Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 17

“Fea, bangun, Sofea… dah pukul 6 lebih dah ni. Nanti lambat pulak kita sampai sana,”panggil, Muhammad Ashariff dari luar bilik, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff kembali memasuki ke dalam bilik bujangnya untuk bersiap. Memakai jeans dant-shirt berwarna biru gelap.

Selesai sudah solat subuh. “Eh, tak bangun lagi?,” rungut, Muhammad Ashariff setelah melihat ke arah bilik Qasif Nursofea yang masih gelap.

“Fea, eh tak kunci pintu?,” lampu bilik, Qasif Nursofea dinyalakan. Memegang bahu,Qasif Nursofea. “Fea… bangun,” gerak akan, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea membuka mata. “Argh…! Jangan! Jangan! Lepaskan aku!,” pintanya.

“Hey! Abang ni Fea,” kata, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea terus memeluk lelaki yang masih berdiri di tepi katil tempat tidurnya.“Eh kenapa ni? Dah… dah… bangun pergi mandi and siap. Abang tunggu dekat bawah okay?”Qasif Nursofea merasa terkejut apabila tersedar yang dia kini memeluk, MuhammadAshariff.

“Kenapa dengan Sofea ni?,” ngomel, Muhammad Ashariff seorang diri. Mengangkat bagasi dan dimasukkan ke dalam bonet kereta milik, Qasif Nursofea.

“Nah…nangka. Mak dah letak dalam bekas,” kata, Mak Zainab yang berdiri di tepi kereta. “Bilanya mak ambil buah ni?,” tanya, Muhammad Ashariff sambil mengambil bekas yang dihulurkan oleh, Mak Zainab.

“Ayah kamu yang ambil malam tadi,” jawab, Mak Zainab.

Mereka terpandang akan Qasif Nursofea yang sudah cantik bersiap. “Okeylah mak cik, Fea pergi dulu. Ada masa kita jumpa lagi”. Disalam tangan, Mak Zainab yang masih menemani mereka di muka pintu.

“Nanti kirim salam pada ayah ye mak. Tak sempat kalau nak tunggu ayah balik dari surautu. Pukul 7 baru dia sampai,” pesan, Muhammad Ashariff kepada ibunya. Mereka kini memulakan perjalanan di awal pagi yang masih kelam.

“Abang larat tak, nak drive ni? Kalau taklarat, Fea boleh ganti,” pelawa, Qasif Nursofea. “Abang okey je” Mereka memulakan perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam.

Hello Riyanti? Saya ni. Saya akan sampai kejap lagi dengan Ashariff. Saya nak awak masak makanan tengah hari ye?,” QasifNursofea menghubungi, Riyanti pembantu rumahnya untuk menyuruh menyediakan makanan tengah hari.

 

Setelah jauh meredah lebuhraya pantai timur, kini mereka tiba di hadapan banglo mewah milik, Qasif Nursofea.

“Wah…abang ingat ye jalan nak datang rumah Fea? Padahal baru sekali je datang,” puji Qasif Nursofea.

“Mestilah! Abang risau kalau, Fea lari dari abang. So, kalau Fea lari… abang bolehlah datang cari dekat sini terus,” jawab, Muhammad Ashariff sambil tersenyum.

“Eleh…! Itu pun kalau, Fea tak lari jauh” Mereka keluar daripada perut kereta untuk memasuki ke dalam rumah banglo tersebut.

“Assalamualaikum,Riyanti… saya sudah pulang” Riyanti laju mengatur langkah dan mengambil beg mereka berdua.

“Letakkan beg Tuan Ashariff di dalam bilik tetamu ye?,” arah, Qasif Nursofea. “Baik non”

Qasif Nursofea duduk bersama, Muhammad Ashariff di sofa.

“Jom,Fea tunjukkan bilik abang,” ajak, Qasif Nursofea. “Eh… abang ingat abang nak balik malam ni je. Tapi Fea tak payah hantar abang”.

“Lah…abang taknak tidur dekat rumah ni dulu ke? Kalau ye pun, boleh berehat dulu,” pelawa,Qasif Nursofea.

“Mana  boleh. Lagipun esok abang keje sayang,” Muhammad Ashariff menolak baik pelawaan itu.

“Baiklah,”Qasif Nursofea hanya akur.

Setelah mereka makan tengah hari bersama kini, Qasif Nursofea menghantar teman lelakinya itu ke lapangan terbang LCCT. Penerbangan Muhammad Ashariff akan berlepas kurang dari 3 jam. Mereka menunggu di ruang tempat menunggu.

“Sofea,abang harap, Sofea tak akan lupakan abang,” ucap, Muhammad Ashariff sambil melihat wajah cantik disebelahnya. 

“Fea tak akan lupa abang, selagi abang nak teruskan perjanjian kita ni,” jawab,Qasif Nursofea bersahaja.

“Macammana kalau Fea rindukan abang?,” tanya, Muhammad Ashariff.

“Fea berjanji, Fea  tak akan biarkan hati Fea ni… diselaputi rindu kepada, abang,”  Qasif Nursofea senyum menjawab.

“Abang…boleh, Fea tetapkan tarikh untuk kita akhiri kontrak kita ni?,” pinta, Qasif Nursofeakini.

“Okey…bila?,” tanya lelaki kacak itu pula.

“Kita akan jumpa semula pada hari konvokesyen, Fea pada tahun depan, bulan ogos.Nanti… Fea akan bagitahu tarikhnya semula,” cadang, Qasif Nursofea dan hanya dipersetujui oleh,  Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff melihat akan wajah, Qasif Nursofea lalu berkata. “Jangan jadikan pertemuan kita ni… pertemuan yang terakhir. Boleh?”.

Qasif Nursofea memandang akan wajah, Muhammad Ashariff. “Bagi Fea, masa yang telah kita luangkan bersama 3 hari tu dah cukup untuk segalanya. Tambahan pula dengan pertemuan yang tak disengajakan dulu. Fea tak bermaksud ini pertemuan kita yang terakhir. Mungkin kita boleh jumpa… dan kita masih boleh berhubung antara satu sama lain kan? Fea memilih cara berhubung jarak jauh. Fea nak abang tahu jugak,ini adalah tahun akhir, Fea untuk mendapat pertaulihan pegawai perubatan. Beri masa jugak pada, Fea untuk tumpukan pada pengajian, Fea okey?”.

“Keputusan kita macam mana?,” tanya, Muhammad Ashariff lagi.

“Keputusan…terserah pada kita berdua. Kalau abang muncul pada tarikh konvokesyen Fea…maksudnya… abang masih cintakan, Fea. Keputusan, Fea pulak, Fea akan bagitahu kemudian,” ungkap, Qasif Nursofea.

Perancangan yang dibuat, Qasif Nursofea mendapat tentangan, Muhammad Ashariff. “Ini tak adil! Fea tak boleh pentingkan diri sendiri! Fea perlu bagi jawapan pada abang.Abang tak suka kalau, Fea menafikan hak abang. Fea tahu tak? Penyiksaan bagi abang kalau, Fea bagi abang jalan untuk menunggu cinta yang tak terjawab!,”Muhammad Ashariff menyambung lagi bicaranya. “Tolong! Fea kena berjanji dengan abang sekarang! Bila? Masanya? dan tempat untuk abang tahu keputusan Fea?!”.

Qasif Nursofea menggigit bibirnya perlahan memikir akan jawapan pada pertanyaan lelaki di sebelahnya. “Okey… Fea akan buat keputusan samada, Fea terima cinta abang atau pun tidak pada pertemuan kita semula pada tarikh konvokesyen”.

“Okey…abang akan tuntut janji tu Fea!,” Muhammad Ashariff kini bersetuju mendengar jawapan, Qasif Nursofea.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia