Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 23

“Aku naik HR dulu,” beritahu, Muhammad Ashariff kepada, Fikri setelah selesai tugasan untuk hari ini. “Okay… akutunggu kau lah. Kita gerak sekali” Muhammad Ashariff hanya menunjukkan jari jemari yang menunjukkan simbolik okey.

MuhammadAshariff menekan butang nombor 5 yang terdapat di dalam kotak lif yang dinaikinya.Keluar daripada kotak lif empat segi dia berjalan terus untuk pergi ke arah pejabat Fiza. Mendapati Fiza masih duduk berseorangan di meja tempatnya bertugas.

“Isyh,kenapa lambat? Berzaman I tunggutau,” Fiza sengaja merengek manja. Muhammad Ashariff tidak senang dengan cara, Fizaitu.

“Mana jadual aku?” Fiza menunjukkan sekeping kertas putih dan dia masih lagi duduk diatas meja. “Bak sini!,” Muhammad Ashariff mahu merebut kertas yang dipegang oleh, Fiza tetapi gagal dicapainya kerana perbuatan, Fiza yang sengaja menjatuhkan kertas jadual itu. Muhammad Ashariff geram dengan sikap, Fiza dan Muhammad Ashariff pantas pergi ke tempat kertas yang jatuh iaitu dekat dengan tempat,Fiza duduki.

“Hey! Hey! Kau ni apahal ha?? Jaga maruah kau tu!,” Muhammad Ashariff menolak pegangan tangan, Fiza yang kini memegang tangannya erat. Tindakan, Fiza ituuntuk memastikan, Muhammad Ashariff tergoda dengannya serta berharap cintanya akan dibalas.

“Kenapa dengan you ni?? You takde perasaan ke?? Dah lama I simpan perasaan pada you! Bukannya you tak tahu tentang perasaan I dekat you! Tapi you tak pernah pedulikan I kan?,” rungut Fiza.

Muhammad Ashariff memejamkan matanya seperti orang yang menahan geram. Muhammad Ashariff geram dengan kenyataan, Fiza. “Aku gelilah perempuan yang macam kau ni! Dah tahu aku tak peduli kau, dah lah! Angkat kaki! Aku tak semak! Kau pun tak jadi gila macam ni!”.

Muhammad Ashariff mahu keluar daripada pejabat itu dan pantas sahaja, Fiza menghalangi laluannya. “I tak peduli! I nak you! Cubalah bagi peluang. Lagipun tak rugi kalau you terima cinta I,” pujuk, Fiza lagi.

Tangan,Muhammad Ashariff direntapnya lagi. Muhammad Ashariff hanya membiarkan dirinya dilakukan sebegitu. Muhammad Ashariff hanya memandang bulat kepada, Fiza.

“Kan ,Ashariff? Beri I peluang untuk mengenali you, please,” rayuan manja oleh, Fiza. “Aku… tak akan benarkan hati aku jatuh cinta dengan perempuan yang macam kau! Aku lebih rela mati tak kahwin daripada dapat perempuan yang macam kau ni!,” Muhammad Ashariff melangkah pergi meninggalkan, Fiza. Fiza hanya membiarkan langkah, Muhammad Ashariff meninggalkannya.

Mereka berdua iaitu Muhammad Ashariff dan Fiza tidak sedar akan gelagat mereka diperhatikan oleh, Hakimi. Fiza masih lagi berdiri kaku di situ. Dia terdengar tepukan daribelakang. Dia pantas menoleh.

“Hebat lakonan kau!,” Hakimi, menegur tindakan, Fiza sambil ketawa. “Kenapa? Aku lebih rela kehilangan, Ashariff jika itu mampu meluputkan kau dalam diri aku!,” Fiza memarahi, Hakimi. Fiza mencapai beg tangannya dan kunci kereta untuk meninggalkan, Hakimi di situ.

Tetapi langkahnya terhalang kerana pinggangnya dirangkul kuat oleh, Hakimi. “Argh! Aku tak cakap apa pun! Yang kau tetiba melenting ni apahal??,” tengking, Hakimi.

“Lepaskan aku! Isyh, lepaslah!,” Fiza meronta untuk dilepaskan oleh, Hakimi. Tetapi ianyatidak diendahkan oleh, Hakimi. Oleh kerana kadaan yang sunyi dan tiada sesiapa lagi di situ, Fiza menjadi pemuas nafsu, Hakimi lagi. Fiza seolah merelakan.Bukannya mereka tidak pernah melakukan perkara terkutuk seperti itu. Ianya diibaratkan bahawa diri, Fiza adalah hamba pemuas nafsu serakah, Hakimi.

 

“Hoi! Berkurun aku tunggu kau dekat sini! Kau buat apa lama sangat??,” tanya, Fikri yang seakan marah dengan, Muhammad Ashariff yang membuatkan dirinya menunggu lama di parkir kereta.

“Kan aku suruh kau balik dulu! Yang kau tunggu aku siapa yang suruh?!,” tegas, Muhammad Ashariff yang membalas kata-kata Fikri. “Amboi… sedap mulut kau kata aku. Tadi kau yang nak aku tunggu” Muhammad Ashariff hanya memberikan senyuman kepada, Fikri sehingga menampakkan lesung pipitnya. “Dah! Cepat gerak! Buah hati aku tengah tunggu aku balik tu ha,” Muhammad Ashariff berkata kepada, Fikri dengan nada ketawa.

Mereka memulakan perjalanan dengan kereta, Fikri mendahului perjalan mereka. Muhammad Ashariff hanya mengikuti gerak geri kereta Honda Stream hitam milik, Fikri. Hampir 15minit, mereka kini tiba di hadapan perkarangan rumah berkembar 2 tingkat.Menampakkan gigi putih yang tersusun milik, Darwish.

“Ayah,ayah,” panggil, Darwish kepada kelibat, Fikri” Muhammad Ashariff hanya memandang teguran, Darwish kepada bapanya, Fikri.

“Panggil ayah je? Kalau macam tu uncle nak baliklah. Bye,” Muhammad Ashariff bergurau seolah merajuk kepada, Darwish. Darwish juga sangat rapat dengan, Muhammad Ashariff. Tiba-tiba sahaja, Darwish berlari dan memeluk bahagian kaki, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff ketawa akan gelagat, Darwish.

Kak Nur mendengar anak sulungnya memanggil bapanya. Kak Nur pergi ke arah suara itu. “Abang dah balik? Ha, Riff mari masuk. Kak Nur ada masak mi goreng,” pelawa,Kak Nur.

Muhammad Ashariff yang sedang lagi mendukung tubuh kecil, Darwish melangkah masuk bersama, Fikri. Muhammad Ashariff memberikan senyuman manis kepada buah hatinya yang sedang mengangkat pinggan untuk diletakkan di atas meja makan.

“Fea,sendukkan mi tu dekat pinggan. Kesian dekat orang baru balik kerja. Mesti lapar,”arah, Kak Nur. Qasif Nursofea hanya mengikut arahan. Mereka mula menjamah makananyang dimasak oleh, Kak Nur.

“Fea, nanti posting dekat mana?,” soal,Fikri yang memulakan bicara. Belum sempat, Qasif Nursofea menjawab, Muhammad Ashariff mencelah. “Erm, betul! Aku sendiri pun lupa nak tanya, Sofea. Bila Fea mula posting?,” tanya, Muhammad Ashariff juga. “Itulah, Fea ingat abang taknak ambil tahu” Mendengar jawapan itu,Muhammad Ashariff ketawa kecil.

“Fea,ada apply hari tu nak posting dekat area KL atau Putrajaya. Kebetulan, Fea ada kenal dengan kawan arwah babah di kementerian. Dia bagitahu, Fea mungkin posting di Terengganu. Sebab area KLdengan Putrajaya dah penuh. Tapi daerah mana di Kuala Terengganu, Fea belum tahu lagi,” beritahu, Qasif Nursofea kepada mereka.

“Macam orang berjanji pulak,” kata, Kak Nur. “Itulah namanya jodoh,” balas Fikri pula.“Tapi, Fea tak boleh lepaskan KL. Sebab, arwah babah ada buka company untuk supply ubat-ubatan. So,Fea kena manage company tu. Sebab adik-beradik, Fea yang lain bukan dari bidang medic,” jelas, Qasif Nursofealagi kini.

“Oh,baguslah! Muda-muda lagi dah libatkan diri dengan business,” balas, Kak Nur. Muhammad Ashariff hanya meneruskan menjamah makanan yang dihidang.

Fikri mula bertanyakan perkara yang diceritakan oleh sahabatnya, Muhammad  Ashariff. “Abang nak tanya, Fea sikit. Kita anggapje kita ni adik-beradik,” Fikri membahasakan dirinya sebagai, abang kerana jarak umurnya yang membezakan hampir 10 tahun.

“Apa dia, abang Fikri? Fea tak kisah,” Qasif Nursofea menyatakan. Muhammad Ashariff bersuara pula kini. “Fea, anggaplah, abang Fikri ni macam abang kita sendiri.Segala masalah abang, Kak Nur dengan Abang Fikri, lah tempat abang mengadu”Qasif Nursofea cuma tersenyum. Anak matanya memandang tepat pada wajah, Fikri.“Apa yang abang nak tanya Fea tadi?”.

Fikri memandang wajah isterinya, Kak Nur dihadapannya dan beralih pula kepada wajah bujur sirih, Qasif Nursofea. “Tadi, Ashariff ada minta, abang mewakilkan, Fea pada majlis pertunangan nanti,” bertiahu, Fikri akan cadangan, MuhammadAshariff.

Qasif Nursofea memandang, Muhammad Ashariff. Dia tidak tahu samada mahu marah atau sebaliknya. Dia merasakan  malu. Seolahmenagih simpati.

“Sofea jangan fikir apa-apa. Niat, Ashariff baik,” Fikri meneruskan bicaranya setelah melihat air muka gadis di sisi, Muhammad Ashariff berubah.

“Abang cuma nak tahu tentang adik-beradik, Fea yang lain. Itu je. Fea nak abang dengan,Kak Nur menjadi tuan rumah kepada pihak, Fea?,” tanya, Fikri dengan nada lembut.

“Fea tak sangka yang, Ashariff bagitahu abang tentang hal ni. Sebenarnya bukan, Fea nak merintih simpati kepada sesiapa”.

“Fea,Kak Nur dengan abang Fikri bukan nak masuk campur. Tapi kami anggap, Ashariff ni dah macam adik kandung kami sendiri. Lagipun, Kak Nur berkenan sangat dengan,Fea untuk jadi isteri kepada, Ashariff. Sebab tu niat, Kak Nur dan suami untuk bantu korang. Bukan senang kita nak menjawab persoalan yang ditanya nanti.Sofea tak boleh conduct majlis tu sendiri tau. Ataupun kawan-kawan Fea sendiri yang nak uruskan majlis tu? Kita ada adat. Adat orang melayu. Kak Nur harap, Fea boleh faham,” jelas, Kak Nur.

Air mata, Qasif Nursofea mula mengalir. Hendaknya tahan air mata itu supaya tidak mengalir. Tetapi apakan daya, dia hanya manusia biasa yang hanya kalah kepada perasaan sedih. Disapunya air mata dengan jari runcing. Hanya diperhatikan mereka.

Kak Nur dihadapannya juga akan sedar air mata yang sudah melimpahi di pipi gebu,Qasif Nursofea. “Fea tak tahu apa lagi yang harus, Fea cakap,” dikesatnya lagiair mata yang kian membasahi pipi.

“Fea bukan hanya hilang orang tua tapi dalam sekelip mata, Fea juga turut hilang adik-beradik yang lain. Mereka seolah menyalahkan, Fea diatas perkara yang terjadi ni,” rungut, Qasif Nursofea.

“Apa sebenarnya yang jadi, Fea?,” Kak Nur mula menanyakan tentang perkara yang diperkatakan,Qasif Nursofea.

“Fea tak tahu kak, Fea memang tak tahu apa yang telah jadi. Bukan, Fea tak cuba tanya… tapi dia orang seolah terus buang, Fea sampailah hari ni,” beritahu,Qasif Nursofea lagi.

Cerita,Qasif Nursofea itu membuatkan, Fikri mulai simpati. “Riff, aku rasa lebih baik kau dengan, Fea pergi jumpa adik-beradik dia. Manalah tahu dia orang boleh terbukahati. Amarah adikberadik ni tak akan lama, Fea,” Fikri memberikan cadangan yang bernas.

“Tak,tak perlu. Fea akan jumpa jugak dengan dia orang nanti. Sebab syarikat guaman yang dilantik oleh arwah babah ada call untuk proses pengagihan harta. Fea akan bagitahu dia orang tentang perkara ni.Lagipun dah banyak kali peguam nak jumpa dia orang. Harapnya kali ini dia orangakan terbuka hati untuk datang pada hari agihan harta itu. Kalau perlu barulah,Ashariff boleh jumpa dia orang,” maklum akan, Qasif Nursofea.

 

 

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia