Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 36

Qasif Nursofea            : Fea nak pergi ke office babah. Mungkin petang baru balik.

Muhammad Ashariff  : Okey sayang, take care.

Selepas kiriman whatsapp dihantar kepada tunangnyakini, Qasif Nursofea menuruni anak tangga rumah banglo itu.

“Riyanti,saya nak ke pejabat. Tak payah masak untuk saya okey?,” Qasif Nursofea menyampaikan pesanan kepada pembantu rumahnya yang sedang menyiapkan kerja di dapur.

Qasif Nursofea memandu kereta mercedec miliknya kini. Kereta yang dipandunya meluncur laju meredah bandaraya Kuala Lumpur. Kini, dia telah sampai di hadapan bangunan 3 tingkat yang tertulis Darwish MedicineSdn Bhd .

Seorang wanita yang bertugas sebagai penyambut tetamu berdiri tanda hormat apabila terlihatnya seorang wanita yang kini menggantikan tempat, Dato’ Dr. Darwish.

“Doktor?,”wanita itu menyapa, Qasif Nursofea yang cantik memakai seluar labuh dengan kemejaberwarna cerah serta lengkap disarungnya tudung. “Yes… It’s me. Your name?,”Qasif Nursofea membalas teguran kepada pekerjanya itu. “Anisah,” jawab pekerja itu.

Qasif Nursofea naik ke tingkat atas bersama pekerjanya, Anisah. . “Attention please,” Semua pekerja di bahagian sumber manusia itu mengalihkan anak mata melihat kepada arah suara tersebut.

“saya nak perkenalkan ini adalah, Dr. Qasif Nursofea. Beliau adalah anak kepada,arwah Dato’ Dr. Darwish dan beliau juga akan menggantikan tempat arwah” Semua yang berada di situ datang ke arah, Qasif Nursofea. Semua pekerja menyabut tangan, Qasif Nursofea untuk bersalam.

“Erm.,.Nani right?,” tanya, Qasif Nursofea pulakepada, Nani yang merasakan dia pernah kenal pada setiausaha arwah babahnya dahulu dan secara automatic, Nani juga kini merupakan setiausaha kepadanya.

“Yes aya, Doktor Sofea. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?,” tanya, Nani yang turuts ama bersalam dengan majikan barunya tadi. “Saya nak awak kumpulkan semua staff dan masuk ke bilik meeting” Nani mengangguk dan melangkah kaki untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

 

“Assalamualaikum dan selamat pagi,” Qasif Nursofea memulakan bicaranya di hadapan semua pekerjanya.Setelah hampir 1 jam, Qasif Nursofea menjalankan amanah yang diwasiatkan oleh,Dato’ Dr. Darwish, kini dirinya merasa semakin lega.

Qasif Nursofea telah menyatakan bahawa dia akan menjalankan tugas sebagai Doktor Orthopedics di salah sebuah hospital di Kuala Terengganu. Dia juga mengamanahkan kepada seseorang yang telah dilantikoleh arwah babahnya sebagai orang kuat syarikat itu.

“Segalanya akan dijalankan dan ditugaskan oleh yang dilantik. Segala yang perlu saya tandatangan boleh pass terus kepadasaya.” Maklum, Qasif Nursofea.

Setelah,Qasif Nursofea selesai menjalankan tugasnya, kini dia melangkah kaki keluar daripada bangunan tersebut.

“Fuh! 5 jam jugak aku dekat office. Hergh!,”Qasif Nursofea merasakan lega dengan tugasnya untuk hari ini.

 

Qasif Nursofea kini sampai di perkarangan rumahnya. Qasif Nursofea melihat akan sebuah kereta Toyota Caldina berwarna perak. Kereta itu seakan perlahan memerhati di luar perkarangan rumahnya. Tetapi gagal untuk dia perhatikan pemandu kereta tersebut kerana cermin kereta itu terlalu gelap untuk dilihat.

Hakimi memberhentikan kereta dan menoleh ke bahagian kiri pandangannya. “Ye! Memang betullah kau, Fea!,” bercakapnya seorang diri.

Qasif Nursofea melihat akan kereta itu masih berhenti di luar kawasan pagar rumahnya.Qasif Nursofea cuba untuk pergi ke arah kereta terbabit. Tetapi kereta itu meluncur pergi. “Siapa tu erk?,” Qasif Nursofea melangkah semula memasuki keruang banglo mewah itu.

“Non,dari tadi lagi kereta tu pusing-pusing dekat sini. Bimbang saya!,” beritahu,Riyanti yang sedar akan kelibat kereta itu semenjak majikannya tiada di rumah.

“Betul ke? Qasif Nursofea agak terkejut mendengar apa yang telah dikhabarkan oleh pembantu rumahnya itu. “Ye non! Saya bimbang!,” rungut, Riyanti yang sekarang masihlagi mengintai luar rumah melalui tingkap.

“Ala,takde apa lah! Mungkin dia cari alamat rumah orang,” kata, Qasif Nursofea kepada pembantu rumahnya. Tiada timbul syak wasangka di hati kecil, Qasif Nursofea.

“Riyanti,duduk sini kejap!,” Qasif Nursofea memanggil, Riyanti yang masih lagi mengintai di jendela. “Ya  non?” Qasif Nursofea melihat wajah polos, Riyanti. “Saya, nak pindah duduk di Terengganu. Sebab,” belum sempat, Qasif Nursofea menghabiskan bicaranya, Riyanti pantas mencelah.

“Non, jangan biarkan saya tinggal seorang dekat sini. Tolong bawak saya jugak non!Tolong non! Saya tak mahu tinggal di sini sorang-sorang,” rayu Riyanti. “Apa kamu merepek ni?? Tunggu bagi saya habiskan cakap dulu boleh??,” Riyanti hanya mengangguk.

“Saya akan mula bekerja dekat Kuala Terengganu. Saya juga dah beli rumah dekat sana. So, saya nak tanya kamu, kamu nak ikut saya ke tidak?,” jelas, Qasif Nursofea yang seakan mahu sahaja ketawa melihat reaksi wajah, Riyanti.

“Ya!Sudah tentulah non! Saya tak mahu tinggal di sini sorang-sorang,” spontan sahaja jawapan yang diberikan, Riyanti. “Okay,maknanya kamu boleh siap sedia barang-barang kamu. Kita pindah,” arah, Qasif Nursofea.

“Bila itu non?” Qasif Nursofea melihat I-Padmiliknya untuk melihat nota yang telah dicatatkan. “Mungkin, minggu depan.Sebab, saya dah nak mula bertugas”.

Qasif Nursofea masih merahsiakan daripada Muhammad Ashariff tentang pembelian rumah diKuala Terengganu. Muhammad Ashariff, hanya tahu bila tunangnya itu akan mula bertugas dan Qasif Nursofea hanya memberitahu bahawa dia akan tinggal dikuaters yang telah disediakan oleh pihak hospital.

“Hakimi,mana awak pergi?,” Fiza menghubungi Hakimi kerana gagal untuk dia mencari. “Aku dekat KL. Kau cari aku ni apa hal??,” marah, Hakimi.

I call You ni sebab nak tanya…”. “Hey!! Tak payah nak tanya apa bagai lah! Aku suruh kau buat apa yang kau nak buat!Tak cukup lagi ke dengan apa yang dah aku bagi dekat kau?” marah Hakimi kepada Fiza.

Hakimi telah memberikan gambar-gambar dia bersama Qasif Nursofea. Gambar di sebuah kelab malam dan juga gambar mereka di atas katil. Tugas, Fiza sekarang adalah untuk membocorkan rahsia serta menghalang majlis pernikahan antara, Muhammad Ashariff  dengan tunangnya, Qasif Nursofea.

Fiza memicitkan dahinya yang dirasakan sakit. Sakit kerana memikirkan cara. “Macammana aku nak buat? Kang… aku kasi gambar ni macam mana pulak, Kimi nak datang kerja?? Ashariff, pulak?? Argh!! Pening aku!,” bercakapnya seorang diri.

Hakimi juga memikirkan cara yang sebetulnya untuk menghalangi, Qasif Nursofea bernikah dengan Muhammad Ashariff. “Sofea! Kenapa susah sangat kau nak terima aku???Sedangkan aku cintakan kau! Aku cintakan kau dulu dari dia! Argh…!!,” jerit,Hakimi yang kini berada di kediaman mewah milik kedua orang tuanya.

 

“Apa kena dengan kamu ni, Kimi? Macam orang kena rasuk hantu je!,” marah ibunya yang terdengar akan jeritan, Hakimi. “Memang kena rasuk hantu pun mama!,” Hakimi bangun dan menuju naik ke tingkat atas biliknya.

 

Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia