Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 97

“Kenapa,Lokman? Kenapa buat keputusan tanpa bagitahu ibu dulu?,” tanya, Ustazah Mariam kepada, Lokman di rumah mereka di, Damansara.

“Maafkan,Lokman ibu. Sebab kecewakan ibu. Lokman buat semua ni adalah untuk, Sofea.Walaupun pahit buat, Lokman… Lokman terpaksa telannya juga. Melepaskan, Sofea pergi kepada bekas suaminya adalah satu jalan yang terbaik,” terang, Lokman kepada, Ustazah Mariam. Lokman dipeluk oleh ibunya. Ustazah Mariam harus terima apa yang telah, Lokman lakukan. Ustazah Mariam berharap jodoh, Lokman masih ada di luar sana.

 

Perjumapaan antara, Qasif Nursofea dengan Lokman tempoh hari adalah pertemuan terakhir mereka. Ombak dan pantai menjadi saksi berakhirnya kisah pertunangan mereka.Lokman akur melepaskan, Qasif Nursofea untuk kembali kepada cintanya dahulu.

Muhammad Ashariff kini sering termenung di Pantai, Batu Buruk apabila tidak berkerja.Pantai,  Batu Buruk itu jugalah menjadi tempat bertemu dengan cinta yang telah pergi. Cinta yang telah pergi dan tidakakan kembali lagi. Itulah yang dirasakan oleh, Muhammad Ashariff.

MuhammadAshariff kini masuk ke dalam perut keretanya. Memandu untuk pulang ke rumah,Mak zainab. Apabila tiba di perkarangan rumah ibunya, Muhammad Ashariff memandang akan sebuah kereta yang sangat dikenalinya. Jantung, Muhammad Ashariff berdegup laju disaat dia memandang kereta tersebut.

Tingkap keretanya kini diketuk. Apabila dia menoleh terlihat akan wajah, Qasif Nursofea yang mengukirkan senyuman. Muhammad Ashariff terus keluar daripada perut keretaitu. Hanya memandang wajah di hadapannya kini.

“Awak masih perlukan saya dalam hidup awak?,” tanya, Qasif Nursofea.

“Sofea?,”panggil, Muhammad Ashariff akan nama itu. Qasif Nursofea hanya mengangguk dengan sebak. Muhammad Ashariff memejamkan matanya dan dibukanya kembali kerana risau itu hanyalah bayangan, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea mencubit lengan Muhammad Ashariff. “Aduh!,” kata, Muhammad Ashariff yang menggosok lengannya yang sakit.“Itu tandanya… abang tak bermimpi,” kata, Qasif Nursofea yang kini kian tersenyumlebar.

Muhammad Ashariff memeluk terus akan tubuh, Qasif Nursofea. Merasa panas di kelopak mata,Muhammad Ashariff apabila air matanya mula bertakung. Merasakan sangat sebak di hatinya kini kerana, Qasif Nursofea datang semula menemuinya.

“Isyh,malulah orang tengok! Sofea bukan isteri abang lagi tau! Lupa erk?,” tegur,Qasif Nursofea kepada perlakuan, Muhammad Ashariff.

Mak Zainab bersama kak long serta Akir hanya melihat dengan perasaan gembira.Melihat akan hubungan yang terputus dulu diantara, Qasif Nursofea dengan Muhammad Ashariff kini telah tersemai semula

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 96
Next: Bab 98

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia