Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 8

Qasif Nursofea bingkas keluar dari dalam perut kereta. Dia terus naik ke tingkat 3.Dibukanya pintu bilik lalu membaling tas tangan berwarna putih miliknya.

“Kenapa aku masih lagi fikir tentang perkara dulu?! Kenapa kau masih lagi dalam fikiran aku?! Kenapa semua ini terjadi kepada aku?! Kenapa tidak pada orang lain?! Kau memang setan!! Kau telah menghancurkan hidup aku! Kerana kau! Aku menghukum diri aku sendiri!!”.

Qasif Nursofea bercakap seorang diri di dalam kamarnya. Deras sahaja tubuhnya bergerak mengikut rentak hembusan nafas.

Lantas,dicarinya bagasi berwarna merah di bawah katil. Dia membuka bagasi itu dan mencari sesuatu di dalamnya dan terus mengambil sehelai baju. Baju yang pernah dipakai pada satu masa dahulu. Qasif Nursofea mengambil gunting dan memotong baju itu dengan tangisan serta jeritan yang kuat.

 

“Sofea,Sofea, ala… aku tak biasalah dengan tempat ni! Tak payahlah pergi,” Khairun Nisa atau lebih dikenali sebagai Nisa enggan mengikuti, Qasif Nursofea untuk berjumpa dengan, Edwin dan rakan-rakan mereka di dalam sebuah kelab malam.

“Hey,Nisa! Kau ni jangan kuno sangat boleh tak? Aduh! Tadi kau jugak yang nak ikut aku kan? Dah, sekarang buka tudung tu. Nah ambil baju ni, pergi tukar!,” arah,Qasif Nursofea kepada, Nisa. Qasif Nursofea terus menghulurkan satu beg kertas yang diisi dengan baju.

Nisa enggan mengambil bungkusan yang dihulurkan oleh teman baiknya, Qasif Nursofea.Tetapi, Qasif Nursofea tetap berkeras supaya, Nisa mengambil bungkusan yang dihulurkan olehnya.

“Aku taknak! Aku tak biasalah dengan tempat macam ni! Jomlah balik!,” tangan, Qasif Nursofea ditarik oleh, Nisa di luar kelab malam yang mahu mereka kunjungi.

“Hey! Kau yang nak ikut aku tadi, kan? Dah… jom ikut aku masuk! Degillah kau ni! Cuba enjoy masa muda ni!,” QasifNursofea terus menarik tangan, Nisa masuk ke dalam kelab malam yang biasa diakunjungi dengan rakan-rakan yang lain.

Nisa terus dipaksa masuk oleh, Qasif Nursofea walaupun belum sempat menukar pakaianyang diberikan oleh rakan baiknya.

“Yeah…hahahaha. Mari kita enjoy habis-habisanmalam ni! Malam minggu memang rugi kalau tak tahu hargai masa yang ada!,” kata salah seorang rakan mereka yang turutsama berkunjung di dalam kelab malam tersebut.

Nisa hanya memerhati tingkahlaku rakannya yang lain. Dia hanya berdiam diri duduk diatas sofa yang disediakan.

Hello, you know me? You lookseksi malam ni,” seorang lelaki yang agak kacak menegur akan diri, Qasif Nursofea.

Hi, Hakimi. You pun ada dekat sini ke?,” tegur, Qasif Nursofea semula kepada seorang lelaki tampan yang menghampiri tempatnya menghayunkan tubuh mengikut rentak lagu.

Dia pernah mengenali lelaki tersebut. Lelaki yang pernah menyimpan perasaan pada dirinya dahulu. Sehingga pernah menjadi peminat kepada, Qasif Nursofea Darwish.

Tetapi,lelaki yang dikenali sebagai, Hakimi hanya bertepuk sebelah tangan. Qasif Nursofea tidak pernah membalas perasaan yang dirasai oleh, Hakimi malah, Qasif Nursofea pernah memalukannya dihadapan rakan yang lain pada parti harijadi dirumahnya.

Tetapi,Hakimi tidak pernah kenal erti putus asa. Dia akan cuba mendapatkan cinta,Qasif Nursofea walau apa jua caranya.

Manusia akan leka dengan alunan muzik jika nafsu membatasi segalanya. Manusia akan menjadi seperti kapas yang diterbangkan angin apabila digodai oleh syaitan.Manusia juga akan terjerumus ke arah maksiat jika cara hidup mereka dihasutoleh syaitan. Manusia juga akan lupa pada amanah dan janji bersama Tuhan mereka iaitu, Allah s.w.t, jika leka dengan syurga duniawi.

Manusia juga mudah terhasut dengan godaan syaitan jika maruah mereka tidak terjaga.Begitulah juga dengan kehidupan, Qasif Nursofea. Dia tidak pernah ditegur atau dimarah oleh orang tuanya atas kelekaan pada dunia dan dia tidak pernah diajar sembahyang, bahkan tidak pernah endahkan tentang hukum hakam agama.

Qasif Nursofea mulai khayal dengan air minuman yang dia minum. Nisa sudah pun meninggalkan tempat maksiat tersebut.

Hanyalah tinggal pada mereka yang jahil. Qasif Nursofea terus ditarik dari hadapan rakannya Edwin, lantas ke dalam rangkulan, Hakimi. Dia terus leka. Dia tidak sedar akan kealpaannya.

“Hey,janganlah buat macam ni! I tak sukalah,” Qasif Nursofea cuba menghalang, Hakimi daripada kelakuan sumbang keatas dirinya.

 

Malam semakin sepi manakala bulan beralih dengan ketibaan matahari. “Hakimi??!! Apa yang kau dah buat dengan aku ha?? Apa kau dah buat dengan aku?? Kau memang setan!!,” jari-jemari, Qasif Nursofea dikumpul menjadi satu dan menumbuk lelakiyang baring di tepi rusuk tubuhnya.

Qasif Nursofea yang telah terjaga daripada tidurnya kini. Dia tidak sedar apa yang sudah berlaku kepadanya malam tadi. Dia tahu bahawa dia mabuk selepas mengambil minuman beralkohol. Qasif Nursofea hanya sedar akan kehadiran, Hakimi.

“Hey,Sofea! relax lah sayang. Bukan you tak biasa dengan semua ni kan?,”Hakimi terjaga selepas terdengar pekikan kuat daripada perempuan yang dinodainya malam tadi.

“Sejahat-jahataku… aku tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki! Kau tahu tak?? Aku takpernah tidur dengan mana-mana lelaki!! Apa lagi jantan yang tak guna sepertikau!!!”.

Qasif Nursofea bingkas bangun dari katil dan masih lagi berselimut untuk menutup tubuh badannya tanpa seurat benang.

Hakimi bingkas bangun dan menuju ke arah, Qasif Nursofea. Tubuh itu tidak dapat lari daripada, Hakimi memandangkan keluasan bilik hotel yang agak terhad.

“Syh…syh! Hey! Dengar sini perempuan! Kalau kau bagitahu pada sesiapa… siap kau! Aku ada rakaman bersama perempuan yang sangat aku mahukan sebelum ni. Mari sini dekat dengan aku, kita tonton sama-sama. Hebat jugak kau ni. Memang taste aku tau!”.

Hakimi merapatkan mukanya sehingga dapat dirasakan oleh, Qasif Nursofea akan hembusan nafas,Hakimi. Qasif Nursofea tidak dapat melakukan apa-apa kerana dia rasakan dirinya sudah tiada nilai.

“Kau memang kejam!!,” kata, Qasif Nursofea lagi dengan banjiran tangisan. 

“Hey perempuan! Kau diam! Ini semua salah kau jugak! Kau tak pernah layan aku!Sedangkan aku tagih kasih kau, ada kau balas?! Ada kau kisah??! Tak!! Kau layanaku sama macam kucing kurap! Aku tak akan lepaskan kau, Fea! Tak akan!!,”  Hakimi mengungkit akan sikap gadis itu yang pernah menghina akan dirinya.

“Memang betul! Memang betul aku tak hingin kau! Kau bukan saja kucing kurap malah lebih hina dari itu! Kau memang” Rambut, Qasif Nursofea direntap kuat oleh, Hakimi sehingga dia tidak dapat meneruskan kata-kata.

“Sudah berapa kali aku nak bagitahu kau?? Aku memang tak akan sesekali jatuh cinta dengan kau! Walau apa pun yang terjadi, aku janji… aku tak akan benarkan diriaku cintakan kau! Aku tak pernah hina kau, Hakimi! Tapi, pernah ke kau cuba faham perasaan aku?!”.

Kini,Qasif Nursofea cuba berlembut akan sikapnya agar, Hakimi melepaskannya. Dia memegang wajah, Hakimi dengan kedua-dua belah telapak tangannya.

“Kimi,cinta bukan untuk paksaan. Cinta akan datang jika kita betul-betul ikhlas dan wujudnya kasih sayang antara satu sama lain. Tolong… jangan buat aku macam ni, please… lepaskan aku. Aku janji… lepas niaku akan cuba menyintai kau” Hakimi seakan berlembut dan percaya dengan kata-kata Qasif Nursofea. Hakimi mula melepaskan genggaman tubuh wanita dihadapnnya.

“Kau janji dengan aku ye sayang?” Qasif Nursofea hanya turutkan sahaja kata-kata,Hakimi. “Pergilah! Pergilah dengan cinta aku”.

Apabila,Qasif Nursofea mendengar, Hakimi berkata seperti itu, dia terus bangun dan melangkah keluar daripada tempat yang telah menghancurkan kegadisan dirinya.

Qasif Nursofea merasakan dirinya tidak bermaya lagi. Dia menghubungi, Edwin supaya mengambilnya di kawasan berhampiran dengan hotel dimana dia dan, Hakimi bermalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia