Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 12

Masih nyenyak tidur, Qasif Nursofea. Dia terjaga apabila terdengar deringan telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja kecil di sebelah katil. Ditatapnya padaskrin telefon bimbit tertera nama, Muhammad Ashariff.

Hello,Morning! Sorry for bothering you” Qasif Nursofea lantas bangun sambil menyisir rambutnya ke tepi.

“Erm…ada apa awak call saya pagi-pagi ni?,”tanya Qasif Nursofea walaupun suaranya masih mempunyai serak akibat tidur yang panjang.

“Tak adanya awal! Dah pukul 10 dah sayang. Dah… bangun sekarang! Pergi mandi! Lepastu…pakai baju yang sopan-sopan sikit dan ikut saya. Saya dah ada dekat bawah sekarang ni,” arah, Muhammad Ashariff kepada, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea memperluaskan matanya. “Eh, awak nak bawak saya pergi ke mana? Nak kena pakai baju sopanlah bagai. Herm? Bukannya saya bogel pun selama ni!”.

Muhammad Ashariff kini mudah untuk memberikan alasan. “Tak ingat ke janji kita semalam?Kan saya dah cakap… awak kena turutkan apa saja yang saya suruh” Qasif Nursofea mendengus mendengar alasan yang diberikan oleh, Muhammad Ashariff.

“Yelah! Bagi masa dekat saya 1 jam!,” Qasif Nursofea kini mencapai tuala mandi milik hotel untuk membersihkan diri dan bersiap.

“Mak ai! Takkan sampai 1 jam kot nak bersiap! Masak aku dalam kereta ni! 1 jam pun 1 jamlah! Alahai… nasiblah… nasib!,” rungut, Muhammad Ashariff seorang diri setelah mendengar permintaan, Qasif Nursofea.

 

“Dia nak aku pakai pakaian sopan? Manalah aku nak ada. Argh! Lantaklah! Belum apa-apalagi dah nak control,” bercakap,Qasif Nursofea seorang diri sambil melihat semua pakaian  miliknya yang masih berada di dalam bagasi yang dibawa.

Muhammad Ashariff telah menunggu di ruang lobi. Dia menanti kedatangan Qasif Nursofea.Segak, Muhammad Ashariff pada pagi ini apabila mengenakan baju t-shirt berlengan panjang berwarna hitam.

Dia terlihat susuk tubuh, Qasif Nursofea yang keluar dari pintu lif. Dari jauh wajah gadis itu tidak sedikit pun mempamerkan senyuman.

Hi, dah tak sabar ke nak mendahului haripertama perjanjian kita? Sampai tunggu dekat ruang lobi ni! Nyibuk je!,” Qasif Nursofea memerli, Muhammad Ashariff.

Tetapi tidak dibiarkan sahaja oleh, Muhammad Ashariff dengan kata-kata sindiran, Qasif Nursofea itu. Pasti sahaja akan ada jawapan untuk kekasih bertempohnya itu.“Sayang oi?”.

Qasif Nursofea memberhentikan langkah apabila terdengar panggilan, Muhammad Ashariff yang masih berdiri di situ.

“Apa?Apa benda lagi?,” tanya, Qasif Nursofea yang tidak senang dengan riak wajah teman lelaki sementaranya itu.

“Ini ke pakaian sopan?,” tegur, Muhammad Ashariff selepas melihat pakaian yang dipakaioleh gadis dihadapannya kini.

“Lah…dah kenapa? Ada yang tak okay ke? Okay what…?!Pakai baju dengan jeans labuh ni. tak sakit mata bila tengok apa?!”

Muhammad Ashariff terus mencelah. “Dengan baju yang tak ada lengan ni?,” lengan baju,Qasif Nursofea ditarik lembut oleh, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea terus memuncungkan bibir kerana geram akan kritikan teman istimewa bertempohnya itu. “Belum apa-apa lagi dah nak kritik itu ini!,” rungutnya di dalam hati.

“Sayang…kitadah janjikan? Dalam tempoh ni… I taknakdengar you panggil I, Ashariff. Danyang lagi penting… I taknak dengar you sebut perkataan bertempoh! Kalau sebut lagi… kita nikah terus!,” pesan, Muhammad Ashariff apabila melihat muncung, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea tidak mengedahkan syarat yang diberi oleh, Muhammad Ashariff. Tetapi dia tetap akan patuhi apa sahaja syarat yang akan diletakkan oleh teman lelakinya itu.

Qasif Nursofea membelek baju tanpa lengan yang dipakai olehnya kini. Sesekali merungut kecil. Muhammad Ashariff sedar akan perlakuan temannya itu.

Qasif Nursofea tidak tahu akan selok-belok jalan di Kuala Terengganu. Qasif Nursofea melihat diluar dengan membaca papan tanda yang ada di setiap simpang jalan.“Mana kita nak pergi ni sebenarnya?”.

Soalanyang ditanya olehnya tidak diendahkan oleh, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea,mengalihkan anak matanya serta memusingkan juga tubuhnya melihat, Muhammad Ashariff yang diam membisu.

“Awak!Eeiii… ha!! Geram betullah!! Orang cakap buat tak tahu je. Awak dengar tak apayang saya tanya? Awak?!,” pekik, Qasif Nursofea apabila geram melihat sikap bersahaja yang dipamerkan, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff melakukan adegan batuk. Batuk yang berpura-pura. Qasif Nursofea menyedariperlakuan, Muhammad Ashariff dan menjeling.

“Yelah! Nak sangatkan?! Ha… dengar sini ye, Mr. Ashariff!! Kita nak ke mana niabang? Orang tanya ni… kita nak ke mana? Tak jawab pun!,” Qasif Nursofeabercakap sambil melagakan gigi atas dengan gigi bawah.

 “Ha…! Baru abang faham! Susah sangat ke naksebut? Kita nak pergi beli baju awaklah sayang,” Qasif Nursofea melihat lagibaju yang dipakainya dan sangat geram akan perlakuan, Muhammad Ashariff itu.

Muhammad Ashariff menghadiahkan senyuman kepada, Qasif Nursofea dan turut memberikan kenyitan mata. Kini, Muhammad Ashariff memakir kereta dihadapan sebuah butik. Pintu kacajernih butik itu mampu dilihat oleh, Qasif Nursofea akan isinya.

“Kita nak buat apa datang sini? Abang nak beli kain ke?,” Qasif Nursofea seolah selesa dengan panggilan abang kepada, Muhammad Ashariff. Malah lelaki itu cuma menggeleng.

“Jom”Qasif Nursofea mengikut ajakan Muhammad Ashariff. “Pilihlah mana satu yang awak nak,” Muhammad Ashariff membelek kain dan baju yang telah siap dijahit untuk dijual.

Qasif Nursofea berjalan pergi kearahnya. “Awak nak saya beli baju?? Nak buat apa?Bukannya saya tak berbaju pun sekarang ni!,” rungut, Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff hanya mengangguk menjawab pertanyaan si kekasih.

“Tapi nak buat apa?,” soal, Qasif Nursofea lagi kerana tidak berpuas hati selagi kekasihnya itu tidak memeberikan jawapan yang dikehendaki.

Muhammad Ashariff berdecap pada bibir kini. “Kan abang dah cakap… pakai baju yang sopan.Tapi apa yang sayang pakai??”.

Qasif Nursofea semakin bingung. Muhammad Ashariff tidak terus mengendahkan sikap tidak puas hati gadis itu. Muhammad Ashariff melihat satu persatu baju yang dirasakan sesuai untuk kekasihnya.

Muhammad Ashariff mengambil baju yang dia rasakan sesuai dengan, Qasif Nursofea. “Kak, bagi saya size baju untuk dia,” pinta,Muhammad Ashariff kepada pekerja butik tersebut. Qasif Nursofea hanya memandang apa yang dilakukan oleh, Muhammad Ashariff sekarang.

Pekerja itu memberikan kepada, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff terus mengambil dan melihat dengan teliti baju yang dipegang. “Nah… pergi tukar. Pakai baju ni. Bajumacam ni barulah sopan namanya. Ada faham?? Pergi tukar sekarang. Abang nak pergi bayar dekat kaunter,” arah Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea hanya menurutkan sahaja akan arahan, Muhammad Ashariff. Sambil mengomel dalam hatinya. “Eiii…! Geramnya!! Padanlah dengan muka kau, Fea! Nak sangatkan??!”.

Setelah mengenakan pakaian yang dipilih oleh, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea melangkah keluar dari bilik persalinan yang disediakan oleh pihak butik tersebut. Qasif Nursofea mencari kelibat, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff terpesona dengan kecantikan yang dimiliki kekasihnya. Qasif Nursofea tampak sopan serta ayu apabila mengenakan baju kebaya berwarna merah jambu yang diperbuat daripada batik, Terengganu.

“Berapa?,”tanya, Muhammad Ashariff kepada pekerja di kaunter. “Dik, pusing belakang kejap.Akak nak tag harga,” pinta penjual dibutik itu. Qasif Nursofea seakan malu kerana memakai terus baju yang dibeli dan label harga pun masih belum sempat ditanggalkan.

“Semua sekali Rm 550.00,” beritahu petugas kaunter butik.

Berikan saya selendang itu dengan kerongsang ni sekali,” Muhammad Ashariff mengarahkan kepada wanita dihadapannya untuk mengambil selendang putih dengan kerongsang.

“Lagi?,”tanya gadis itu setelah memberikannya kepada, Muhammad Ashariff. “Dah takde. Berapa semua?”.

“Semua sekali Rm 670.00,” Muhammad Ashariff mengambil beg bungkusan yang diberi setelah membayarnya.

Lalu dipegangnya akan tangan, Qasif Nursofea untuk melangkah keluar dan memasuki kembali ke dalam perut kereta.

“Abang suka tengok, Fea macam ni. Nampak cantik, ayu. Macam inilah baru sayang abang,”puji, Muhammad Ashariff kepada Qasif Nursofea.

Dikeluarkan selendang dan dia memusingkan tubuh, Qasif Nursofea untuk melihat kearahnya.“Nak buat apa lagi ni?,” soal, Qasif Nursofea.

Dilebarkan selendang dan diletakkan diatas rambut, Qasif Nursofea yang disanggul rapi.“Fea tahu klip tak kerongsang ni?” Qasif Nursofea hanya membisu pada pertanyaan,Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff mengambil keputusan untuk membantu memakai kerongsang lalu diselimpangkan selendang itu ke belakang badan. Tetapi masih juga ternampak akan rambut kekasihnya itu kerana selendang itu jarang. Tetapi sudah memadai untuk diri,Muhammad Ashariff.

“Takpe.Fea boleh buat sendiri” Muhammad Ashariff tersenyum melihat kerongsang yang sedang diletakkan pada selendang yang dipakai gadis cantik ini.

Kereta milik, Muhammad Ashariff meluncur laju dalam kesibukan Bandar, KualaTerengganu. “Kita nak pergi kenduri kahwin ke ni? Siapa pulak yang kahwin?,”tanya, Qasif Nursofea kehairanan sambil membelek wajahnya pada cermin kereta.

Muhammad Ashariff melihat kearah, Qasif Nursofea. “Fea rasa… bila orang perempuan pakai baju kurung, kebaya ke… ingat untuk pergi ke kenduri kahwin jelah?,” tanya,Muhammad Ashariff semula.

Soalan yang diajukan oleh, Muhammad Ashariff hanya dijawab melalui pandangan mata bundar, Qasif Nursofea ke arah, Muhammad Ashariff. Mereka saling berpandangan.Muhammad Ashariff menghadiahkan senyuman kepada gadis di sebelahnya itu.

“Amboi…!Abang senyum… Sofea balas dengan menjeling je erk?” Qasif Nursofea tersenyum lebar mendengar rungutan, Muhammad Ashariff. 

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia