qasif Nursofea terus menekan klik pada permintaan kawan kepada satu nama iaitu,Muhammad Ashariff Mullia. Tidak sampai beberapa saat, Muhammad Ashariff Mullia terus menerima permintaan, Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff Mullia : Hai… kita kenal ke?

Tiba-tiba,terdengar bunyi tone deringan darilaman sembang di Facebook menandakan ada yang meninggalkan mesej kepadanya. Deringan itu menyebabkan lamunan, Qasif Nursofea terhenti. Mudahsahaja, Qasif Nursofea membalas pertanyaan daripada laman sosial tersebut.

Qasif Nursofea Darwish : “Tak. Kita tak pernah kenal”.

Muhammad Ashariff Mullia : “Oh, okay”.

Qasif Nursofea Darwish : “Sorry, actually I’m so bored”.

Hampir 10 minit, Qasif Nursofea menunggu balasan mesej daripada, Muhammad Ashariff tetapi tiada juga balasan mesej yang diterimanya. Qasif Nursofea mengeluh. Dia terkesima.

“Kenapa aku nak frust pulak? Kau tak kenal dia pun, Fea! Dah sewel agaknya aku ni?,” tanpa disedari, Qasif Nursofea sudah membariskan sedikit senyuman pada bibir yang berwarna merah jambu kesan daripada sapuan pewarna bibir.

 

Menyusur laju kereta yang dipandunya kini. Tiba sahaja di perkarangan rumah di,Damansara dia terdengar tone deringan mesej yang sangat diharapkannya sebentar tadi. Dia terus melangkah keluar daripada perut kereta dan laju sahaja dia melabuhkan pinggul di bangku yang terdapat di taman rehat di dalam kawasan banglo mewah itu.   

Qasif Nursofea terus sahaja menyelak sarung yang menutupi skrin I-pad miliknya dan tersenyum kini. Ada sinar kebahagiaan baginya.Qasif Nursofea tidak perasan akan susuk tubuh yang ada berhampiran dengannya. Riyanti dapat melihat senyuman yang mula terukir pada bibir majikan barunya kini.

Muhammad Ashariff Mullia : “Saya ada baca profil awak, then memang betul kita tak pernah kenal. So what words yang boleh I cakap dengan you? Oh, ya. Nice to meet you,” ada simbul senyuman pada penghujung ayat dari penghantar kiriman mesej.

Qasif Nursofea : “Nice to meet you too. Sorry disturb your times”.

Muhammad Ashariff  Mullia : “Er, dah tahu okey lah.So… you dah kacau you kena teruskan. Kalau tidak I tuntut!” Mereka terus berbalas mesej.Tanpa disedari hampir 1 jam mereka berborak di laman Facebook.

“Non,hari udah mahu senja. Non masuklah ke dalam. Enggak elok, non biarkan diri duduk luar waktu begini,” teguran, Riyanti dalam dialek Indonesia membuatkan jantung,Qasif Nursofea bagaikan mahu gugur.

“Eei,kamu ni!! Terkejut saya tau! Bagi salam dulu boleh?,” senda teguran yang disampaikan kepada, Riyanti membuatkan mereka sama-sama ketawa.

 

“Non,kain telekung bersama sejadah saya udah letakkan di dalam kamar, non. Mungkin,Non Sofea tidak punya telekung kan untuk solat?,” pertanyaan dan kata-kata,Riyanti itu amat cukup membuatkan dirinya tersentap.

“Non,non,” panggil, Riyanti.

“Ehye… ye, terima kasih” Riyanti terus menyusun langkah masuk ke dalam bilik untuk menunaikan solat.

Riyanti tidak sedar akan intaian daripada majikan barunya itu. Qasif Nursofea terus mengintai dari luar bilik, Riyanti. Melihat oleh dirinya gerak-geri, Riyanti sewaktu menunaikan solat.

Air muka, Qasif Nursofea cukup jelas berubah. Kulit wajahnya yang putih gebu itu tanpa kehadiran jerawat bertukar menjadi kemerahan.   

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia