Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 82

Muhammad Ashariff merasakan rindu yang teramat kepada, Qasif Nursofea. “Jangan jadi bodoh, Ashariff!!,” bercakapnya seorang diri.

“Riff,mari turun tengok ni siapa yang datang?” Muhammad Ashariff keluar dari bilikdan melihat, Fiza yang sedang duduk menunggu di sofa.

Muhammad Ashariff menuruni anak tangga sambil memandang tajam ke arah, Fiza. “Apahal yang kau selalu datang sini??,” teguran sinis, Muhammad Ashariff kepada Fiza tidak didengari, Mak Zainab. Mak zainab sengaja membiarkan mereka duduk berdua di situ.

I rasa… tak ada salahya lagi kan kalau I selalu datang sini? Lagipun… I datang sini bukan nak jumpa dengan you. Inak jumpa dengan bakal mak mertua I.salah ke?,” jawab, Fiza dengan bicara yang sangat lembut.

Muhammad Ashariff merasa malas untuk terus melayan, Fiza lalu dia terus melangkah meninggalkan,Fiza di situ. Fiza geram akan sikap tidak endah, Muhammad Ashariff kepadanya.

 

“Pak su ingat lagi tak yang pak su bersungguh-sungguh nak mengorat mak su dulu?,” tegur,Akir kepada bapa saudaranya yang duduk termenung di atas buaian besi. Kini,kegelapan malam membuatkan suasana itu merasa kian dingin apabila hujan beransur pergi.

“Kau ada mak su lagi ke?!,” tanya, Muhammad Ashariff dengan nada amarah. “Akir peliklah dengan pak su ni. Nak dapat beria-ia, nak buang pun… beria-ia! Kesian, Akir dengan mak su tu, pak su!,” kata, Akir.

“Kau tu… budak hingusan lagi! Jangan nak memandai ajar orang tua!!,” marah, Muhammad Ashariff. Kini hanya tinggal, Akir seorang diri di atas buaian besi setelah bapa saudaranya melangkah masuk ke dalam rumah.

 

Riyanti kini menghidangkan makanan untuk majikannya yang masih berada di dalam kamar utama.“Saya dah fikir masak-masak, Riyanti” Riyanti menanti ayat seterusnya dari ucapan majikannya itu. Tetapi majikannya itu kembali membisu. Sup ayam bersama nasi putih tidak diusik, Qasif Nursofea.

“Fikirapa non?,” tanya, Riyanti. “Saya rasa, Terengganu bukan tempat yang sesuai untuk saya. Saya nak balik KL. Kita pindah balik KL, okey? Saya ingat… saya nakjual rumah ni. Saya tak mampu nak teruskan hidup ni kalau terus membayangi masalepas. Rumah ni banyak tinggalkan kenangan saya dengan dia,” jelas, Qasif Nursofea.

“Tapi…kerja non di sini macam mana?,” tanya, Riyanti. “Saya nak letak jawatan. Sayan ak fokus kepada business arwah babah. Itu yang terbaik untuk saya. Saya datang sini dulu pun sebab… nak dekat dengan suami saya. Itu tak penting lagi kan sekarang?”. 

Riyanti hanya mampu bersetuju dengan rancangan majikannya, Qasif Nursofea. Riyanti kini memandang diseluruh bilik tidurnya di tingkat bawah. Terasa tidak mahu melepaskan rumah ini. Terasa sayang untuk ditinggalkan dan berlalu pergi.

 

“Bila kamu nak masuk kerja semula, Riff?,” tanya, Pak Mullia yang melihat, Muhammad Ashariff sibuk mencuci kereta pada pagi itu. “Esok ayah,” Pak Mullia tahu akan perasaan rindu yang dipendam oleh anaknya, Muhammad Ashariff.

“Kalau kamu teringatkan dengan bekas isteri kamu tu… kenapa tak pergi pujuk? Belum terlambat lagi. Sekarang pun… dia dalam tempoh edah lagi. Boleh rujuk semula,”Pak Mullia cuba menyatakannya kepada, Muhammad Ashariff.

“Kenapa dengan ayah ni? Riff taknak lagi dah! Duduk seorang lagi baguslah ayah. Kepala pun tak sebarbut!,” jawab, Muhammad Ashariff.

 

Seperti biasa hari ini, Muhammad Ashariff bangun pagi dan perlu disesuaikan dirinya akan ketiadaan, Qasif Nursofea. Jika dahulu, Qasif Nursofea sering menemaninya bersiap tetapi kini tidak lagi.

Muhammad Ashariff mengambil beg sandang belakang lalu digalasnya. Setelah bersalam dengan Pak Mullia dan Mak Zainab, Muhammad Ashariff memulakan perjalanan yang masih gelap pada pagi itu.

Muhammad Ashariff merasakan ada mata yang sedang memandang ke arahnya. Memandang seorangsuami yang membiarkan rumahtangganya dipukul badai. Muhammad Ashariff tidak memperdulikan tentang perasaannya itu.

Setelah tiba di tempat bertugas, Muhammad Ashariff melihat, Fikri yang duduk diam memegang akhbar. “Fikri! Surat khabar tu untuk dibacalah! Bukan untuk dibuat pekasam!,” mesra sahaja teguran, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff melihat, Fikri terus diam membisu. Dia menyentuh bahu, Fikri. Tiba-tiba satu tumbukan kuat hinggap di rusuk pipi kiri, Muhammad Ashariff.

“Apa kena dengan kau ni??! Takde ribut! Takde angin kau tumbuk aku!! Apahal??!,” berang,Muhammad Ashariff setelah diperlakukan sebegitu.

kolar baju uniform, Muhammad Ashariff direntap kuat oleh, Fikri. “Kau tanya aku apahal?? Ha? Kau ni memang bodoh!,” Fikri ingin menumbuk, Muhammad Ashariff sekali lagi tetapi tindakannya itu dapat dihalang oleh rakan kerjanya yang lain.

“Apa dah kena dengan kau orang ni?! Aduh… janganlah gaduh! Benda boleh buat bincangkan?,” tegur salah seorang dari rakan mereka.

“Takde benda lagilah yang boleh bawak bincang! Kau orang tahu?! Perempuan baik… bini yang baik dapat dekat jantan yang tak guna ni! Riff!! Kau tahu tak betapa sengsaranya bini kau?! Kau tinggal dia yang masih sakit sorang-sorang dekat rumah! Mana pergi hati perut kau ni, Riff??! Ha?! Mana??! Aku tanya kau ni… kau dengar tak??!,” Fikri menolak bahu, Muhammad Ashariff dengan geram.

Muhammad Ashariff tidak memberikan apa-apa jawapan setelah apa yang telah didengari daripercakapan, Fikri.

“Bini kau lepas gugur… kau tinggalkan dia sorang-sorang dekat hospital! Kau biar dia macam kucing kurap! Nasib ada aku yang pergi ambil… pergi hantar dia! Aku tak kisah semua tu! Tapi mana? Mana kebaikan yang ada pada diri kau??!! Jawab!!,” tengking,Fikri.

Muhammad Ashariff duduk lemah di kerusi tempatnya bertugas. “Mana akal fikiran kau lepaskau jatuhkan talak sewaktu dia baru sedar? Aku… kalau duduk tempat, Sofea! Mati hidup balik pun… aku menyesal pernah kenal dengan lelaki jenis kau ni!,” Fikri meninggalkan mereka di situ.

Muhammad Ashariff memicit kepalanya yang tidak merasa sakit. Muhammad Ashariff bangun dan mengejar, Fikri. “Fikri?! Fikri?! Tunggulah!,” panggil, Muhammad Ashariff.

Fikri menghentikan langkah dan melihat, Muhammad Ashariff datang ke arahnya. “Tak guna kau nak marah aku ke apa ke sekarang ni! Aku dengan dia dah bercerai! Kita orang dah berpisah! Tutup ceritalah, Fikri!,” kata, Muhammad Ashariff.

“Aku bukan apa… aku pelik mana pergi sifat kemanusiaan kau? Ha?!,” soalan, Fikri tidak mampu dijawab oleh, Muhammad Ashariff.

“Kau tak duduk tempat aku, Fikri! Kau bolehlah cakap! Tapi aku yang menanggung sengsara! Aku tunggu baby aku tu besar.Lagi 8 bulan aku tunggu untuk dia keluar! Tup… tup… tup! Mak dia! Bini aku dulu makan ubat untuk bunuh dia! Untuk bunuh dia! Kau sanggup berbinikan perempuan macam tu ke??,” tanya, Muhammad Ashariff dengan merasa geram.

“Kau ada bukti ke untuk tuduh, Fea buat macam tu?,” tanya, Fikri. “Tak payah bukti lagi, Fikri! Mata aku sendiri baca dan telinga aku sendiri dengar apa yang doktor bagitahu aku! Dah jelas!,” terang, Muhammad Ashariff.

“Kau sekadar tahu laporan doktor… dalam darah bini kau ada ubat untuk gugurkan anak kau! Tapi kau pernah fikir tak… macam mana benda tu boleh jadi? Selain daripada kau berfikir, Sofea sendiri ambil ubat tu… kau ada fikir orang lain cuba khianat dia tak? Ada akal pakai! Jangan letak di lutut!,” Fikri melangkah pergi meninggalkan, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff terdiam dan tidak lagi menghalang langkah sahabat baiknya, Fikri. Muhammad Ashariff terdiam seketika dan berfikir akan kata-kata yang dilemparkan oleh,Fikri terhadapnya.

 

“Riyanti,”Riyanti menoleh ke arah, Muhammad Ashariff yang sedang berdiri di luar pagar. Riyantimenutup air daripada pili paip. Pokok bunga di dalam halaman rumah, Qasif Nursofea kelihatan segar selepas menyiramkannya.

“Tuan,ada apa ya?,” tanya, Riyanti yang kini membuka pagar untuk, Muhammad Ashariff masuk. “Mana majikan kamu? Panggil dia kejap!,” pinta, Muhammad Ashariff.

Riyanti tidak terus melangkah masuk selepas mendengar permintaan, Muhammad Ashariff.“Jemput masuk dulu tuan. Lagipun, non masih belum sembuh” Muhammad Ashariff terus melangkah laju masuk ke dalam rumah. Langkah, Muhammad Ashariff itu hanya dilihat oleh, Riyanti yang masih berada di luar.

Muhammad Ashariff membuka pintu bilik utama tempat, Qasif Nursofea berehat. Qasif Nursofea terperanjat dengan tindakan, Muhammad Ashariff yang telah membuka pintu tanpa memberi ketukan terlebih dahulu.

“Kenapa kau tak mengaku saje yang kau buat semuanya ni?! Kenapa?! Kau racun fikiran orang lain bagitahu yang kau tak bersalah?! Kau nak tunding jari kepada siapa sebenarnya ni, Sofea?!,” tengking, Muhammad Ashariff.

Tubuh,Qasif Nursofea yang sedang duduk berehat di sofa bilik digagahkan untuk bangun.“Abang cakap, Fea menunding jari? Abang pernah fikir sejenak? Fikir secara logik akal adakah, Fea sanggup bunuh anak sendiri dan menanggung seksa seperti sekarang?! Dan tanggung sakit yang macam sekarang?! Mana sikap abang yang, Fea pernah kenal dulu?! Abang datang sini semata-semata nak puaskan hati abang? Ha?!Encik Ashariff, saya taknak tengok muka awak lagi! Antara kita dah takde apa-apa! Samada saya sendiri yang buat ataupun tidak… bukan jadi urusan awak lagi! Keluar! Keluar!!”.

Muhammad Ashariff melangkah keluar meninggalkan, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea tidak lagi mengeluarkan air mata ketika ini. Air matanya seakan sudah kering. Qasif Nursofea telah berjanji kepada dirinya yang dia tidak akan menangis lagi. Diaharus kuat semangat untuk terus bangun. 

Previous: Bab 81
Next: Bab 83

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia